Support My Blog

Tuesday, February 18, 2020

PARIT LADANG - KEPENTINGANNYA

PARIT LADANG (Farm drain) merupakan salah satu prasarana yang diperlukan didalam pembukaan ladang atau kebun sekain daripada prasarana jalan ladang (Farm roads), Kolam, Rumah Pekerja dan pejabat, Utiliti bekalan ar dan letrik dan sebagainya. Keperluan parit ladang ini berbeza-beza mengikut jenis tanah, jenis tanaman, tujuan sistem perparitan ini disediakan dan juga kedudukannya didalam ekosistem. Kebanyakan parit ladang ini dibina bertujuan untuk mengalirkan air keluar daripada kawasan penanaman agar tanaman tidak tidak ditenggelami air dimana ini akan menyebabkan kerosakan kepada tanaman jika banjir berlaku. Penulis blog dapati dimana sewaktu proses penyediaan kawasan ladang atau kebun biasanya kerja-kerja pembersihan kawasan dengan menebang, mengumpul, membakar , memerun dan pembajakan tanah kerja-kerja penyediaan infrastruktur asas kebun adalah penting sama ada dibuat dengan jentera atau manual. Penyediaan jalan ladang, sistem perparitan, sistem pengairan, setor input, rumah pekerja, pusat memproses, pusat pengumpulan hasil dan lain-lain infra perlu disempurnakan sebelum penanaman dimulakan. Penyediaan sistem perparitan menupakan satu komponen yang penting bagi mempastikan lebihan air dalam kebun dapat di keluarkan dari kawasan tanaman. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iaitu mengenai parit ladang sebagai satu tajuk berdasarkan pengalaman penulis yang menjalankan banyak projek-projek pembangunan tanaman makanan dibeberapa negeri diseluruh negara sebagai bahan bacaan anda dan rujukkan anda semua.

Sebelum membina parit ladang bagi ladang baru, sebaiknya dipastikan aliran air dan kemana arus sungai yang berhampiran. Perlu disediakan peta topografi dimana anda akan dapat melihat rekabentuk sistem perparitan yang akan dibuat. Sebaiknya pembinaan parit penting untuk mengalirkan air berlebihan atau bertakung di dalam kebun. Bilangan dan jenis parit bergantung pada keperluan sesuatu kawasan terutamanya di tanah liat pantai dan tanah gambut. Terdapat tiga jenis parit ladang iaitu Parit Ladang, Parit Pengumpul dan Parit Besar atau Parit Utama. Perbezaan antara 3 jenis parit ini adalah saiz parit dan kedudukan rekabentuk parit tersebut. Pembinaan parit ladang perlukan 3 jenis ukuran iaitu Lebar Atas, Lebar Bawah dan Kedalaman Parit (Sila lihat rajah disebelah). Jenis Parit Ladang bagi jenis tanah liat pantai disyorkan mempunyai ukuran lebar atas sekitar 1,2 meter, lebar bawah 0.9 meter dan kedalaman parit 0.6 meter. Jenis Parit Pengumpul pula mempunyai ukuran lebar atas 2.0 meter, ukuran lebar bawah 0.6 meter dan kedalaman parit 1.5 meter. Dalam pada itu parit utama atau Parit Besar biasanya mempunyai ukuran lebar atas 3.3 meter, lebar bawah 1.2 meter dan kedalaman sama ada 1.8 meter atau 2.4 meter.


Berlainan pula dengan cara dan kaedah pembinaan parit dan jalanladang dikawasan tanah gambut. Ini kerana tanah gambut.  Jenis Parit Ladang bagi tanah gambut disyorkan mempunyai ukuran lebar atas sekitar 0.9 meter, lebar bawah 0.6 meter dan kedalaman parit 0.0 meter. Jenis Parit Pengumpul pula mempunyai ukuran lebar atas 2.0 meter, ukuran lebar bawah 1.5 meter dan kedalaman parit 0.6 meter. Dalam pada itu parit utama atau Parit Besar biasanya mempunyai ukuran lebar atas 4.2 meter, lebar bawah 3.3 meter dan kedalaman sama ada 2.1 meter. Tanah gambut atau juga dipanggil sebagai peat, moor, mire dan fen merupakan sejenis tanah marginal yang terdapat diseluruh dunia. Tanah Gambut mengadungi banyak bahan organik iaitu melebihi 30% yang terdiri daripada bahan-bahan tumbuhan yang telah menjalani proses pereputan (decaying process). Pembentukan tanah gambut adalah mengikut umur yang dipengaruhi oleh iklim, hujan, paras air pasang surut, bahan asas tumbuhan serta jenis mikrorganisma yang membantu didalam proses pereputan. Keluasan tanah gambut di Malaysia sekitar lebih dari 2.0 juta hektar dimana tanah gambut paling luas terdapat di Sarawak yang kebanyakkanya dikawasan pesisir pantai. Negeri Johor,Selangor dan Perak di Semenanjung Malaysia pula mempunyai tanah gambut yang telah di majukan dengan pelbagai tanaman makanan dan kelapa sawit.


Sistem jalan yang sistematik penting bagi memastikan operasi pengurusan kebun seperti pembajaan, kawalan rumpai dan perosak serta pengeluaran hasil kebun seperti penuaian buah tandan segar kelapa sawit (BTS) berjalan lancar. Pembinaan parit utama ini lazimnya akan mengikuti jalur jalan utama berukuran 5.5 m lebar. Sama juga dengan parit pengumpul dan parit ladang akan disesuaikan dengan kedudukan jalan kecil berukuran 3.5 m lebar. Pembinaan parit ladang ini sebaiknya mengambilkira antara satu jalan dengan jalan lain adalah 320- 400 m. Permukaan jalan dibuat melengkung atau cembung bagi mengelakkan air bertakung. Bagi kawasan bukit sebaiknya dibina parit sisi dibina di dinding bukit bagi mengurangkan hakisan pada jalan. Bagi tapak jalan lama yang dijadikan tapak tanaman maka kerja membaiki struktur tanah seperti menggembur dan menambak tanah perlu dilakukan. Sebarang kerja penyelenggaraan jalan sebaiknya disiapkan sebelum pengeluaran hasil dimulakan. Penurapan jalan menggunakan tanah laterit atau batu boleh dilakukan supaya jalan tahan lebih lama. Peranan jalanladang dan sistem perparitan diladang membolehkan aktiviti pengurusan tanaman dapat dilaksanakan dengan lebih cekap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PARIT LADANG ... ADA 3 JENISNYA...
PARIT UTAMA... BESAR SAIZNYA...
DIATASNYA LEBAR...KECIL BAWAHNYA...
MENGALIRKAN AIR...OK TANAMANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(16 JamadilAkhhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...