Penulis blog ingin berkongsi maklumat mengenai amalan dan sistem pertanian yang diamalkan semenjak zaman dahulu. Paling asas adalah apa yang dinamakan sebagai 'Pertanian sara hidup' dimana antara ciri penting bagi sistem ini adalah dimana petani menggunakan input yang rendah dimana hasil yang didapati juga adalah rendah. Amalan yang dilakukan termasuk membuat tanaman selingan (dijalankan 2 atau lebih bidangusaha pertanian dalam sesebuah tempat). Mereka juga masih mengamalkan pertanian pindah dan aktiviti pembakaran dilakukan mengikut musim penanaman dan faktur cuaca. Mereka juga masih tidak menggunakan baja kimia atau racun kimia. Kebanyakannya bertani hanya untuk mendapatkan bekalan sumber makanan yang cukup dalam kekeluargaan dan lazimnya tiada lebihan hasil untuk jualan. Kedua adalah apa yang dinamakan sebagai 'Pertanian pindah' dimana cara ini adalah lebih kepada bentuk primitif iaitu apabila tanah tidak subur lagi setelah beberapa musim penanaman maka para pekebun akan berpindah kelokasi baru. Mereka selalunya akan menebang hutan atau belukar dan menanam tanaman makanan untuk bekalan makanan mereka. Tanaman makanan yang lazimnya ditanam termasuk padi bukit, keladi, ubi kayu, buah-buahan jangka pendek, ternakan ayam dan sebagainya. Walau pun banyak program penempatan semula golongan mereka yang melakukan pertanian pindah akan tetapi masih ada lagi yang berminat mengekalkan tradisi pertanian pindah sebagai satu praktik yang dijalankan. Pertanian pindah ini masih terdapat dibeberapa negeri di Malaysia seperti di Pahang, Sarawak dan di Sabah.
Apa pun kebanyakan pengusaha pertanian di Malaysia sudah pun lama menjalankan pertanian moden atau pun lebih sering dipanggil sebgai sektor pertanian yang komersil. Antara ciri-ciri pertanian ini dimana ia dilakukan secara monokultur atau gabungan beberapa bidang usaha sama ada tanaman atau penternakan dan perikanan. Dengan pengamalan teknologi pertanian terkini dan moden lazimnya merekan mampu mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti untuk kepelbagaian jenis pasaran sama ada domestik, diproses atau pun untuk pasaran eksport. Input penggunaan baja kimia dan racun kimia selalunya adalah tinggi dengan menggunakan teknologi dan mesin yang canggih dari peringkat awal penyediaan ladang sehinga kepada peralatan untuk aktiviti lepas tuai. Dalam pada itu bagi amalan teknologi memang ada perbezaan diantara kawasan dinegara beriklim temperate dengan dikawasan negara beriklim tropika atau sub-tropika. Aspek pertanian yang komersi atau miden ini juga dikaitkan dengan bagaimana cara pertanian ini menghasilkan bahan makanan yang banyak dan berkualiti sesuai dengan piawaian makanan diseluruh dunia. Malaysia yang terletak dikawasan tropika mengamalkan apa yang dinamakan sebagai 'Sistem Pertanian Perladangan Tropika' dimana antara jenis tanaman yang popular termasuk tanaman Kelapa Sawit, Getah, Padi, Koko, Kelapa serta banyak jenis buah-buahan tropika dan Sayur-sayuran. Bagi negara kecil yang sudah maju seperti di Singapura mereka juga menjalankan pertanian bandar dengan membina sistem 'RoofTop Farming' iaitu menanam sayuran tertentu yang penulis blog buat tinjauan dengan mereka menggunakan teknologi fertigasi di Singapura (Sila lihat foto disebelah). Ini bermakna bagi sistem pertanian moden ada pelbagai teknologi yang boleh diamalkan dimana juga demi untuk pengeluaran makanan sebagai kedaulatan sesebuah negara.
