BUAH NANAS (Ananas comosus) merupakan salah satu tanaman penting di Filippina selain daripada tanaman padi, kelapa dan pisang. Negara tersebut selalunya berada pada kedudukan ke 2 selepas Costa Rica sebagai pengeluar nanas dunia untuk pasaran eksport . Kawasan utama bagi penanaman nanas berada di Mindanao. Filipina mengeksport nanas keseluruh dunia dengan keluasan penanaman mereka melebihi 70,000 hektar dengan kebanyakannya untuk eksport dimana mereka mempunyai share 17% kepada bekalan nanas segar dunia (Baroña, 2005). Kebanyakan kawasan penanaman nanas berada di Mindanao dan ada sebahagian kecil di Luzon. Bagaimana pun 85% daripada industri tanaman nanas di negara tersebut dimiliki oleh syarikat multinasional di kuasai oleh Del Monte dan Dole Philipines (Dolefil). Penulis blog sempat berkunjung ke Ladang Del Monte di Bukidnon pada Bulan November 2019 bersama rakan-rakan (Sila lihat foto diatas sekali). Mereka menghasilkan nanas segar varieti MG3, MD2 dan F200 untuk dieksport. Nanas Segar tersebut kebanyakannya adalah dieksport ke Jepun (sehingga sebanyak 79% daripada jumlah pengeksportan) dan juga Korea (15%). Sementara itu nanas yang diproses jadi produk dieksport ke USA (68 - 75%) diikuti ke Jepun (8%), Canada (4%) sementara ke Netherlands dan Korea sekitar 3% (Digal, 2007). Penanaman nanas di Filipina oleh syarikat besar ini merupakan tanaman yang banyak menggunakan input kimia yang dibenarkan seperti baja, racun serangga, racun rumpai dan hormon untuk mereka mempastikan penghasilan yang maksima dan kualiti buah untuk pasaran eksort yang optima. Dilaporkan kadar penggunaan bahan kimia yang agak tinggi di Filipina ini mengambil sebanyak 27% daripada jumlah kos pengeluaran sama dengan komoditi tanaman pisang (cavendish) dan kedua selepas tanaman padi. Padi (Oryza sativa) di Filipina merupakan tanaman uatama yang menjanjikan nasi sebagai makanan ruji penduduk di negara lebih dari 104.8 juta (Bancian Penduduk 2017). Walau pun kempen pertanian organik semakin agiat dijalankan syarikat menetapkan keuntungan, pengeluaran dan kualiti eksport (Dhang, 2017). Pertanian organik kebanyakannya dilaksanakan oleh petani kecil untuk menghasilkan produk organik bagi pasaran khusus di Manila. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis artikel dengan merujuk kepada kertas teknikall sempena World Pineapple Symposium untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Peranaan kerajaan di dalam membangunkan pertanian organik merupakan kempen berterusan ternasuk untuk tanaman nanas oleh syarikat multinasional ini. Hanya petani kecil yang berjaya melakukan penanaman nanas organik untuk pasaran domestik dilaporkan masa kini. Terdapat usahawan sederhana dan Koperatif yang menanam nanas terutama di Mindanao berjaya mengeksport nanas mereka sendiri ke Jepun dan Korea setelah mengikut prosedur ditetapkan. Mereka diajar dan mengamalkan teknologi penanaman nanas organik sehingga mendapat pengiktirafan dengan tidak menggunakan banyak bahan kimia. Kesedaran awam mengenai kepeningan dan kualiti produk organik bagaimana pun semakin meningkat diperingkat dunia dimana kadar permintaan produk organik termasuk nanas telah meningkat. Atas dasar tersebut terkini syarikat Del Monte dan Dolefil telah berusaha untuk menanam nanas organik bagi memenuhi kehendak pasaran tersebut, Ini kerana dilaporkan prosuk nanas yang dihasilkan secara konvensional masih mendapat permintaan yang tinggi untuk pasaran eksport luar negara berbanding dengan pasaran organik. Syarikat Dolefil menumpukan kepada penanaman nanas Varieti MG3 iaitu keluasan sebanyak 16,481 akar (6,672.47 ha) dan juga nanas Varieti F200 seluas 6,647 ekar (2,691.09 ha) iaiayu dikawasan Polomolok dan Tupi, South Cotabato. Nanas MG3 kini merupakan vareitti nanas utama ditanam untuk pasaran segar dan eksport. Nanas MG3 dengan cirimata besar, manis dengan kuitnya hijau pekat semasa mentah dan menjadi kuning gela semasa masak amat menarik. Nanas MG3 didakwa mempunyaii keasdian sebanyak 50% dengan julat ukuran saiz buah daripada ukuran 4 (Besar - Jumbol) sehingga 10 (Buah Kecil. Buag Nanas MG3 yang bersaiz Besar (4) membolehkan sebanyak 4 biji buah dalam satu kotak standard sementara bagi saiz nanas 10 dimasukkan sebanyak 10 biji dalam satu kotak standard untuk eksport. Dolefil laporkan bagaimana pun nanas varieti F200 mempunyai hasil lebih tinggi daripada nanas MG3.
