Support My Blog

Tuesday, October 18, 2022

ISU BEKLAN TELUR AYAM - VIRAL

ISU BEKALAN
telur ayam telah menajdi isu penting semenjak dari tahun 2021 sehingga artikel ini ditulis pada tahun 2022. Apa pun TELUR AYAM (Chicken Egg) merupakan satu nama yang tidak asing oleh semua lapisan masyarakat diseluruh dunia daripada golongan kanak-kanak, orang muda dan apa lagi orang dewasa yang memakannya. Telur Ayam merupakan hasil pengeluaran oleh haiwan jenis ayam terutama Ayam Telur. Pengeluaran Telur Ayam di Malaysia melebihi sasaran SSL tahunan dimana ia dihasilkan melebihi 12 billion biji dalam tahun 2021 dan terus meningkat saban tahun (Sumber: Laporan Agromakanan Negara, MOA 2021). Dalam pada itu jumlah penggunaan telur oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 295 seorang setahun iaitu kadar amat tinggi dikalangan negara-negara di Asia. 
Dianggarkan pengeluaran bekalan bagi ayam oleh pihak penternak di pasaran pada bulan Oktober 2021 adalah sebanyak 64.9 juta ekor sebulan (Kira sendiri berapa setahun)manakala anggaran pengeluaran bekalan bagi telur ayam adalah melebihi 1 bilion biji sebulan. Berdasarkan data tersebut, pengeluaran ayam dan telur ayam adalah mencukupi bagi menampung keperluan dan juga permintaan pengguna. Ini kerana telur digunakan dalam pelbagai resepi masakan daripada telur goreng, kuih mueh, masakan tradisional, roti, roti canai, biskut dan bermacam makanan serta produk lain lagi. Pada penulis blog dimana ada merasakan yang kebanyakan jenis telur ayam boleh dimakan kecuali beberapa jenis telur ayam yang tercemar, telur ayam tembelang atau telah beracun yang tidak boleh di makan. Secara umumnya telur ayam biasa mempunyai 3 komponen utama iaitu Bahagian Kulit Telur (Egg shell), Bahagian Putih Telur (Albumen) dan Bahagian Kuning Telur (Egg Yolk atau Vitellus). Jenis Telur yang paling banyak dikomersilkan adalah TELUR AYAM diikuti dengan TELUR ITIK dan TELUR BURUNG lain (Telur Puyuh, Telur Burung Kasawari dan lain-lain). Telur Ayam sama dengan telur lain diambil oleh manusia sebagai sumber protin paling murah serta paling mudah di dapati. Penghasilan telur di Malaysia mencapai billion biji setahun untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Artikel pada subuh ini saya gembira berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu bekalan telur ayam di Malaysia yang viral dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan pembaca blog ini.

Dari Putrajaya dilaporkan portal FMT pada Oktober 2022 dimana 'Harga maksimum ayam dan telur kekal' apabila pihak kerajaan menyambung tempoh pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam berkuat kuasa Oktober 2022 dengan harga maksimum ayam serta harga runcit telur ayam dikekalkan. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Azman Mohd Yusof nyatakan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam itu disambung dengan kadar baharu pemberian subsidi kepada telur ayam sebanyak RM0.08 sebiji kepada peladang. Ini berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran dan menyebabkan keperluan penyelarasan semula harga telur ayam di peringkat ladang dan borong iaitu untuk peniaga membolehkan harga runcit telur ayam telah dikekalkan tanpa sebarang kenaikan. Harga maksimum ayam pula kekal bagi semua peringkat meliputi ladang, borong dan runcit. Menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, harga maksimum runcit ayam untuk Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard ditetapkan pada RM9.40 sekilogram, manakala ayam super pada RM10.40 sekilogram. Harga maksimum runcit telur ayam bagi gred A ditetapkan pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia. Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum ayam dan telur berbeza mengikut zon dan daerah. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bekerjasama dengan KPDNHEP dalam membuat pemantauan bagi memastikan bekalan barangan sentiasa mencukupi dan harganya kekal stabil. Seramai 2,249 pegawai penguatkuasa digerakkan ke lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya di seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari. Ini bagi memastikan setiap peniaga mematuhi undang-undang, selain memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menjual barang harga terkawal, termasuk ayam dan telur ayam melebihi harga yang ditetapkan kerajaan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya mana-mana pihak didapati gagal mematuhi peraturan di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam.

