VARIETI NANAS JAMBUL MAS A18 (AC15) telah berjaya didaftarkan dibawah senarai Varieti Tanaman Malaysia di Jabatan Pertanian Malaysia pada September 2022. Varieti nanas baharu ini telah didaftarkan dan mendapat nombeor kod rujukkan sebagai AC15 dengan pemilik pendaftar sebagai Syarikat Jambul Mas Trading yang mana sumber asal benih di periksa di Negeri Sembilan. Penulis blog yang mengenalpasti akan keunikan varieti nanas ini yang dilaporkan berasal dari Taiwan dan dibiakbaka di Malaysia pada tahun 2021 dahulu iaitu semasa membuat tinjauan teknologi kebun nanas di Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Kali pertama adalah cubaan untuk mrmbuat membuat ujirasa buah nanas belum dikenali ini yang telah masak dan beberapa bulan kemudian baru dapat membuat lawatan kebun nanas untuk meneliti ciri-ciri marfologi tanaman ini. Melihat kali pertama buah nanas Jambul Mas ini seakan hendak ketawa kerana dilihat seakan ia adalah buah nanas yang 'cacat' kerana semuanya tidak mempunyai jambul atau pun hanya ada sedikit jambul diatasnya (Sila lihat foto diatas sekali). Saiz buahnya yang sederhana besar ini pula dilihat mempunyai jambul yang berbentuk 'kon' diatasnya. Penulis blog rasa ini kali pertama melihat buah nanas sepertinya dan teruja untuk membuat ujirasa seterusnya. Setelah dibuang kulitnya dan dipotong maka dibuat ujirasa. Wow!.... sungguh manis rasanya dengan ada aroma enak yang setanding dengan buah nanas MD2 atau malahan ia lebih baik lagi. Beberapa rakan dan ahli keluarga yang turut sama membuat ujirasa juga amat terkejut dengan keenakan nanas Jambul Mas ini. Artikel pada malam Ahad ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan pengalaman pertama mengenalpasti sejenis buah nanas yang baru dimana ia kemudian didaftarkan sebagai varieti Nanas Jambul Mas A18 untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.Artikel ini adalah diantara artikel mengenai varieti nanas baru yang telah didaftarkan sebagai nanas Jambul Mas. Sebelum ini ada penulis blog mengeluarkan info mengenai nanas ini didalam facebook dan juga video yang berkaitan. Apa pun diantara kehebatan nanas varieti Jambu Mas A18 ini adalah dimana ia mempunyai bentuk jambul yang berukuran kecil sahaja dan paling unik adalah ia sering berbentuk seakan kon (cone) sahaja (Sila lihat foto disebelah). Kali pertama buah nanas Jambul Mas ini dilihat agak pelik bentuk jambulnya dan seakan sebagai sebiji buah nanas yang 'cacat' sahaja kelihatannya. Bagaimana pun setelah diperiksa dimana ciri ini merupakan salah satu ciri untuk ianya diperiksa sebelum didaftarkan sebagai varieti baru dibawah Senarai VArieti Umum Tanaman di Malaysia. Penulis blog berusaha bersama beberapa penanam dan pengusaha yang telah ada menanam dan membeli benih nanas ini untuk mendftarkannya. Pada masa artikel ini ini ditulis pokok induk nanas Jambul Mas ini hanya di tanam di Negeri Sembilan, Melaka dan ada sedilit di Selangor. Belum ada banyak benih untuk di hasilkan masa artikel ini ditulis akan tetapi dijangka ia akan mula berada dipasaran sekitar bulan Januari - Mac 2023. Dianggarkan ada sebanyak 150,000 - 200,000 pokok induk Nanas Jambul Mas ini yang didalam proses pengesahan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman Malaysia (SPBT). Sama seperti semasa benih nanas MD2 diperkenalkan dahulu dimana sudah ada ramai pengusaha yang bertanyakan sumber bekalan benih ini dimana berkemungkinan harganya agak tinggi kerana kurang bekalan.
