ETOK atau ETAK (Corbiculacea) merupakan sejenis haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air dinegara kita yang bersempadan kawasan air tawar dan air masin. Habitat etok dikatakan lebih kepada kawasan sungai agak rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dengan ada dua cengkerang (dwicengkerang). Ia termasuklah haiwan dari Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea. Etok umumnya boleh dijumpai dikawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi. Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil ada banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-negeri pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Selain itu dikatakan etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut. Etok pada umumnya boleh dijumpai di kawasan sungai air tawar atau pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi. Dalam pada itu di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan. Biasanya pada musim ini sungai-sungai di Malaysia biasa akan mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur. Kulit kerang etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna sama ada coklat kehitaman atau warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir. Etok biasanya boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kerawat besi. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai etok atau etak untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Haiwan Etok adalah tergolong dalam spesies seperti kerang, kupang, tiram dan kepah. Penulis blog dapati dimana asas kepada perkataan etok tidak terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa kerana ia adalah panggilan dialek Kelantan sejak lama dulu. Orang kampung yang ingin mencari etok selalunya gunakan alat iaitu sejenis pengaut yang menyerupai pengaut sampah. Alat ini akan memudahkan pencari etok untuk mengutipnya didasar sungai. Etok yang paling besar pernah dilihat direkodkan adalah sebesar wang syiling 50 sen dan paling kecil sebesar butang baju. Biasanya bagi tujuan untuk membuat etok salai bukanlah satu perkara yang rumit. Etok lebih dahulu akan direndam semalaman untuk mengeluarkan pasir dan lumpur yang ada di dalamnya. Di Kelantan dan gerai yang ada menjual etok ia akan dijual RM1 atau 50sen sebungkus (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya etak boleh dimasak dalam beberapa cara dan antaranya gulai lemak putih, singgang, salai dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai. Biasanya proses salai melalui satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setelah itu ia akan diperap dengan bahan-bahan yang lazim seperti serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus. Setiap penyalai etok mempunyai bahan rahsia yang tersendiri dan ini membezakan dengan setiap penyalai etok. Ada dakwaan dimana etak ini mendatangkan khasiat yang tinggi kerana ia mampu menambahkan darah dalam badan memandangkan ianya adalah hidupan bersih yang hanya memakan lumut hijau. Bagi orang yang tidak biasa memakan etak mungkin agak tertanya apakah rasa sebenarnya makanan tradisional ini. Cara membuka kulit etak ada teknik tersendiri iaitu sama ada menggunakan mata pisau ataupun menggunakan kulit etak itu sendiri. Bagi orang Kelantan pula ada mereka hanya membuka kulit etak dengan menggunakan gigi sahaja dan dengan itu barulah merasai kelazatan rempah yang disalai pada kulit etak tersebut. Apa pun sebagai setelah anda memakan etak sebaiknya dielakkan terus meminum air terutama air batu kerana perut anda mungkin sakit.
Di Malaysia sudah ada kenyataan dimana makanan Etok atau Etak adalah makanan eksotik rakyat Kelantan. Jika disebut etak atau “etok” dalam bahasa Kelantan, pasti ramai tidak tahu apakah ia kerana etok ini merupakan sejenis haiwan kerangan yang banyak mendiami sungai. Etak digemari oleh masyarakat Kelantan, Terengganu dan sebahagian kecil rakyat Pahang walau pun ia paling popular di Negeri Kelantan. Etak yang biasanya disalai dimakan sebagai makanan ringan seperti kuaci dan kacang. Namun ada juga yang memakannya dengan nasi putih. Selain dimasak secara salai, etak juga boleh dimasak secara jemur matahari dan masak gulai lemak. Namun masakan jenis ini amat jarang dijumpai. Etak amat sukar didapati di negeri Kelantan kerana rakyat negeri ini amat menyukai etak selain sungai yang semakin tercemar dengan pembangunan. Etak asli Kelantan biasanya berwarna kuning dan kulitnya menirus tidak gemuk seperti etak di dalam gambar. Ada juga Etak yang dijual di Kelantan adalah diimport dari negeri Perak, Pahang dan dari Selatan Thailand. Etak jenis ini berwarna hitam dan berbentuk bulat. Biasanya etak banyak dijual di pasar-pasar dan di gerai-gerai di tepi jalan tidak akan sama rasanya kerana setiap etak dibuat dengan resepi tradisi masing-masing. Etak tidak dijual dengan sukatan timbang akan tetapi ia dijual dengan penyukat. Penyukat yang dimaksudkan adalah “kopi”, “leng” dan “cupak”. Harga kebiasaan bagi satu kopi adalah RM3, satu leng RM6 dan satu cupak RM12. Satu leng adalah bersamaan dua kopi. Dan satu cupak adalah bersamaan dua leng (Sila lihat foto dibawah). Namun majoriti rakyat Kelantan keliru antara leng dan cupak. Mereka beranggapan sukatan leng itu adalah cupak. Hanya orang lama sahaja tahu perkataan leng dan kopi ini. Memang Etak adalah sejenis makanan eksotik masyarakat Kelantan. Namun makanan ini tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana kemasinannya dan jika ada masaalah darah tinggi dan buasir maka mereka memang dinasihatkan agar mengelakkan makanan ini (Sila lihat foto disebelah). bagaimana pun peminat etak ada yang membeli dan memakannya seminggu sekali kalau perantau ini berada di Kelantan. Satu petua yang perlu diketahui dimana sebaiknya membeli dan memakan etak adalah pada 15 dan 30 hari bulan bulan Melayu didakwa dimana isi etak pada hari itu lebih penuh dan lemak berkrim.
