Dalam portal berita bharian.com terdapat laporan bertajuk 'Teknologi moden pikat generasi muda bertani' yang menarik ditulis semua. Kini purata umur pesawah di Malaysia termasuk pesawah di kawasan jelapang padi MADA di Kedah dan Perlis adalah sekitar 60 tahun. Bagi sektor kelapa sawit pula dimana lebih 80 peratus pekebun kecil berumur berada lebih 45 tahun. Sektor pertanian juga sering dianggap sektor yang dimonopoli golongan berumur dan yang berkemahiran rendah. Isu ini bukanlah sesuatu yang unik di Malaysia kerana ia dilaporkan isu sama yang dihadapi oleh banyak negara lain. Hasil beberapa laporan kajian yang telah dijalankan di Malaysia menunjukkan kekurangan pembabitan generasi muda mungkin kerana tiada akses kepada sumber utama pertanian iaitu isu tanah dan juga kekurangan sumber kewangan. Pada penulis blog bagaimana pun berpendapat dimana dengan kehadiran teknologi dalam pertanian dimana ia dipercayai mampu mengurangkan jurang ini. Pertanian moden tidak lagi perlukan ruang tanah luas mahupun tenaga buruh ramai. Teknologi pertanian moden seperti teknik susun-tindih , pertanian menegak (vertical farming) serta teknologi hidroponik terkini mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta keperluan ruang minimum. Memang dengan aplikasi teknologi moden maka pengusaha pertanian mampu untuk mereka dapat menerokai bidang pertanian tidak perlu modal tanah tinggi. Evolusi teknologi dalam pertanian juga dilihat menyebabkan kos peralatan pertanian moden semakin rendah lantas kos permulaan minimum. Apa pun pada generasi muda daripada keluarga petani dan mempunyai tanah agak luas maka denga adanya kepesatan teknologi dalam bidang pertanian mampu menggalakkan mereka terus bertani secara moden sebagai petani muda generasi kedua. Kalau lazimnya bagi tujuan mengurus ladang yang agak besar dimana cara penggunaan dron serta automasi boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh lantas cara ini dapat mengurangkan kos operasi. Teknologi satelit juga mampu membantu petani memantau kawasan bermasalah dengan lebih tepat dan menyeluruh. Penggunaan imej satelit, berserta dron dapat mengenalpasti kawasan yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan khusus di samping mengenal pasti risiko dan serangan penyakit secara lebih tepat.
Pada penulis blog percaya dimana pembabitan generasi muda dalam bidang pertanian juga perlu dilihat di luar skop dan sistem pertanian konvensional. Ini terpapar melalui minat generasi muda mencari sumber makanan alternatif seperti protein buatan. Sebagai contoh dimana proses pembiakan serangga sebagai protein alternatif yang dahulunya dilaksanakan usaha tani tradisional kecil-kecilan di pedalaman Asia tetapi kini mendapat tempat agropreneur muda di USA dan Perancis. Dua negara ini membawa kaedah pembiakan serangga sebagai sumber protein alternatif ke tahap lebih tinggi melalui kaedah automasi. Produk air kelapa yang sahulunya hanya diminum oleh orang kampong tetapi kini dengan ada teknologi sesuai sudah menjadi produk minuman isotonik yang bernilai tinggi diseluruh dunia. Minuman air kelapa kini dijadikan minuman untuk mereka yang bergaya, ahli sukan dan juga mementingkan makanan kesihatan. Kalangan generasi muda yang semakin peka terhadap isu alam sekitar juga mempengaruhi penyertaan dalam pertanian moden. Dalam keinginan mendapatkan makanan yang tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dilihat dimana ada generasi muda terutama yang tinggal di kota banyak terbabit dalam aktiviti 'pertanian bandar.' Penulis blog melihat dimana bentuk pertanian terbaru ini merangkumi teknologi hidroponik terkini, teknologi penderiaan jauh (lebih dikenali sebagai teknologi remote sensing) dan teknologi pencahayaan untuk penanam dalam bangunan. Kepesatan teknologi pertanian dilihat boleh menjadi daya penarik kepada belia untuk mereka membabitkan diri dalam bidang pertanian telah menjadi strategi utama di banyak negara. Di beberapa negara Eropah dilihat sungguhpun jumlah generasi muda dalam pertanian adalah rendah namun tahap kemahiran petani mereka adalah lebih tinggi dengan ilmu pengetahuan terhadap teknologi pertanian moden. Dilaporkan melalui statistik dimana bagi seorang setiap lima petani muda Eropah dimana mereka mempunyai pendidikan dan latihan pertanian secara formal. Ia berlainan dengan kes di Malaysia dimana petani di negara kita pula lebih berumur yang hanya bertani melalui pengalaman. Di samping itu dilaporkan kalangan petani muda di Eropah adalah di bawah umur 35 tahun membuat pelaburan purata tertinggi jika dibandingkan petani tempatan yang telah lebih berumur dan masih takut membuat pinjaman bank.
Bagi beberapa negara yang telah maju termasuk sektor pertanian dilaporkan ada kalangan petani muda lebih berminat untuk gunakan teknologi dan automasi dalam pertanian. Penulis blog yang beberapa kali ke Jepun juga mendapati dimana jumlah generasi muda dalam pertanian juga dilaporkan meningkat. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan 23,000 orang pekerja di bawah umur 49 tahun pada 2015 jika jumlahnya hanya seramai 18,000 pada tahun 2000 iaitu satu peningkatan yang signifikan. Kes ini amat berlainan denag senario di Malaysia dimana generasi muda semakin tidak dilihat didalam sektor pertanian sama dengan jumlah mereka yang terlibat dengan sektor pertanian terus menurun. Dalam ladang kelapa sawit sebagai contoh dimana pekerja ladang sudah bergantung kepada pekerja asing sama dengan sektor industri tanaman getah. Di Jepun apa yang penulis blog lihat dimana kebanyakan petani mereka berkelulusan tinggi serta guna teknologi pertanian terkini. Kes sama juga berlaku di Korea Selatan dan Negara China. Kajian lain yang dilakukan di UK juga mendapati petani millennial lebih berkemahiran tinggi dan mesra teknologi serta meletak pertanian sebagai karier pilihan mereka. Apa pun penulis blog sedar dimana ada banyak banyak negara seluruh dunia sudah memperkenalkan pelbagai dasar membabitkan penggunaan teknologi sebagai pemangkin untuk menarik generasi muda menyertai bidang pertanian. Walau pun di Malaysia juga tidak ketinggalan untuk melakukannya dimana seiring negara maju lain pihah MAFI telah agak lama memperkenal Program Agropreneur Muda. Melalui pendekatan ini ada laporan hanya beberapa kejayaan kecil menjadikan golongan muda terlibat dalam sektor pertanian dengan memberikan pendedahan berkaitan konsep keusahawanan moden serta teknologi berkaitan tanaman. Apa pun usaha berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak agar lebih ramai golongan muda dengan teknologi moden akan lebih berminat menceburi bidang pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DIPERKENALKAN.. TARIK ORANG MUDA...
PETANI MODEN... PROFESIONAL DIA...
PERTANIAN MAJU... KEJAYAAN NEGARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rabiulawal 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.