Support My Blog

Monday, October 10, 2022

SEKTOR PERTANIAN DAN TEKNOLOGI DI MALAYSIA

SEKTOR PERTANIAN
merupakan salah satu sektor yang penting di Malaysia dimana ianya membekalkan bahan makanan kepada penduduk, ternakan haiwan dan juga keperluan untuk pemprosesan makanan dan juga bagi sektor perindustrian. Ia merupakan satu keperluan dilakukan oleh manusia semanjak zaman dahulu dimana mereka melakukan aktiviti bercucukk tanam, menternak haiwan dan ikan serta teknik memproses makanan untuk mempastikan dapat hidup sehingga zaman ini. Kalau dizaman kuno dahulu mereka mengamalkan teknologi pertanian yang asas sahaja tetapi dizaman ini kebanyakan pemain didalam sektor pertanian amat bergantung kepada penggunaan Teknologi Moden. Sebagai contoh bagi memahami teknologi dimana dahulu penanaman padi atau bijirin lain dilakukan setahun sekali akan tetapi dengan adanya teknologi moden kini ada padi yang boleh ditanam 3 kali setahun. Penggunaan penih padi hibrid atau kacukan ini telah menjadikan ia cepat dituai dengan butiran biji beras yang lebih besar, tahan daripada serangan perosak dan penyakit serta mampu memberikan hasil tinggi. Kini teknologi moden telah mempastikan ia akan dapat menjamin bekalan beras yang berterusan untuk kegunaan rakyat tempatan dan juga boleh dijadikan komoditi dipasaran antarabangsa. Selain baka padi kacukan dimana saintis pertanian telah membuat kajian biakbaka (plant breeding) sehingga menghasilkan pelbagai jenis baka buah-buahan unggul untuk pasaran tempatan dan hasilkan produk proses juga. Bagaimana pun teknologi terkini didalam menghasilkan baka tanaman terbaik adalah melalui GMO. Kini banyak negara sudag menanam tanaman GMO untuk ianya dipasarkan dalam negara mereka atau pun dieksport. Bagi tanaman buah-buahan baka kacukan ini adalah lebih tahan fari serangan penyakit dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak dalam masa yang lebih singkat. Nanas MD2 sebagai contoh mengambil masa lebih 12 tahun untuk dihasilkan dimana kini nanas MD2 sudah menjadi varieti nanas premium dipasaran dunia bagi sektor nanas segar. Penggunaan baja kimia, baja organik serta aplikasi dalam bioteknologi juga menyumbang pembangunan pertanian dan meningkatkan pengeluaran bekalan makanan. Di Malaysia kebanyakan petani komersil, penternak komersil dan usahawan akuakultur komersil sudah menggunakan teknologi moden pertanian pada tahap agak tinggi. Mereka sudah mampu mengaplikasi semua teknologi pertanian daripada penggunaan baka dijamin baik, penyediaan kawasan pertanian, sistem pengairan, aplikasi bahan kimia, aplikasi ICT sehingga kepada teknologi bagi aktiviti lepas tuai dan pemasaran produk. Banyak jenis teknologi yang dibawa nmasuk dari luar negara dan ada banyak teknologi yang di dapati melalui aktiviti penyelidikan (R&D) tempatan sudah digunapakai. Artikel malam Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu penilaian berkaitan sektor pertanian dan teknologi pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pada penulis blog k
aedah bercucuk tanam secara moden seperti teknologi hidroponik dan fertigasi gantung mungkin boleh mengurangkan kerugian akibat banjir bagi para petani terutama dibeberapa negeri yang sering dilanda bencana banjir seperti di negeri-negeri pantai timur. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan kalangan petani yang kecewa apabila tanamannya rosak ditenggelami air di Negeri Pahang semasa menjadi Pengarah Pertanian Pahang dahulu. Bagaimana pun telah ada kalangan mereka mengamalkan teknologi fertigasi gantung dan berjaya mengatasi masaalah banjir (Sila lihat foto disebelah). Pada penilaian penulis blog pekebun sayur dan pesawah merupakan golongan yang paling terjejas oleh air bah yang melanda setiap tahun. Memang kaedah bercucuk tanam lebih moden moden seperti hidroponik dan fertigasi gantung dilihat boleh mengurangkan kerugian akibat banjir bagi para petani seperti mana kempen yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian. Ada beberapa bantuan input dan alatan untuk membuat pertanian ini diberikan kepada petani yang terpilih setiap tahun menjalankan tanaman hidroponik dan fertigasi. Bantuan peralatan pertanian seperti sistem piping, pam air, kayu tiang, dawai kawat, plastik silvershine dan baja serta racun diberikan melalui peruntukan bajet negeri dan persekutuan. Beberapa petani yang telah menanam dengan cara fertigasi gantung contohnya terselamat daripada ancaman tanaman rosak dari air bah dan selalunya akan mendapat harga pasaran lebih baik dimunim tersebut. Anda boleh baca artikel berkaitan kisah ini dengan membuat pautan seperti berikut (Sila klik disini). Pada penulis blog asalkan ada teknologi dan minat tinggi didalam berkebun memang ada sahaja jalannya untuk mengatasi masaalah. 

