Support My Blog

Saturday, January 8, 2022

KLON LATEKS BALAK - APA DIA?

KLON LATEKS BALAK
atau Latex Timber Clone (LTC) merupakan sejenis klon getah yang ditanam untuk menghasilkan susu getah dan juga kayu balak. Tanaman Getah (Hevea brazilliensis) merupakan satu jenis tanaman industri yang penting bagi Malaysia semenjak beratus tahun dahulu. Pada masa ini terdapat seluas 1.6 juta hektar tanaman getah pada tahun 2021 di Malaysia yang mana ia telah pun menghasilkan 918 juta metrik tan melibatkan seramai 10,580 orang pekebun kecil dan 168 buah estet. Nilai ekspot getah adalah sebanyak RM 2.828 billion sebanyak. Klon getah untuk penghasilan kayu balak kini telah dijadikan sebagai salah satu klon yang boleh menghasilkan susu getah dan kayu balak dalam masa yang ditentukan. Penulis blog dari keluarga yang mempunyai bapa yang menyara hidup keluarga dengan menoreh getah di Muar, Johor dimana kini beberapa kawasan masih ditanam dengan pokok getah walau pun ada sebahagian besar tanah pusaka ditanam dengan kelapa sawit. Industri getah telah lama bertapak di negara dimana pernah saya dapat makluman dimana permulaan ada program khas penanaman semula dan penanaman baru getah di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara NKEA Getah. Menerusi program tersebut dilaporkan kerajaan telah mensasarkan penanaman semula 40,000 hektar pokok getah tua setahun secara berterusan manakala penanaman baru sebanyak 30,000 hektar setahun untuk selama lima tahun. NKEA menyasarkan kawasan getah seluas kira-kira 1.2 juta hektar dan Hasil Purata Kebangsaan sebanyak 2,000kg/ hektar setahun menjelang tahun 2020. Jika sasaran tersebut dicapai maka di Malaysia dijangka dapat menghasilkan dua juta tan lateks menjelang 2020 dan mencukupi bagi menyokong dalam aktiviti-aktiviti hiliran industri getah. Dengan pengeluaran lateks dan penglibatan dalam industri hiliran, industri getah dijangka menyumbang RM52.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada tahun 2020. Klon lateks balak dilaporkan sejenis baka getah yang mampu menghasilkan susu getah tinggi diperingkat awal dan juga membesar dengan cepat. Kuantiti hasil susu getah yang optima mampu sekitar umur belasan tahun dan kemudian mula menurun. Kajian ekonomik menunjukkan dimana ia disyorkan untuk ditebang apabila mencapai umuur 15 tahun dan dijual sebagai kayu getah. Dilaporkan kombinasi dari penghasilan susu getah dan batang kayu getah memberikan kelebihan berbandingan klon biasa yang mengambil masa 25 tahun untuk ditebang, Adalah digalakkan menanam semula klon balak ini untuk 15 tahun akan datang sebagai pusingan seterusnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa klon Getah Lateks Balak (LTC) berdasarkan bacaan dan pengalaman penulis sendiri dalam industri tanaman getah negara untuk bahan rujukkan pembaca semua.

