Penulis blog dapati dimana udang lipan atau udang mentadak (mantis) adalah kumpulan stomatopod iaitu ia adalah jenis krustasea air masin dimana terdapat sekurang-kurang 450 spesies udang lipan di perairan dunia. Dilaporkan kalangan masyarakat Assyrians kuno ia digelar ‘belalang laut’ sementara di Australia pula ia digelar ‘udang pembunuh’ dan juga ‘pemotong ibu jari’ kerana keupayaan haiwan ini untuk menimbulkan kesakitan luar biasa jika tidak ditangani dengan baik ketika memegangnya. Apa pun dilaorkan dimana ia juga mempunyai kuku cakar berkuasa yang digunakan untuk membunuh mangsa atau memecahkan cengkerang mangsa. Di Malaysia udang ini lebih dikenali sebagai 'udang lipan' saja walaupun rupanya lebih mirip kepada mentadak (mantis). Dari segi ukuran dimana udang lipan biasanya membesar sekitar 10 cm namun ada sesetengah spesimen boleh mencapai sehingga 38cm saiznya. Udang lipan terbesar yang pernah ditangkap mempunyai panjang 46 cm dan ia ditangkap di Indian River, Fort Pierce, Florida, di USA . Merujuk kepada marfologinya dimana bahagian kerapas (carapace) udang ini memang ianya berkulit tebal dan kuat yang merangkumi krustasea dan beberapa spesies lain) merangkumi hanya bahagian belakang kepala dan empat segmen pertama thorax. Dalam habitat asalnya dimana udang lipan adalah antara pemangsa yang paling penting di kebanyakan habitat laut cetek, tropika dan subtropika. Walau bagaimanapun ia kurang difahami kerana banyak spesies menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam kolong dan lubang. Udang lipan yang selalu ketengahkan di beberapa lokasi adalah dari jenis udang lipan yang biasa digunakan oleh pemancing sebagai umpan yang kerap digunakan untuk memancing ikan dasar bersisik di laut seperti jenahak dan kerapu. Apa pun antara ciri keunikan lain dari udang ini bila ia mempunyai dua mata yang berputar 360 darjah berfungsi sebagai radar. Kebiasaan udang ini bersembunyi dan berdiam diri di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya. Udang lipan termasuk salah satu haiwan karnivor yang boleh membunuh ikan dengan ukuran lima kali lebih besar dari badannya. Dan jenis udang lipan yang menjadi pilihan kami ini membawa nama umum silver mantis shrimp atau squilla mantis.
Seperti dinyatakan diatas dimana terdapat sekurang-kurang 450 spesies udang lipan di perairan dunia. Ciri penting peru diketahui dimana ia mempunyai kuku cakar berkuasa yang digunakan untuk membunuh mangsa atau memecahkan cengkerang mangsa. Dari segi kedapatan dimana udang lipan adalah antara pemangsa yang paling penting di kebanyakan habitat laut cetek, tropika dan subtropika. Walau bagaimanapun kehidupan udang ini masih kurang difahami kerana banyak spesies menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam kolong dan lubang. Apa pun jika dijadikan umpan memancing dimana pada kebiasaannya udang ini bersembunyi dan berdiam diri sahaja di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya. Udang lipan merupakan sejenis udang yang mudah dimakan dan dimasak dengan pelbagai resepi. Dilaporkan dimana selain enak dimakan udang ini konon katanya boleh merawat atau menyembuhkan penyakit yang tidak berhenti-henti buang air kecil. Ada juga mitos yang mengatakan dimana apabila makan udang ini khusus untuk kaum lelaki boleh menambah keperkasaan lelaki (tenaga dalaman) dimana mitos ini mungkin masuk akal juga sebab udang ini sangat tinggi kadar kandungan proteinnya yang ada kaitan rapat dengan libido. Sayangnya dimana umumnya di Malaysia isu udang seperti ini tidak laku di pasaran ikan, selain peminatnya sedikit udang ini tidak banyak dagingnya untuk dapat dimakan dan di anggap aneh bagi mereka tau pelanggan yang sebelum ini memang dia sama sekali tidak pernah melihat apa lagi pernah peluang memakannya. Dilaporkan dimana udang lipan yang suatu ketika dulu menjadi bahan buangan yang sekelas dengan ikan baja akan tertapi terkini ia sudah menjadi sumber makanan golongan elit berikutan mendapat permintaan tinggi terutama di pasaran luar negara. Apa pun be beberapa negara lain udang jenis ini sangatlah popular iaitu seperti di Jepun dimana dilaporkan Udang Lipan ini merupakan bahan baku untuk membuat masakan Shasami (dalam bahasa jepang di sebut shako). Dalam pada itu di China udang ini juga popular sebagai makanan yang cukup mahal terutama dikalangan orang Canton menyebutnya "pissing shrimp" atau lài niào xiā, dalam bahasa Mandarin dan laaih liu hā dalam dialek Bahasa Canton Moden). Udang Jenis ini juga sangat popular dinegara Filipina, Thailand serta ia sangat popular di beberapa negara Mediteranian sehingga ke Eropah. Selalunya nelayan pantai di negara tersebut menjadikan udang lipan sebagai tangkapan utama. Mereka menggunakan bubu yang dibubuh umpan atau gunakan pukat khas (pukat udang lipan) atau juga gunakan alat pukat tunda kecil sebagai alat menangkapnya.
