Support My Blog

Wednesday, February 12, 2020

POKOK KERCUT - JADIKAN 'STRAW

RUMPUT KERCUT (Lepironia articulata) ia juga dipanggil Kumbuh merupakan sejenis rumpai liar yang didapati dikawasan berpaya. Terkini batang rumput ini telah diviralkan dimana ia telah dibuktikan sebagai 'straw minuman' yang mesra alam menggantikan straw plastik. Tumbuhan daripada keluarga Cyperaceae ini didapati tumbuh dikawasan yang berpaya yang dikategorikan sebagai rumpai (weeds) dimana sehingga kini dilaporkan kegunaan khusus adalah untuk membuat tali dan juga bahan untuk anyaman. Ia mampu tumbuh sehingga bertahun dikawasan habitatnya dengan mempunyai batang pokok tumbuh menegak dan didalam batangnya yang berlubang sesuai untuk dijadikan straw minuman dengan memotong dan merawatnya dengan mudah sekali. Daun rumput kercut biasanya menirus menjadi semacam seludang yang serupa membrane tanpa helaian daun sama dengan warna jerami hijau bertukar kecoklatan apabila dikeringkan. Pokok dewasa akan berbubga yang terletak dibahagian tepi (pseudolateral) iaitu serupa bonggol yangmana selalu mempunyai 4-25 spikelet (terkadang beberapa di antaranya bertangkai pendek dan ramping). Saiz bunganya mempunyai diameter 4 cm dimana terdapat daun pelindung seolah-olah menjadi kelanjutan batang. Bentuknya tigasegi dengan batang yang menegak ukuran 1-10 cm dmana walau pun pada awalnya tumbuh menegak tetapi kemudian akan rebah atau melengkung ke bawah. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengetai novasi pokok kercut sebagaii bahan membuat straw minuman untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Didalam penulis membuat rujukkan dengan Wikipedia dilaporkan dimana rumput kercut ini dilaporkan tumbuh dibanyak negara termasuk di tropika dan sub-tropika walau pun jarang ditemui di kawasan Afrika Tropika. Di Malaysia rumput ini banyak tumbuh meliar dikawasan berpaya dan dilaporkan luas dikawasan paya di kawasan Negeri Pantai Timur seperti di Pahang dan Terengganu. Ia mudah dikumpai tumbu liar dikawasan sawah padi, kawasan parit dan paya yang ada air tergenang didalamnya. Dalam sawah padi ia tumbuh bersama dengan jenis rumpai yang ada dikawasan sawah padi. Bagaimana pun kepada ramai pesawah mereka menganggap kehadiran rumpai kercut ini masih lagi ianya dikategorikan sebagai rumpai minor berbanding dengan lalang dan lain-lainya. Dibeberapa negara dilaporkan dimana ada yang mengumpulkan batang kercut ini untuk diproses untuk membuat tikat, guni beras dan juga karung pundi. Biasanya mereka akan mengutip batang kercut apabila ia berumur lebih 3-4 bulan sebagai sesuai untuk di potong, dijemur dan dianyam. Sebaiknya batang ini dijemur 2-3 hari dibawah sinaran matahari untuk mendapatkan kualiti terbaik untuk dijadikan bahan anyaman atau straw minuman, Artikel mengenai penggunaan batang kercut sebagai straw untuk minuman ada dibuat di negara Vietnam lama sebelum ianya diviralkan di Malaysia secara komersil (Sila anda lihat foto disebelah). Kisah ini didakwa bermula semasa zaman perang dahulu dimana tentera Vietcong mengambil batang rumput kercut ini untuk digunakan mereka sebagai straw minuman.


Dalam akhbar My Metro ada artikel bertajuk "Straw pokok kercut ganti plastik" dimana dilaporkan inisiatif  kerajaan melarang penggunaan straw plastik mendorong penyelidik melakukan kajian terhadap sumber lain yang boleh dijadikan penyedut minuman termasuk daripada tumbuhan. Penyelidik dan juga penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya membuktikan pokok kercut atau Lepironia articulata iaitu sejenis tumbuhan akuatik yang banyak di kawasan berpaya dimana ia boleh dijadikan straw.  Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMP Dr Suryati Sulaiman berkata, inovasi ke atas pokok itu yang turut dikenali pokok purun dihasilkan 10 penuntut diploma dan sarjana muda universiti berkenaan di bawah Kelab Iskandar UMP. Kajian sudah bermula pada 2012 secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada Oktober 2019. Hasil dari kajiannya amat menggalakkan apabila terbukti straw pokok kercut sesuai dan selamat digunakan, selain mesra alam. Bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk penggunaan sekali sahaja tetapi menariknya, hanya mengambil masa seminggu ke dua minggu untuk terurai secara semula jadi, seperti dialami tumbuhan rumpai. Sebelum straw itu terhasil, kami melakukan lapan proses yang akhirnya membentuk empat saiz penyedut minuman. Kini lebih banyak aktiviti penyelidikan akan dilakukan pada masa akan datang, dalam usaha menyahut saranan kerajaan ke arah menjadi salah satu pengeluar produk mesra alam. Menurut Ketua Kumpulan Nurul Farah Anisa saiz straw pokok kercut sama seperti straw plastik dengan panjang antara 18 ke 20 cm (sentimeter) dan garis pusat dua ke lima milimeter. Sebelum ini didakwa dimana pokok kercut hanya digunakan bagi menghasilkan barang kraftangan termasuk tikar, selain ubatan tradisional bagi merawat beberapa penyakit seperti kencing manis. Ada lapan proses dilakukan adalah bermula dengan membersihkan batang pokok, memotong mengikut saiz, membuang selaput dalam batang menggunakan sejenis berus dan menjemurnya selama tiga hari. Biasanya bagi tujuan mencantikkan lagi straw, ia boleh juga diwarnakan menggunakan pewarna daripada tumbuhan seperti pokok pandan dan pokok inai. Mereka telah berpengalaman dalam menghasilkan produk mesra alam bertaraf antarabangsa dan juga berharap straw pokok kercut dapat digunakan sepenuhnya di negara ini dalam usaha menjaga alam sekitar. Di PAhang pokok kercut mudah didapati di kawasan seperti Tasik Chini dan Kuala Pahang, Pekan.