Menyentuh mengenai Klon Lateks Balak (LTC) yang telah dijadikan sebagai salah satu spesis pokok getah telah mana ia mula diterima oleh pekebun kecil getah. Dilaporkan dimana 
Klon Lateks Balak (LTC) adalah klon-klon yang mempunyai hasil pengeluaran dan kayu getah yang tinggi. Klon-klon ini menunjukkan dimana bentuk pertumbuhan yang baik seperti tahap awal kesuburan pertumbuhan serta mempunyai batang yang mana bercirikan panjang dan lurus. Klon-klon yang diperkenalkan di Malaysia ini adalah sesuai untuk pengeluaran lateks dan kayu atau pengeluaran kayu getah sahaja. Daripada penyelidikan pihak LGM dan pihak berkaitan didakwa dimana pokok getah jenis LTC ini jika dijaga dengan baik maka ia boleh ditoreh apabila ukurlilit batang mencapai 45 cm pada kedudukan 150 cm dari permukaan tanah untuk pokok klon. Kebun getah LTC yang sesuai dibuka panel torehan mempunyai sekurang-kurangnya 75% bilangan pokok yang mencapai ukurlilit diatas. Dilaporkan terdapat banyak klon keteks balak yang man ia dibahagikan kepada dua (2) kumpulan di Malaysia iaitu Kumpulan 1 dan juga Kumpulan 2. Bagi klon yang termasuk didalam Kumpulan 1 adalah Klon PB 260, PB 350, PB 355, PB 359, RRIM 937, RRIM 938 dan juga Klon RRIM940. Dalam pada itu klon lateks balak didalam Kumpulan 2 pula terdiri daripada RRIM 928, RRIM 929, RRIM 2001, RRIM 2002, RRIM 2023, RRIM 2025 dan juga RRIM 2027Penulis blog setakat ini belum mendapat info terperinci akan pencirian semua klon-klon getah tersebut dimana sesiapa jua yang ada akses boleh mencarinya dilaman web yang berkaitan. 

DiMalaysia industri kayu getah telah menjadi salah satu bahan asas yang penting dan mendapat permintaan yang tinggi di dalam industri berasaskan kayu. Oleh itu Lembaga getah Malaysia (LGM) telah berusaha untuk memperkenalkan klon-klon getah lateks balak untuk menampung kekurangan bekalan kayu getah. Namun begitu penulis dapati dimana ada sumber maklumat mengenainya masih lagi terhad terutama yang berkaitan dengan kesan umur dan klon yang berbeza. Dalam beberapa laporan kajian kes dirujuk hanya dua aspek yang dikaji iaitu berkenaan dengan ciri-ciri anatomi dan komposisi kimia terhadap ketinggian pokok dan jarak dari kulit ke empulur untuk dua jenis klon lateks balak yang agak berbeza (RRIM 2009 dan RRIM 2024) pada umur yang sama iaitu lingkungan 3 hingga 4 tahun untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog. Keputusan bagi kepadatan dan juga diameter vesel ada menunjukkan bahawa faktor klon dan jarak dari kulit kepada empulur tiada perbezaan yang signifikan kecuali pada ukuran ketinggian pokok di mana bahagian atas mencatatkan tahap kepadatan vesel yang tinggi dan bahagian bawah pula cuma mencatatkan diameter vesel yang tinggi kerana kedua-duanya saling berkait antara satu dengan yang lain. Dari sudut keliangan didapati klon RRIM 2024 menunjukkan nilai yang lebih tinggi berbanding klon RRIM 2009. Morfologi gentian yang terdiri daripada panjang gentian, diameter gentian dan ketebalan dinding sel menunjukkan kesan yang berbeza bergantung kepada jenis morfologi yang diukur. Ketiga-tiga aspek ini menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap ketinggian pokok, di mana bahagian bawah mencatatkan nilai yang tinggi berbanding dengan bahagian atas. Namun bagi faktor klon pula, ianya hanya signifikan terhadap panjang dan diameter gentian yang mana klon RRIM 2024 menunjukkan nilai yang lebih tinggi berbanding klon RRIM 2009. Sementara untuk faktor jarak kulit ke empular dimana ia hanya signifikan terhadap panjang gentian. Nilai graviti spesifik yang diperolehi menunjukkan perbezaan yang sangat signifikan terhadap klon, ketinggian dan jarak kulit ke empulur terhadap klon RRIM 2024. Bahagian bawah pokok dan bahagian yang berdekatan dengan kulit mencatatkan nilai yang tinggi. Untuk keputusan analisis kimia kayu, terdapat perbezaan yang signifikan mengikut klon dan ketinggian pokok terhadap kandungan α-selulosa, holoselulosa, lignin, abu dan 1% NaOH, di mana kesemua nilai yang diperolehi pada bahagian bawah adalah lebih tinggi kecuali bagi kandungan lignin dan klon RRIM 2024 mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding klon RRIM 2009. Dari sudut keterlarutan pula, keterlarutan di dalam alkohol-toluena memberikan keputusan yang hanya signifikan terhadap ketinggian pokok. Manakala untuk keterlarutan air sejuk didapati antara faktor klon dan faktor ketinggian tiada memberi perbezaan signifikan. Bagi kajian keterlarutan air panas pula didapati ianya hanya signifikan terhadap faktor klon sahaja. Secara keseluruhannya didapati klon RRIM 2024 menunjukkan ciri-ciri pertumbuhan yang lebih baik berbanding klon RRIM 2009. Kepada pekebun kecil yang ingin menanam LTC disyorkan memilih klon RRIM2021 jika mempunyai peluang tersebut.