Pengalaman penulis blog bertugas di negeri pantai timur seperti di Pahang memberikan pengalaman bagaimana petani terpaksa menghadapi musim hujan yang lebat dan menyebabkan banjir. beberapa teknologi moden seperti fertigasi gantung dilihat selain daripada 
membantu tingkatkan pendapatan para petani dimana ia juga boleh menyumbang kepada usaha mengurangkan impak negatif pertanian oleh pekebun komersil yang kehilangan pendapatan dan kerosakan kebun setelah bencana banjir. Walau pun banjir tetapi petani dilihat masih gigih mengeluarkan hasil dari kebunnya yang utuh (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya dalam kes biasa apabila musim banjir maka semua pekebun getah tidak boleh potong getah sebab pertamanya air penuh dan pokok basah yang menghalang proses aliran susu getah kedalam cawan. Penoreh getah merupakan golongan paling malang jika hujan lebat berterusan dan lebih malang apabila kebun getahnya banjir. Pekebun kelapa sawit masih boleh bekerja menuai sawit walau pun hujan atau banjir berlaku. Penulis blog pernah ke Daerah Bentong dan Raub meninjau bagaimana nasib penoreh getah dengan pendapatan RM7.50 hingga RM10 sehari bergantung pada jumlah susu getah yang ditoreh yang mana amat terjelas akibat kesan  hujan dan banjir dikebun getahnya. Ada juga yang laluan jalan kekebun getah banjir dan tidak boleh dilalui menyebabkan mereka tidak dapat mengambil hasil getah. Dalam pada itu terdapat juga keadaan dimana berlaku situasi yang dipanggil 'banjir termenung' iaitu selalunya air tergenang dan mengambil masa lebih seminggu sebelum susut sepenuhnya. Pada penulis blog keadaan ini boleh diatasi dengan pengamalan teknologi moden. Kini sudah ada beberapa kaedah memasang 'bumbung' pada pokok getah untuk elakkan hujan dan sistem torehan getah dengan menggunakan 'injector' dan tabung plastik tertutup mengumpul susu getah. Penulis blog dapati Teknologi Panel Dan Alur Torehan Alat pelindung hujan ialah sejenis peralatan berbentuk “awning” yang boleh digunakan dan mampu memberikan perlindungan terhadap alur torehan dari basah akibat lelehan air hujan yang turun ke batang pokok. Apa pun penggunaan alat ini dapat membantu meningkatkan hari menoreh dengan cara mengelakkan panel torehan menjadi basah akibat hujan gerimis. Penggunaan alat ini digabungkan dengan torehan lewat dan torehan ganti.

Terkini petani di Malaysia dan pekebun kecil buah-buahan, getah, kelapa sawit dan padi boleh mengamalkan beberapa teknologi moden didalam usaha-usaha pertanian mereka. Mungkin sudah ada beberapa teknologi moden yang boleh diambil dari luar negara dan diadaptasi dengan keadaan situasi tempatan. Sebagai contoh dimana u
ntuk teknik penanaman teknik moden ini mungkin Malaysia boleh mengambil teknologi dari negeri-negeri yang dah berjaya seperti Jepun, China, Korea Selatan dan Taiwan. Di negara tersebut apa yang penulis blog pertah melawat dimana mereka telah membuat penanaman dengan teknologi hidroponik secara meluas dimana ia tidak perlukan tanah yang luas. Bahkan mereka buat di atas rumah mereka sendiri atau di belakang sekeliling rumahnya. Apa pun sudah ramai sebenarnya petani di Malaysia terutama di Cameroon Highland yang telah melakukan teknologi moden seperti ini seperti penanaman pokok tomato (Sila lihat foto disebelah). Kalau secara konvensional menanam tomato ditas tanah hanya bertahan 3 - 4 bulan sahaja akan tetapi dengan cara fertigasi dibawah Strtuktur Pelindung Hujan dan Struktur Pelindung Serangga (SPS) mereka mamu menjaga dan hasilkan buah tomato selama 8 - 10 bulan lamanya. Jenis tanaman bernilai tinggi perlukan modal tinggi untuk infrastruktur dan teknologi akan tetapi selalunya pulangan yang diperolehi adalah juga amat tinggi. Antara jenis tanaman tersebut termasuk tomato, cili bengala, strawberry, lettuce, salad dan beberapa lagi. Beberapa penanam bunga keratan untuk pasaran domestik dan eksport mengamalkan teknologi moden dalam mempastikan pulangan yang menarik. Semua pihak sama ada daripada kerajaan, swasta, pengusaha pertanian perlu berganding bahu didalam merealisasikan aplikasi teknologi pertanian moden akan menjadikan negara kita cukup makanan dan memberikan pendapatan terbaik kepada pengusaha pertanian di Malaysia. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEKTOR PERTANIAN... APA DI MALAYSIA...
PENGUSHA BESAR... KOMERSIL CARANYA...
PEKEBUN KECIL... DIDEDAHKAN SEGERA...
PETANI MAJU... SEMUA RAKYAT GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 RabiulAwal 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...