Support My Blog

Tuesday, May 23, 2023

KEPENTINGAN MENGAWAL RUMPAI

PENGURUSAN KAWALAN RUMPAI
perlu dijalankan bagi mempastikan rumpai dikawal untuk memberikan peluang pertumbuhan sempurna kepada tanaman di kebun. Terdapat 4 kumpulan jenis rumpai yang selalu ada tumbuh dikawasan kebun iaitu Jenis Rumput, Jenis Renek, Jenis Menjalar dan Jenis Paku-Pakis. Rumpai merupakan salah satu faktor yang termasuk dalam pengurusan agronomi tanaman termasuk di kebun kelapa sawit dengan melibatkan kos kedua tertinggi sebanyak 17 - 22% daripada jumlah kos pengurusan. Ianya merupakan kedua tertinggi selepas kos pembajaan. Kaedah kawalan rumpai berbeza-berbeza mengikut umur tanaman, jenis tanah, kepadatan rumpai , jenis rumpai dan kos yang terlibat. Hasil dari pengalaman penulis blog selama lebih 38 tahun dalam memberikan khidmat pengembangan pertanian mendapati kebanyakan pekebun melaksanakan pengurusan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman sehingga menuai hasil dan menanam semula. Secara umumnya terdapat 4 kaedah untuk mengawal rumpai dikawasan penanaman kelapa sawit sama ada dijalankan secara atau dilaksanakan secara berintergrasi dengan pelbagai kaedah lain. Kaedah kawalan rumpai boleh di lakasanakan dengan KAEDAH AMALAN KULTURA (Cultural practices) , KAEDAH MEKANIKAL (Mechanical), KAEDAH BIOLOGIKAL (Biological Control) dan KAEDAH KIMIA (Chemical Control) atau kombinasi diantara semua diatas. Kaedah Amalan Kultura merupakan kaedah dimana melibatkan aktiviti amalan pertanian seperti meletak 'Sungkupan' disekeliling pangkal pokok terutama pokok muda dikawasan yang berterrain. Jenis sungkupan yang sering digunakan adalah tandan-tandan kelapa sawit kosong dari kilang atau racikan batang kelapa sawit yang telah ditebang. Bahan ini diletakkan dipangkal pokok dengan susunan rapat dan pereputan aakan menjadikan ianya menjadi baja kompos atau baja organik. Bahan lain yang boleh digunakan sebagai sungkupan adalah dengan menggunakan Plastik Hitan Silvershine atau Bekas Plastik Baja yang telah digunakan. Penanaman tanaman penutup bumi merupakan satu teknologi yang paling popular dikalangan estet-estet kerana ianya sangat praktikal, berkesan dan memberikan kebaikan kepada faktur kesuburan tanah. Jenis penutup bumi dari kumpulan kekacang menambahkan unsur Nitrojan didalam tanah dan ini memerlukan pengurusan yang signifikan. Penanaman tanaman kontan juga diamalkan untuk mengawal rumpai seperti menanam tembikai atau lain-lain tanaman makanan. Apa pun artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' dikongsi bagaimana pengurusan dalam kalawan rumput untuk dijadikan bahan rujukka semua.


Kepada petani r
umpai merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh siapa sahaja dan mereka yang dikawasan rumahnya ada mempunyai halaman atau taman. Kawasan rumah yang banyak tanah lapang sering tumbuh rumpai jika tidak dijaga dengan baik dimana ia akan mencacatkan permandangan dan boleh menjadi perumah kepada serangga dan haiwan liar (Sila lihat foto disebelah). Penduduk dikawasan perumahan selalunya akan mengupah orang memotong rumpai atau ada pemiliknya yang menyembur dengan racun rumpai. Penggunaan racun rumpai adakalanya membawa kesan bukan sahaja kepada tanaman malah juga kepada pengguna lain, hidupan lain dan kesan sampingan kepada alam sekitar yang perlu diawasi bagaimana cara semburan dilakukan. Penggunaan racun rumpai yang tidak dikawal boleh membawa bahaya kepada banyak pihak dan alam sekitar juga. Apa pun pada penulis blog amat penting untuk semua prmbaca blog faham tentang racun rumpai dimana ia adalah merupakan asas yang perlu diketahui. Pengurusan dan juga  mengendalikan racun rumpai merupakan satu perkara amat penting terutama kepada petani komersil. Racun rumpai yang tidak dikendalikan dengan betul boleh membawa mudarat dan mungkin membawa maut kepada beberapa pihak. Apa pun kebanyakan racun rumpai disertakan dengan maklumat-maklumat penting pada label yang perlu dibaca dan difahami seperti bahan aktif dan juga langkah keselamatan. Perkara ini memang amat penting bukan sahaja sebagai langkah berhati-hati malah untuk memberikan maklumat yang lebih tepat tentang keberkesanan racun rumpai tersebut terhadap rumpai-rumpai tertentu. Apa pun sekiranya pembaca blog mempunyai kawasan tanaman yang kecil atau kawasan taman yang agak sederhana besar maka adalah lebih baik sekiranya dilakukan proses merumput sahaja dan tidak menggunakan sebarang racun rumpai. Bagi kawasan yang sederhana besar pula sebaiknya ia sesuai dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian dan proses merumput boleh dilakukan secara berselang-selang di antara bahagian-bahagian tersebut. Rumput atau rumpai yang telah dicabut bolehlah digunakan untuk membuat baja kompos yang boleh digunakan semula untuk menyuburkan tanaman.


