Support My Blog

Friday, February 21, 2020

KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN MERACUN (Part 1)

MENYEMBUR RACUN (Chemical spraying) merupakan satu aktiviti yang lazim dilakukan di kebun atau ladang bertujuan mengawal perosak atau pun rumpai.Racun terdiri daripada banyak jenis dan foemulasi dimana rujuan penyemburan adalah untuk mematikan rumpai atau membunuuh patogen yang menyebabkan penyakit dan perosak (serangga) yang menyerang tanaman. Penulis blog yang berpengalaman lebih 38 tahun didalam sektor pertanian di Malaysia ada menulis banyak artikel mengenai jenis-jenis racun, kaedah penggunaan dan sebagainya untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Pengendalian sebelum, semasa dan selepas aktiviti meracun amat penting diamalkan agar keselamatan diutamakan. Pada saya pengenalan dalam usaha untuk mengelakkan dan mengawal kesan bahaya (hazard) kepada manusia dan alam sekitar, langkah-langkah yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut: Apa yang penting dimana petani atau pengusaha ladang dikehendaki dalam menyediakan PPE (Personel Protection Equipment) yang lengkap dan memastikan penggunaannya. Dalam pada itu pekerja ladang perlu diberi latihan mengenai penggunaan RMP secara berhemah. Pengusaha ladang atau petani perlu melupuskan baki bancuhan RMP, RMP lapuk (obselete), air bilasan peralatan dan bekas RMP kosong mengikut kepada peraturan dan undang-undang semasa yang berkenaan. Sebaiknya semua peralatan semburan yang sedia digunakan hendaklah bersesuaian dengan jenis dan keadaan tanaman, dikalibrasi dan perlu diselenggara. Sebarang kesilapan semasa aktiviti meracun boleh mendatangkan ancaman keselamatan atau bahya kepada diri merka sendiri, orang lain, haiwan ternakan, tanaman serta alam sekitar. Amat penting aktiviti meracun ini mengikuti langkah-langkah keselamatan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian sebagai langkah berterusan untuk diamalkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kepentingan  meracun dan perlindungan serta peralatan yang perlu semasa meracun untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Aspek keselamatan dan keperluan PPE semasa peringkat mengangkut atau membawa Racun Makhluk Perosak (RMP) atau Racu Rumpai (Weedicide) merupakan langkah awal yang penting diamalkan. Ia juga merupakan langkah-langkah yang perlu diamalkan untuk memastikan RMP dibawa dengan selamat: Oleh itu penhedali perrlu memastikan RMP diangkut dengan menggunakan kenderaan yang mempunyai pemisah di antara pemandu dan pekerja dengan RMP. Pastikan jangan sesekali mengangkut RMP dalam lori tertutup, kereta atau kenderaan awam untuk keselamatan. Pengendali juga kena pastikan kenderaan yang mengangkut RMP mempunyai alat pemadam api, kotak rawatan serta kotak kecemasan dan bahan yang boleh membersihkan tumpahan RMP seperti pasir. Perlu juga diasediakan tempat meletakkan RMP tidak mempunyai bahan yang tajam seperti paku. Jangan biarkan bekas RMP jatuh bergolek-golek semasa dibawa untuk mengelakkan kebocoran atau rosak. v. Jangan bawa makanan, makanan haiwan atau input pertanian yang lain bersama RMP. Adalah lebih baik jika berlaku tumpahan bersihkan dengan segera. Seterusnya jangan biarkan kenderaan tanpa pengawasan kerana ada risiko disana. Pastikan dimana tidak ada kanak-kanak bersama dengan RMP. Apa yang tetap penting adalah untuk mempastikan label RMP berkeadaan baik dan boleh dibaca. Label ini sangat penting untuk d=mengenalpasti mengenai peraturan mengguna dan langkah skeselamatan jika berlak kemalangan kelak (Sila lihat foto disebelah). Pada label ada bermacam maklumat mengenai produk tersebut.