Berlainan pula dengan laporan BERNAMA bertajuk "Pokok Kercut dijadikan Kertas' dimana di Pekan, Pahang beberapa orang usahawan orang asli dilaporkan telah berjaya mengushakannya. Walau pun biasanya anak Orang Asli sering dikaitkan dengan kemunduran. Wanita Orang Asli yang berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam pula sering dikaitkan dengan dua masalah iaitu kemiskinan dan keruntuhan rumah tangga.  Bagi membuktikan tanggapan itu tidak sesuai pada masa kini, anak jati Kampung Gumum, sebuah perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun, kira-kira 75km dari bandar Diraja Pekan, dekat Tasik Chini, Pahang ini gigih berusaha mempertingkatkan ekonominya. Pn Norhayati Abdullah, 44, yang mesra dengan panggilan Kak Nor ini memang tidak pernah mengenal erti putus asa. Beliau kini semakin gigih menghasilkan kertas daripada pokok kercut (Lepironia articulata), sejenis pokok rumput air yang banyak terdapat di Tasik Chini. Kertas itu kemudian dijadikan kraf tangan seperti penutup lampu tidur dan bingkai gambar. Beliau yang tahu tentang kegunaan kercut selepas mengikuti kursus membuat kertas di Alor Setar, Kedah dengan dorongan Dr. Khatijah Husin, Ketua Projek Penyelidikan Tasik Chini di bawah Bio Sains. Walau pun awalnya dia cuba buat akan tetapi selesai kursus didakwa kertas masih belum kering betul. Balik ke kampung beliau terus membuatnya. Walau pun tidak cukup dengan ilmu yang diperoleh sewaktu berkursus dia juga telah mendapatkan sebuah buku berbahasa Inggeris mengenai cara membuat kertas. Dia merendam daun kercut yang sudah dipotong kecil selama tiga bulan dimana hasilnya kertas yang dihasilkan hancur dan produk yang dihasilkan tak berkualiti. Kini daripada proses merendam dia tukar teknik kepada merebus dimana dengan cara ini dakwanya proses menghasilkan kertas dapat disingkatkan. Jika merendam mengambil masa tiga bulan, teknik merebus hanya 12 jam. Selepas potongan kercut direbus, ia dikisar menggunakan alat pengisar. Hasil yang dikisar akan dicuci di mana hanya serat yang liat akan diambil dan ditumbuk pula. Hasil yang ditumbuk sekali lagi dicuci sebelum disimpan. Kini daripada 800 gram bahan mentah yang melalui pelbagai proses tadi ia mampu menghasilkan antara 20 hingga 30 helai kertas sahaja. Walau pun sambutan untuk produk kraf tangan daripada kercut tidak menggalakkan tetapi beliau terus mempromosi produk kraf tangannya itu di Kuala Lumpur dan masih juga tidak mendapat sambutan. Meskipun setakat ini usahanya masih belum memberikan hasil lumayan tetapi wanita berjiwa kental ini tidak mudah patah semangat. Produk ini produk baru, bukan sahaja di Pekan tetapi juga di seluruh Malaysia. Meraka akan menempah barangan cenderamata termasuk bekas telur yang dibuat daripada kertas kercut dan berharap produk daripada tumbuhan kercut akan dapat menambat hati mereka yang gemar kepada produk mesra alam. Kercut ini tumbuhan liar di Tasik Chini dan proses pembuatan kertas ini tidak menggunakan sebarang kimia. Dia menggunakan lendir tumbuhan sebagai gam iaitu semuanya bahan asli. Ini selaras dengan program penjagaan alam sekitar. Dalam pembuatan kertas ini hanya batang pokok yang dipotong dan batang baru akan tumbuh selepas itu. Ini tidak merosakkan alam semula jadi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...!!
POKOK KERCUT...DIDALAM PAYA...
CIBUAT STRAW... RAMAI KETAWA...
UMP BUAT KAJIAN... IA BERJAYA...
MESTA ALAM SEKITAR...KENA GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1441H).
Published from:
Taman Setiajasa 9, Muadzam Shah,
Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...