Dolefil pada masa ini hanya menumpukan penanaman kepada 2 varieti utama sahaja iaitu Nanas MG3 dan Nanas F200. Nanas MG3 ditanam untuk pasaran eksport sementara nanas F200 adalah untuk diproses. Varieti ketiga yang ditanam dikenali dengan nama Dole14 yang dtanam dikawasan seluas 60 hektar sebagai percubaan. Nanas dibiakan melalui kaedah aseksual vegetatif sama ada menggunakan suur, jambul selepas pokok matang dan berbuah. Apa pun kajian oleh Bethge mendapati dimana penghasilan buan nanas dari ratoon (anak pokok dibiarkan berbuah) hanya menghasilkan buah lebih kecil. kurang tahan penyakit dan kurang berkuaiti. Penanaman baru menggunakan benih bermutu dilakukan diladang nanas untuk menjamin kualiti dan penghasilan tinggi setiap musim penanaman. Saiz benih juga penting untuk digredkan agar mendapat pertumbuhan yang seragam. Kajian oleh Mark Rieger mengenai penanaman nanas MG3 dan lain nanas umumnya dimana saiz benih menentukan hasil dimana benih sulur atau jambul yang besar akan menghasilkan pokok besar serta buah yang besar. Sebaliknya benih yang kecl dan saiz kurang 100 gram akan tidak ditanam kerana pastinya menghasilkan buah yang juga kecil kelak.
Bagaimana pun untuk nanas Varietu F200 biasanya raton pertama akan dibiarkan menjadi pokok dan sulur lain akan dikutip untuk pastikan ratoon ini lebih cepat tumbuh dan berbuah. Sulur yang dikutip ini akan dikumpulkan dan digredkan mengikut saiz sebelum dirawat dengan racun kulat (Aliete) sebelum ditanam diladang. Rawatan mesti dilakukan untuk mengelakan serangan kulat sekepas ditanam. Bagi nanas varieti MG3 pula biasanya sulur tanah dan sulur udara akan dikutip selepas memetik buah atau proses 'degreening'. Pungutan sulur benih dilakukan meng=ikut jadual pengeluaran dan jadual ini memang sangat perlu diikuti pusiangannya. Hanya sulur benih yang berumuran sekitar 8 - 12 inci (60 cm) akan dikutip yang diikat mengikut gred dan saiz. Ia kemudian dikumpulkan dipusat [engumpulan benih dan dirawat dengan racun kulat sebelum ia sedia untuk ditanam. Pengamalan ini sama dengan kaedah pungutan nanas MD2 yang dijalankan di Malaysia mengikuti Standard SIRIM (Penulis blog ada terlibat didalam pembangunan standard SIRIM tersebut). Benih ini akan digredkan sebelum menanam untuk mendapatkan keseragaman pertumbuhan dan memudahkan aktiviti menghormon dan membaja serta mengutip hasil kelak. Cara menyimpan lebihan benih G3 yang belum ditanam dselepas dirawat dengan meletakkan secata terbalik (akar diatas dan daun ke bawah) untuk elakkan kerosakkan pada benih sulur tersebut akibat reput pangkal. Pad=stikan diletakkan diatas opankin berjaring untuk elakan kerosakan benih. Bagi nanas variei F200 yang mana ia ditanam untuk tujuan diproses pula mempunyai saiz mata agak kecil, dengan warna daun dan jambulnya kecoklatan bercampur hijau. Ababila buah F200 masak ia bertukar kepada warna kuning terang dan dilaporkan mengandungi asid tinggi sekitar 70% didalam buahnya. Nanas ini sesuai diproses menjadi pelbagai produk lain seperti ditinkan, dibuat puree, jus dan minuman asas nanas.
Dolefil merancang untuk menanam seluas 12,0000 hektar lagi nanas diladangnya untuk memenuhi permintaan pasaran Asean. Kawasan penanaman dikenalpasti adalah sekitar North Cotabato dan juga Bukidnon (Penulis blog pernah kesini - foto paling atas sekali). Kerja-kerja penanaman telah dilakukan dimana njenis tanah gunung berapi dsini pada peneliitian penulis blog amat subur dan sesuai dengan tanaman nanas. Syarikat Dolefil juga berhasrat untuk memperluaskan penananam nanas di garisan khatulistiwa lain seperti di Vietnam dan Indonesia serta sejauh di Sierra Leone di Afrika (Malaysia mereka tidak menyebutnya pun). Syarikat Dolefil telah menghantar benih nanas MG3 ke Thailand iaitu benih yang dihasilkan daripada kawasan penanaman di Polomolok and Tupi. Benih terpilih ini telah pun dibawa ke Thailand dan telah berjaya ditanam sebagai satu varieti nanas milik Dolefil disana. Thailand merupakan pengeluar nanas didalam tin (canned pineapple) yang terbesar didunia (Malaysia pernah memegang glaran tersebut sekitar tahun 1960-1970'an dahulu). Bagaimana pun kini industri nanas di Malaysia sangat aktif berkembang dengan pengluasan penanaman nanas MD2 untuk pasaran domestk dan eksport dimasa akan datang. Peranan semua pihak penting bagi pembangunan nanas. Semuga artikel ini sedikit sebanyak memberi info terbaik kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia,
(27 November 2019).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.