Kini di sosmed ada banyak kisah roti canai yang boleh diakses termasuk kisah bagaimana 'Ular Melingkar Di Atas Pinggan Menu Unik Jadi Buruan Ramai' iaitu sejenis roti canai viral (Sila lihat foto disebelah). Kreativiti pembuat roti canai di negara kita menjadikan hidangan tersebut seakan jelmaan seekor ular melingkar di atas pinggan dimana ada kalanya pelanggan akan melihat dan jadi gerun, geli malahan ada juga yang takut. Itulah keunikan yang dibuat oleh beberapa pemilik premis roti canai yang mana teah mencipta menu roti canai berbentuk seekor ular yang semakin telah tular di laman sosial. Dilaporkan dimana menu tersebut seolah membuka ‘pintu rezeki’ berganda apabila roti canai yang unik itu kini mendapat sambutan ramai. Bagi Che Harun Ali (46 tahun) contohnya iaitu dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan menyatakan idea mencipta roti canai ular itu timbul selepas beliau sekadar mencubanya secara suka-suka untuk dimakan sendiri sebelum mula ianya memperkenalkannya kepada pelanggan sejak setahun lalu. Dinyatakan dimana pada awalnya dia hanya mencuba atau sekadar suka-suka untuk dimakan sendiri, namun tidak menyangka ketika itu ia dilihat seorang pelanggan dan terus meminta untuk membuat kepadanya juga. Dari situlah dia terdetik untuk menjadikan roti canai berbentuk ular ini sebagai menu pilihan pelanggan di kedai dan sehingga ke hari ini ia semakin mendapat permintaan ramai dalam kalangan pelanggan. Kini menu tersebut menular di aplikasi WhatsApp dan mendapat perkongsian ramai terutama di daerah Kota Bahru dan menjadi 'the power of viral!'. Dia yang lama dan berpengalaman lebih 30 tahun berniaga roti canai menyatakan dimana para pelanggan mempunyai beberapa pilihan kerana roti yang dihasilkan mempunyai lima perisa atau inti iaitu planta dan susu pekat, milo, keju, kaya dan perisa nestum. Sementara harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan yang mana ia dijual dengan harga serendah RM1.50 hingga RM3 sahaja. Selain roti canai ular, pelanggannya juga turut mempunyai pilihan lain antaranya roti hamlet, roti tisu, roti pisang dan saya akan menyediakan hampir sepuluh kilogram (kg) adunan roti canai setiap hari, untuk memenuhi permintaan pelanggan. Memang tidak dinafikan ada di antara pelanggan yang merasa geli dan gerun untuk memakan roti canai berbentuk ular ini, namun mereka masih tetap mempunyai pilihan lain. Ada juga pelanggan yang gerun namun tetap ingin mencuba kerana merasakan ia unik dan tidak pernah jumpa di tempat lain.
Pernahkan pembaca blog melihat ada kalangan orang Isam makan biawak?. Pstinya tidak sebelum ada kisah iaitu 'Biawak Halal yang mana merupakan sejenis roti canai Halal' yang semakin viral. Kini Roti Canai ciptaan Kamarul Rizal berbentuk biawak ini sudah mula menjadi buah mulut warganet dan ada yang terliur serta tidak kurang pula yang mengecamnya (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana roti canai merupakan antara makanan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Makanan ini bukan sahaja enak dinikmati pada waktu pagi namun pada waktu siang atau malam ia tetap menjadi pilihan ramai. Dalam media kisah roti canai biawak yang dibuat oleh seorang lelaki yang dikenali dengan Abang Terbang itu telah menarik perhatian warganet yang beroperasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (berhampiran dengan pejabat pos). Kisah roti canai tersebut dakwa pembuatnya adalah dibuat adalah berdasarkan kepada permintaan pelanggannya. Namun ia telah menjadi buah mulut warganet dan mendapat komen yang kurang baik. Bagaimana pun memandangkan ia merupakan binatang yang haram dimakan dilaporkan memang ada sesetengah warganet yang berasa geli melihat rupa roti canai tersebut. Penulis blog bagaimana pun pernah sekali singgah kegerai ini untuk ujirasa makanan roti canai yang unik tersebut. Kepada pembaca blog yang ingin ujirasa makanan unik ini boleh kelokasi.