Penulis blog dapati pertanian moden dalam sektor tanaman sayuran sudah maju kecuali dibeberapa petani dikawasan pendalaman di Malaysia. Lihat sahaja bagaimana petani komersil di Cameroon Highland, Kundasang dan beberapa kawasan tanah tinggi lain di Malaysia yang sudah mencapai tahap amat membanggakan. Penggunaan teknologi moden seperti Rumah Pelindung Hujan (SPH), Sistem Pengairan, Benih Hibrid Berkualiti, Baja Kimia dan Racun Kimia yang berkualiti memang menjanjikan penghasilan yang terbaik. Antara sayuran yang dihasilkan untuk pasaran domestik dan eksport dari kawasan ini adalah seperti Kobis Bulat, Tomato, Sayuran Daun dan sebagainya. Mereka menanam sayuran dengan intensif diatas tanah atau didalam polibeg disusun didalam barisan yang efektif. Sama ada mereka mengalkan perladangan terbuka atau tertutup selalunya dijadualkan mengikut matrik pengeluaran dan trend pasaran atau permintaan. Kini sudah tidak menjadi satu kebimbangan serius penanaman sayuran pada musim hujan atau musim monsoon kerana sudah lebih 65% petani di Cameroon Highland sudah mempunyai Rumah Pelindung Hujan (Rainshellter). Kerosakan tanaman akibat hujan sudah dapat diatasi dengan penggunaan sistem pengairan dan penuaian serta aktiviti lepas tuai yang moden. Pengurusan cekap dengan pekerja mahir di kawasan ini sudah mencapai tahap optima dalam pengeluaran sayuran. Dalam penanaman dusrian pula sudah mencapai tahap moden apabila durian premium seperti Musang King dan Duri Hitam sudah banyak dikomersilkan untuk pasaran domestik dan eksport. Tanaman nanas juga memperkenalkan nanas MD2 yang mana sudah mampu menjanjikan kecukupan pasaran domestik dan sudah dieksport ke banyak negara. Pengeluaran daging ayam dan telur juga sudah melebihi keperluan domestik bagitu juga dengan teknologi moden yang sudah dilakukan oleh kalangann penternak ayam.
Dalam pada itu di Malaysia sudah ada pertanian moden termasuk untuk sektor Pertanian Organik (Organic Farming). Ia dilakukan melibatkan putaran tanaman dimana kesannya akan mengurangkan tanah menjadi tidak subur. Kaedah ini juga membantu mengimbangkan kesuburan tanah dan konsepnya adalah dimana bahan kimia tidak digunakan. Penggunaan baja organik yang dibuat sendiri atau ada dijual dipasaran memudahhkan pertanian organik ini dilaksanakan. Sudah disediakan protokol didalam pertanian d organik di Malaysia denga diujudkan Persijilan Pertanian Organik Malaysia (Sijil Organik Malaysia - SOM). Salah satu projek pengeluaran padi organik yang hebat di Sabah ada penulis blog membuat tinjauan di kawasan sawah IADA Kota Belud. Mereka mampu menghasilkan beras merah organik yang premium dengan mengamalkan protokol organik (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ramai kalangan umum yang berminat dengan aktiviti pertanian mden dimana sudah ada banyak teknologi pertanian dengan cara penanaman tanpa menggunakan tanah dan sebaliknya memggunakan sistem medium cecair. Apa pun perkembangan teknologi ini berkembang pantas dimana sudah mudah untuk dipelajari dan peralatan untuk digunakan juga mudah didapati dipasaran. Antaranya termasuk Teknologi Hidroponik, Teknologi Aquaponik, Teknologi Fertigasi, Vegetable Factory, Vertical Farming, Aeroponik, Teknologi NFT (Teknik nutrient iaitu ia berkembang dalam saluran, nutrien pam dimana ia sentiasa mengalirkan unsut baja). Teknologi fertigasi diantara yang semakin cepat berkembang dilakukan oleh banyak petani seperti didalam penanaman cili, halia, sayuran buah seperti timun, peria, petola dan sebagainya. Pada masa depan akan terus berkembang bioteknologi dan penghasilan benih atau baka tanaman baru yang lebih produktif dan tahan serangan perosak dan penyakit. Apa pun diharapkan pengamalan pertanian moden di Malaysia akan terus dikembangkan agar Malaysia mampu mengeluarkan makanan yang mencukupi, dijamin selamat dimakan dan boleh mencapai pasaran eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK TEKNOLOGI... PETANI DAH BIASA...
HASILNYA TINGGGI... BERKUALITI JUGA...
PERTANIAN MALAYSIA... BOLEH DIBANGGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(4 RabiulAwal 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.