ULAM-ULAMAN atau punn LALAPAN (bahasa di Indonesia) merupakan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan. Ulam sering dijadikan hidangan istimewa masyarakat Melayu sejak turun temurun terutama dikawasan kampong. Peranan ulam-ulaman adalah untuk menambah rasa kepada makanan (nasi) yang dimakan disesuaikan dengan bahan pencecah seperti sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis atau bahan cecahan lain. Pada saya makan dengan ulam akan menambahkan selera makan terutama ketika makan tengahari. Biasanya saya akan sertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain semasa makan jenis ulam-ulaman. Ramai pakar makanan mengatakan makan ulam memang berkhasiat dan baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak zat dan serat serta bahan mineral. Sebut sahaja ulam kita akan terbayang petai, jering, ulam raja, selom, terung pipit, timun, daun pucuk gajus, kacang botor, daun salad, pucuk tenggek burung, tomato, pucuk daun ubi kayu, pucuk daun betik, pucuk daun keledek, jantung pisang, kemangi dan banyak lagi jenis ulam tempatan. Ulam yang dimakan segar biasanya memberikan khasiat terbaik untuk kesihatan asalkan diperolehi daripada pembekal yang betul. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai apa dia ulam-ulaman sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.
Bagi seorang yang sihat tubuh badannya, maka pengambilan ulam tidak memberikan apa-apa masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua jenis ulam yang dia suka memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. Ini berlainan pula bagi mereka yang berpenyakit kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar tidak memakan ulam yang boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Contohnya jika ada seorang pesakit tekanan darah rendah tidak disyorkan atau tidak digalakkan makan banyak ulam sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu ada testimoni dimana eloklah orang yang berpenyakit tersebut mengambil hanya ulam yang memberi kesan positif padanya. Ulam yang ditanam sendiri adalah lebih baik daripada jenis ulam yang dibeli kerana kita sendiri dapat pastikan ia bebas daripada semua jenis sisabaki racun atau kemungkinan dari berlaku pencemaran. Menanam ulam-ulaman sendiri dikeliling rumah sama ada didalam dalam pasu atau di atas tanah juga satu aktiviti yang baik dimana ia adalah digalakkan. Apa pun semua yang ingin membuatnya sebaiknya menggunakan banyak baja organik yang menyihatkan dan tiada kesan kimia. Kawalan serangga perosak dan penyakit yang mungkin berlaku mesti dijalankan menggunakan pendekatan atau cara Perladangan Organik. Pada masa ini sudah ada banyak bahan atau produk organik dipasaran yang boleh didapatkan untuk dijadikan input tanaman ulam-ulaman dirumah seperti baja organik, racun organik dan sebagainya.
Dalam membincangan mengenai khasiat ulam memang agak kurang laporan kajian saintifik dilaporkan oleh pakar makanan berbanding dengan makanan moden. Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe),natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba.[3] Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g jika dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Laporan ada juga mendakwa bahawa ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dimana kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Ulam Jering (Archidendron jiringa) pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Buah jering (sila lihat foto sebelah) juga boleh menjadi sebagai penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Seterusnya adalah jenis ulam Daun Kaduk (Piper sarmentosum) yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita. Daun kadok mempunyai khasiat tersendiri dalam perubatan tradisional Melayu sejak zaman dulukala. Tidak hairanlah jika dikatakan pokok kadok merupakan tumbuhan sangat berguna bukannya seperti cerita dongeng 'KISAH PAK KADOK'. Maklumat yang diperolehi mendapati khasiat tumbuhan kadok dapat menyembuhkan penyakit sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit-sakit dalam tulang. Daun kadok juga menyembuhkan panyakit panau, menghilangkan batuk-batuk serta membunuh cacing dalam perut. Daun kadok yang dimakan segar sebagai ulam (Lihat foto sebelah) atau dicelur atau direbus (daun lebih tua) didakwa membantu mengurangkan penyakit keputihan, menghilangkan gatal bahagian sulit dan pengguna akan awet muda.
Jenis-jenis ulam di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai famili tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dankerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m. Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis danterung.
Ulaman juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan ulam yang popular, mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan lain-lain. Manakala kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang popular, jarang didapati di pasaran seperti genuak, pucuk jambu golok (gajus), beluntas, pucuk betik, dan cekur. Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tani dan pasar minggu yang dianjurkan oleh pihak terlibat dan lain-lain. Penulis dapati bahawa banyak pilihan ulaman ini secara keseluruhan masih dapat dibeli walau pun dengan kuantiti yang terhad. Saya fikir sebaiknya semua orang dikampong dan di bandar yang ada ruang sesuai menanam sendiri beberapa jenis ulam sesuai sama ada diatas tanah atau dalam pasu disekeliling rumah. Semuga artikel ini memberikan cetusan idea kepada pembaca blog semua. Wasallam!.
BANYAK ULAM...SEGAR SEMUA...
AWAS DIJUAL... RACUN DIGUNA...
TANAM SENDIRI...BAGAIMANA...
BACA ARTIKEL ... DAPAT IDEA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2016, Hotel D-99,
Jalan Abdullah, Muar,
Johor, Malaysia.
(29 Zulkaedah 1435H)

Kemaskini Oktober 2022)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.