Penanaman kacang merah atau kacang buah pinggang selalunya sesuai untuk dilakukan secara monokrop atau bersama dengan tanaman lain. Tanaman singkat masa ini (herbaceous plant) yang tumbuh dengan baik pada cuaca panas mempunyai sifat kacuk sendiri (self pollinated plant). Pemilihan biji benih berkualiti dari peringkat awal penanaman adalah penting kerana ada biji yang berwarna merah, hitam, hijau, kelabu, kuning, putih meroon dan juga warna campuran. Ketinggian pokok sekitar 25 - 90 cm dengan varian ada yang lebih tinggi lagi. Ia tumbuh menegak dengan kemampuannya untuk merambat sehingga lengainya matang. Tanag berketinggian diantara 500 - 1,500 meter sesuai untuk pertumbuhan tanaman ini dengan suhu diantara 15 - 30 Celcius. Sesuai tumbuh dengan baik pada tanah dengan pH5.5 - pH6.5 serta ada juga varieti tertentu yang tahan dengan kemarau. Apa pun ia memerlukan sinaran cahaya matahari panjang sekitar 12.5 jam sehari (hours/daylight) untuk aruhan pembungaan. Tanaman ini perluman antara 60 - 190 hari untuk berhasil bergantung kepada varieti dan lokasi. Anggaran hasil adalah sekitar 1.0 - 2.4 metrik tan sehaktar. Beberapa laporan menyatakan hasil di Jepun mencapai1,900 kg/ha, di Taiwan pula sebanyak 1,400 kg/ha, Kenya (700 - 900 kg/ha) dan di New Zealand sebanyak2,240 kg/ha. Sebagaimana tumbuhan keacang lain dimana kacang ini juga mampu mengikat unsur Nitrojen dalam akar di tanah dengan ujud nodule iaitu satu kerjasama bakteria seperti Rhizobium. Amalan agronomi mengesyorkan agar selepas hasil dituai maka sebaiknya tanah digemburkan semula untuk membolehkan akar tumbuhan mereput dan meyuburkan tanaman berikutnya. Kacang merah tumbuh dengan baik di tanah yang digunakan kemudian diselang seli dengan timun, tomato atau terung. Kawasan terbaik dalam kekacang seperti untuk tanaman bit, tomato, lobak merah dan jenis timun. Untuk fasa menyediakan tanah semasa menggali disyorkan harus ditambah unsur baja sebatian khas yang terbuat dari ammonium nitrat, bahan kapor dolomit dan kalium klorida. Bagi kawasan tanah seluas sekitar 1 meter persegi perlu diberikan sebanyak 4 kg baja.
Kelebihan utama kacang merah adalah kepekatan nutrien yang tinggi dalam komposisinya iaitu ia yang tidak hilang setelah dilakukan aktiviti rawatan panas (dimasak). Kacang ini juga mampu memberi manfaat yang tidak ternilai untuk tubuh badan. Produk ini disyorkan untuk kanak-kanak berumur lebih dari tiga tahun dimana ia mampu membantu mengasimilasikan nutrien dan sesuai diambil bersama dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kaedah ini membolehkan tubuh akan menyerap nutrien dalam jumlah maksima dari makanan yang dimakan. Pakar makanan ada menyatakan dimana kacang merah sebenarnya ia digunakan secara aktif untuk melawan berat badan berlebihan. Fakta bahawa ia mengandungi bahan unik yang melambatkan sintesis alpha-milase adalah asasnya. Memakan kacang merah dilaporkan mampu untuk ianya dapat mengurangkan selera makan dan pada masa yang sama akan meningkatkan metabolisme. Ada laporan testimoni dimana jika dimakan selama seminggu dengan diet kacang merah ini dilaporkan seorang wanita akan kehilangan 5 - 7 kilogram. Kelebihan kacang ini yang tidak diragukan lagi apabila setelah dimasak memang ia tidak mempunyai bau dan sesuai dipadangkan dengan makanan lain. Bagaimana pun hasil kajian juga mendapati pengambilan berlebihan akan menyababkan kemudaratan. Sebenarnya ia tidak digalakan diberi kepada ke dalam makanan kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Dilaporkan ada kesan negatif yang menyebabkan bayi menderita kolik dan mengalami masalah lain iaitu dengan pembentukan gas yang menyebabkan kembung perut.
Pada penulis blog diantara resepi kegemaran dengan kacang merah atau kacang buah pinggang ini adalah bubur kacang merah (Sila lihat foto disebelah). Menyediakan sendiri bubur ini dirumah amat mudah dan enak dihidangkan untuk jamuan minum petang. Bubur kacang merah juga kini sudah popular dihidangan dalam banyak jamuan kenduri kahein sebagai pencuci mulut. Bagi menyediakan makanan ini perlu disediakan bahan seperti 1 cawan kacang merah yang dicuci dan direndam dan toskan sebelum dimasak, Air secukupnya untuk merebus kacang dan juga sebanyak 1/2 cawan sagu (yang mesti dicuci dan toskan:. Sebagai panduan dimana jika suka boleh mengurangkan kadar bahan sagu kalau tidak hendak bubu jadi pekat). Bahan lain yang diperlukan termasuk 1 buku gula Melaka, 1 cawan gula pasir (sesuaikan kemanisan ikut sukatan), 1 cawan santan kelapa, 1 helai daun pandan (yang perlu di simpul) serta juga secubit garam. Bahan lain termasuk bahan hiasan yang digunakan sebagai bahan pati santan iaitu 1 cawan santan pekat dan secubit garam. Cara memasak dengan mana awalnya kacang merah ini di rendam hingga kembang selama paling kurang 4 jam. Kemudian dicuci bersih dan rebus bersama air secukupnya hingga ia cukup kembang dan kacang pecah serta agak lembut. Kemudian masukkan sagu dan masak lagi sehingga sagu masah dan jernih. Dalam periuk lain boleh dimasak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut dan ia kemudian ditapis. Kemudian bahan ini dituangkan gula Melaka kedalam periuk rebusan kacang. Seterunya dimasukkan daun pandan dan gula pasir dan kacau sehingga sebati. Masak lagi hingga gula hancur dan boleh juga ditambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lenak manisnya. Sebaiknya bubur merah ini dtrenih sebentar sehingga sebati dan padamkan api. Sedia untuk dimasukkan kedalam mangkut dan dihidangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BUAH PINGGANG... SAMA...
DIBUAT BUBUR... ENAK RASANYA...
IA BERKHASIAT... RAMAI SUKANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(31 Oktober 2022).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.