Antara isu untuk menyediakan udang lipan sebelum dimasak adalah bagaimana cara menyiang tanpa tangan terluka kerana kulitnya yang keras. Dilaporkan dimana citarasa udang lipan memang sedap dimakan akan tetapi isu untuk memproses menyiang udang lipan memang susah sikit yang di sebabkan oleh tekstur kulitnya yang keras dan tajam ia boleh buat tangan akan terluka. Cara untuk siang udang ini tanpa buat tangan jadi luka sebaiknya menggunakan alatan seperti gunting yang tajam (Sila lihat foto disebelah). Ambil setiap ekor udang lipan dan dibuang sahaja terus kepala udang yang macam bentuk mentadak. Sebaiknya dimulakan memotong dari leher sebab dibahagian kepala udang lipan memang tidak ada isinya. Langkah seterusnya adalah membuang organ tajam dekat bahagian hujung udang kerana ia penting disebabkan kalau termakan memang akan berikan ancaman kerana terluka.
Potong duri tajam bahagian keliling udang termasuk kaki udang dengan berhati-hati. Kemudian udang ini dicuci berseih sebelum sedia untuk dimasak atau pun untuk disimpan didlam freezer. Bagaimana pun penulis blog syorkan kepada mereka yang kali pertama mencuba menyiang udang lipan ini sebaiknya memakai sarong tangan (glove) yang agak tebal sedikit untuk mengelakkan daripada terluka. Selalunya kulit udang biasa tidak payah pun hendak buang sebab isi udang lipan ni mudah terlerai. Jadi kulit ini sebenarnya ia berfungsi sebagai protection supaya isi udang tak ‘hilang’. Udang lipan memang tidak menjadi pilihan ramai pengguna kerana faktur kesukaran untuk meniangnya dan isinya juga sedikit jika berbanding dengan udang kertas, udang pengantin, udang harimau dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waasallam!!!..
Potong duri tajam bahagian keliling udang termasuk kaki udang dengan berhati-hati. Kemudian udang ini dicuci berseih sebelum sedia untuk dimasak atau pun untuk disimpan didlam freezer. Bagaimana pun penulis blog syorkan kepada mereka yang kali pertama mencuba menyiang udang lipan ini sebaiknya memakai sarong tangan (glove) yang agak tebal sedikit untuk mengelakkan daripada terluka. Selalunya kulit udang biasa tidak payah pun hendak buang sebab isi udang lipan ni mudah terlerai. Jadi kulit ini sebenarnya ia berfungsi sebagai protection supaya isi udang tak ‘hilang’. Udang lipan memang tidak menjadi pilihan ramai pengguna kerana faktur kesukaran untuk meniangnya dan isinya juga sedikit jika berbanding dengan udang kertas, udang pengantin, udang harimau dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Waasallam!!!..
BERKULIT KERAS.. SUSAH SIANGNYA...
HARGANYA MURAH... MUDAH BELINYA...
DI MASAK SAMBAL... ENAK RASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room21-12, Pinetree Marine Resort,
Iskandar Puteri Habour, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(5 Dzulkaedah 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.