Support My Blog

Friday, May 26, 2023

IKAN BANDARAYA - APA DIA?

IKAN BANDARAYA
(
Hypostomus plecostomus) atau Ikan Pembersih Akuarium merupakan sejenis ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan dimana ia dari keluarga Loricariidae. Ikan bandaraya dibawa masuk ke Malaysia yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati. Ikan bandaraya mudah dibela, dijaga dan dikawal dimana ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam) sahaja. Memang penulis blog dulu pernah membeli ikan ini panjangnya lebih kurang 8 cm sahaja dengan murah sekitar harga RM 2.00 seekor di Melaka tetapi kemudian ia boleh membesar cepat dan mencapai panjang 50 - 60 cm dalam masa singkat. Jika ia dilihat warna ikan yang gelap ini pada penulis blog tidak begitu cantik apabila membesar (Sila lihat foto diatas). Sebenarnya ikan banadaraya yang besar dilaporkan ia tidak praktikal untuk diletak dan dihias dalam akurium berbanding kolam terbuka. Kajian mendapati dimana ikan bandaraya bercirikan omnivor namun dalam persekitaran liar dilaporkan ikan pemakan alga aktif pada malam hari nokturnal. Ketika waktu siang hari ada sejenis omega iris yang ganjil boleh menyekat banyak sinaran cahaya pada matanya yang sukarkan ia melihat sebaliknya ia biasanya dibuka pada waktu malam. Ikan ini boleh memutar bebola matanya dalam soket mata dimana ia juga boleh dilihat seakan berkedipan. Spesis ikan plecos biasanya bersikap keras kepala dimana ia sangat cepat menyorok apabila terancam atau terasa bahaya. Menyentuh mengenai habitat semulajadi dimana i
kan bandaraya atau plecos boleh hidup dengan baik dalam suasana air bersih dalam air tawar tropika. Apa pun air yang mengalir dan mempunyai sumber makanan ikan lasak ini mudah hidup dan membahayakan ikan sedia ada. Berbalik kepada gelaran 'ikan bandaraya' dimana ia diberikan Malaysia dan masyarakat Melayu sebab ia sinonim dengan sifat ikan ini yang suka 'membersihkan' kawasan sekelilingnya dengan memakan alga dan sisa makanan lebihan (seperti dalam akuarium). Aktiviti ini tidak ubah dengan kerja-kerja buruh pembersihan yang membersihkan kawasan persekitran bandaraya diseluruh dunia. Artikel pada malam ini dalm blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai apakah dia 'Ikan Bandaraya' yang sesuai diketahui pembaca blog semua sebagai bahan rujukkan. 


Pakar perikanan menyatakan dimana n
ama ikan ini sebagai 'plecostomus' adalah iaitu ia bermaksud sebagai 'mulut berlipat' atau dalam bahasa lain juga ada dinamakan sebagai struktur pleco, lihat pleat, stoma dimulut ikan tersebut (Sila lihat foto disebelah). 
Terdapat beberapa spesies ikan keli yang mempunyai bentuk mulut seperti alat penyedut yang masih belum dikenal pasti seakan ikan ini juga. Dilaporkan dimana ikan Plecos ini adalah haiwan omnivor dan uniknya ia juga bukanlah haiwan yang terlalu memilih makanan. Dilihat dalam sebuah akuarium umumnya ikan bandaraya ini biasanya akan memakan alga-alga yang melekat dikaca akuarium, sisa-sisa makanan haiwan lain yang terjatuh, alga terampai dan juga makanan termendap dikawasan batuan. Perhatian yang pelu diketahui pembaca blog adalah dimana ikan bandaraya ini atau jenis plecos sebenarnya boleh merosakkan selaput lendir diatas badan ikan lain (ikan asal di habitat semulajadi) yang fungsinya adalah menjadi pelindung kepada jangkitan kuman semulajadi termasuk juga bagi jenis ikan hiasan. Akibatnya adalah apabila lendir tersebut dimakan oleh ikan plecos maka ikan tertentu boleh terkena jangkitan kuman dengan mudah dan menyebabkan kematian akhirnya. Walaupun ikan ini memang diketahui sebagai penyedut alga, namun sebenarnya ikan tersebut memerlukan sumber diet lebih dari itu termasuk jenis makanan palet dan alga tambahan adalah pilihan. Ia seharusnya diberi juga makanan dalam bentuk snek alga kering, zucchini, timun, salad, kacang pea dan tembikai sebagai tambahan diet. Makanan lembut berasakan buah-buahan dan sayuran juga sangat baik diberikan keada jenis ikan bandaraya ini. Mereka juga boleh memakan udang kecil, anak ikan kecil serta sangat pelahap. Dilihat dimana ikan banadaraya atau Plecos mungkin menjadi lebih agresif apabila umurnya menjadi lama dan jadi lebih matang. Apabila usianya semakin lanjut dan saiznya semakin membesar adalah lebih baik agar setiap seekor perlu diasingkan secara bersendirian dalam tangki atau kolam khusus. 


