Support My Blog

Wednesday, February 26, 2020

JANTUNG PISANG - PELBAGAI CERITA

JANTUNG PISANG (Banana Flowers) iaitu sejenis bunga yang keluar pada tandan pisang (Musa accuminata) dimana ia kemudian menjadi buah pisang apabila matang. Jantung Pisang bagi kebanyakan spesis pisang yang boleh dimakan boleh dipetik, dimasak dan dimakan. Antara jenis jantung pisang yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Jantung Pisang Nipah atau Pisang Kapok, Jantung Pisang Nangka, Jantung Pisang Embun, Jantung Pisang Raja dan beberapa jenis lagi. Kalau dahulu jantung pisang hanya dimakan oleh masyarakat kampong sahaja tetapi kini saya dapati masyarakat bandar telah makan jantung pisang yang dibeli dari pasar basah, pasar tani atau pasaraya. Beberapa hotel dan restoran telah pun mengkomersilkan jantung pisang sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan. Pada saya jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Satu pokok pisang lazimnya akan mengeluarkan satu tandan pisang dan satu biji jantung pisang sahaja. Hanya dalam keadaan tertentu atau spesis tertentu jumlah tandan dan jantung pisang melebihi daripada satu dimana lazimnya jika ada kelainan akan dijadikan peristiwa 'pelik' yang sering dilaporkan didalam akhbar. Jantung Pisang berbentuk HATI (Heart) yang berwarna Coklat-Ungu Gelap dan mempunyai kelopak atau 'kulit luar' dimana didalamnya ada bunga berwarna kuning keputihan dipangkal kelopak. Ukuran jantung pisang sekitar 25-40 cm dengan ukurlilit tengah jantung 12-25 cm. Kulit jantung pisang luar adalah sederhana keras dan akan terbuka apabila sampai waktu bagi mendedahkan bunga betina. Bunga Betina dan bunga jantan ini menghasilkan manisan atau nektar bagi menarik serangga menghisapnya dan menjalankan proses asas bagi pendebungaan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkenaan pelbagai kisah dalam media mengenai jantung pisang untuk rujukkan anda semua.

Kisah pertama dipaparkan oleh My Metro adalah Inovasi jantung pisang seperti inovasi membuat serunding jantung pisang yang dihasilkannya di ICC TVET 2019 di Kolej Komuniti Termerloh, Pahang.  Ada dakwa rasanya yang enak dan mampu disimpan lebih tiga bulan serta tiada bahan pengawet menjadi kelebihan serunding jantung pisang hasil inovasi seorang pelajar Kolej Vokasional Puteri Temerloh. Pelajar tersbut iaitu Hartini Hardipa 19 tahun telah mengambil masa kira-kira tujuh bulan melakukan penyelidikan sambil dibantu gurunya (Sila anda lihat foto disebelah), Laila Othman sebelum berjaya menghasilkan produk tradisional itu yang juga mempunyai khasiat bagi mencegah diabetis. Sebelum ini jantung pisang hanya dijadikan ulam selepas dicelur tetapi kini ia boleh mereka dapat dipelbagaikan mengikut selera makan individu yang menyukainya. Memang tidak semua jantung pisang boleh dijadikan serunding, hanya beberapa jenis saja antaranya jantung pisang raja dan pisang nipah kerana ia tidak kelat. Dia melalui lima proses perlu dilakukan bagi menghasilkan produk berkenaan turut dicampur dengan beberapa jenis bahan tambahan termasuk bawang, lada dan serai. Beliau  ditemui ketika menyertai Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET 2019) peringkat negeri di Kolej Komuniti Temerloh. Dakwa neliau harganya jauh lebih murah turut menjadi kelebihan terhadap produk berkenaan berbanding serunding daging dan ayam yang sememangnya sudah terkenal sejak beratus tahun lalu. 

