Support My Blog

Monday, February 17, 2020

PETAI - PELBAGAI KISAH

PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae sesekali ada ditulis didalam akhbat tempatan diatas kepelbagaian kisahnya. Pokok petai yang selalunya tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa dilaporkan dimana spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa.  Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology"  dipaparkan pelbagai kisah mengenai petai yang seronok membacanya seperti dilaporkan didalam akhbar tempatan untuk bahan rujukkan anda semua.

Kisah pertama bertajuk 'Petai 1,000 kg dirampas' yang dilaporkan oleh banyak akhbar tempatan dan juga internet. Dilaporkan kira-kira 1,000 kilogram (kg) petai dirampas atau satu tan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah kerana cuba dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah di Durian Burung, Padang Terap, Kedah. Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Pakianathan berkata, rampasan itu dilakukan selepas anggota MAQIS menahan lori yang melalui laluan kargo di Kompleks Pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Durian Burung. Dalam pemeriksaan itu MAQIS telah menahan lori yang membawa keluaran pertanian iaitu petai dianggarkan 1,000 kilogram. Kemudian apabila di periksa didapati ia tidak mematuhi syarat import sebagaimana dinyatakan dalam perakuan. Pihak MAQIS telah mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada syarikat pengimport itu sebagai peringatan atas kesalahan tidak mematuhi syarat import ditetapkan MAQIS. Dimaklumkan dimana perbuatan mengimport tanpa mematuhi syarat import adalah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(2), akta sama. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Tindakan dalam penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan jaminan keselamatan makanan negara terpelihara. Penahanan keluaran pertanian ini adalah bertujuan mengawal kemasukan elemen perosak. Ini adalah seperti serangga perosak buah dan penyakit yang boleh merosakkan industri pertanian dalam negara jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

Dalam akhbar My Metro berjudul 'Rezeki tauke petai' akag menarik juga untukdi kongsikan.  Dakwa seorang usahawan petai En Najman Abu Bakar berumur 30 tahun menyatakan sejak Julai setiap tahun dia setiap hari akan mmenjual 50,000 papan petai dan dakwanya lagi beliau pernah menjual sehingga 100,000 papan petai kerana permintaan amat menggalakkan. Dia bersama saudaranya Rahimi Mat Ramli berumur 38 tahun biasanya akan mula membuka gerai menjual petai di bahu jalan di Taman Kota Jaya, Pulai, Baling setiap hari mulai awal pagi (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya sebanyak 500 ikat petai bersamaan 50,000 tangkai dijual pada harga RM25 sehingga RM40 seikat. Setiap ikat ada 100 tangkai petai, justeru, harga yang ditawarkan sangat berbaloi malah ada hari tertentu seikat hanya dijual pada harga RM18 saja. Biasanya bukan saja penduduk tempatan, malah ada yang datang dari Melaka, Pahang, dan Kuala Lumpur untuk membeli petai secara borong. Pada kebiasaannya setiap hari semua petai ditawarkan akan habis dijual pada jam 7 malam. Dia turut melakukan promosi menggunakan Facebook (FB) Live untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli petai. Biasanya juga dia menjual dua jenis petai iaitu petai padi dan petai papan. Bekalan diperoleh daripada pengusaha tempatan, tidak kurang diimport dari luar. Setakat ini dia juga tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bekalan kerana sekarang memang musim petai. Musim petai kebiasaannya antara Julai hingga Oktober. Beliau yang sudah berniaga petai sejak dua tahun lalu mendapati industri petai memang sekain mendapat tempat dikalangan petani dan pengguna.