Beberapa jenis peralatan PPE yang perlu dipakai semasa aktiviti mengangkut Racun (RMP) adalah dengan memakai pakaian yang sesuai (baju dan seluar panjang) yang selesa (Sila lihat foto disebelah). Pastikan anda mmenutup bahagian muka dengan penutup mulut yang sesuai. Pakai sarung tangan getah (dilarang menggunakan sarung tangan yang diperbuat daripada kain atau kulit) untuk keselamatan. Memang kena juga pakai pelindung mata (goggle) bagi melindungi mata walau pun kurang selesa semasa memakai diwaktu cuaca panas terik, Sebaiknya juga memakai apron kalis air (dilarang menggunakan apron yang diperbuat daripada kain) agai racun tidak menembusi kekulit.Penting kuga memakau kasut but yang kalis air (dilarang menggunakan kasut yang diperbuat daripada kain). Pengalaman penulis blog yang memakai semua jenis PPE dan kelengkapan untuk membawaa racun dan sebagainya memang kurang selesa untuk bergerak dan panas didalamnya. Bagi keselamatan dan PPE semasa aktiviti membancuh RMP adalah aktiviti yang penting sebelum penyemburan. Langkah dan amalan keselamatan yang perlu diamalkan bermula dengan membaca maklumat pada label. Sebaiknya menyukat dengan tepat kuantiti yang hendak digunakan berdasarkan kepada keluasan kawasan semburan. Jangan buang lebihan bancuhan ke dalam sungai, parit pengairan dan tempat yang bukan sasaran. Selalu periksa alat penyembur sebelum digunakan. Pastikan alat penyembur tidak rosak, bocor, tersumbat dan beroperasi dengan baik. Pastikan agar jangan sentuh, bau atau rasa dengan tangan atau lidah. Gunakan kayu untuk membancuh dan lakukan di tempat terbuka. JANGAN MAKAN , minum dan merokok semasa membancuh. Peralatan yang mesti dipakae semasa membancuj racun adalah pakai sarung tangan getah serta pakai pelindung muka (perumusan jenis cecair) / mask dan goggle (perumusan jenis debu, serbuk, butir). Pakai baju lengan panjang (lengan baju perlu berada di luar sarung tangan). Pakai juga seluar panjang (kaki seluar perlu berada di luar kasut but) dan pakai kasut  but (dilarang menggunakan kasut yang diperbuat daripada kain atau kulit) serta oakai juga apron kalis air.

Paling peting adalah keselamatan dan PPE semasa kerja menyembur racun dilapangan. Pastikan sentiasa menggunakan pakaian atau keselamatan yang melindungi bahagian yang akan terdedah kepada tempias atau cecair tumpahan racun. Sebaiknya pastikan menracun RMP mengikut arah angin dimana aktiviti penyemburan perlu dijalankan pada waktu awal pagi atau lewat petang di mana kesan tempias lebih rendah (Sila lihat foto disebelah). Pengendali juga perlu memakai sarung tangan getah, penutup mulut arau hidung (bersesuaian). dan juga pelindung mata (goggle). Pastikan memakai jenis baju lengan panjang (lengan baju perlu berada di luar sarung tangan). Pakai jenis seluar panjang (kaki seluar perlu berada di luar kasut but) dengan jenis kasut but yang sesuai (dilarang menggunakan kasut yang diperbuat daripada kain atau kulit), baju apron (kalis air) dan juga pakai topi. Apabila ingin menyembur racun sebaiknya meletakan papan tanda amaran dikawasan yang telah disembur untuk memastikan tiada sesiapa memasuki kawasan tersebut. Jangan benarkan haiwan peliharaan memasuki kawasan ini. Patuhi tempoh dilarang masuk kawasan (REI) mengikut label. Sebaiknya dihabiskan bancuhan RMP dengan menyembur tanaman tersebut atau kawasan tepi yang tiada tanaman di dalam ladang. Jangan buang lebihan bancuhan RMP ke dalam parit, sungai atau kawasan lain yang bukan sasarannya. iii. Bersihkan semua alat penyembur dengan membasuh alat tersebut dan dikeringkan. Perlu dibersihkan PPE dan kemudian mandi sebersih-bersihnya. Lebihan racun perlulah disimpan dalam pembungkusan asal berserta labelnya dan kemudian jika masih ada perlulah disimpan di tempat yang berkunci dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau haiwan.  Artikel ini bersambung dalam Part 2. Semuga anda mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENYEMBUR RACUN...IA MERBAHAYA...
IKUTI PERATURAN... MEMANG TERSEDIA...
ELAKKAN KEMALANGAN...MASA MENGGUNA..
PERALATAN LENGKAP... PAKAI SENTIASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(5 JamadilAkhir 1441H).



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...