Support My Blog

Wednesday, October 26, 2022

CIRI KHAS POKOK KELAPA PANDAN

VARIETI POKOK KELAPA PANDAN (Cocos nucifera) atau dikenali sebagai 'Aromatic Coconut' merupakan sejenis varieti kelapa yang semakin meluas ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kelapa Pandan yang telah didaftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod CN6 dilakukan pada tahun 2014. Varieti Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan. Kelapa ini juga sudah dikenali sebagai 'kelapa wangi' kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan walau pun ada kalanya baunya akan berkurangan terutama diminum semasa munsim hujan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak lama dan berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian optima sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau (Seakan menyamai varieti Malaysan Green Dwarf atau MGD). Bentuk buah dan saiz buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata bilangan buah setandan diantara 10 - 12 biji. Hasil dari penelitian dan tinjauan penulis blog di ladang beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian diseluruh negraa dan di kebun-kebun petani ada mendapati kelapa pandan mampu untuk menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Apa pun dilaporkan dimana varieti kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Penelitian penulis blog di beberapa rangkaian premis yang menjual Kelapa Pandan Thailand Original (buah yang diimport dari Thailand) ianya dijual dengan harga runcit RM10.00 sebiji. Harga ladang kelapa pandan sekitar dahulu hanya RM 1.00 - RM 1.50 sebiji 10 tahun dahulu tetapi kini ia sudah naik berganda pada tahun 2022 apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 - RM6.00 sebiji dan keatas. Anak pokok kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan dan menepati prosedur Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun dari ladang benih mereka. Artikel malam ini dari tingkat 6 Hotel Impiana, Senai, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ciri khas pokok kelapa pandan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Pokok kelapa pandan kini sudah ditanam diseluruh negara dengan rancaknya terutama melalui program galakan khusus dimana petani akan menerima bantuan subsidi daripada kerajaan melalui Jabatan Pertanian atau pun oleh usahawan secara penanaman komersil dan juga oleh pihak swasta. Cirii khas yang boleh menentukan ia adalah varieti kelapa pandan dimana pokok kelapa pandan yang sudah mula berbunga dan berbuah akan dilihat mempunyai struktur seapan 'Kepak' pada pelepahnya yang ada mayang atau bunga atau putik buah (Sila pembaca lihat foto disebelah). Struktur kepak ini seakan serabut berjaring yang berwarna coklat ini seakan berbentuk tigasegi dengan hujung yang tirus menghala kebahagian pucuk daun. Ia boleh ada disebelah pelepah atau dikedua belah kepaknya bergantung kepada beberpa faktur. Ciri seperti ini agak unik dilihat pada pelepah pokok kelapa pandan yang tiada pada kebanyakan varieti kelapa yang lain. Hasil daripada penelitian penulis blog juga mendapati pokok kelapa pandan yang tulin ini mempunyai saiz perdu batang pokok yang menegak (tiada tapak kaki gajah) dan ianya menepati atau menyamai dengan ciri bentuk batang pokok kelapa renek yang lain. Kepada pemilik pokok kelapa pandan boleh memeriksa ciri ini untuk mempastikan ia memang pokok kelapa pandan tulin yang benihnya boleh dijadikan anakbenih setelah membuat pemilihan yang disesuaikan dengan prosedur. Lazimnya beniih kelapa pandan yang tulin boleh dijual diantara RM6.00 sehingga RM15.000 sepokok. 

Dalam tinjauan penulis blog ke GS Estate yang menanam beratus-ratus kelapa pandan di Ulu Bernam, Selangor mendapati syarikat ini sudah mula menuai kelapa pandan untuk dipasarkan ke Kuala Lumpur. Pokok kelapa pandan yang ditanam 3-3.5 tahun dahulu sudah mula memberikan hasil dengan amalan penjagaan agronomi yang mengikuti Pakej Amalan Teknologi Tanaman Kelapa. Penulis bloh beberapa kali ada ke lokasi ini untuk memberikan khhidmat nasehat teknikal dan kepakaran didalam tanaman kelapa di estet ini. Pembajaaan yang mengikut jadual berjaya menghasilkan buah kelapa pandan yang dipetik setiap minggu sebanyak 1,000 - 3,000 seminggu walau pun hanya 15% sahaja pokok kelapa pandan yang baru belajar berbuah. Setiap tandan kelapa pandan ini akan dipotong tandannya dengan teliti agar tidak jatuh ketanah. Walau pun tandan buah masih rendah akan tetapi pengendalian kelapa ini dilakukan dengan teliti sehingga tiba ke pusat pengumpulan hasil. Di pusat ini kelapa ini akan dibersihkan, digredkan dan juga di buang sebahagian kulitnya sebelum dihantar ke premis pasaran runcit diKuala Lumpur dan Shah Alam. Permintaan untuk buah kelapa pandan segar bagi tujuan sebagai minuman yang enak dan berkhasiat semakin popular di Malaysia terutama pada musim panas dan cuaca kering. 

Penanaman kelapa lazimnya perlu dilakukan dengan betul dimana lubang penanaman berukuran 0.45mx 0.45m x 0.45m digali dan dimasukkan 200 gram baja fosfat bersama-sama tanah. Selepas 2 minggu anak benih pokok kelapa pandan boleh ditanam dalam lubang tersebut. Siram anak pokok kelapa terlebih dahulu sebelum ditanam. Letakkan anak pokok secara menegak atau membaring bergantung kepada pertumbuhan tunas kelapa. Kemudian timbus dengan tanah bagi menutupi buah kelapa dan dipastikan agar pada bahagian pangkal tunas berada diatas permukaan tanah bagi mengelakkan serangan kulat. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 pada tahun 1,2 dan ke 3 diberikan disekeliling pokok dengan kadar 0.5 kg/pk/tahun (1st), 1.0 kg/pk/tahun (2nd) dan 1.5 kg/pokok/ tahun (3rd) dipecahkan kepada 3 kali aplikasi setahun. Pada tahun ke 4 dan seterusnya diberikan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 2.0 kg/ pk/ tahun pada tahun ke 4 dan sebanyak 3.0 kg /pk/ tahun pada tahun ke- 5 keatas dengan aplikasi juga 3 kali setahun. Kawasan serangan perosak dan penyakit dilakukan dengan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) secara biologi, kimia, kultura dan mekanikal. Sering juga penulis blog mendapati ancaman serangan oleh Kumbang Tanduk dan Kumbang Red Palm Weevil (RPW) yang perlu dilakukan pemeriksaan berjadual dan dilakukan kawalan. Serangan perosak kepada pokok kelapa pandan yang boleh dikawal dengan cara menyembur daripada peringkat anakbenih dibahagian pucuk dengan racun cypermethrin setiap dua minggu selepas ditanam. Dalam pada itu dimana kawalan dengan memasang perangkap feromon, perangkap lampu dan perangkap batang kelapa organik juga berkesan. Potensi tanaman kelapa pandan di Malaysia adalah cerah dan boleh diperluaskan untuk pasaran domestik dan eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KELAPA PANDAN... ADA CIRI KHASNYA...
STRUKTUR 'KEPAK'....BOLEH DI PERIKSA...
TANAM BENIH TULIN... CARI BENIHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... RUJUKKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 620, Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(25 Oktober 2022).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...