Support My Blog

Thursday, October 6, 2022

NENAS MD2 - MASUK PASARAN CHINA

NENAS
(Ananas commosus) merupakan sejenis komoditi buah yang telah menjadi barangan eksport semenjak lebih 60 tahun dahulu. Nenas Kaleng atau nenas yang ditinkan merupakan komoditi eksport yang telah lama dijalankan di Malaysia dahulu terutama di Negeri Johor walau pun kini aktiviti penanaman nenas lebih banyak tertumpu kepada penghasilan jenis nenas segar. Pada tahun 2016 seluas 15,561 hektar kawasan telah bertanam dengan nenas dengan jumlah pengeluaran sebanyak 490,171 metrik tan. Semasa artikel ini ditulis semula iaitu tahun 2021 seluas 14,072 hektar nanas ditanam dengan hasil pengeluaran sebanyak 325,038 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Jika purata harga ladang nenas sekitar RM2.50 - RM5.00 sekilogram bermakna nilai pengeluaran nenas adalah semakin signifikan iaitu sekitar RM975 juta. Kini nenas premium dari Malaysia telah dilapor mempunyai kualiti untuk pasaran eksport. Nenas premium dimaksudkan adalah Nenas varieti MD2 yang ditanam dengan meluas setelah beberapa syarikat swasta dan usahawan baru mula menanam dengan luas dibeberapa negeri. Negeri Johor, Pahang merupakan pengeluar nanas MD2 untuk pasaran eksport terbesar dilaporkan. Nenas segar ini telah dieksport setelah melalui p
emeriksaan kualiti penting sebelum proses pengeksportan nanas. Proses ini dijalankan supaya syarat-syarat Sanitasi dan Fitosanitasi (SPS) oleh negara pengimport dipatuhi (Sila lihat foto diatas). Persetujuan negara China untuk mengimport buah nenas dari Malaysia sebanyak 320 juta metrik tan membolehkan penanaman nenas premium ada jaminan pasaran dimasa akan datang. artikel malam ini saya berkarya dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi pasaran eksport nenas premium ke China seperti dilaporkan oleh media tempatan.

Sejarah untuk mengeskport nenas segar ke China diusahakan oleh Jabatan Pertanian dimana jabatan ini telah memulakan usaha untuk mendapatkan laluan pasaran bagi komoditi tanaman Malaysia ke China seawal tahun 2005. Bagaimana pun sehingga kini dilaporkan dimana komoditi seperti longan, manggis, laici, kelapa muda, tembikai, betik, rambutan, durian sejuk beku (pulp) dan buah-buahan freeze-dried (durian, rambutan, manggis dan nangka) antara yang sudah diluluskan untuk dieksport ke China. Manakala itu proses rundingan bagi laluan pasaran bagi nangka, durian (whole fruit), belimbing, pisang, lada benggala dan tomato masih berterusan dengan kerjasama daripada negara China. Kerajaan telah menyedari potensi buah nanas yang popular di pasaran antarabangsa dan usaha oleh Jabatan Pertanian selaku agensi bertanggungjawab memperoleh laluan pasaran bagi produk hortikultur tempatan telah memulakan rundingan bilateral untuk komoditi nanas dengan negara-negara membangun khasnya China. Sebenarnya negara China dilihat sebagai destinasi penting memandangkan populasi penduduk dan permintaan pasaran yang tinggi bagi nanas varieti 'Golden Sweet'. Ia juga lebih dikenali dengan nama MD2 iaitu nenas dari kategori nenas premium. Nanas MD2 dikenal pasti sebagai varieti premium untuk pasaran eksport berdasarkan karakter buah itu sendiri. Antaranya warna kulit menarik, isi berwarna kuning keemasan dengan rasa yang manis dan kandungan fiber yang tinggi. Selain itu didapati dimana keasidan nanas ini rendah, bentuk seragam, tahap ketahanan yang tinggi dan jangka hayatnya yang lebih lama iaitu mampu bertahan sehingga lima minggu jika disimpan dalam peti sejuk.

