Support My Blog

Monday, February 10, 2020

TANAM KARAS - PERATURAN DAN UNDANG2

POKOK KARAS atau GAHARU merupakan sejenis pokok yang tergolong di bawah genera Aquilaria dalam famili Thymelaeaceae. Terdapat sebanyak 25 spesies pokok Karas yang telah dilaporkan di seluruh dunia. Penulis blog yang meujuk kepada 'Buku Panduan Menanam Karas' oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mendapati terdapat beberapa spesies pokok ini didapati tumbuh di Malaysia, Bangladesh, Bhutan, India, Myanmar, Filipina dan Thailand. Bagaimana pun sebelum artikel ini saya telah menulis mengenai pokok karas dan gaharu didalam blog sama melebihi 5 artikel yang boleh dibaca (Sila klik disini)(Sila Klik Disini)(Sila Klik Disini) dan beberapa siri lagi. Dari segi fisiologi apa yang pernah saya laporkan dimana  pokok ini boleh tumbuh sehingga 6m - 20m tinggi dengan mempunyai susunan daunnya berselang-seli dan ia juga mempunyai garis tepi yang penuh serta hujung daun yang pendek dan menirus. Jika diteliti dimana pada kebiasaannya saiz daun adalah 6cm - 8cm panjang dan 3cm - 3.5cm lebar. Bunga pokok Karas berwarna hijau kuning dan dihasilkan dalam kudupnya manakala buahnya adalah sebiji kapsul berkayu sepanjang 2.5cm - 3cm. Pokok Karas hidup di hutan semula jadi dan mengeluarkan gaharu pada usia 20 - 45 tahun bergantung kepada ketahanan pokok dan tindakbalas terhadap kecederaan pokok. Pokok Karas merupakan salah satu spesies di bawah CITES, Appendix II iaitu spesies yang terancam. Di Malaysia dilporkan memang telah dikenalpasti iaitu terdapat 11 spesies pokok ini yang dilaporkan mampu mengeluarkan gaharu. Di Semenanjung Malaysia terdapat 5 spesies iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria hirta, Aquilaria beccariana, Aquilaria rostrata  dan Aquilaria microcarpa yang didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga kepada  kawasan berketinggian 750m dari aras muka laut. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" marilah kita ketahui beberapa peraturan dan undang-undang berkaitan dengan industri tanaman ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Tidak seperti tanaman kelapa sawit, getah dan durian, industri tanaman pokok karas dan perdagangan hasil gaharu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang tersendiri.  Perdagangan spesies Aquilaria mula diberi tumpuan apabila permintaan dan jumlah pengeluaran gaharu dunia meningkat. Spesies tumbuhan Aquilaria dimasukkan ke dalam Appendix II, Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna (CITES) di mana perdagangan antarabangsa terhadap spesies ini dibenarkan tetapi dikawal. Oleh yang demikian aktiviti penelitian terhadap pengawalan spesies ini telah dijalankan oleh beberapa Jabatan atau Agensi berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Pertama adalah pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dimana Jabatan ini melibatkan didalam peraturan dan undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil.1/2011: Garis Panduan Pelesenan Pengusahasilan dan aktiviti Pemprosesan Kayu Karas/Gaharu di Semenanjung Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk mereka memperkemaskan prosedur pendaftaran, kaedah pelesenan dan pemantauan/kawalan pengusahasilan karas bagi menyeragamkan pendaftaran dan proses pelesenan pengusahasilan dan pemprosesan kayu karas/gaharu di Semenanjung Malaysia. JPSM akan pastikan pemohon hendaklah dari warganegara sahaja dan dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri menggunakan borang pendaftaran sebagai kontraktor bagi mengerjakan kayu jaras, kayu api, bakau dan apa-apa hasil hutan kecil yang lain. Kontrakor yang ingin mengusahasil perlu untuk mengemukakan permohonan secara rasmi menggunakan Borang Permohonan Mengusahasil Kayu Karas/Gaharu serta pelan kawasan. Permohonan yang telah diluluskan akan dilesenkan melalui lesen atau lesen kecil bagi hutan simpan Kekal/ Tanah Kerajaan dan Lesen Pemindah bagi tanah milik.

Seterusnya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan mempastikan setiap individu atau syarikat yang mengusaha tanaman pokok Karas di Semenanjung Malaysia sama ada di dalam Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik perlu berdaftar dengan JPSM dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pengusaha Tanaman seperti di Lampiran I. ii. Setiap individu atau syarikat yang menjadi pembekal kayu karas bagi tujuan mendapatkan gaharu di Semenanjung Malaysia sama ada sumber kayu Karas itu diperolehi dari Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik perlulah berdaftar dengan JPSM dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pembekal Kayu Karas.  Jika ada idividu atau syarikat yang menjadi pengilang gaharu di Semenanjung Malaysia sama ada di dalam Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik perlulah berdaftar dengan JPSM dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pengilang Gaharu.  Aktiviti pemantauan dan pengawalan di lapangan terhadap pengusaha, pembekal dan pengilang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri dengan bantuan dan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia. 