Mengenai kualiti isi varieti Nanas Jambul Mas pada penulis blog amat hebat sekali dimana pada pendapat penulis blog ia adalah setanding atau lebih baik dari varieti Nanas MD2. Warna isinya yang kuning kuat dilihat amat menarik sekali dihidangkan diatas pinggan sebelum dinikmati. Nanas ini sangat berjus dan paling hebat adalah aromanya dan kemanisannya yang mencecah 16 - 20 darjah Brixs bagi buah masak ranum. Semasa membuat ujirasa dikebun sebaik sahaja memetik buah yang diukur tahap kemanisannya adalah sekitar 14 - 17 darjah Brixs. Apa yang penulis blog paling suka adalah buah nanas ini mempunyai empulur dibahagian tengah yang sangat lembut sehingga seakan menyamai daging isi yang lain. I mudah dikunyah dengan mempunyai serat yang lembut dan aroma yang istimewa. Antara ciri keunikan buah nanas ini adalah dimana bahagian jambul yang berbentuk 'kon' ini juga lembut dan enak dimakan sama seperti bahagian utama isinya. Pada penulis blog ini kali pertama sebagai pakar nanas dapat ujirasa bahagian jambu nanas yang unik ini. Kemudian penulis blog cadangkan nama sesuai untuk nanas ini daripada bahagian jambulnya yang unik dan menggelarkannya sebagai 'Nanas Jambul Mas'. Walau pun ada beberapa nama lain yang rakan-rakan cadangkan akan tetapi cadangan saya juga dengan penjelasan teknikal telah diterima untuk didaftarkan dengan mengisi Borang Pendaftaran Varieti DK-1. Akhirnya ia berjaya didaftarkan pada September 2022 dengan nama varieti diterima adalah 'Nanas Jambul Mas A18'.
Tanaman nanas varieti Jambu Mas ini pada penulis blog memang lebih mudah diuruskan berbanding dengan tanaman jenis nanas premium MD2 berdasarkan penelitian dibuat semasa membuat tinjauan di lapangan. Hasil dari pemerhatian awal dan juga beberapa sessi temubual dengan beberapa orang penanam yang sudah menghasilkan buah dilaporkan ia merupakan varieti nanas yang lasak. Bagaimana pun terdapat duri-duri keras yang tajam pada bahagian daunnya yang mana ia menyakitkan apabila tercucuk di tangan atau kaki. Penulis blog beberapa kali juga terkena duri di tangan dan kaki semasa membuat tinjauan di kebun. Pokoknya sederhana tinggi dengan daun yang menegak dan melempai dan boleh menuai selepas 12 bulan ditanam. Jika hendak dibandingkan dengan nanas varieti MD2 pada penulis blog ianya adalah lebih berpotensi sebagai nanas premium kerana boleh dikatakan ia lasak dan tiada terkena masaalah 'Heart Rot' atau masaalah serangan reput perdu dimusim hujan. Tanaman nanas baru ini juga lasak dengan kehadiran sedikit rumpai yang ada disekitarnya tidak sama seperti nanas Md2 yang mudah kalah dengan rumpai. Beberapa penanam nanas ini tidak menggunakan plastik silvershine akan tetapi apabila plastik ini digunakan dilihat tanaman pokok nanas lebih subur. Bilangan sulur bagi tanaman nanas dewasa sekitar 3-6 sulur sepokok dan ada yang lebih daripada jumlah tersebut dilaporkan. Kepada pengusaha yang ingin mendpatkan bekalan benih Jambul Mas ini boleh berhubing dengan Syarikat Jambul Mas Sdn Bhd dengan google sahaja. Semuga artikel ini memberi dapat info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!!...
VARIETI BARU... JAMBUL MAS NAMANYA...
KOD AC 18.... UNIK BENTUK JAMBULNYA...MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA JUGA...
SESIAPA BERMINAT... DAPATKAN BENIHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Langit Rimba Eco Resort, Kg Pantai, Seremban,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
Kemaskini di Room 620,
Impiana Hotel, Senai, Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.