Support My Blog

Sunday, February 16, 2020

STEVIA TANPA KALORI

TANAMAN STEVIA (Stevia rebaudiana) yang kini popular dikalangan usahawan adalah tumbuhan dari keluarga Asteraceae yang didakwa berasal dari Paraguay, Amerika Selatan. Tumbuhan ini adalah bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia juga dipanggil sebagai 'Sugar leaf' dan 'sweet leaf' kerana kandungan 'steviol glycocide' didalamnya. Apakah dia dikatakan keistimewaan tumbuhan ini?. Kini umum tahu yang tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang memberikan 'rasa manis' apabila dimasukkan kedalam mulut dan bercampur dengan air liur seperti kemanisan gula malahan didakwa mempunyai 300 kali ganda kadar kemanisan dari gula pasir. Saya ada menulis banyak artikel mengenai stevia diana salah satu anda buat pautan berikut (Sila klik disini). Ramai petani di Malaysia yang telah menanam stevia secara 'penanamann kontrak' atau 'contract farming' dengan beberap syarikat tempatan. Produk stevia ini didakwa sangat baik untuk mereka yang menghadapi masaalah diabetik. Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan dikeliling rumah atau pun secara komersil dikebun. Penanaman stevia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratan atau pun dengan kaedah pembiakan kultur tisu. Di negara beriklim sederhana, stevia boleh ditanam menggunakan biji benih. Di Malaysia pula, kaedah menanam secara keratan lebih sesuai kerana pokoknya lebih seragam. Tambahan lagi, iklim tropika seperti di negara kita akan menyebabkan pengeluaran biji benih stevia memang kurang memuaskan. Pemerhatian yang dijalankan mendapati anak stevia diletakkan di tapak semaian selama sebulan hingga satu setengah bulan. Ini bertujuan untuk mereka menyediakan anak benih yang mempunyai akar dan akan dipilih saiz anakbenih yang seragam untuk ditanam. Setelah mencapai saiz sesuai maka anakbenih akan dipindah ke ladang pada kepadatan 167,000 hingga 170,00 pokok sehektar. Penanaman dengan jarak 30 cm x 40 cm boleh dibuat diatas batas bagi kawasan yang rendah. Sebaiknya ladang bagi penanaman stevia dipasang sistem pengairan yang baik. Artikel pagi Selasa ini sempena cuti Tahun Baru Cina saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk dari stevia hasil kajian dan usahawan seperti dilaporkan oleh akhbar My Metro untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. 

Pokok stevia menghasilkan daun dan batang yang manis dan didakwa dalam artikel bertajuk "Stevia gula tanpa kalori" dimana sesuai dijadikan bahan rujukkan. Pada penulis blog stevia adalah tumbuhan yang berbatang lembut, daun berbentuk halus dan bergerutu serta mengeluarkan bunga kecil berwarna putih (Sila lihat foto disebelah). Stevia adalah sejenis herba berasal dari Paraguay dan digunakan kaum Red Indian sejak zaman dahulu. Penggunaannya dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan dan kemudian tersebar di luar Amerika Selatan berikutan penemuan oleh ahli botani, Antonio Bertoni pada 1887. Penemuan itu secara tidak langsung menggalakkan pengguna bertukar ke arah penggunaan gula tanpa kalori bagi mengurangkan beban penyakit terutama mereka yang sukar mengawal kadar pengambilan gula. Komponen pemanis utama dalam daun stevia juga dikatakan mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat. Antara negara yang mengusahakan tanaman stevia secara komersial termasuk Brazil, Paraguay, Kanada, Australia, Jepun, China, India, Taiwan, Korea dan Thailand.

