Support My Blog

Friday, May 5, 2023

BUAH NADIR DAN KEPENTINGANNYA (Part 4)

BUAH-BUAHAN NADIR
merupakan jenis buah-buahan yang tumbuh secara semulajadi atau ditanam tetapi ia jarang-jarang ditanam di peringkat komersial. Kebanyakan buah nadir ini apa yang penulis blog ketahui adalah ia ditanam bercampur dengan buah-buahan lain di dalam dusun atau dijadikan pohon teduhan di kawasan halaman rumah. Pengalaman penulis blog seasa bertugas di Jabatan Pertanian Malaysia yang terlibat terus dengan dokumentasi mengenai buah-buahan nadir ini mendapati ada lebih 60-70 spesies buah-buahan nadir telah dikelaskan ke dalam kategori buah-buahan nadir dan diterbitkan dalam risalah rasmi jabatan. Setiap kali ada pameran Hari Peladang dan Neayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA memang penulis blog ada terlibat menyediakan bahan pameran buah-buahan nadir ini untuk dilihat oleh para pengunjung. Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Kemudian dibuat pemerhatian dimana penulis blog mendapati buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu Buah-buahan Utama, Buah-buahan Nadir dan Buah-buahan Liar. Dilihat iaitu pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya ia ada banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir hutan. Apa pun didapati spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti Buah Tampoi dan Buah Salak. Selain dimakan dalam keadaan segar penulis blog dapatia ada juga beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga berpotensi untuk diproses. Antaranya Buah Sentul, Asam Jawa, Cermai dan sebagainya. Biasanya terdapat juga buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat dan ia bagaimana pun sesuai diproses untuk dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan hampir-hampir dilupakan maka ada usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini oleh pihak Jabatan Pertanian dan organisasi lain untuk dijadikan janaplasma. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira untuk kongsikan mengenai kepentingan buah nadir untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menyentuh mengenai kepentingan Buah Nadir dalam khasiat ubatan memang agak menarik dan sesuai dikongsikan. Penulis blog percaya ada b
anyak spesies buah-buahan nadir berkhasiat ubatan yang sedang, telah dan akan dibuat penyelidikan untuk menjadi tumbuhan berguna. Khasiat ini berbeza-beza antara satu spesies dengan spesies yang lain seperti dalam kajian mengenai buah nadir dari aspek sumber vitamin, pektin dan selulosa yang diperlukan untuk kesihatan bagi tujuan untuk mengelakkan daripada beberapa jenis penyakit. Buah-buahan nadir yang berkhasiat ubatan ini mengikut beberapa kajian termasuk Buah Gajus, Delima, Buah melaka, Belimbing masam, Asam jawa, Asam gelugur, Buah pala, Wampi, Petai, Jering dan Kerdas. Kajian mendapati dimana buah belimbing masam dipercayai dapat mengawal tekanan darah tinggi (Sila lihat foto disebelah). Begitu juga dengan buah-buahan lain segar dijual dipasar yang dimakan sebagai ulam seperti petai, jering dan kerdas. Buah Limau nipis dan limau purut pula didakwa telah lama digunakan dalam aktiviti untuk kaedah perubatan tradisional. Selain buahnya juga penulis blog dapati ada bahagian-bahagian lain pokok dibuat ramuan menjadi bahan ubat-ubatan untuk tujuan bagi ia dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Bahagian-bahagian tersebut ialah seperti bahagian Daun, Bunga, Kulit Batang, Akar dan Biji buah nadir. Dalam beberapa testimoni dimana dilaporkan bahawa daun gajus boleh menyembuhkan ulser yang menyerang mulut dan mampu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi jika diambil secara betul dan rutin. Ada juga dilaporkan dimana biji buah kerian pula memang ia  berkhasiat untuk mengawal penyakit kencing manis sama juga dengan amalan mengambil daun pokok ara. Apa pun cara dan bahagian mana tumbuhan buah nadir ini digunakan yang penting dimana kalangan masyarakat tradisional masih ramai yang mengamalkan kepentingan buah nadir di Malaysia.


