Support My Blog

Tuesday, January 18, 2022

ROTI CANAI - KISAH MENARIK (Part 1)

ROTI CANAI
atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk  'Roti Canai Sejuk Beku'. Terdapat banyak restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenama jenis dan lpmbinasi laukpauk yang berbeza. Bagaimana pun pagi ini penulis blog sebelum menulis artikel ini sudah pekena dahulu (makan) Roti Canai Awang yang popular dimana harga yang dibayar sebanyak RM75 untuk dua orang (termahal pernah makan roti canai setakat ini). Apa tidaknya sekeping roti kosong yang tebal dijual dengan harga RM1.50 sekeping dan kari kepala ikan Jenahak RM60.00 sepinggan dan juga dua gelas minuman panas. Kedai ini merupakan antara kedai roti canai yang popular di Melaka semenjak penulis blog bujang lagi pada tahun 1980'an dan kini sudah 2 generasi dalam perniagaan roti canai kari ikan. Makanan roti canai digemari oleh semua golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebebkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. 
Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usunya dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology' iaitu artikel ke 6,830 saya kongsikan beberapa info dan kisah menarik mengenai roti canai untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.

Roti Canai Pelangi Sg Yu, Kuala Selangor sudah menjadi sebagai produk makanan hebat yang sudah viral dan menjadi tumpuan ramai pelanggan. Memang penulis bllog setuju dan tidak dapat dinafikan, selain nasi lemak dimana menu utama sarapan pagi yang cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia ialah roti canai. Roti canai jika dimakan sewaktu masih panas, kemudian dicicah dengan kuah kari ikan, dal, atau kuah sambal bilis memang enak dan mengenyangkan.  Malahan bukan itu sahaja dimana kini ada banyak pula itu jenis roti canai dipopularkan. Memang biasanya kalau setakat roti kosong, roti telur, roti banjir, roti bom dan roti tisu itu kita sudah biasa dengar dan senang mendapatkannya. Tetapi mesti ramai masih belum pernah mendengar Roti Canai Pelangi dan ujirasa yang terdiri daripada pelbagai warna dan perisa. Kisah viralini adalah 
Roti Canai Pelangi yang kini boleh didapati di Warung Dimyati Roti Canai yang terletak di Kampung Sungai Yu 1, Kuala Selangor dimana dilaporkan ia merupakan kisah roti canai yang sangat sedap!. Buat ramai penggemar roti canai  memang pasti teruja dan tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai keenakan dan kelainan Roti Canai Pelangi yang menjadi menu utamanya sejak tahun 2018. Apa yang menarik dimana Roti Canai Pelangi terdiri daripada empat perisa iaitu durian (kuning), epal (hijau), strawberi (merah) dan keladi (biru) seperti foto paling atas sekali. Pengusahanya adalah Dimyati Tualo yang menyatakan idea menghasilkan Roti Canai Pelangi ini timbul bagi memberi kelainan dan nafas baharu pada makanan kegemaran rakyat Malaysia selain menarik bagi perhatian pelanggan kepada perniagaannya yang diusahakan sejak dua dekad lalu (Sila lihat foto disebelah). Kalau sebelum ini dia hanya buat roti canai biasa sahaja selama 20 tahun, namun bagi memberi kelainan dan menarik pelanggan, maka Roti Canai Pelangi diperkenalkan. Proses penyediaan Roti Canai Pelangi ini sama sahaja dengan roti canai biasa. Bezanya dimana adunan doh untuk Roti Canai Pelangi ini ditambah perisa dan pewarna makanan yang dibenarkan. Difahamkan tekstur Roti Canai Pelangi ini juga lebih lembut. Selain mampu memenuhi cita rasa ramai pelanggan, roti canai ini masih enak dimakan walaupun sudah sejuk. Dilaporkan mereka yang teringin rooti ini boleh singgah ke Warung Dimyati Roti Canai bermula pukul 7 pagi sehingga 12 tengahari dan warung ini tidak dibuka pada hari Isnin dan Jumaat.

TV3 pernah menyiarkan dalam program roti canai pelbagai warna yang popular di Sabak Bernam, Selangor dalam program Majallah 3 dahulu. Bagaimana pun media hmetro.com dengan tajuk 'Roti canai pelangi' di laporkan dari Jasin, Melaka juga tidak kurang hebatnya. Melihat kepada foto disebelah menunjukkan dimana Nur Syuhailla Zulkefli dengan roti canai warna-warni di Kg Rim, Jasin, Melaka. Dilaporkan dimana jika diamati memang rupanya tidak ubah seperti permainan kanak-kanak ‘Play-Doh’, namun jangan terkejut kerana ia adalah doh roti canai sebenar tetapi diadun dan dicampur pewarna bagi menjadikannya lebih menarik. Roti canai dibuat Zulkefli Sharif (55 tahun) diadun mengikut lima warna iaitu warna asal roti canai, biru, merah jambu, kuning dan hijau. Penghasilan roti canai berwarna-warni itu adalah percubaan dimana sekali gus menepati tema perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Dia hanya cuba untuk menampilkan kelainan sesuai dengan slogan yang dilaungkan Perdana Menteri iaitu 1Malaysia, apatah lagi kita hidup berbilang kaum dan di Jasin belum pernah ada lagi.