Kini keunikan stevia yang menawarkan kemanisan tanpa kalori membolehkan banyak pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mengembangkan industri berkaitan herba manis itu. Di pasaran tempatan terdapat banyak produk yang dijual dalam bentuk larutan stevia. Larutan stevia dititiskan ke dalam air minuman dalam dos tertentu sebelum dikacau (Sila anda lihat foto disebelah). Rasa manis minuman akan dirasai lambat sedikit kerana kelarutan stevia dalam air adalah sangat perlahan. Stevia yang diluluskan dalam Akta Makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak stevia. Kemanisan yang terhasil daripada daun stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis berbanding gula tebu. Namun demikian, ia tidak mengandungi kalori, karbohidrat, lemak dan kolesterol. Foto disebelah demo yang menunjukkan demonstrasi penggunaan larutan stevia. Akibat menyedari daun stevia mempunyai ciri yang lebih baik berbanding pemanis lain, di samping berpotensi menjadi sumber utama sebagai pemanis untuk pasaran makanan semula jadi yang semakin meningkat, Global Trade Supplier Sdn Bhd memperkenalkan larutan stevia iaitu Farin Stevia Leaf sebagai alternatif pengganti gula lebih sihat. Pengarah Urusannya, Mohd Shah Farin Wahaiyan berkata, stevia yang lazim digunakan sebagai pemanis gula semula jadi adalah Stevia rebaudiana, namun produk keluaran pihaknya berlainan berikutan ia dirumus khas dengan campuran tiga jenis daun stevia iaitu Reb Stevia, Alpha Stevia dan SG Stevia.

Setiap jenis stevia digunakan mempunyai khasiat tersendiri dan bukan saja boleh digunakan dalam minuman, malah ditambah dalam masakan. Beliau terpanggil dengan situasi dimana dia mahu berkongsi kepada masyarakat berkenaan kebaikan produk keluaran syarikat mereka. Reb Stevia atau Rebaudioside A terbentuk dalam tumbuhan Stevia rebaudiana Bertoni dan dalam bentuk yang diekstrak serta ditulenkan kira-kira 300 kali lebih manis daripada gula. Ia mempunyai rasa yang manis sama seperti gula dan kalori. Rebaudioside A 97 menawarkan kemanisan secara semula jadi dengan pengurangan kalori. Alpha Stevia adalah gabungan steviol glikosida bersama tumbuhan Stevia rebaudiana Bertoni. Profil rasa dioptimumkan untuk mengeluarkan pemanis stevia berdasarkan produk tanpa gula tambahan atau lebih 50 peratus pengurangan kalori. Dakwanya lagi Alpha Stevia juga 250 hingga 350 kali lebih manis dari gula bergantung kepada dos dan jenis kegunaan.  Bagi AG Stevia pula, Mohd Shah Farin berkata, Steviol Glycosides 95 adalah campuran steviol glikosida daripada Stevia rebaudiana Bertoni dalam bentuk yang diekstrak dan ditulenkan mempunyai kira-kira 200 kali lebih kemanisan daripada gula serta tidak mempunyai kalori. Ia sesuai digabungkan bersama gula untuk pengurangan kalori produk makanan dan minuman secara semula jadi. Larutan stevia dengan ekstrak tiga jenis herba manis memberikan manfaat berlainan untuk kesihatan. Syarikat ini melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (RnD) selama lebih setahun sebelum memasarkan produk stevia ini yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan selain dikelaskan dalam kategori makanan dan minuman. Mereka memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memproses sendiri larutan stevia ini yang mempunyai keistimewaan antibasi dalam makanan dan minuman daripada ekstrak stevia yang diimport dari Brazil. Kesihatan adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan pihak kami. Sesiapa pun tidak mahu sakit, namun tanpa kita sedar gula dalam makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari dalam diam mampu membunuh. Semuga pembaca anim agro technology memndapat info terbaik dari penulisan kali ini. Wasallam!!...
POKOK RENEK... NAMANYA STEVIA....
MUDAH DITANAM... CARI BENIHNYA...
PRODUK DIPROSES... ADA HARGA...
BACA ARTIKEL... IINGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya.
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...