Sebenarnya kayu merupakan salah satu daripada sumber alam semulajadi yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Ramai juga pengguna menggunakan kayu untuk perabot, papan gentian, papan lapis dan juga bernilai sebagai bahan binaan. Kayu juga merupakan bahan asas bagi pulpa dan kertas, gentian, bahan pengisi dan pelbagai produk lain lagi. Oleh yang demikian ciri anatomi kayu merupakan perkara asas yang perlu diketahui dalam bidang sains dan teknologi kayu ini. Pengecaman kayu sama ada melalui sifat fizikal mahu pun struktur dalamannya akan dapat memberikan gambaran yang terperinci tentang keunikan sesuatu spesies kayu dimana ini sekaligus dapat diaplikasikan kepada produk-produk yang bersesuaian. Lazimnya kayu getah menjadi sumber penting bagi penghasilan perabot dan lain-lain produk seperti anak tangga, lantai parkey, kor papan blok, papan berketumpatan sederhana dan panel dinding. Industri perabot di Malaysia pada hari ini banyak bergantung kepada spesies kayu getah. Pada tahun 1998 dimana industri berasaskan kayu getah menghasilkan pulangan melebihi RM 3.5 bilion dan ia terus meningkat berganda pada tahun 2020. Kayu getah lebih dikenali dengan nama “Malaysian Oak” dan “White Mahogany” di pasaran dunia dimana penulis blog melihat warna putih krim yang ada pada spesies ini menjadikannya sangat sesuai untuk ianya digunakan dalam pembuatan perabot. Secara amnya kayu getah mempunyai ciri pemesinan yang baik untuk tujuan pemotongan, membuat lubang, senang dipaku dan untuk perekatan. Ini seterusnya menjadikan jenis perabot dari kayu getah mudah dikemas siap (finishing) seperti mewarna. Sebelum ini apa yang penulis blog lihat dimana pokok getah hanya mempunyai nilai ekonomi yang rendah dan digunakan sebagai kayu api oleh masyarakat kampong sebagai kayu api untuk tujuan memasak sahaja. Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap perabot kayu getah, bekalan dijangka tidak lagi mencukupi pada masa hadapan. Inisiatif telah diambil oleh pihak LGM  dan Jabatan Perhutanan melalui kajian bersama didalam usaha untuk memperkenalkan kayu getah jenis Klon Lateks Balak (LTC). Klon Kumpulan 1 ini diperkenalkan pada awal tahun 90an dan pada awal tahun 2000 bagi Klon Kumpulan 2. Setiap daripada kumpulan klon ini mempunyai ciri-ciri yang telah ditentukan dan ciri-ciri tersebut adalah lebih baik daripada kayu getah asal. Melalui penulisan artikel kali ini dilihat Klon Lateks Balak dari Kumpulan II lebih diterima dari aspek anatomi kayu dan juga aspek struktur dalamannya beserta komponen-komponen kimianya. Klon-klon disyorkan ini adalah termasuk RRIM2009 dan RRIM 2024. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
POKOK GETAH... SUDAH DIGUNA...
POKOK DITEBANG... BILA SUDAH TUA...
DIJADIKAN PERABOT... KUALITI ADA...
KINI MENEMBUSI... PASARAN DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...