Gadis yang meminati bidang masakan itu berkata, inovasi serunding jantung pisang yang dihasilkan memberi peluang kepada individu yang tidak makan serunding daging dan ayam merasa produk berkenaan kerana rasanya hampir sama. Pada awalnya dea menghasilkan serunding jantung pisang kerana pada jantung pisang terdapat banyak khasiat selain ingin memastikan produk berasaskan jantung pisang dapat disimpan lebih lama tanpa mengubah rasa dan keenakannya. Produk serunding jantung yang pertama dihasilkan turut dapat membantu pekebun pisang untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara berterusan selain dapat menambah pendapatan. Beliau yakin produk serunding jantung pisang mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa terutama negara Timur Tengah yang meminati makanan mengandungi rempah ratus. Serunding jantung pisang dijual dengan harga RM6 bagi 200 gram,” katanya yang turut yakin produk berkenaan dapat membantu merawat penyakit gastrik.

Kisah lain yang dipaparkan dalam media adalah kejadian aneh dimana apa pokok pisang mempunyai 8 jantung. Kejadian berlaku di Kampung Gelam Kuala Pilah turut mengamit orang ramai datang untuk mendapatkan peluang melihat pokok pisang embun memiliki lapan jantung tersebut (Sila lihat foto disebelah). Pokok pisang embun milik seorang penduduk Kampung Gentam, Kuala Pilah menjadi tumpuan orang ramai kerana kelainannya mengeluarkan lapan tandan serta lapan jantung. Pemilik pokok tersebut dikenali sebagai Leow Chun Hong  48 tahun mendakwa dia menyedari kelainan pada pokok pisang yang ditanam di belakang rumahnya itu pada dua minggu lalu. Menurutnya, kelainan pokok pisang yang ditanam sejak dua tahun lalu itu menarik perhatian masyarakat setempat yang tidak putus-putus datang ke rumahnya untuk melihat keadaannya. Apa yang berlaku sbenarnya pokok pisang ini sudah tiga kali berbuah. Kali pertama ia berbuah seperti biasa, tetapi kali kedua dan ketiga ia berbuah dengan mempunyai dua jantung. Menurut Leow lagi apa yang anehnya tandan pokok pisang itu keluar di tengah batang pokok sedangkan kebiasaannya ia keluar di bahagian pucuk. Dia ada menganggarkan ada hampir 100 biji pisang daripada semua tandan. Ada beberapa penduduk sudah menempah untuk membelinya, namun saya tidak berniat menjualnya. Dia tidak berhasrat menebang atau mengambil buahnya, sebaliknya membiarkan dan lihat apa akan terjadi selepas ini. Unik juga mendengar kisah pokok pisang embun mempunyai 8 bijii jantung di Kuala Pilah ini.

Kisah lain pula dari NSTP di Kedah dimana dilaporkan jantung pisang yang didakwa pelik tapi benar. Seorang pemuda bernama Ahmad Irwandi Ayob melihat setandan pisang awak yang berbuah di tengah batang pokok di Kampung Belukar Mukim Temin, Di Changlun, Kedah. Terdapat beberapa orang penduduk dari Kampung Belukar, Mukim Temin, Changlun yang terkejut apabila melihat pokok pisang awak yang ditanamnya setahun lalu berbuah di tengah batang. Ghazali Abdul Razak yNg berusia 55 tahun dakwa kejadian ini disedarinya apabila sedang berehat di pangkin berhampiran pokok pisangnya, semalam. Dia terpandang pada satu daripada pokok pisang di situ ketika berehat dan melihat seperti ada setandan pisang di batangnya. Bagaimana pun apabila diperiksa, memang pokok pisang berkenaan berbuah di batang walaupun saiz buah pisangnya kecil daripada biasa. Ini adalah kali pertama dia melihat kejadian pelik ini dan bertambah aneh apabila jantung pisang itu naik ke atas berbanding pisang biasa yang jantungnya ke bawah. Dalam pada itu cucu saudara Ghazali, Ahmad Irwandi Ayob, 41, berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai kejadian itu. Inikerana apabila diberitahu oleh datuk saudara, saya ingatkan ada yang ingin bergurau dengan meletakkan pisang di celah batang itu, Bagaimana pun apabila memeriksanya memang ternyata memang ia berbuah di situ dan bukannya dibuat-buat. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info sesuai dengan kehendak anda. Wasllam!!..
JANTUNG PISANG... BANYAK KISAHNYA....
BERJANTUNG BANYAK...ITU KENAPA...
DIJADIKAN ULAM.. MAKAN SEKELUARGA...
BANYAK KHASIAT... DAPATKAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 216, AB Inn Hotel,
Jalan Airport, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...