Jika dipelihara dimana jenis i
kan bandaraya sesuai dididik dengan cra lebih lembut dan ia sesuai dipasangkan dengan jenis ikan keli yang lebih jinak dan bersikap lembut dan kurang agresif. Ikan juga sesuai hidup bersendirian ditengah-tengah kumpulan ikan air tawar tropika yang lain walau pun ia dilaporkan parasit kepada ikan tempatan lain. Ikan bandaraya mungkin masih boleh hidup dalam tangki bersuhu sejuk bersama ikan bersuhu sejuk yang lain seperti ikan emas akan tetapi biasanya memang ia tidak digalakkan kerana perbezaan suhu kediaman asal ikan. Ikan bandaraya yang lebih mudah tertarik kepada suhu tinggi dimana ia mungkin menjadikan akan kuat untuk makan bagi memanaskan badannya dimana jadi agresif dan kekurangan sumber makanan serta kelaparan menyebabkan ikan ini boleh menyedut lendiran pada badan ikan lain misalnya ikan emas, sekira berlaku. Akibatnya kemudian ikan emas akan mudah medapat penyakit kerana lendiran semulajadi itu membantu mengelakkannya dari jangkitan kuman sudah hilang. Umum lihat bagaimana jenis ikan bandaraya matang yang menghisap dinding akuarium untuk tujuan berpaut. Selalunya didalam suasana akuarium baharu biasanya akan segera mencari tempat rehat atau tempat bergayut yang sesuai untuk ia menyorok dan mencari sumber makanan dimana kesukaanya adalah dikawasan yang lebih gelap, dibalik batuan, dedaun yang tersorok dan kurang dari anasir luar dan elakkan dari sebarang ancaman. Apabila ia telah menjumpai kawasan untuk menyorok maka ia biasanya akan menghabiskan banyak masa disitu sebelum beralih ke tempat lain untuk mencari makanan. Sekiranya tiada tempat untuk menyorok atau berlindung dilihat ikan bandaraya ini biasanya akan berpaut atau berehat di sisi dinding atau dinding kaca melekat di akuarium. Memang susah untuk meyediakan kediaman khas untuk ikan bandaraya didalam akuarium yang padat dengan tumbuhan akuatik. Perkara ini keraa sifat semulajadi ikan ini juga suka mengorek lobang dan membuat sarang dicelah batuan dan pasir dalam akaurium. Boleh juga di tanam semula pokok atau membetulkan kedudukan pokok kerana ia mudah beralih atau jadi terapung kepermukaan air akibat aktiviti korek pasir oleh ikan bandaraya ini. Dilaporkan dalam beberapa kes dimana ikan bandaraya boleh bertindak agresif kepada ikan lain yang mengambil tempat menyoroknya untuk dijadikan kawasan perlindungan. Perlu difahami dimana bagi saiz akuarium besar dimana dibubuh batuan yang lebih luas dan disusun dengan baik. Ikan-ikan lain akan selalunya sering menjadi perbalahan dengan ikan banadaraya seperti ikan pisau perang, ikan buluh atau ikan tali dan belut tayar jika diperhatikan.


Di Malaysia pihak Jabatan Perikanan ada membuat kenyataan akhbar dimana '
Jangan lepas ikan bandaraya di perairan umum' sebagai peringatan kepada semua. Pihak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama pihak Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI) telah membuat kajian berhubung kebanjiran spesies 'Ikan Bandaraya' atau nama betulnya sebagai Amazon Sailin Catfish di perairan umum. Adalah disarankan orang ramai agar tidak melepaskan atau mereka membuang spesies pterygoplichthys yang dianggap sebagai ikan asing itu dalam perairan negara. Langkah itu bagi ianya dapat mengelakkan kesan daripada aktiviti tersebut yang boleh menjejaskan biodiversiti spesies ikan tempatan lain dimana ianya menjadi mata pencarian utama nelayan. Ia adalah bertujuan dalam usaha yang dijalankannya bagi menyelamatkan kerosakan biodiversiti akibat daripada gangguan spesies asing itu dimana ikan bandaraya juga dikenali sebagai tombot atau Amazon Sailin Catfish sudah ada dinegara sejak lama. Ikan bandaraya yang turut dikenali sebagai tombot adalah spesies ikan yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semula jadinya mampu membersihkan akuarium dari tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan bangkai ikan yang mati. Apa pun dilaporkan berlaku situasi didalam dokumentari oleh 'Majalah 3' di TV3 dimana berlaku peningkatan populasi ikan itu disebabkan ianya telah dilepaskan ke perairan umum yang memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang seperti kerosakan habitat perikanan, persekitaran akuatik dan juga biodiversiti ikan air tawar di Malaysia dimana ia seterusnya menjejaskan pendapatan nelayan darat khususnya. Akibat dari kebanjiran populasi ikan bandaraya di perairan umum negara telah menjejaskan pendapatan nelayan darat dengan berlaku pengurangan hasil tangkapan dan kerosakan pukat. Ikan ini juga menjejaskan ekosistem sungai di mana ianya didapati memakan tumbuhan akuatik yang diperlukan bagi beberapa spesies ikan air tawar untuk habitat pembiakannya. Ikan bandaraya juga pemangsa kepada larva ikan di perairan berkenaan dan seterusnya menjejaskan kelestarian populasi ikan air tawar tempatan. Cadangan pindaan Kaedah-Kaedah Peraturan Perikanan (sungai) bagi mengelakkan keadaan itu berterusan dan menjamin kelestarian sumber perikanan darat terpelihara.  