Penggunaan racun rumpai didakwa memberi k
esan kurang baik jika tidak dikendalikan dengan betul. Dilaporkan dimana racun rumpai boleh membunuh tanaman sekiranya semburan tepat terkena semburan racun tersebut semasa kerja-kerja meracun atau proses penggunaannya. Sesetengah racun rumpai turut diserap oleh akar dimana ini akan membawa kesan negatif kepada tanaman dari segi kesuburan dan boleh juga menyebabkan kematian tanaman. Penggunan corong khas dan pakaian keselamatan semasa menyembur racun amat penting diketahui akan peraturannya. Dalam banyak kes dimana penggunaan racun rumpai akan menyebabkan permukaan tanah menjadi terdedah dan ini akan menyebabkan nutrient di dalam tanah dibawa oleh air hujan (siraman air) dan juga permukaan tanah menjadi lebih kering atau menjadi keras. Penulis blog juga mendapati racun rumpai boleh diserap oleh tumbuhan (walaupun ianya tidak menyebabkan kematian kepada tumbuhan tersebut) dan ianya mungkin menjadi kurang selamat apabila dimakan. Racun rumpai menyebabkan hidupan lain seperti cacing tanah, siput, kumbang, gongok, lintah bulan dan sebagainya mati apabila tanah terdedah dan hilang lembapan. Lazimnya penggunaan racun boleh diserap oleh kulit semasa membuat semburan dan mengancam kesihatan. Sebahagian kesan racun ini hanya boleh dilihat dalam jangka masa yang panjang, kerana serapan racun rumpai melalui kulit dalam kuantiti yang sedikit iaitu dalam kuantiti yang banyak kesannya akan lebih ketara. Teknik kawalan rumpai dikawasan kelilin rumah mudah dilakukan dengan cara selamat. Ambil ¼ cawan cuka (sebarang jenis cuka makan dan ia bukan cuka getah), ¼ cawan garam dan juga ¼ cawan serbuk pencuci. Cairkan campuran ini dengan menggunakan air yang cukup dan sembur pada rumpai yang anda ingin hapuskan. Sekiranya anda memerlukan kuantiti yang banyak bolehlah gandakan kesemua bahan-bahan tersebut. Bahan ini adalah lebih selamat sekiranya kawasan semburan menjadi tempat kanak-kanak bermain atau pun di kawasan di mana haiwan peliharaan ia selalu berada.


Mengenali bahan aktif dalam racun rumpai adalah penting untuk petani. Maklumat ini ad
alah untuk memberikan pembaca lebih kefahaman mengenai racun rumpai dan keberkesanan penggunaanya. Apa pun pada penulis blog dimana adalah lebih baik sekiranya ia dijadikan rujukkan. Jadual dibawah menyatakan sebahagian contoh maklumat tentang bahan aktif yang ada digunakan di dalam racun rumpai. Kegunaan racun rumpai mempunyai sasaran penggunaan tersendiri dan penggunaan tidak mengikut peraturan tidak akan mendatangkan hasil seperti yang diinginkan. Sedangkan racun tersebut tetap boleh mendatangkan bahaya bagi anda yang mengendalikannya. Apa pun sebaiknya disyorkan sekiranya diggunakan alternatif yang selamat dan mengamalkan kaedah penanaman yang selamat bagi mengelakkan rumpai tumbuh secara tidak terkawal. Adakalanya kesan jangka panjang adalah lebih penting difikirkan berbanding dengan kesan jangka pendek yang bersifat sementara. Perlu dipastikan kawasan halaman atau taman yang ditanam dengan tumbuhan tutup bumi yang sesuai bagi mengelakkan hakisan serta kehilangan 'nutrient' di dalam tanah. Kemudian carilah tanaman yang sesuai untuk ditanam yang boleh memberikan pulangan daripada kawasan tersebut. Walaupun rumpai boleh mendatangkan masalah tapi ia juga masih boleh digunakan untuk menghasilkan kompos yang akan menyuburkan semula tanah. Jadi, uruskan kawasan tanaman anda dengan cara yang lebih efektif dan selamat. 