Berlainan pula dengan produk 'Roti Canai Hitam' yang popular di Kg Pak Kancil Dalam, Pemaisuri, Terengganu. Ia adalah idea kreatif seorang wanita anak dua yang memperkenalkan menu roti canai hitam sebagai pilihan kepada penggemar roti canai tetapi kini telah memberi tuah apabila menerima banyak sambutan baik dari masyarakat tempatan. Bagi Nurul Safikah Hassan (32 tahun) yang mana mendakwa segalanya bermula apabila dia sering mendengar keluhan pelanggan, terutama golongan warga emas yang terpaksa melupakan hasrat untuk kerap makan roti canai kerana bimbang kandungan kolestrol yang tinggi. Dia kemudian berbincang dengan suaminya Amri Mustafa cara bagaimana mahu bantu pelanggan yang berdepan dengan situasi ini. Hasil daripada pemerhatian, pembacaan dan meminta khidmat nasihat daripada doktor, kami cuba memanfaatkan khasiat serbuk arang sebagai antara ramuan utama roti canai hitam (Sila anda lihat foto disebelah). Beliau yang mesra dipanggil Kak Long nyatakan guna serbuk arang khas iaitu bahan makanan yang diimport dari Jepun itu dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan sering digunakan untuk membuat roti atau kek. Memang pada peringkat awal memang ada pelanggan yang pelik dengan rupa roti canai ini yang berbeza daripada biasa namun daripada segi rasa tetap sama. Arang mudah didapati di kedai yang menjual bahan membuat kek dan ini membantu kami mendapatkan bahan mentah ini dengan mudah. Sejak diperkenalkan akhir tahun lalu, purata setiap hari lebih 100 biji roti canai hitam ditempah pelanggan. Apa yang enarik penulis blog walaupun roti canai ini lain daripada biasa tetapi dia masih mengekalkan harga jimat RM1 bagi roti canai hitam kosong. Apa pun apabila pelanggan mahu roti canai hitam untuk menu lain, contohnya roti canai hitam piza, harga dikenakan hanya RM3 sahaja. Bakat dan minat memasak sejak di alam sekolah rendah mendorong Nurul Safikah untuk rajin mencipta menu masakan baru. Sejak memulakan usaha perniagaan ini lebih setahun lalu kini dia sudah menghasilkan lebih 100 resipi menu roti canai. Resipinya yang terbaru adalah roti canai 'chicken chop' dan digemari pelanggan yang datang ke kedainya. Idea menghasilkan resipi baru datang apabila melihat pelbagai jenis resipi masakan. Ada juga permintaan pelanggan dan saya cuba olah supaya ia sesuai digandingkan bersama roti canai. Kini antara roti canai yang sering mendapat permintaan ialah roti canai piza, roti aiskrim, roti patkrapaw, roti kelapa muda dan roti strawberi. Dakwanya apabila tiba musim buah, dia turut menyediakan roti canai durian dan mempelam mengikut permintaan pelanggan. Apa pun setiap kali ada menu baru maka dia akan beri pelanggan cuba dahulu. Apabila menerima respon positif baru dijual untuk pelanggan lain dan walaupun masih setahun jagung, pasangan muda ini sudah memiliki tiga cawangan roti canai dengan lebih 100 menu. Cawangan pertama di Kampung Pak Kancil Dalam yang diusahakan saya sendiri bermula jam 2 petang hingga malam. Cawangan kedua pula dalam Kolej Universiti Bestari yang dikendalikan suami, manakala cawangan ketiga di depan Sekolah Putera Jaya bermula seawal 6 pagi hingga 2 petang. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.