Penanaman nanas Yankee diatas tanah gambut amat sesuai kerana ia mampu memberikan hasil yang baik jika dijaga dan dibaja dengan sempurna. En Bahrin mengamalkan sistem penanaman ini mengikut kehendak pasaran dan juga kemampuan mengendalikan kebun. Pokok yang ditanam sekarang ini (umur 4 - 5 bulan) dijangka akan dituai pada Tahun Baru Cina Tahun 2021 (Sila lihat foto disebelah). Nanas Yankee atau digelar juga 'Selangor Sweet' ini memang istimewa kerana pokoknya besar dan tahan lasak daripada beberapa varieti lain. Pokoknya besar dengan ketinggian hampir 1 meter bagi pokok dewasa yang subur. Mempunyai saaiz daun yang lebar dan panjang tetapi juga terdapat duri yang agak tajam. Penanam nanas terpaksa memakai dua lapis seluar (yang luar adalah seluar jeans) bagi mengelakkan duri yang keras dan tajam ini. Jika petani hanya berseluar slacks nipis semasa melalui celah pokok nanas Yankee luka-luka banyak menunjukkan duri nanas Yankee memang tajam dan perlu disapu dengan 'lotion' dengan segera untuk ia elakkan berlaku infeksi. Nanas varieti ini ditanam dengan jarak 3 kaki x 2 kaki dan 4 - 5 kaki diantara barisan. Ia kurang diserang penyakit utama nanas seperti BHR seperti varieti MD2 dan mudah diuruskan. Pembajaan sama dengan pakej amalan teknologi tanaman nanas di tanah gambut iaitu semasa vegetatif menggunakan baja NPK 15:15:15 dan untuk pembuahan dengan baja NPK 12:12:17:2 TE serta baja semburan yang lain. Nanas varieti ini hanya sesuai menggunakan Karbid (Calcium carbide) untuk aruhan bunga. Bahan hormon lain seperti ethephon (ethrel) dan Pil ANAA tidak memberi kesan kepada aruhan bunga bagi varieti ini. Buah nanas Yankee akan matang dalam masa 12 bulan selepas ditanam.
Nanas ini mempunyai warna kulit masih hijau apabila masak dengan terdapat tanda warna tompok kuning pada beberapa mata nanas (Sila lihat foto disebelah dan diatas). Kulitnya juga nipis menjadikan buah ini tidak tahan lama untuk dihantar kelokasi yang jauh. Ia juga mempunyai kulit nipis dan lembut dan mudah berair jika ditindih semasa proses pengangkutan. Bahagian isi Nanas Yankee mempunyai isi yang berwarna putih dengan sedikit kekuningan dan ada tompok kecil warna putih. Isi buah yang masak sangat berair (very juicy) dan sepotong nanas akan menitiskan airnya yang manis. Dari apa yang dilihat nanas ini mempunyai tekstur fiber yang halus dan lembut. Kemanisan bagi buah nanas yankee yang masak diantara 12 - 16 darjah Brixs dan bahagian atas buah masih sesuai dimakan segar. Buah nanas yankee ini sangat sesuai untuk dimakan segar dan juga dijadikan produk lain seperti Jus Nanas, Paceri Nanas, Pes Nanas, Kordial dan sebagainya. Lazimnya semasa kenduri kahwin masyarakat tempatan di Daerah Banting menggunakan nanas ini sebagai pilihan untuk dijadikan juadah. Nanas ini dijual dengan harga ladang sekitar RM3.50 sekilogram bagi gred A dan mampu untuk mencecah RM5.50 sekilogram bagi gred AA dakwa En Bahrin dan beliau tiada masaalah menjual nanas Yankee ini. Setakat ini belum ada masaalah mengenai harga untuk nanas Yankee kerana permintaan terhadap nanas ini terus tinggi di Lembah Kelang. Bahrin dakwa untuk dua ekar (kurang sehektar) nanas Yankke setelah 20 bulan mampu memberikan hasil pulangan (atau pendapatan kasar) sebanyak RM60,000 - RM80,000 kalau tidak diserang penyakit dan di curi orang. Kalau ada jualan benih dikira bonus lagi.
Benih nanas Yankee merupakan yang paling mudah dibeli dan diperolehi. Ini kerana apabila buah hampir masak setiap biji buah mampu menghasilkan antara 6 - 10 sulur udara yang bersaiz besar yang sesuai dijadikan benih tanaman. Ini tidak termasuk selalunya jika dicantas akan keluar sulur tanah yang juga amat sesuai untuk dijadikan benih. En Bahrin nyatakan dimana beliau hanya perlu menjadualkan program penanaman untuk sentiasa ada bekalan benih nanas Yankee ini. Bagaimana pun jika beliau tidak mempunyai stok benih Yankee akan pinjam daripada rakan sekampong yang mempunyai benih tersebut dan akan menggantikannya dengan benih dari kebun nanas Yankee beliau kelak. Harga ladang benih nanas Yankee dikebun sekitar RM0.35 - RM0.45 satu sulur dikira harga yang murah berbanding dengan benih nanas MD2 diantara RM1.20 sehingga RM1.60 sepokok. Kepada usahawan baru yang hendak menanam nanas dilaporkan kos pembelian benih nanas (terutamanya benih nanas varieti MD2) adalah yang paling tinggi. Penanaman nanas Yankee di atas tanah mineral dakwa En Bahrin daripada rakannya yang ada menanam di Rawang agak kurang memuaskan. Ini bukan satu kenyataan rasmi kerana pengusaha yang enanam dengan membeli benih darinya tidak menjaga dengan baik. Maknanya memang penulis blog jangka nanas yankee bukan sahaja sesuai di tanah gambut dan memang berkemungkinan dengan penyesesuain teknologi nanas Yankee dari tanah gambut mungkin lebih berkualiti. Semuga anda semua mendapat info berguna membaca artikel untuk menanam nanas Yankee sebagai salah satu sumber rujukkan dari blog anim agro technology kali ini. Menanam nanas yankee 3 atau 4 barisan perlu diikuti dengan ubahsuai teknologi amalan agronomi yang sesuai. Wasallam!!!...
NANAS YANKEE... GAMBUT SESUAINYA...
TANAM 3 BARIS... CARA ITU SUDAH BIASA...
TANAM 4 BARIS... MENAMBAH POKOKNYA...
TEKNIK DISESUAIKAN...PETANI MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(10 JamadilAkhir 1441H).
NANAS YANKEE... GAMBUT SESUAINYA...
TANAM 3 BARIS... CARA ITU SUDAH BIASA...
TANAM 4 BARIS... MENAMBAH POKOKNYA...
TEKNIK DISESUAIKAN...PETANI MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(10 JamadilAkhir 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.