Sebahagian Bahan Aktif dalam 
Racun Rumpai


 
  Bahan Aktif    

Kawalan Rumpai
Kegunaan
Nota
Glyphosate: 
semua rumpai, baru tumbuh
Hampir kesemua
Kawalan bertompok atau rumpun rumpai
Membunuh rumpai sekiranya semburan mengenainya.
Plant oils termasuk cengkih, serai dan eugenol: semua rumai, baru tumbuh
Daun lebar yang muda
Pada rekahan dan kawalan bertompok
Diterima secara organik. Tidak membunuh daun yang tua atau malar hijau. Lebih berkesan semasa cuaca panas 21°C dan keatas
Trifluralin: Tertentu, baru tumbuh
Kebanyakan rumpai
Taman dan halaman
Siram atau gunakan tanah selepas penggunaan. Guna apabila tanaman telah tumbuh.
Benefin: Tertentu, baru tumbuh
Kebanyakan rumpai
Laman
Biasa digunakan untuk mengawal ‘crabgrass’.
Dithiopyr: Tertentu, baru tumbuh
Crabgrass, annual bluegrass, oxalis, spurge, dan lain-lain
Laman
Membunuh rumput fescue dan bentgrass.
Dicamba: Tertentu, baru tumbuh
Daun lebar
Laman
Mengawal rumpai berdaun lebar pada laman.
Fluazifop: Tertentu, baru tumbuh
Rumput termasuk bermudagrass
Pada rumpai berdaun lebar dan penutup bumi.
Gunakan semasa rumput tumbuh dengan aktif.
2,4-D or 2,4-Dichloro-acetic acid: Tertentu, baru tumbuh
Daun lebar
Laman
Mengawal dendalion dan rumpai berdaun lebar yang lain.



Dalam laporan lain dimana 'FGV perkenal produk kawalan rumpai mesra alam' sesuai dilaporkan kali ini. Pihak 
FGV Holdings Bhd (FGV) iaitu melalui anak syarikatnya, FGV Agri Services Sdn Bhd (FGVAS) memperkenalkan Weed Solut-ioN iaitu sejenis produk kawalan rumpai mesra alam dan menjimatkan kos untuk sektor pertanian. Ia dirumus dengan 70 peratus bahan bukan toksik dimana Weed Solut-ioN adalah bahan adjuvan yang boleh mengurangkan kadar penggunaan racun rumpai secara berkesan di samping meningkatkan kecekapan bahan berkenaan iaitu tanpa ianya meninggalkan sebarang kesan fitotoksisiti pada tanaman. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Mohd Nazrul Izam Mansor dakwa kumpulan komited untuk terus membangunkan inovasi dan teknologi yang mampan untuk digunakan dalam operasi perniagaannya dimana dengan berbuat demikian, ia juga menyumbang kepada kemajuan industri. FGV sentiasa berusaha ke arah menyediakan produk dan penyelesaian pertanian premium kepada pelanggannya, justeru sangat teruja untuk menawarkan inovasi mesra alam seperti itu kepada pasaran. Inisiatif penggunaan Weed Solut-ioN ini selaras dengan komitmen kami untuk mencipta lebih nilai untuk kumpulan dan pelanggannya melalui produk dan perkhidmatan yang mampan, menyokong prinsip Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO). Weed Solut-ioN juga adalah salah satu inisiatif FGV dalam menangani kenaikan harga racun rumpai dan strategi penjimatan kos merumput yang lebih cekap di ladang kelapa sawitnya. Melalui produk itu dimana pihak FGV menyasarkan penjimatan sehingga RM6 juta setiap tahun. Apabila digunakan bersama racun rumpai dalam nisbah yang ditetapkan, produk berkenaan mengurangkan kadar penggunaan racun rumpai sehingga 50% tanpa menjejaskan keberkesanan racun rumpai itu sendiri. Kajian membuktikan ia sesuai digunakan kepada hampir semua jenis racun rumpai dan mengurangkan kos merumput sehingga 20 peratus seperti yang diuji di ladang kelapa sawit. Weed Solut-ion ialah produk yang diimport dan diuji oleh FGV R&D Sdn Bhd (FGV R&D) dengan kerjasama PT Pandawa Agri iaitu syarikat berasaskan sains kehidupan yang beroperasi di Indonesia. Kini melalui perkongsian strategik itu maka FGVAS telah diberi hak eksklusif untuk memasarkan produk Weed Solut-ioN di Malaysia. FGV menjangkakan jualan sejuta liter Weed Solut-ioN setahun pada masa hadapan, dengan anggaran pendapatan RM10 juta. FGVAS ialah peneraju industri dalam pengeluaran dan pembekalan bahan tanaman kelapa sawit berkualiti tinggi, racun tikus, biopestisid dan produk pertanian premium yang lain. Ia adalah pengeluar benih kelapa sawit terbesar di Malaysia dengan pegangan pasaran tahunan kira-kira 40%. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA RACUN.... KAWAL RUMPAI...
CARA LAIN... MEMANG ADA PELBAGAI....
BAHAN AKTIF... PERLU IA DI KETAHUI...
PRODUK FGV... WEED SOLUTION TERKINI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1444H).
Posted from:
Room 21-12, Pinetree Hotel,
Marine Bay, Iskandar Puteri Harbour,
Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.
(3 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...