Portal bharian.com juga melaporkan '
Subsidi telur ayam naik 8 sen, harga di pasaran kekal' dimana dalam satu Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju menaikkan subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C daripada tiga sen ketika ini kepada lapan sen. Keputusan itu juga bermakna kerajaan perlu menanggung pertambahan subsidi telur ayam kepada lebih RM90 juta setiap bulan. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa nyatakan jemaah Kabinet juga bersetuju tidak menaikkan atau mengapung harga telur ayam di pasaran bagi mengelak peningkatan kos sara hidup rakyat. Kedua-dua keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan rakyat dan beban peningkatan kos pengeluaran telur ayam yang ditanggung pengeluar serta pengedar. Kabinet bersetuju supaya harga kawalan telur gred A,B,C tidak dinaikkan atau diapungkan demi menjaga keperluan rakyat. Bagaimanapun, Kabinet mengambil kira kos pengeluaran yang meningkat dan harga kawalan menyebabkan pengeluar kerugian serta terpaksa mengurangkan pengeluaran, sekali gus ianya juga menyebabkan bekalan berkurangan. Bagi mengatasi masalah ini, Kabinet bersetuju menerima syor Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jawatankuasa Jihad Inflasi. Syor itu supaya subsidi (telur ayam) sebanyak tiga sen pada masa ini dinaikkan kepada lapan sen. Ini membabitkan tanggungan subsidi oleh kerajaan lebih daripada RM90 juta sebulan. Sebelim ini dilaporkan ada cadangan menaikkan subsidi telur ayam gred kawalan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet susulan kekurangan bekalan telur berkenaan di pasaran. Tinjauan kerajaan mendapati pengeluar dan pengedar mendakwa subsidi tiga sen bagi telur gred kawalan A, B dan C tidak menarik kerana kos ditanggung adalah lebih tinggi. Sebelum itu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ada mengumumkan jemaah Menteri bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji). Selain ketetapan mengenai telur ayam dimaklumkan mesyuarat Kabinet turut bersetuju supaya dasar subsidi ayam bulat sedia ada diteruskan. Apa pun pada Februari 2022 dimana kerajaan mengumumkan pemberian subsidi 60 sen sekilogram kepada penternak ayam, manakala harga siling ayam standard ditetapkan RM9.40 sekilogram sejak 1 Julai 2022. Mesyuarat Kabinet juga bersetuju meningkatkan bekalan minyak masak bersubsidi satu kilogram, khususnya bagi rangkaian kedai di bawah program Jualan Murah Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu masih dilaporkan dimana 'Bekalan telur kurang di JB sejak 2 minggu lalu' dimana para pengguna di bandar raya ini mengeluh kerana sukar mendapatkan telur ayam berikutan bekalannya yang didakwa berkurangan sejak dua minggu lalu. Tinjauan di kedai runcit dan pasar mini sekitar Pandan dan Iskandar Puteri JB mendapati kebanyakan premis sudah kehabisan stok telur untuk dibeli pengguna. Rak-rak tempat jualan telur juga dilihat kosong dan hanya kelihatan beberapa pek telur masin dan telur puyuh sahaja. Peniaga kedai runcit di Kampung Paya Kenangan, Hakim Umar berkata, bekalan telur di kedainya sudah kehabisan dibeli pengguna sejak seminggu lalu.  Pembekal hanya menghantar bekalan telur seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat dengan bekalan sebanyak 20 hingga 30 pek telur jenis Omega berbanding telur papan biasa.  Walaupun telur jenis Omega ini mahal sedikit, namun pengguna tiada pilihan. Biasanya tidak sampai sehari pek telur sudah kehabisan. Pembekal mendakwa berlaku gangguan bekalan telur papan bersubsidi dimana ia menyebabkan banyak tempahan dibuat pekedai tidak dapat dipenuhi. Sebelum ini pihak media melaporkan pemberian subsidi kepada penternak dan pengeluar telur ayam akan diteruskan dari Oktober hingga Disember 2022miaitu selari persetujuan dicapai pada mesyuarat Kabinet. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilaporkan berkata dimana ia membabitkan kadar 80 sen bagi sekilogram ayam, manakala lapan sen bagi sebiji telur dengan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira harga siling kedua-dua bahan berkenaan. Bagi seorang lagi pengguna Nor Azura Md Amin mendakwa sejak bulan lalu orang ramai sukar mendapatkan bekalan telur ayam berikutan ia sering kehabisan di pasaran sekitar bandar raya JB ini.  Sekarang kena pergi banyak lokasi kedai untuk cari telur namun kebanyakan premis maklumkan bekalan telur sudah habis. Peniaga mendakwa tidak banyak stok telur yang dihantar pembekal namun tiada alasan kenapa stok tidak banyak. Dilaporkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Hairul Anuar Bohro ketika dihubungi dakwa isu kekurangan bekalan telur di bandar raya dikesan berlaku hanya di sesetengah kawasan. Kemungkinan pusingan belian yang tinggi menyebabkan berlaku kehabisan bekalan telur di banyak lokasi di bandar raya ini.