Dalam dunia moden ini pula sudah ada banyak tumbuhan pokok buah nadir sudah pun digunakan 
sebagai unsur seni taman atau dipanggil sebagai tanaman landskap. Ini kerana penulis blog dapati didalam imlu landskap memang ada beberapa jenis pokok buah nadir amat sesuai dengan landskkap. Masyarakat kini lebih berminat terhadap seni taman atau landskap dimana industri ini semakin meningkat akan keunikannya dan keperluannya seiring dengan trend arus pembangunan yang pesat. Masyarakat bandar terutamanya dengan gaya hidup yang kian canggih dimana kalangan penduduk merekasudah semakin ramai kekurangan ruangan dan tinggal dilokasi yang dilihat semakin sempit. Sudah banyak kesedaran terhadap konsep menggunakan tanaman keliling rumah atau tanaman andskap dimana sesetengahnya pula boleh dimakan makanan ulaman dan juga untuk seni taman. Konsep tanaman landskap ini kini  semakin ketara dengan memilih pokok buah-buahan nadir kerana ia dilihat mempunyai julat saiz, bentuk, warna dan tekstur yang berbeza-beza dan berbagai-bagai. Kepelbagaian dalam ciri ini jugalah pada penulis blog mampu untuk menyediakan banyak pilihan yang luas untuk gabungan spesies dalam seni taman dan landskap. Pokok-pokok tertentu seperti pokok jambu bertih, pokok cermai, pokok nam-nam, pokok limau pagar, pokok kedondong kerdil, pokok nona (Sila lihat foto disebelah), pokok kerandang dan pokok delima diantara banyak pilihan yang mana ia mempunyai kanopi yang kecil dan sesuai ditanam di sekitar rumah. Pemilihan jenis pokok buah nadir ini perlu disesuaikan dengan konsep pembinaan taman-taman dikawasan rumah untuk tujuak penghasilan makanan (ulaman dan sayuran) dan juga keindahan persekitaran. Ada konsep yang mana ia ditanam bercampur sebagai unsur seni taman. Pokok-pokok yang mempunyai kanopi yang besar dlihat semakin menarik dilokasi tertentu seperti rambai, kundang, binjai, bacang dan lain-lain pula lebih sesuai untuk taman yang luas. Kawasan Taman Awam dan Pusat Rekreasi Awam kini semakin popular di tanam dengan pokok-pokok sesuai termasuk daripada jenis pokok buah nadir. Pihak Berkuasa Tempatan akan memilih beberapa spesis pokok buah nadir sebagai tanaman sesuai untuk mencantikkan permandangan, menahan hakisan, memberi naungan redup, penghijauan kawasan dan yang agak berkaitan adalah ia mampu untuk menghasilkan buah.


Kepentingan pokok buah nadir dan pokok buah liar juga ujud didalam dunia p
enyelidikan (Research Activity). Ini kerana penulis blog percaya dimana dengan aktiviti penyelidikan maka pokok buah-buahan nadir terutama spesies yang berkaitan dengan buah-buahan utama boleh dijadikan pokok penanti untuk ketahanan terhadap penyakit dan memendekkan tempoh juvenil. Banyak spesis pokok buah nadir digunakan sebagai pokok penanti yang tahan lasak seperti Buah Mangga Pauh (mempelam) dari spesis Mangga Telur sering dijadikan pokok penanati kepada banyak varieti tanaman. Sebenarnya melalui programa biakbaka tanaman (plant breeding) dan penyelidikan sahaja mana buah-buahan nadir sebagai sumber bahan genetik penting. Program dalam pembiakbakaan tanaman adalah bertujuan untuk membaiki buah-buahan komersil sedia ada untuk ditambahkan lagi nilai komersil. Apa pun didapati dimana kebanyakan buah-buahan nadir belum diterokai potensi sepenuhnya sebagai spesies pelbagai guna. Pihak jabatan dan agensi tertentu terlibat dalam mempastikan yang status pemuliharaan bagi semua jenis buah-buahan sama ada buah utama komersil, buah nadir dan buah liar dapat dikekalkan janaplasmanya. Bagi jenis buah-buahan utama komersil seperti durian, rambutan, mangga, manggis dan duku atau langsat sudah ditanam di tahap komersial selain di dusun-dusun tradisi. Bagaimanapun kini kebanyakan baka atau klon yang ditanam adalah yang terpilih dan berpotensi. Baka-baka primitif, baka jenis liar, klon-klon lama biasanya tidak banyak ditanam di kebun komersial. Sesetengahnya masih terdapat di dusun tradisi dan dikekalkan dalam keadaan itu. Jabatan Pertanian, UPM dan MARDI telah mengambil inisiatif mengumpul semula baka dan klon-klon lama ini dalam bank gen. Bagi buah-buahan nadir yang mana ia juga yang  kebanyakannya ditanam di dusun tradisi, di sekitar rumah atau hidup dalam keadaan separuh liar di kampung-kampung perlu di rekodkan. Kebanyakan buah-buahan ini dipulihara dengan cara ini. Pokok buah-buahan ini semakin berkurangan kini kerana banyak kawasan telah digunakan untuk perumahan dan pembangunan yang lain. Beberapa pusat penyelidikan yang telah mengambil inisiatif mengumpul semula dan akan mengekalkan spesies ini dalam aboretum atau taman dengan menggunakan pendekatan agrolancongan dan ekolancongan. Antara lokasi adalah di beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian di seluruh negara, di MARDI, Serdang dan juga beberapa pihak swasta yang mengambil inisiatif sama dan ini sedikit sebanyak turut membantu pemuliharaan spesies buah-buahan ini.


