Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana unsur Posforan (P) adalah penting untuk proses fotosintesis, respirasi dan sintesis protein. Kekurangan Phosforus sering terjadi kepada tanaman cili dilaporkan berlaku disebabkan kaedah atau cara pemberian baja yang tidak sesuai sama ada semasa penyediaan media tanaman atau batas tanaman (Baja Asas) atau pun semasa aktiviti jadual pembajaan dijalankan selepas aktiviti menanam dilakukan. Ada banyak laporan kajian menyatakan dimana tanaman cili yang mana ia kekurangan unsur Posforan (P) biasanya mempunyai saiz daun yang kecil-kecil seakan ia berkerut, kaku dan juga ia berwarna hijau gelap. Warna hijau gelap ini kalau dilihat macam 'pokok subur' akan tetapi sebenarnynya buka begitu kerana ia dipengaruhi oleh terlebih Nitrogen. Petua yang ke tiga boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan unsur Kalium (K) atau potassium selain unsur Posforan kepada tanaman cili. Unsur ini dikira sebagai unsur yang dominan dalam pembentukan buah cili. Tanaman cili dilaporkan memang cukup banyak menyerap bahan kalium (K) terutama semasa buah cili ini dalam proses pembesaran. Dilaporkan dimana kesan dari kekurangan kalium dilihat ia bermula pada daun yang lebih tua dan melaju ke daun muda. Jika dilihat ada bahagian daun seperti terbakar di bahagian tepinya disertai keadaan seakan bergulung ia menunjukkan tanda kekurangan unsur Kalium. Kekurangan unsur Kalium dapat menyebabkan kematangan yang tidak merata pada buah cili dan akhirnya akan menyebabkan pokok terencat pertumbuhannya dan lambat ia berbuah. Mungkin jika ada jiran sebelah rumah yang ada menanam cili pada masa sama dan beliau sudah mengutip hasil sedangkan ada jiran lain yang pokoknya masih lagi belum berbunga pun. Penjagaan rapi memang diperlukan dengan merujuk kepada keperluan unsur penting didalam pembajaan tanaman cili.
Petua seterusnya ke empat adalah dengan cara memberikan bahan rangsangan hormon atau ZPT (Zat Pengatur Tumbuhan) kepada pokok cili. Penulis blog dapati memang ada ratusan jenis produk hormon yang boleh dibeli untuk tujuan pertumbuhan tanaman cili sama ada ia dari produk yang disediakan secara organik semulajadi atau produk komersil secara sintesis. Apa yang penting adalah produk tersebut murah, berkesan dan tidak ada kesan sisabaki serta menjamin keselamatan kepada pengguna. Jika dibaca pada label dan penjelasan memang ada beberapa produk dari hormon yang yang berperanan untuk mendorong proses pengeluaran bunga dan buah seperti bahan yang dikenali sebagai Giberelin. Bagaimana pun kepada mereka yang masih kurang arif mengei produk dan bagaimana kaedah menggunakannya boleh bertanya kepada mereka yang pakar atau jeran yang telh menggunakannya. Petua yang ke lima boleh dilakukan untuk mempercepatkan penghasilan cili adalah dengan memberikan Mikrob Berfaedah (Benefecial microbes). Memang ada jenis mikrob penyubur tanaman yang boleh digunakan termasuk apa yang dikenali sebagai bahan mengandungi mikrob seperti Azotobacter sp., Rhizobium, Penicillium, Bacillus dan lainnya. Organisma ini dilaporkan akan menyuburkan tanah dengan cara mengaktifkan potensi-potensi mineral tanah yang digunakan secara tersembunyi terutamanya jika tanah yang ditanam dengan cili ini sudah tidak berfungsi. Tanaman cili yang dibubuh mikrob ini akan bekerja dengan caranya sendiri dan apa yang hebatnya adalah ia boleh mengembalikan tahap kesuburan tanah itu sendiri dalam waktu yang relatif singkat. Antara yang penulis blog sering ligat dimana beberapa produk dipasaran yang terkait seperti penggunaan EM, Beneficial Mikrob BMO dan sebagainya.
Penulis blog merujuk bagaimana trend terkini menanam cili didalam pot atau pasu atau polibeg semakin popular dan banyak dilakukan orang khususnya mereka yang ada kawasan terhad. Agar tanaman cili di pasu atau polybag dapat tumbuh subur dan mampu berbuah lebat asasnya adalah lebih penting untuk memberi baja tanaman. Perlu diingat dimana pemberian baja tambahan harus diberikan selain baja yang sudah ada pada media tanam. Jenis baja yang diberikan boleh berupa baja anorganik atau baja kimia sintesis atau jenis baja organik. Jenis baja dipasaran yang mudah dibeli seperti baja NPK hrus sesuai kandungan kadar komposisinya sementara bagi baja organik (tahi ayam dsb) sebaiknya yang sudah matang. Bagi mereka yang ada sumber digalakkan untuk menggunakan baja organik yang sudah difermentasi atau najis haiwan yang dilengkapi dengan bahan seperti Trichoderma. Jadual pembajaan cili susulan pertama dilakukan ketika tanaman cili padi ini berumur 15 hingga 20 hari setalah tanam. Taburkan setengah sudu makan baja NPK di sekeliling pangkal batang dan pastikan agar jangan sampai mengenai batang. Amalkan pemberian baja ini setiap 10 hari sekali. Disyorkan juga agar pembajaan ini sebaiknya dilakukan ketika media tanam dalam kedaan basah agar bajaa mudah diserap oleh akar. Waktu pembajaan ini sebaiknya dilakukan pada pagi hari atau pun petang. Perhatikan juga keadaan pokok cili secara rutin dan cermat dimana jika terlihat terdapat gejala kekurangan unsur N maka dengan segera berikan baja yang ada N. Bagaimana pun jika tanaman cili dilihat kekurangan unsur kalsium (K) segera berikan baja kalsium dan lain sebagainya. Penulis blog tetap berikan peringatan dimana pemberian bana N ini hanya dengan jumlah yang diperlukan sahaja dan awas JANGAN BERLEBIHAN. Pemberian baja organik ini perlu dibuat iaitu sebanyak segengam silih berganti dengan baja NPK dikeliling pokok cili. Kalau ingin tanaman cili dalam pasu atau polibeg lebih awet dan berumur panjang, sebaiknya perlu dikurangkan penggunaan baja kimia, terutama unsur Nitrogen dan amalkan memberi lebih baja organik. Dalam pada itu bagi tujaun untuk memenuhi keperluan unsur baja Mikro (trace elements) adalah lebih baik jika setiap seminggu tanaman cili ini disembur pula dengan baja daun (foliar fertilizer). Ada banyak jenis baja foliar ini dipasaran untuk digunakan. Banyak produk baja daun yang beredar dipasaran dalam negara antaranya seperti Bayfolan, Growfast, Ezi Grow, MaxiGreen 44 dan banyak lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
CEPAT BERBUAH... IA PERLU DIBAJA...
KURANGKAN NITROGEN.... SENTIASA...
P DAN K PULA....MEMBANTU HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Mealaysia.
(5 JamadilAkhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.