Pada masa sama berlainan pula laporan di Kajang, Selangor dimana '
Tiada masalah bekalan telur' dilaporkan oleh portal hmetro.com. Perkara ini telah dinyatakan oleh Abdul Khalid (50) yang  ditemui ketika tinjauan Harian Metro di Pasar Kajang. Katanya bukan hanya tidak berdepan masalah kekurangan bekalan malah tiada keluhan diterima daripada pelanggan mengenai harga (telur) setakat ini. Ia datang (bekalan yang diterima) 39 sen sebiji, kita jual 41 sen dan itu adalah harga telur bagi gred C. Kini dengan harga 41 sen iaitu ia adalah harga kawalan dan saya memang jual telur gred C saja. Dia yang mengikut saja harga ditetapkan dan buat masa ini tiada aduan daripada pelanggan berkaitan kekurangan bekalan. Beliau sudah berniaga di Pasar Kajangsejak hampir 30 tahun lalu. Bagi seorang lagi peniaga lain iaitu En J Naki yang ada mendakwa dimana dia juga tidak berdepan masalah bekalan telur ayam malah dapat menjual kepada pelanggan seperti biasa dan tiada pula dengar isu kekurangan bekalan. Ramai kalangan pelanggan datang cari telur ayam setiap hari dan dia jual ikut harga ditetapkan keran dia takut jual harga lain nanti kena saman. Pendapat seorang pengguna, Remi Halim iaitu pembeli dari Taman Zamrud dakwa dia juga tidak nampak masalah kekurangan bekalan telur ayam setakat ini. Dia yang membeli telur sekali dalam seminggu dengan jumlah yang dibeli adalah kebiasaannya 10 biji. dan sehingga kini tiada masalah. Manakala bagi pengguna dikenali Zuraini mengakui berlaku masalah bekalan telur ayam gred B beberapa minggu lalu. Dia yang membeli dan guna telur gred B jadi apabila cari tiada kerana yang tinggal hanya gred A. Sebelum ini Harian Metro melaporkan keluhan pengguna di Johor Bahru, Johor yang mendakwa sukar mendapatkan telur ayam berikutan stoknya didakwa berkurangan sejak seminggu lalu. Ia adalah berdasarkan tinjauan dilakukan di kedai runcit dan pasar mini sekitar Pandan dan Iskandar Puteri di sini yang mendapati kebanyakan premis sudah kehabisan stok telur masing-masing. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BEKALAN TELUR... DILAPOR IA KURANG...
KAWALAN HARGA ...MASAALAH EDARAN...
KABINET TETAPKAN... AMAT BERKESAN....
PENGGUNA GEMBIRA... ADA KAWALAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
20 Rabiulawal 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...