Support My Blog

Thursday, May 25, 2023

AWASI 7 JENIS PEROSAK TANAMAN CILI (Part 2)

TANAMAN CILI BESAR
(Capsicum annum) atau Tanaman Cili Padi (Capsicum frutescens) merupakan sejenis tanaman yang popular ditanam untuk mendapatkab buahnya yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Keluasan tanaman cili di Malaysia yang direkodkan pada tahun 2022 adalah 3,420 hektar yang menghasilkan sebanyak 30,465 metrik tan sementara keluasan tanaman cili padi pula adalah seluas 807 hektar yang menghasilkan sebanyak 2,313 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Direkodkan dimana negeri yang luas menanam cili adalah Johor (700 hektar menghasilkan sebanyak 18,125 metrik tan) diikuti dengan Kelantan (687 hektar) dan Perak (332 ha). Negeri Johor mengekuarkan sebanyak 59.5% daripada jumlah pengeluaran cili di Malaysia. Saya ada menulis lebih 50 artikel mengenai tanaman cili dan perkara yang berkaitan dengan cili didalam blog ini semejak 15 tahun dahulu. Pada penulis blog tanaman cili memang ianya boleh ditanam di berbagai tempat sama ada di dalam kebun secara terbuka, didalam rumah kalis serangga, dalam rumah pelindung hijan, cara fertigasi, didalam polibeg keliling rumah atau dimana sahaja. Bagaimana pun pengurusan tanaman cili bukanlah satu kerja mudah kerana penulis blog sering dengar ramai yang cuba-cuba menanam cili gagal menuai hasilnya. Salah satu sebab utama yang menjadikan tanaman cili gagal adalah disebabkan oleh serangan serangga perosak dan penyakit. Pengurusan tanaman cili yang telah diamalkan juga tidak mengikuti amalan agronomi yang baik menyebabkan tanaman cili diserang dengan penyait seperti Penyakit Kerinting Daun, Penyakit Antraknos, Penyalit Layu dan banyak lagi. Bagaimana pun tanaman cili memang amat disukai oleh banyak jenis serangga perosak sama ada ianya menyerang tanaman atau pun sebagai pembawa patogen perosak kepada tanaman cili. Serangga perosak ini mudah menyebarkan patogen dari satu pokok kepokok cili yang lain dengan cepat jika tiada diawasi dan tidak dijalankan kawalan dengan betul. Pengalaman penulis blog mendapati dimana selalunya serangan serangga terhadap tanaman cili amat aktif dan lebih tinggi intensitinya semasa musim kemarau dan panas. Pada penulis blog sesiapa sahaja yang ingin menanam cili perlu memahami akan pentingnya untuk mengetahui apa juga serangga perosak yang mengancam tanaman cili dan tanda serangannya serta bagaimana kawalan yang tepat. Artikel pda Ahad ini pada 1 Zulkaedah 1444H saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai 7 jenis perosak yang mana ia boleh menyerang tanaman cili sebagai bahan rujukkan semua.


5. LALAT PUTIH (White fly)
Lalat putih atau 'Whitefly' adalah dari keluarga Aleyrodidae. Lalat putih kebiasanya akan menyerang bahagian bawah daun tumbuhan dengan menghisap cecair atau nutrien daun. Apabila terlalu banyak lalat putih yang menghisap dan tiada kawalan serangga perosak dilakukan secara berkesan maka akibatnya ia akan menyebabkan daun lama kelama akan lumpuh dari membuat fotosintesis. Semua tau kan bertapa pentingnya fotosintesis terhadap pokok. Dari 1,550 spesis lalat pputh dilaporkan iaitu ada beberapa jenis lalat putih yg biasa menyerang tanaman iaitu jenis Trialeorodus sp., Bemisia tabaci, Bemisi sp.,  Trialeurodes vaporarioum dan juga Aleurodicus dispersus.  Kitaran hidup Lalat putih adalah seekor lalat putih betina mampu bertelur 100-200 biji sepanjang hidup. Telur lalat putih kebiasaanya akan menetas dlm 5-10Hari (nimfa). Hari pertama menetas ianya menyerupai Mealybugs kecil, Nimfa lalat putih akan hidup dlm tempoh seminggu. Selepas seminggu ia akan bertukar kebentuk pupa dimana pupa lalat putih kekal begitu dlm tempoh seminggu. Selepas seminggu lalat putih dewasa jantan/betina akan muncul. Lalat putih kebiasaannya akan hidup antara 1-2 bulan. Apa pun dilaporkan dimana kesan dari serangan lalat putih akan boleh menyebabkan daun pokok akan menjadi menguning dan terbantut serta pokok menjadi kurang daya tahan penyakit. Dalam pada itu lalat putih ini membawa beberapa jenis virus pokok. Selepas menghisap lalat putih ini akan merembeskan cecair melekit yg menyebabkan daun jadi hitam. Cara untuk mengatasi seperti dengan menyembur air dgn aliran yg kuat ini akan menganggu sarang dia. Penggunaan minyak semambu mampu menghalau lalat putih ini. Kawalan secara biologi melalui ladybugs dan larva lacewing akan memakan telurnya. Membuat pruning terhadap pokok yg terlalu lebat daunnya dan boleh dilakuak cara menyembur dgn racun kimia. Pengunaan Nitrogen yg terlalu tinggi menyumbang serangga menyerang pokok dengan lebih pantas. Jadi kawal pengunaan baja. Untuk semburan organik boleh gunakkan bahan seperti larutan Semambu, larutan bawang Putih, Tuba, daun ketum dan cuka kayu.
 Spesis Bemisia tabaci merupakan salah satu spesies yang banyak merbahaya sebab ia dapat menjadi pembawa vektor Begomovirus. Tanaman cili menjadi lemah dan layu sehingga pertumbuhannya terhambat dan hasil menurun. Kerosakan tidak langsung yang disebabkan oleh akumulasi embun yang mana ia merupakan substrat untuk pertumbuhan cendawan embun jelaga pada daun dan buah cili. Embun jelaga mengakibatkan penurunan efisiensi fotosintesis dan menurunkan mutu buah. Kerosakan lalat putih yang membawa begomovirus simptom yang muncul adalah penyakit keriting kuning yang dapat menurunkan hasil tuaian antara 20 - 100%. Bagi tanaman cili kawalan boleh dilakukan dengan amalan pergiliran tanamman yang bukan tanaman peruhanya (kentang, timun, tembikai, melon, terung, kobis, buncis, selada, keledek, ubi kayu, kacang soya, tembakau, dan cili. Sentiasa kawal rumpai yang menjadi perumah kepada masaalah begomovirus. Kumpulkan dan bakar sisa tanaman yang diserang.


