Support My Blog

Wednesday, February 5, 2020

POKOK PINANG - APA POTENSINYA

POKOK PINANG ( Areca catechu) tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30m dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya (Sila lihat foto diatas sekali). Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog didalam membuat pemantauan dikawasan kebun pinang di Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Osahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mmbai, Segamat ini mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai potensi tanaman pinang untuk bahan rujukkan anda.

Pokok pinang yang mana ia merupakan satu spesis tumbuhan palma atau faili Arecaceae mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter dengan diameter batangnya setebal 20 - 30 cm. Daunnya berukuran 1.5 - 2.0 meter panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pokok Pinang ditanam untuk memperolehi buah dan bijinya yang penting dari segi ekonom diambil daripada bahagian buah pinang (betel nut). Bahagaian biji ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline dimana orang kampung dakwa ia boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang inni selalu ada ditanam di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk penghasilan buahnya. Dalam pada itu sering di viralkan menganai 'Buah Pinang Muda' da biji buah pinang uang digunakan untuk makan sireh. Buah pinang dan sireh serta kapor memang berleluasa digunakan oleh orang lelaki Myanmar. Penulis blog yang pernah berkunjung ke Myanmar mendapati orang lelaki dewasa mereka amat suka makan benda ini atau mudahnya kita panggil 'menyentel' sahaja. Tidak kurang juga dahulu dikalangan orang Melayu kita di Malaysia dimana didalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India di Malaysia, sireh pinang amat penting . Sireh, pinang, gambir, kapur, lada hitam, kemenyan dan lain-lain diletakkan dalam tepak sireh semasa adat perkahwinan.


Potensi penggunaan buah pinang agak kurang diketahui oleh masyarakat bandar masa kini. Didakwa dimana buahnya boleh digunakan untuk perubatan. Pucuk atau daun muda pinang (Areca catechu) dan pucuk-pucuk dari Areca borneensis dan Areca triandra ada yang mendakwa boleh dimakan tetapi amat jarang diamalkan kerana agak sukar untuk mendapatkannya. Pucuk kumpulan sama iaitu Areca hutchinsoniana bagaimana pun dilaporkan ada digunakan sebagai penghapus parasit. Hampas kepada buah pinang rebus pula diletakkan pada luka-luka. Dalam pada itu bahan alkaloid dalam pinang termasuklah arekolin, arekaidin, arekain, guvacin, arekolidin, guvakolin, isoguvakolin dan kolin mempunyai kegunaan untuk bahan kesihatan dan kecantikkan serta ubat. Bahan Arekolin yang selalunya bersifat toksik mampu bertindak sebagai dadah nikotin ke atas sistem saraf. Ia boleh juga menyebabkan sawan yang mana kesan paling kronik boleh menyebabkan akhirnya mangsa menjadi lumpuh. Dalam kes tertentu pernah dilaporkan dimana ia boleh menyebabkan kepada kematian dimana ini disebabkan oleh terhentinya pernafasan. Bahan  Arekolin adalah penghapus parasit dan cacing serta mampu untuk bertindak seperti asetil kolin. Buah Pinang didakwa juga mengandungi lebih kurang 15% tanin merah dan 14% lemak. Tanin dalam pinang digunakan untuk merawat cirit-birit. Campuran pinang bersama bahan-bahan lain digunakan untuk kayap.