Dalam media tempatan BH dengan artikel bertajuk "Berkelah cari etak" menarik dijadikan bahan rujukkan. Berita dari Bera, Pahang (masa itu penulis masih bertugas di Pahang) dimana ketika keadaan air Sungai Pahang yang cetek akibat fenomena El Nino menjadikan beberapa kawasan sekitar dikunjungi ratusan penduduk setempat untuk bersantai dan berkelah. Mereka datang berkelah dan malahan ada antara mereka memanfaatkan paras sungai cetek untuk mencari hidupan eksotik iaitu etak yang dijadikan hidangan makan malam mereka sekeluarga (Sila lihat foto disebelah). Tinjauan di Kampung Durian Tawar mendapati penduduk yang tinggal di bandar ini dan Temerloh turun ke sungai mencari hidupan sungai itu sekali gus menjadikan persekitaran Sungai Pahang umpama pesta keluarga. Apa pun kebanyakan penduduk berkunjung bersama keluarga untuk menangkap etak menggunakan peralatan seperti jaring dan sangkar buatan sendiri yang menggunakan penutup kipas. Bagi seorang penduduk dikenali En Kamarudin musim kemarau tahun ini memang menjadi tumpuan orang ramai untuk menangkap etak terutama pada sebelah petang bermula jam 5 petang. Ini memang musim etak membiak dan mudah ditangkap lebih-lebih lagi apabila sungai menjadi cetek. Waktu sebelah petang ini kurang panas berbanding tengah hari, jadi selesa untuk berada lebih lama dan hasil pun banyak. Hasil tangkapan mampu mencecah hingga satu kilogram jika ada yang rajin serta sanggup berkubang lebih lama dalam lumpur sungai. Etak ditangkap ini bukan untuk dijual tetapi lebih dijadikan sebagai santapan seisi keluarga untuk makan malam. Dakwa beliau masakkan etak berlada memang rasanya sangat sedap dan manis.
Terkini dicipta pelbagai resepi yang enak dari etak dianaranya seperti laporan BH adalah "Etak perisa cheese" yang diinovasikan sekumpulan usahawan. Berita dari bachom, Kelantan menyatakan jika sebelum ini, etak salai tradisional hanya bersalutkan rempah sahaja popular tetapi kini makanan eksotik itu mengalami evolusi dengan pelbagai perasa seperti BBQ, tomyam, paprika dan ‘cheese’ (keju). Keunikan itu dicetuskan oleh penjual etak bernama Nor Atikah berumur 25 tahun yang menjualnya di Bukit Bunga, Jeli, Kelantan. Idea itu diilhamkan suaminya sehingga jualan etaknya habis terjual 10 kilogram setiap hari. Beliau cuba perasa baharu sebab nak etak saya lain daripada yang lain dan sambutan diterima sangat luar biasa. Cara dia masak etak sama saja iaitu dengan membasuh bersih, salai atas api dan kemudian salut etak dengan perasa pilihan termasuk serbuk keju yang dijual RM3 sebungkus. Keunikan cara menikmati etak salai yang dimakan dengan nasi kerabu atau laksam Kelantan mengikut budaya serta masyarakat sebelum era 90an. Cara makannya adalah dengan meyuap nasi dan gigit etak sebagai lauk, memang begitulah cara orang zaman dahulu menikmati hasil laut ini selain di salai dengan rempah, bawang putih, halia, serai, halba dan garam. Daka beliau walaupun sekarang etak dijual dengan pelbagai perasa, saya masih suka rasa asli etak salai. Pihak UMK kini ke arah mewartakan etak salai sebagai makanan tradisi berasal dari Kelantan dan warisan dunia melalui pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO. Ini kerana dari kajian mendapai populasi etak antara masalah yang dihadapi adalah etak semakin pupus. UMK mengambil spesimen dan menjalankan kajian untuk menternak benih etak secara makmal, membantu memastikan etak tahan lebih lama melalui pembungkusan industri dan kaedah masakan yang lebih selamat daripada bakteria. Semuga artikel mengenai etak atau etok ini memberi info berguna kepasa semua pembaca anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!..
ETAK SALAI... TRADISIONAL MASAKNYA...
KALAU BERMINAT...CUBALAH MERASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomiat,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekuruan,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1441H).

NAMANYA ETOK... ETAK PUN SAMA...
KERANGAN SUNGAI.. KECIL SAHAJA...ETAK SALAI... TRADISIONAL MASAKNYA...
KALAU BERMINAT...CUBALAH MERASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomiat,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekuruan,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.