Kisah ke 3 dari Singapura bertajuk "FAMA bawa petai "ganti" durian di Malaysia Fest Singapura" juga menarik untuk ia dikongsikan. Ini kerana di Singapura harga petai adalah SGD2 bagi 5 papan. Ada pengunjung Malaysia fiesta yang terkejut mendengar perkara tersebut semasa berkunjung di Dewan (Hall) 6, Bangunan Expo di mana Malaysia Fest 2019 Changi. FAMA dilaporkan membawa masuk 10 ribu papan petai di bawah program Jualan Terus Dari Ladang. Di fahamkan berikutan sambutan menggalakkan dari penduduk Singapura maka 'penghantaran' pertama sebanyak empat ribu papan terpaksa ditambah. Petai tersebut dibawa khas dari negeri Perak yang sememangnya terkenal dengan komoditi itu. Dalam pada itu terdapat pengunjung yang kedengaran bertanya tentang raja buah di gerai petai. "Durian dah habis ke? Boleh bawa masuk lagi esok tak?". Perasaan hampa jelas kelihatan apabila mereka mendapat tahu durian tidak mendapat "pelepasan" pihak penguasa Singapura, untuk menjadi salah satu komoditi untuk dijual di Malaysia Fest.  Pihak FAMA telah berusaha hampir setiap tahun untuk membawa buah kegemaran rakyat republik itu, setiap kali acara besar tahunan ini berlangsung. Pada edisi tahun lalu FAMA telah "berjanji" untuk membawa masuk durian hybrid Musang King dan juga durian kampung Bukit Gantang, tetapi tidak mendapat pelepasan. Difahamkan percubaan tahun ini juga gagal atas faktor sama iaitu "bau" nya yang agak "kuat". FAMA menyasarkan 90,000 pelawat mengunjungi festival empat hari itu yang sedang berlangsung sejak 25 hingga 28 Julai ini. Gerai petai merupakan antara 233 gerai berasaskan produk kesihatan industri AgroMas dan pertanian, serta produk baharu yang lain ditampilkan untuk memacu jualan. Gerai di festival itu akan terbahagi kepada tujuh kluster - kecantikan dan fesyen, makanan popular, jenama selebriti, makanan dan buah-buahan, trak makanan, pelancongan dan perkhidmatan dengan penyertaan daripada pelbagai negeri, kementerian dan agensi.  

Seterusnya laporan akhbar mengenai pokok petai adalah artikel bertajuk "Misteri petai 'menangis' terungkai" dimana seroang penduduk Kampung Petani, Sering, Kota Bharu yang memanjat pokok petai yang dikatakan mengeluarkan air di kampung itu akhirnya dilaporkan hanya menemui serangga riang-riang memenuhi pokok berkenaan. Penduduk dikenali sebagai Tan Syamsul Tuan Kechik berumur  31 tahun mendakwa sejak beberapa hari lalu mula tular di media sosial bahawa air itu didakwa berpunca daripada riang-riang. Katanya, susulan itu, dia cuba memanjat pokok setinggi 30 meter itu malam tadi untuk mendapatkan kepastian. Sebaik dia cuba memanjat, secara tiba-tiba serangga dipercayai riang-riang tersebut telah berterbangan di sekitar kawasan itu (Sila lihat foto disebelah). Dia juga terkejut kerana daripada pandangan mata kasar memang tidak dapat melihat dengan jelas serangga itu. Penduduk kampopng berharap supaya pihak berkaitan dapat jalankan pemeriksaan perkara itu untuk kepastian selain dibimbangi boleh memudaratkan penduduk yang melalui kawasan itu. Tinjauan NSTP di lokasi malam tadi turut menemui serangga itu yang berterbangan di sekitar kawasan berkenaan selepas Tan Syamsul memanjat pokok itu. Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Roziah Abdullah, 30, terkilan dengan segelintir netizen yang mempersendakan perkara itu. Sebagai orang biasa mereka memang tidak tahu punca fenomena ini berlaku kerana ini adalah kali pertama berlaku di kampung ini. Pada masa sama, tiada sebarang perkara syirik dilakukan kerana kebanyakan penduduk yang datang hanya mahu melihat sahaja, tidak sehingga percaya pokok ini mampu sembuhkan penyakit. NSTP sebelum ini melaporkan, pokok petai berusia 30 tahun di kampung itu dikatakan menangis selepas mengeluarkan air seperti hujan renyai sejak minggu lalu.  Kebiasaannya, fenomena itu berlaku dari jam 8 malam hingga 6 pagi. Semuga artikel dalam blog anim agro technology kali ini memberi infoo bergyna kepada anda semua. Wasallam!!!...
TANAMAN PETAI.... BERJUNTAI BUAHNYA...
BUAH MATANG... DI GALAH MEMETIKNYA...
HARGA MAHAL... RAMAI ORANG SUKA...
PELBAGAI KISAH... DITULIS UNTUK BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...