(1) BUNGA ORKID
Bunga Orkid (Orchid) yang penlis blog suka meletakkan dipintu utama masuk kedalam rumah di Putrajaya sejak beberapa tahun dulu adalah secara bergantian (Sila lihat foto disebelah). Apa pun selalunya jenis bunga orkid ini dibeli daripada beberapa premis yang ada menjual bunga orkid yang masik kecil lagi didalam pasu dan kemudian dijaga dengan baik sehingga ianya berbunga. Pernah membeli jenis bunga orkid ungu, kuning, pin, warna bercampur dimana ianya dijual dengan harga berlinn dan ketahanan yang juga tidak sama. Apa pun bunga orkid ini adalah tanaman yang tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu satu keluarga yang mana ia mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk dengan banyak bunga lain. Orkid mempunyai banyak genus dan spesies daripada yang mudah sehingga yang komplikated. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid yang dikenalpasti di Malaysia. Antara orkid yang banyak ditanam dan dikomersilkan di Malaysia adalah seperti varieti Noorah Aishagoff Pink, Orkid Mokara Chark Kuan, Orkid Mokara Red, Orkid Phalaenopsis, Pakis, Patthayya Beauty White, Peacock Pink, Peacock Purple, Peacock White, Sabine, Sharifah Fatimah Kuning, Solidago Golden Red, Sonia Bom Pink, Statice, Sumala dan Wah Chark Kuan. Orkid paling mahal dipasaran pada 2011 adalah Jenis Orkid Sumala dengan harga sebanyak RM 3.00 satu keratan kecil. Ini diikuti dengan Jenis Orkid Mokara Chark Kuan dan Jenis Orkid Phalaenopsis dengan purata harga runcit RM 2.20 satu unit keratan diikuti dengan jenis Sharifah Fatimah Kuning dengan harga Runcit RM 2.05 satu keratan. Orkid Mokara Red adalah jenis paling murah dipasaran dengan purata harga runcit cuma RM 1.20 satu unit. Bagi peminat bunga orkid mereka biasanya akan menyediakan rumah orkid tersediri dengan meletakkan pelbagai jenis atau spesis orkid daripada yang biasa sehingga kepada yang mahal nilainya. Penulis blog pernah beberapa kali membuat kunjungan kerumh rakan-rakan peminat tegar tanaman orkid yang koleksinya mencapai hampir seratus spesis daripada yang 'domesticated' sehingga varieti 'rare species'.
(2) BUNGA KERTAS
Bunga Kertas (Bougainvillea spp) merupakan salah satu tanaman hiasan yang paling lazim ditanam di halaman rumah di Malaysia. etermasuk di rumah penulis blog juga. Apa pun tanaman bunga kertas yang digunakan untuk background sempena Hari Raya Tahun 2023 di rumah Melaka kali ini adalah kombinasi 3 warna bunga iaitu pink, putih dan kuning (Sila lihat foto disebelah). Belajar mengenai info bunga kertas dimana ada terdapat 28 genus dan 250 spesis bunga kertas yang telah pun di kenalpasti di Malaysia dimana warna yang paling biasa adalah bunga kertas seperti ia berwarna merah, maroon, kuning, ungu, putih dan campuran kesemua warna dalm satu pohon. Pada oenulis blog yang memiliki juga beberapa pasu bunga kertas yang sentiasa berbunga ini mendapati dimana pokok bunga kertas mempunyai batang yang keras dan daun yang lebat tetapi bunga yang menarik. Pokok ini selalunya mempunyai duri dan bercabang dimana ia perlukan cagaya matahari banyak yang cerah untuk berbunga dan subur. Ia juga elakkan dari persekitaran yang lembap dan selalunya bunga kertas akan 'menggila' berbunga semasa musim panas dan kurang hujan. Pokok bunga kertas akan mengugurkan bunganya pada musim hujan dan kurang menarik pula pada masa itu. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bunga kertas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua didalam blog ini.
(3) POKOK MONSTERA
Pokok Hiasan Monstera (Monstera deliciosa) adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Araceae yang sering dijadikan tanaman hiasan yang memang menarik dan cantik. Penulis blog kini ada mempunyai dan menanam beberapa pokok montera ini dan diletakkan dekat parking kereta dirumah (Sila lihat foto disebelah). Antara ciri keunikan tumbuhan ini adalah dimana bentuk daunnya yang berwarna hijau serta berlubang dan saiz daunnya juga besar. Pokok ini menjadi pilihan ramai kerana ia sesuai ditanam sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) atau dijadikan tamanan hiasan dalam pasu. Pokok ini juga lebih dikenali sebagai pokok 'Keladi Monstera' atau 'Cheese plant' disebabkan bentuk lubang-lubang pada dunnya seakan lubang pada cheese. Ini juga berkait dengan daun pokok ini pada tumbuhan yang matang boleh menjadi sangat besar, berkilat, berwarna hijau gelap, daun terbelah-belah dan berlubang-lubang bergantung kepada spesis dan cara penjagaannya. Pokok monstera yang termasuk didalam keluarga memanjat (climbing plants) ini mempunyai 50 spesis dimana mampu tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok ini mampu memanjang dengan bantuan 'akar udara' atau 'aerial roots' yng mencangkuk pada dahan pokok dan juga akar ini boleh masuk dalam tanah untuk dapatkan nutrian dan sebagainya. Pokok monstera dikenali sebagai pokok jenis Hemiepiphyte yang unik. Daunnya mempunyai susunan alternate dimana ukurannya adalah besar diantara 25 - 90 cm (9.8 - 35.4 inchi) panjang dan memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk subur. Lubang-lubang yang ada pada daun dibahagian atas membolehkan cahaya matahari diterima oleh daun-daunnya dibahagian bawah. Bunganya akan keluar dari infloresense yang dipanggil sebagai 'spandix' berukuran 5 - 45 cm panjang dimana ia akan menjadi buah yang seakan buah beri dimana ada juga spesis yang buahnya boleh dimakan. Dari segi kegunannya dimana pokok monstera hanya sesuai dijadikan tanaman hiasan dalam rumah (indoor plants) dan sebagai tanaman landskap. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PILIH YANG SENANG... MUDAH DIJAGA...
TUMBUH BAIK...IA MEYEJUKKAN MATA...
RUMAH DI MELAKA... DAN DIPUTRAJAYA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Taman Cendana, Melaka,
Malaysia.
(18 Syawal 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.