Peranan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dimana Jabatan ini terlibat dengan peraturan dan undang-undang iaitu tertakluk di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Jabatan ini bertanggung jawab untuk mengawal pergerakan keluar bahan tumbuhan atau janaplasma yang bernilai dan berkepentingan kepada negara melalui pengeluaran Lesen Eksport dan Permit CITES bagi spesies tumbuhan yang terancam pupus.    Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) terlibat dengan prosedur Pengimportan Pengimportan bahan-bahan berikut memerlukan permit import dan sijil fitosanitari: i. Tumbuhan termasuk biji benih dan bahan tanaman; ii. Organisma berfaedah dalam pertanian; iii. Herbarium, keratan bunga dan bunga kering; dan iv. Baja organik media penanaman, media perakaran dan beberapa kategori tanah Prosedur pengeksportan Pengeksportan bahan-bahan memerlukan permit eksport dan sijil fitosanitari Pemeriksaan Kuarantin Tumbuhan Barangan pertanian yang diimport diperiksa semasa ketibaan. Penumpang-penumpang tiba dari destinasi selain destinasi domestik dalam negeri termasuklah dari Semenanjung Malaysia dan Sabah perlu diperiksa. Pemeriksaan kargo-kargo dilaksanakan di kawasan-kawasan kargo sistem penerbangan atau di point kemasukan yang diwartakan di sempadan imigresen/tempat-tempat pemeriksaan kastam. Permit CITES (Convention of International Trade in Endangered Species) Permit diperlukan untuk perdagangan spesies tumbuhtumbuhan terancam. Perdagangan dalam spesies ini adalah dibenarkan dengan dokumen-dokumen sesuai dikeluarkan oleh kerajaan negara mengeksport.

Seterusnya yang terlibat adalah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)  dimana ia terliat dengan peraturan dan undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta 686: Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008. MTIB adalah sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan (MA) CITES yang bertanggungjawab mengumpul maklumat berkaitan tanaman meliputi Semenanjung Malaysia dan Sabah. 8.2 Pengawalan spesies ini terdiri daripada aspek-aspek seperti perolehan bahan tanaman, penubuhan ladang karas dan pengusahasilan kayu karas/gaharu melibatkan prosedur-prosedur sedia ada.  MTIB juga pastikan yang ingin mengeksport/mengimport atau ingin mengeksport semula mana-mana spesies terjadual perlu memohon suatu perakuan dengan pihak Berkuasa Pengurusan CITES. Mereka yang menghasilkan tumbuhan melalui pembiakkan secara buatan termasuklah biji benih, keratan, bahagian, tisu, tisu kalus atau tisu lain, spora atau propagul lain perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Pengurusan. Jika ada individu atau syarikat yang didaftarkan dengan pihak Berkuasa Pengurusan untuk menghasilkan tumbuhan dibiakbakaan secara buatan spesies terjadual hendaklah menyimpan dan menyelenggara rekod mengenai stok dan transaksi. Seterusnya MTIB akan pastikan semua pengusaha pokok Karas yang menjalankan aktiviti penanaman di atas tanah sendiri, tanah sewa/ pajak, tanah kerajaan dan kawasan hutan simpan perlu berdaftar dengan MTIB dengan menggunakan Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Penanam Karas/Depu (Borang E) manakala untuk memperbaharui pendaftaran perlu mengisi Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran Sebagai Penanam Karas/ Depu (Borang F) yang boeh diperolehi di semua pejabat Wilayah/Negeri MTIB. Peraturan ini turut meliputi pengusaha-pengusaha spesies terjadual yang mengusahakan tapak semaian.

Maklumat mengenai aktiviti penanaman Karas ini akan dapat digunakan dan menjadi rujukan serta membantu semua pihak khasnya pihak industri untuk menanam pokok Karas. Penubuhan ladang karas akan meningkatkan pengeluaran gaharu dan dapat memenuhi permintaan karas di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ini akan dapat meningkatkan pendapatan kepada masyarakat dan negara. Selain daripada itu usaha-usaha yang berterusan daripada agensi-agensi kerajaan terutama dalam aspek perundangan, dagangan runcit tempatan dan antarabangsa adalah perlu untuk memastikan kelestarian industri gaharu berkembang serta menjadi penyumbang kepada sosio ekonomi negara. Anda boleh membaca tulisan saya sebanyak 10 siri mengenai penanaman karas di Malaysia sebagai salah satu pilihan untuk ianya dimajukan. Semuga artikel ini memberi  info berguna kepada semua pembaca blog anim agro  technology kali ini. Wasllam!!..
PENANAM KARAS... GAHARU HASILNYA...
ADA PERATURAN... UNDANG2 DISEDIA...
PELBAGAI JABATAN.... AGENSI YANG ADA...
IKUTI PROSEDUR... JUALAN TERLAKSANA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana. Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(!4 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...