Sebenarnya usaha untuk mendapatkan laluan pasaran nanas ke China telah bermula sejak tahun 2007. Protokol eksport asal mensyaratkan eplikasi fumigasi gas metil bromida sebagai rawatan kuarantin bagi menghapuskan koya (mealy bugs). Bagaimana pun kaedah
 rawatan ini akan memberi kesan fitotoksin kepada buah lantas menjejaskan nilai estetikanya. Kini ada cara rawatan alternatif dimana Jabatan Pertanian terus komited dalam memastikan nanas yang dieksport bebas dan selamat daripada serangga perosak dan penyakit. Justeru itu kaedah rawatan alternatif menggunakan kaedah kombinasi 'Gas Vapormate' dan 'Cold treatment' telah disyorkan. Kajian demi kajian dijalankan bagi memastikan kaedah ini efektif merawat buah nanas tanpa kesan termasuk kesan sampingan yang memudaratkan buah. Pada masa sama dilaporkan dimana usaha Jabatan Pertanian turut sama menjalankan persiapan rapi, termasuklah pengemaskinian dokumen dan rekod ladang serta bancian perosak di peringkat ladang, fasiliti pembungkusan dan rawatan kuarantin untuk tujuan lawatan audit dari China. Tahap dedikasi dan komitmen selama sedekad membuahkan hasil kerana protokol pengeksportan nanas ke China berjaya ditandatangani oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada masa itu iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek iaitu sempena lawatan Perdana Menteri ke Beijing, China pada 13 Mei 2017 pernah dilakukan. Penulis blog juga ada untuk turut hadir menjalankan promosi buah nanas MD2 di Naning, China dilakukan bersama dengan aktiviti promosi raja buah dari Malaysia Durian Musang King selama seminggu.

Kini berdasarkan data statistik Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dimana pada 2017 sudah disaksikan peningkatan eksport buah nanas segar yang signifikan dengan kejayaan mendapatkan laluan pasaran baharu ini. Dijangka dengan jumlah dalam penghasilan nanas sehingga 35 hingga 45 tan metrik/hektar/tahun maka negara Malaysia dijangka mampu membekalkan antara 3 - 4 kontena nanas seminggu itu khusus untuk pengeksportan ke China pada peringkat permulaan pengeksportan ini. Dijangka pada jangka panjang sebenarnya laluan pasaran ini akan menjadi antara komoditi penyumbang utama kepada pertumbuhan eksport nanas sebanyak 10 peratus dengan nilai RM254 juta menjelang tahun 2020. Bagaimana pun disebabkan pandemik covid-19 telah menjadi halangan peningkatan eksport nanas ke China tetapi permintaan domestik pula meningkat diera tersebut. Kejayaan mengeksport buah nanas segar ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh MAlaysia kerana selain memartabatkan Malaysia sebagai pengeluar produk pertanian berkualiti tinggi dimana ia mampu memenuhi semua keperluan Sanitasi dan Fitosanitasi (SPS) dari negara membangun yang ketat seperti di China. Justeru kerjasama dan jaringan kukuh antara petani di ladang, pengeksport, agensi kerajaan yang bertanggung jawab seperti Jabatan Pertanian, LPNM, MAFI, Duta Malaysia dan kerajaan Malaysia harus diteruskan agar lebih banyak laluan pasaran nanas dapat diteroka. Semuga pencapaian pasaran eksport buah nanas segar ke China ini akan memberikan keyakinan kepada pekebun nenas dan industri nenas negara. Wasallam!!!...
INDUSTRI NENAS... EKSPORT KE CHINA...
JABATAN PERTANIAN...LAMA PROSESNYA...
NENAS PREMIUM... SASARAN UTAMA...
INDUSTRI BERKEMBANG...DENGAN JAYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Projek Tanaman Kenas KOSAS,
Banting, Selangor,
Malaysia.
(24 Syaaban 1438H).
Kemaskini pada 3 Rabiulawal 1444H
(Bersamaan 3 Oktober 2022).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...