Secara teori dan praktikalnya dimana perlu usaha berterusan didalam proses untuk p
emuliharaan dalam usaha mengelakkan kepupusan spesies buah-buahan yang ada di Malaysia. Beberapa strategi telah di rangka dalam usaha ini seperti yang di gariskan oleh kerajaaan Malaysia. Bagi melaksanakan usaha ini yang pertama perlu mengumpul semula spesies buah-buahan nadir dan liar di dalam aboretum di pusat penyelidikan atau pengajian tinggi, Jabatan Kerajaan, Pusat Penyelidikan dan juga pihak swasta yang berkepentingan. Pengumpulan spesies ini bagaimana pun akan lebih menarik lagi jika dibuat dengan cara berorientasikan aktiviti agro-pelancongan atau pun aktiviti eko-pelancongan. Penulis blog amat tertarik dengan Taman Pertanian Tenom di Sabah yang mempunyai koleksi banyak buah-buahan nadir dari dalam negara dan luar negara sebagai sebuah pusat yang menyimpan khazanah alam (Sila lihat foto disebelah). Kaedah menanam spesies buah-buahan ini terutama yang berkanopi besar di taman-taman rekreasi atau hutan lipur juga saah satu keperluan untuk mengekalkan pokok ini. Seterusnya juga perlu banyak pihak menggalakkan penanaman spesies berkanopi kecil di kawasan rumah seperti kalau boleh setiap buah rumah menanam satu atau dua spesies buah-buahan yang hampir pupus ini. Aktiviti menanam spesies buah-buahan sebagai unsur landskap di pekarangan sekolah, institusi pengajian tinggi dan taman permainan wajar dilaksanakan. Apa pun dengan menanam spesies yang sesuai di bandar-bandar sebagai tanaman lebuh di pembahagi atau di tepi jalan maka ia akan mengekalkan keberadaan pokok tersebut. Perlu juga dipastikan kewujudan spesies dengan memulihkan pokok-pokok yang telah ada supaya terus wujud dan tidak pupus. Dalam pada itu bagi pokok-pokok yang hampir pupus maka penjagaan khusus dibuat untuk mengelakkannya daripada pupus dan denda dikenakan bagi sesiapa yang menebang atau merosakkan pokok tersebut. Akhir sekali untuk aktiviti pemulihan pokok nadir ini perlu terus menyebarkan maklumat untuk menambah kesedaran umum tentang kewujudan spesies buah-buahan ini melalui pameran, saluran media eletronik, media cetak dan lawatan kelokasi khusus. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology yang ke 7,466 kali ini. Wasallam!!...
BUAH NADIR... BANYAK JEBISNYA...
JARANG DITANAM... SIKIT HASILNYA...
BANYAK GUNA... SEPERTI DIDAKWA...
KOLEKSI TANAMAN.... JANAPLASMA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA..

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1444H).
SELAMAT HARI RAYA!!!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...