Kisah bagaimana 'Gadis Miliki Diploma Tapi Jadi Penebar Roti Canai Tarik Perhatian Orang' dan 
kini berjaya walau pun dia sudah tidak kisah dengan cemuhan orang diperingkat awal pembabitannya. Kisah dari Kedah ini melaporkan gadis yang memiliki lulusan Diploma Vokasional Pengurusan Perniagaan dikenali sebagai Nur Amni Aqilah (23 tahun) tidak pernah malu untuk menjadi penebar roti canai di kedai makan milik bapanya di Pokok Sena, Kedah. Pekerjaan itu dilakukan untuk membantu bapanya dan selain usahanya mencari rezeki selepas enam kali gagal dalam sesi temuduga memohon kerja dihadirinya. Kini kemahiran menebar roti canai itu dipelajari sendiri dan bukan mendapat tunjuk ajar daripada bapanya. Dia beritahu dimana pertama kali cuba menebar roti canai pada 2015 ketika cuti semester dan kebetulan masa itu ayahnya terpaksa berehat menebar roti canai selepas cedera terjatuh di longkang. Dia yang tidak berlatih menebar dengan menggunakan tuala sebaliknya terus tebar dengan ‘doh’ roti canai ketika cubaan kali pertama. Dia kemudan berjaya lakukannya mungkin kerana sering melihat ayah menebar roti canai di kedai. Anak sulung daripada tiga beradik itu dakwa dimana sekalipun memasang impian bekerja di sektor kerajaan tetapi kini dia akur belum ada rezeki untuk diterima bekerja. Kini fokusnya adalah untuk membantu bapanya di kedai yang sudah dibuka sejak 30 tahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Kedainya dibuka dari 7 pagi hingga 2 petang dan dalam sehari, dia boleh menebar sehingga 200 doh roti canai. Dakwanya meskipun tugas itu sudah menjadi rutin hariannya namun dia mengakui kerja menebar roti canai tidak mudah kerana memerlukan kekuatan tangan. Walau pun agak seronok tetapi tidak dinafikan rasa letih juga kerana perlu berdiri lama dan gunakan tenaga tangan. Dia tidak selalu berseorangan kerana ada kalanya dibantu adik, Muhanmad Muiz yang juga pandai menebar. Penduduk tempatan sudah tidak hairan melihatnya melakukan pekerjaan ini kerana sudah biasa tetapi orang luar mungkin agak pelik mungkin kerana jarang melihat wanita menjadi penebar roti canai. Terkini dia juga sudah membuka syarikat sendiri dan mengeluarkan produk iaitu roti canai serta murtabak sejuk beku. Dia sudah ada syarikat sebagai satu usaha untuk memajukan lagi diri tanpa terikat dengan menjadi penebar roti canai saja. Dia menambah dimana mungkin ramai rakan seusianya sudah berjaya di luar sana dengan kerjaya dan gaji yang stabil tetapi saya yakin boleh berjaya seperti mereka cuma perlu melipatgandakan usaha.

Kisah menarik dalam media tempatan dimana 'Empat penebar roti canai dalam satu meja' yang terletak di Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah menarik di kongsikan. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menggunakan khidmat empat penebar roti canai dalam satu masa di atas sebuah meja sama. Walaupun terletak di pekan kecil, namun kedai makan itu dikunjungi ramai oleh pelanggan dari kawasan sekitar dan luar terutama pada hari cuti. Bagi pemilik kedai Basharuddin Bahari nyatakan dimana penggunaan empat penebar roti canai termasuk dia sendiri yang menjalankan tugas itu adalah bagi memenuhi pesanan pelanggan yang adakalanya mencapai 300 hingga 400 keping sehari. Kaedah ini adalah bagi memastikan pelanggan saya dapat menikmati roti canai yang masih panas dan baru dimasak. Beliau tidak suka simpan stok roti canai yang sudah dimasak di dalam bekas makanan tahan panas kerana rasanya berbeza berbanding roti canai yang disediakan dalam keadaan baru dimasak. Dia dakwa 
permintaan roti canai di kedainya juga tinggi ketika awal pagi hari bekerja kerana ramai pelanggannya yang dalam perjalanan ke tempat kerja singgah membeli roti canai. Pada waktu ini pelanggan tidak mahu tunggu lama dimana ada yang kena hantar anak ke sekolah lepas itu ke tempat kerja. Ada juga yang membuat pesanan banyak untuk dibawa ke tempat kerja dimana masa ini gerainya perlu gunakan empat orang penebar roti canai. 
Memang tiada teknik istimewa digunakan ketika empat orang penebar roti canai melakukan tugas itu dan sebaliknya ia bergantung kepada keselesaan masing-masing. Dilaporkan memandangkan mereka menggunakan meja sama maka kesannya mereka tidak boleh tebar tinggi-tinggi. Arah roti canai ditebar juga bergantung pada keselesaan masing-masing, ada tebar di sebelah kanan, ada kiri semasa membuatnya. A
rtikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
ROTI CANAI... SAMA ROTI PRATA....
PELBAGAI GELARAN... IKUT NAMA...
ROTI CANAI KOSONG... ASASNYA....
KISAH MENARIK... DI ARTIKEL SAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 JamadilAkhir 1443H).
Peminat makanan roti canai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...