Dijelaskan oleh penulis blog dimana jenis ikan bandaraya ini ataupun sering akan dikenali sebagai Plecostomus ataupun dengan singkatan 'plecos' atau 'plecs'. Ikan ini adalah ikan yang wajib ada di dalam aquarium tidak kira apa jenis ikan yang dipelihara dimana ia ada fingdiny atersendiri. Populariti berlaku sehingga menjadi pilihan penggemar ikan peliharaan bukanlah ramai fahan ia menjadi watak utama di dalam aquarium. Penulis blog lihat warna ikan ini yang gelap, tidak begitu cantik, saiznya yang cepat besar tidak praktikal untuk diletak dan dihias dalam aquarium (Sila lihat foto disebelah). Apa pun tabiat Ikan ini yang suka memakan alga dan sisa makanan yang selaunya ia ditinggalkan di dalam aquarium termasuk bangkai ikan yang mati adalah membantu. Alga yang melekat pada cermin yang menyebabkan cermin menjadi kotor dan kurang jernih akan dibersihkan oleh ikan bandaraya. Tugas ikan ini memang mengurangkan tugas kita dalam membersihkan aquarium. Dalam pada itu tabiat ikan bandaraya yang unik menolong meringankan beban membersihkan aquarium. Mungkin mereka yang ingin mendapatkannya atau baru membeli dari kedai panjangnya biasanya lebih kurang 8 cm ammat murah sahaja dan cepat membesar dalam akuarium. 
Ikan ini boleh ia menjadi agresif dan apabila kekurangan sumber makananya dimana kes-kes kadangkala ia akan menyerang ikan-ikan lain. Ia akan menyedut lapisan lendiran yang terdapat pada badan ikan yang diserangnya. Lapisan lendir yang terdapat pada ikan berguna untuk melindungi badan ikan daripada dihinggapi penyakit. Serangan ikan ini terhadap ikan-ikan yang lain dengan menyedut lapisan lendir dikhuatiri akan menganggu dan juga membahayakan ikan yang diserang dari segi kurangnya ketahanan ikan tersebut terhadap penyakit kerana ketiadaan lapisan lendiri yang amat penting itu. Ikan bandaraya ini semasa kecil masih boleh dibela dengan senang hati kerana tabiat makannya yang membantu membersihkan aquarium. Namun apabila semakin membesar pada usia matang dimana saiznya akan cepat membesar dan sifatnya akan menjadi lebih agresif. Ini akan memberi kesan kepada ikan lain apa lagi jika saiz aquarium yang bersaiz agak kecil. Dilihet memng bentuk dan warnanya yang tidak menarik juga memberi pandangan yang kurang menarik terhadap aquarium tidak seperti spesis ikan hiasan lain. Masalah yang aku sedang hadapi sekrang dengan ikan ini ialah oleh kerana saiznya yang agak besar najisnya juga menjadi besar dan panjang. Selalunya berlaku aquarium cepat menjadi kotor dimana jika tidak dibersihkan ia jadi tidak menarik. Ikan ini memang menolong membersihkan aquarium akan menjadi penyumbang utama kekotoran dalam aquarium. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini.Wasallam!!!...
IKAN BANDARAYA.... APAKAH  DIA...
ILAN PLECOS... NAMA SEBENARNYA...
BERSIHKAN KOTORAN...ITU KERJANYA....
PERLU KAWAL... DI HABITAT LUAR SANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 21-12, Pinetree Marina Resorts,
Marina Iskandar Puteri.
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...