6. ULAT BUAH CILI 
Ulat Pengorek Buah (
Helicoverpa armigera) yang boleh menyerang buah cili buah umumnya menyerang tanaman cili yang mulai berbuah. Antara jenis sayuran lain yang jadi perumah dan diserang ulat pengorek ini adalah Buah Tomato dan Kacang Soya. Buah cili yang diserang ulat pengorek buah akan menunjukkan gejala berlubang dan dipokok akan kelihatan ulatnya (Sila lihat foto disebelah). Jika buah cili ini dibelah akan dilihat dimana di dalamnya akan terdapat ulat. Ulat pengorek buah menyerang buah cili dengan cara melubangkan bahagian dinding buah. Umumnya pada peringkat instar pertama ulat buah menyerang buah yang masih hijau. Ketika musim hujan selalunya berlaku serangan ulat buah dimana ia kemudian akan berelaku serangan oleh kulat sehingga buah cili yang terserang akan jadi busuk. Kawalan boleh dijalankan dengan cara lakukan pergiliran tanaman yang sedang berbuah yang berada berdekatan dengan tanaman cili. Kemudian perlu dikumpulkan buah cili yang telah diserang dan dimasukan ke dalam beg plastik untuk dimusnahkan. Jika perlu juga boleh dilakukan semburan racun kimia menggunakan racun serangga seperti Decis 2,5 EC 1 mililiter/liter iaitu dilakukansecara rutin hingga terkawal.  



7. ULAT MAKAN DAUN 
Ulat Makan Daun (Spodoptura litura) bagi tanaman cili adalah sejenis ulat yang luas tersebar di kawasan Asia, Pasifik, dan Australia. Di Malaysia dimana serangga perosak ini menyerang tanaman lain terutama bagi tanaman cili merah, padi, kacang panjang, kacang tanah dan kobis. Ulat Makan daun ini dipanggil sebagai 'Ulat Gerayak' iaitu caranya dengan memakan daun dan buah (Sila lihat foto disebelah). Tanda serangan selelnya berlaku semasa larva instar satu dan dua berupa bercak putih yang menerawang akibat daun bahagian atas ditinggalkan. Ulat ini akan menyerang tanaman bersama-sama dalam jumlah besar dengan cara memakan daun hingga botak dan hanya tersisa tulang-tulang daun saja atau daun berlubang. Akibatnya adalah dimana proses pertumbuhan tanaman menjadi terganggu dan terhambat. Serangannya semakin banyak terjadi pada malam hari dan boleh semakin ganas di musim kemarau. Apa pun kawalan ulat makan daun ini adalah dengan cara mMengumpulkan telur dan ulatnya secara manual dan kemudian perlu dimusnahkannya. Biasanya telur ulat ini akan diletakkan pada daun bahagian bawah yang boleh dilihat dengan menyelaknya. Memanfaatkan tanaman perangkap seperti tanaman jagung untuk mengawal seranagga perosak nini. Semburan serangga perosak ini dengan racun serangga seperti Decis 2,5 EC 1 mililiter/liter boleh dijalankan sehingga terkawal secara rutin. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM CILI... MUDAH KATANYA...
BENIH DISEMAI... DITANAM PULA....
NAMUN AWAS...ADANYA SERANGGA...
BACA ARTIKEL... ILMU SEDIA DIDADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 622, Executive Suite,
Hotel Amerin, Taman Perling,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...