TANAMAN CENDAWAN atau KULAT merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan 'Fungi'. Penulis blog agak pasti ramai diantara pembaca blog ini yang suka makan makanan berasaskan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada diantara pembaca jugaa yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) dijadikan sebagai salah satu dari sumber protin sebagai nutrien pentingnya. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh usahawan sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan. Cendawan kini telah pun turut diiktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk dijadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan. Antara jenis cendawan yang popular dikomersilkan pada masa ini adalah jenis Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminarius atau dulu dipanggil sebagai Pleurotus cajor-saju). Cendawan ini ditanam dikawasan bangsal atau rumah cendawan menggunakan media habuk kayu getah dan mengikuti proses yang agak rumit. Kawasan utama pengeluaran cendawan tiram kelabu di Malaysia adalah di sekitar Muar (Johor), Sepang (Selangor), Pahang, Melaka dan beberapa negari lain. Penulis blog sendiri yang mana telah mempunyai pengalaman luas dalam memberi latihan berkaitan cendawan dahulu telah memberi khidmat kepakaran teknikal dan bersama-sama membangunkan projek cendawan di Daerah Muar selama 6 tahun. Syarikat C&C Mushroom Sdn Bhd di Pekan Gerisek di Tangkak, Johor sehingga kini masih mampu menjadi salah satu pengeluar cendawan di Selatan tanah Air ini untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa kisah dari media tempatan berkaitan industri tanaman cendawan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.
Dalam satu media dimana tajuknya adalah 'Industri Cendawan terus Berkembang' wajar dirujuk. Kisah dari Kuala Lumpur melaporkan dimana kini industri cendawan di negara melangkah ke era yang memberangsangkan apabila ia diusahakan secara komersial oleh usahawan tani menggunakan kaedah bioteknologi. Pengurus Pusat Perintis Agro-Tech Centre dikenali Hilmy Hamzah ada menyatakan dimana bagi meningkatkan lagi bilangan mereka yang terbabit dalam pertanian ini pihaknya bertanggungjawab menyalurkan ilmu serta kemahiran yang diperlukan. Sebagai pusat yang akan bertanggungjawab dimana dapati berlaku perkembangan industri cendawan begitu positif dan semakin membanggakan. Saban masa semakin ramai yang berminat menceburi industri ini apabila ia diusahakan secara lebih skala komersial. Syarikatnya mengutamakan penerapan kemahiran sebenar kepada individu supaya setiap pengusaha cendawan yang dilahirkan adalah berkualiti dan berdaya saing selaras dengan hasrat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan. Kadar permintaan terhadap hasil pertanian kini agak besar dan untuk itu lebih ramai pengusaha cendawan perlu dilahirkan setiap tahun bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat. Perkembangan positif sektor pertanian perlu diperluaskan supaya lebih ramai anggota masyarakat menikmati hasil lumayan dari bidang pertanian umumnya dan industri cendawan khasnya. Kursus penanaman cendawan teknik terkini dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menjamin pengeluaran cendawan negara akan berterusan.
Dalam pada itu dilaporkan 'Projek tanaman cendawan mampu melahirkan usawan berjaya' wajar dikongsikan. Apa pun dulu pernah dinyatakan dimana peluang perniagaan dalam projek penanaman cendawan yang digariskan di bawah projek permulaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membantu lebih ramai pengusaha mengembangkan perusahaan mereka dimana selain itu berkaya melahirkan usahawan baru dalam sektor itu. Kenyataan dari Pengurus Fatisha Agro Farm iaitu Rusila Yusof (29 tahun) dimana selain daripada bantuan geran permulaan dimana pihak kerajaan juga pernah membantu mempromosikan hasil pertanian dan produk cendawan supaya dapat dihantar ke pasaran luar negara. Masalah besar yang dihadapi ramai pengusaha cendawan adalah kurangnya promosi sebagai satu masaalah bagi kalangan pengusaha sama ada yang sedia ada atau baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini. Kalangan mereka ada yang mempunyai cadangan dan perancangan besar dalam bidang ini dan berharap dapat berkembang kerana permintaan bagi tanaman ini dari seluruh negara sangat menggalakkan. Beliau yang sudah berjaya untuk mengusahakan ladang cendawan tiram kelabu dengan menggunakan kaedah penghasilan benih melalui tisu kultur di kawasan seluas 0.8 ekar di Kemaman, Terengganu lebih tiga tahun masih menghasilkan cendawan segar untuk pasaran domestik.
Portal berita hmetro.com melaporkan dimana usahawan yang berjaya 'Raih hampir RM10,000 sebulan jual cendawan tiram' wajar dikongsikan. Kisah dipetik daripada Kuala Krai, Kelantan apabila tiga beradik dari Kampung Desa Kasih telah mampu meraih keuntungan yangg mencecah hampir RM10,000 sebulan hasil jualan cendawan tiram yang diusahakan mereka sejak setahun lepas (2021). Bagi Muhamad Lokman Hakim Md Sabri (25 tahun) mendakwa pada peringkat permulaan dimana tanaman yang diusahakan itu adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja memandangkan beliau mempunyai banyak waktu terluang kerana bekerja sebagai juruteknik. Apa pun kemudian melihat potensi cendawan tiram ini maka dua lagi adik saya iaitu Puteri Nurin Darwisyah (23 tahun) dan Puteri Nurin Sabirah (20 tahun) telah membantunya untuk bersama-sama mengusahakan tanaman ini sebagai satu hasil pendapatan sampingan. Mereka mula membeli bongkah cendawan tiram dengan harga RM1.60 seunit sedikit demi sedikit untuk diletakkan di tepi rumah dan sehingga kini kami memiliki 3,000 bongkah. Mereka kini sudah tidak menang tangan kerana cendawan tiram mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat dan peniaga di sekitar Kuala Krai dengan hampir 30 kilogram sehari. Mereka memang tidak sangka sambutan jualan cendawan tiram ini sangat menggalakkan kerana selain mempunyai pelanggan tetap, kami turut menjualnya secara dalam talian dengan menggunakan platform media sosial untuk menambah pendapatan. Kini bagi mendapat hasil maksimum dan lebih berkualiti, tanaman itu perlu berada dalam keadaan yang lembap selain persekitarannya juga perlu sentiasa bersih dimana lazimnya mereka akan mengutip hasil cendawan tiram dua kali sehari iaitu pada pagi dan malam. Dia berharap agar usahanya akan dibantu oleh agensi berkaitan kerana beliau berhasrat untuk menjual bongkah cendawan tiram bagi membantu mana-mana individu yang berminat untuk mereka mengusahakan tanaman berkenaan. Bagi menghasilkan bongkah cendawan tiram, kami perlu tiga bahan iaitu habuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian yang semuanya digaul dan disebatikan dengan menggunakan mesin. Bahan tersebut dikukus selama enam jam di dalam tong dan akan disejukkan selama 24 jam sebelum disimpan pada suhu yang lembap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.