Support My Blog

Wednesday, February 19, 2020

STEAMBOAT TANAH TINGGI -UJIRASA

MAKANAN STEAMBOAT meruakan sejenis hidangan yang kini semakin poplar di Malaysia dan mudah didapati dibeberapa restoren  terutama di Pusat Peranginan Tanah Tinggi Cameroon Highland di Pahang. Ia mudahnya dipanggil sebagai 'Stimbot' dimana ia meupakan sejenis masakkan khas yang merupakan jenis makanan yang dipercayai berasal dari Mongolia tetapi kini ia telah popular diseluruh dunia. Di Malaysia makanan ini dihidangkan bersama untuk dimakan bersama-sama ahli keluarga, rakan taulan dan sama ada disediakan sendiri dirumah atau dihidangkan direstoran steambot khusus. Dikawasan sejuk seperti di Cameroon Highland, makanan stimbot merupakan hidangan yang sangat popular untuk dihidangkan untuk pelancong. Makanan stimbot terdiri daripada periuk air rebusan panas yang diletakkan di tengah meja makan. Semasa periuk dikekalkan mereneh, beberapa bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja. Hidangan stimbot yang tipikal termasuk hirisan daging, sayur daun, cendawan, wonton, ladu telur, dan makanan laut. Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengan sos. Di banyak kawasan, hidangan stimbot sering dimakan pada musim sejuk. Dalam rujukkan yang saya buat dilamanweb, nama makanan ini juga dipanggil sebagai Huo Guo, pinyin: huǒguō yang bermakna merupakan nama Cina bagi "periuk panas" iaitu huǒ bermaksud "api", manakala guō bermaksud "periuk". Artikel dalam kedinginan subuh hari ini saya telah menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis makanan yang saya suka makan ketika berkunjung ke Cameroon Highland iaitu stimbot untuk dijadikan bahan bacaan.


Cara masakan stimboat yang berasal dari Mongolia dan China ini dipelopori oleh orang-orang nomad Mongolia dimana mereka masak daging dan sayur di dalam periuk yang diletakkan di atas unggun api (Sila lihat foto disebelah). Teknik menghiris daging dibuat dengan nipis supaya dapat memasak tanpa menggunakan bahan api yang banyak. Mereka menggunakan daging lembu dan daging kambing serta menambah makanan laut sebagai tambahan. Kalau dahulu mereka masak menggunakan bahan bakar batu arang secara tradisional tetapi kini ia digantikan dengan bahan periuk elektrik atau gas. Cara untuk memasak stimboat banyak berubah mengikut lokasi dan kreativiti dimana bahan-bahan makanan yang telah digunakan amat berbeza. Campuran bahan yang digunakan dan sos khas menentukan keenakan dan keunikan stimbot. Dalam menyediakan masakan stimbot dirumah, saya sering menggunakan bahan stimbot terdiri daripada daging ayam, daging lembu, fish cake, bebola ikan, bebola ketam, tauhu, pelbagai jenis sayuran hijau, kobis, udang, sotong dan sebagainya. Lazimnya daging ayam atau lembu di hiris dengan amat nipis. Menghiris daging sejuk beku dengan cara ini akan menyebabkannya menggulung dan sering dihidangkan dengan bentuk sebegini. Periuk masak eletrik sering diletakkan diatas meja dan dipanaskan dengan gas propana atau eletrik. Air yang dimasukkan kedalam periuk khas dicampur dengan garam, serbuk sup atau tomyam serta ramuan lain yang sesuai seperti halia. Daging dan sayur dimasukkan ke dalam periuk secara berasingan dengan penyepit dimana masa masaknya adalah singkat sahaja. Daging seringnya hanya memerlukan masa 15 hingga 30 saat untuk masak. Semua bahan tersebut dimasukkan kedalam mangkuk kecil sebelum dicelup dengan sos khas untuk dimakan sewaktu suam panas.


Bercuti atau anda bekerja di Brinchang, Cameroon Highland memang menjadi satu trend ramai dikalangan warga tempatan. Cuaca dingin diwaktu malam dan pagi membolehkan anda menikmati udara dan permandangan indah. Banyak lokasi menarik disediakan oleh usahawan dan penduduk tempatan di Tanah Tinggi Cameroon Highland daripada kebun sayur, kebun strawberri, tama bunga, air terjun, mendaki gunung, pusat jualan produk tanah tinggi, pasar malam dan banyak lagi. Bagaimana pun ramai dikalangan pengunjung yang berkunjung untuk menikmati makanan yang disediakan daripada makanan btradisional kepada yang moden, Bagaimana pun pada malam hari lazimnya ramai akan menikmati makanan 'Steamboat' atau 'stimbot' kerana ia merupakan satu hidangan yang menjadi ikon. Salah satu restoren makanan halal (banyak juga yang tidak halal) di Brinchang adalah Restoren Fauzi Bistro - Steamboat dan Tomyam. Restoren ini juga ada menyediakan makanan jenis baru iaitu Shellout yang juga sesuai untuk ujirasa. Bagi makanan stimbot dikita kepala dimana satu kepala di caj sebanyak RM30 bermakna kalau untuk 4 orang kena bayar RM120. Pelbagai jenis minuman disediakan daripada yang panas dan sejuk. Bahan asas makanan stimbot yang disediakan memuaskan dimana ada banyak udang, daging dan sayur-sayuran serta bahan lain disediakan didalam kuah plain atau tomyam (Sila lihat foto paling atas). Memang berbaloi dapat makan bersama keluarga didalam kedinginan malam untuk stimbot dengan kuah yang sesuai.


Lazimnya hidangan stimbot laut segar memang disediakan untuk dipanaskan didalam kuah khusus. Kedamaian dan suasana dingin di pusat pelancongan lebih terasa nikmatnya dan menjadi kenangan indah dengan menjamu hidangan panas stimbot bersama rakan dan keluarga. Memang hidangan makanan laut segar sebagai antara tarikan utamanya dimana Restoren Fauzi  ada menawarkan menu ala carte yang mampu membuatkan seseorang terliur. Ia akan direbun dengan api perlahan setiap kali berkunjung ke pusat peranginan dan hiburan terkenal di Malaysia ini. Hidangan stimbot yang ada terdiri daripada ketam, udang, udang galah, ikan dan pelbagai lagi jenis hidupan laut segar yang eksotik dan boleh disediakan.  Antara sup lazat yang boleh dipilih bersama hidangan stimbot ialah kari kepala ikan, sup ayam, tomyam pedas dan sup ayam herba yang pasti membuatkan waktu makan bertambah meriah. Bukan sebarang air rebusan kerana anda boleh memilih pelbagai rasa mengikut selera sendiri sama ada asam pedas, tomyam, lada hitam atau sup ayam. Biasanya selepas dicelur kemudian cicah dengan sos dan makan panas-panas. Itulah nikmatnya makan stimbot. Memang agak susah untuk mencari restoran stimbot di ibu negara yang menawarkan harga berpatutan, bersih dan halal serta suasana yang persekitaran selesa. Tempatnya selesa dan anda boleh makan sepuas-puasnya dengan kadar harga berpatutan. Kepada anda yang ungin ujirasa makanan stimbot di tanah tinggi Cameroon Highland boleh kesana dan mencubanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MAKANAN STEAMBOAT... PANASNYA...
KUAH BIASA... KUAH TOMYAM DI UTAMA...
BANYAK PILIHAN... SAYUR IKAN PUN ADA...
RAMAI MAKAN... MAKAN SEKELUARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment 429, Hotel Copthrone,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...