Mungkin ramai dikalangan generasi baru yang kurang mengenali pokok pinang. Pokok pinang tumbuh menegak dengan tidak bercabang dan buahnya berjambak dan berjurai dengan banyak (Sila lihat foto disebelah). Antara kegunaan dari tumbuhan ini didakwa dimana bahagian isi buah pinang muda kepada peminat yang suka kunyah dan airnya ditelan untuk tujuan mengubati darah dalam air kencing. Jus pinang muda pula ada yang menggunakannya sebagai ubat luar untuk rabun bila dititik pada kornea, ada yang menelan untuk rawatan demam, histeria, disenteri (cirit berdarah) dan sebagainya. Dari segi kegunaan lain juga ada dakwaan dimana buah pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan. Dalam pada itu buah pinang yang dikunyah ada yang menggunakan untuk merawat sengatan sotong kereta. Kepada mereka yag kurang tahu sebenarnya abu pinang digunakan untuk mencuci gigi, tetapi jika terlalu banyak akan merosakkan gigi. Jus pucuk pinang dan Euphorbia Linta diberi tiga hari selepas bersalin. Disamping itu bahagian akar dan sabut pinang yang separuh reput digunakan untuk disenteri (cirit berdarah). Akar pokok pinang dewasa ada juga digunakan untuk membanyakkan kencing dan mengubati sakit perut. Campuran daunnya digunakan untuk memandikan kanak-kanak yang cirit-birit. Serbuk daun pinang bersama daun Atalantia dan limau digunakan untuk sakit perut. Serbuk pinang boleh membuang cacing gelang dan cacing kerawit. Ekstrak pinang didapati menghasilkan barah bila diletak pada selaput lendir hamster.


Pada penulis blog sebenanrya pokok pinang ditanam ikut kesesuaian tempat. Biasanya ada pemilik rumah dikawasan kampong dimana mereka gemar menanam pokok kekal sebagai hiasan taman. Pokok pinang yang memiliki batang berwarna kuning, oren dan hijau adalah antara yang menjadi pilihan untuk ditanam di tepi pintu pagar atau di lorong masuk ke rumah, chalet atau hotel.Pinang raja, misalnya adalah salah satu pokok berumpun yang paling diminati kerana kombinasi warna batang dan pelepahnya. Tingginya mencapai lima meter dengan daun berukuran satu hingga dua meter boleh didapati secara meliar di kawasan hutan berpaya gambut di negara ini. Ramai yang menanamnya di halaman rumah dan jika kawasan tidak luas biasanya meraka akan cukup tanam sekadar menanam dua pokok di kiri dan kanan pintu pagar, tetapi jika ada ruang yang lebih luas maka pokok pinant boleh ditanam berbaris (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini juga dikenali sebagai pokok Sealing Wax Palm dari keluarga Areceace yang mempunyai mayang bercabang dengan sulur merah. Buah hijau pada peringkat awal berubah menjadi hitam apabila masak turut menarik pandangan. Pokok  Pinang Kuning atau Golden Cane Palm pula sesuai ditanam di kawasan rekreasi dengan penjagaan daun berterusan. Pelepah kering perlu dicantas dan pokok ini memerlukan pembajaan yang betul menggunakan sebatian kompleks 12:12:17:2 + TE bagi pokok muda dan 15:15:15 sebaik saja mengeluarkan buah empat kali setahun. 


Ada kalangan orang kampong dan pihak berkuasa tempatan serta institusi yang mempunyai bangunan dan jalan berturap sesuai menanam pokok Royal Palm (Pinang Kobis) atau nama botaninya sebagai Roystonea oleracea untuk landskap. Salah satu yang ikonik seperti di Universiti Pertanian Malaysia (kini sudah jadi Universiti Putra Malaysia) di Serdang, Selangor. Tumbuhan ini yang berasal dari negara Barbados memang menyerlahkan keunikan batang tunggalnya lurus, pangkal pokok besar dengan ketinggian antara 30 - 40 meter. Penanaman secara deretan adalah kaedah paling sesuai dimana ia kan kelihatan lebih cantik dipandang. Memang indah dilihat barisan pokok mana ia semakin digemari peminat seni taman. Ia sesuai ditanam sederet untuk menghiasi pembahagi jalan atau di tepi pagar atau sepanjang jalan utama taman perumahan. Keunikannya terserlah apabila mengeluarkan jambak mayang yang lebih besar dan tandan yang agak panjang bersulur berwarna jingga. Buahnya yang hijau kekuningan akan berubah menjadi merah gelap apabila masak bagi menambah seri kepada pokok berkenaan. Jenis Pinang untuk makan sirih pula agak berlainan kerana ia mempunyai buah merah dan sesuai ditanam secara deretan atau kelompok dengan jarak rapat. Kombinasinya dengan pokok renek lain boleh dibuat dan ia akan membantu menambah daya tarikan.


Penulis blog membuat pemerhatian dan bincang dengan rakan di nurseri dimana cara menanam pokok pinang ada  dua cara iaitu melalui semaian biji benih atau belahan rumpun melalui proses pengasingan anak yang tumbuh pada umbinya. Dua bahagian pasir sungai dan satu bahagian serbuk kayu (sisa gergaji) diperlukan sebagai media penyemaian yang diisi ke dalam pasu atau tapak semaian yang tingginya kira-kira 30 cm dan mendapat pendedahan cahaya matahari sebanyak 50 peratus. Kemudian anak benih yang sudah berakar dan mempunyai dua hingga tiga helai daun boleh dipindahkan ke tapak penanaman (Sila lihat foto disebelah). Baja yang disyorkan ialah campuran najis haiwan yang reput, tanah bakar dan pasir dengan campuran 5:3:2. Cara anak benih yang diambil menggunakan teknik belahan boleh terus disemai ke tapak semaian atau pasu yang ada menggunakan nisbah campuran sama. Penjagaan rapi tidak diperlukan kerana pokok ini adalah spesies lasak. Teknik penanamannya memerlukan bekalan air yang banyak dengan pembajaan baja sebatian kompleks sebanyak tiga kali setahun. Pada pangkal pokoknya boleh ditanam pokok renek seperti pokok bunga siantan (Iixora spp) untuk ia cara menambah seri taman.

Media tempatan ada laporkan kes yang agak menarik di Kuala Berang, Terengganu dimana ada aktiviti ekonomi berasaskan kepada pokok dan buah pinang disana. Akhbar My Metro dipetik dengan artikel bertajuk "Gadis Buah Pinang" amat menarik dijadikan ulasan. Pada saya ada kemungkinan dimana kerja memproses buah pinang agak asing bagi sesetengah orang dan ramai yang mana mereka beranggapan kebiasaannya dilakukan golongan warga emas bagi tujuan keluarganya menambah pendapatan. Bagaimanapun fakta ini berlainan dan ia berbeza buat seorang remaja perempuan kerana memiliki kebolehan memproses buah pinang untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan keluarganya. Nor Fazlin Azirah Razali berumur 18 tahun atau dikenali sebagai gadis buah pinang dari Kampung Peneh, Kuala Berang ini mendakwa iaitu dia tidak kekok untuk melakukan kerja tradisi mengutip, membelah, mengupas dan menjemur buah pinang yang dilakukannya dengan serius sejak dua tahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Dia menyatakan dimana bapanya turut menanam kira-kira 40 batang pokok pinang di kawasan kebun getah milik keluarganya dan ia dijadikan sebagai pendapatan tambahan keluarga. Pokok Pinang mudah ditanam dan dijaga berbanding dengan tanaman yang lain pernah diusahakan ayah beliau. Lazimnya untuk proses awal buah pinang yang dikait perlu terus dibelah, manakala buah yang gugur pula dijemur terlebih dahulu. Semua buah pinang siap proses ini akan dikumpulkan dan digredkan sebelum dijual kepada pemborong tempatan. Harga buah pinang ini berbeza-beza mengikut gred dan musim. Kini ada pelbagai produk yang menggunakan buah pinang sebagai bahan yang sesuai untuk dikomersilkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PINANG... APA GUNANYA...
SEMAI BIJI... TUNAS AKAR MUDAHNYA...
BUAH MATANG... DIPROSES SETERUSNYA...
SIAPA BERMINAT... SILAKAN DI LAKSANA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka Bersejarah, Melaka,
Malaysia.
(26 JamdilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...