Memanng menternak bebiri ini memberikan pulangan yang baik kepada pengusahanya. Perkara ini dilaporkan dalam portal berita hmetro.com bertajuk 'Peguam seronok ternak kambing biri-biri' yang wajar untuk dikongsikan dengan pembaca. Bagi Mohamad Yahya memberi makan kepada kambing dan biri-biri diternaknya di FELDA Pasoh Dua, Jelebu adalah aktiviti yang mengembirakannya. Walau pun status sebagai peguam tetapi ia bukan halangan buatnyauntuk menternak kambing dan biri-biri kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW (Sila lihat foto disebelah). Dia berkhidmat di Dang Wangi, Kuala Lumpur sejak 2002 tetapi masih berkesempatan menternak 70 ekor kambing dan biri-biri jenis Dorper bersama lima rakan di Felda Pasoh Dua, Jelebu. Amalan itu dilakukan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, selain faktor permintaan tinggi terhadap haiwan ternakan berkenaan. Dia adalah generasi kedua Felda yang berkongsi modal bersama lima rakannya untuk menternak tiga kambing pada 2016 sebelum membiak 28 ekor. Mereka berkongsi RM45,000 untuk membeli 21 biri-biri jenis Dorper dari Australia. Walaupun nampak ‘simple’ (mudah) dengan penternakan tetapi ia menyeronokkan kerana menghidupkan sunnah Rasulullah. Pada masa sama ia menjana pendapatan kerana mendapat permintaan. Kini mereka sudah memiliki 70 kambing dan biri-biri sudah membelanjakan hampir RM500,000 termasuk membina kandang dan pagar selain membeli mesin memproses makanan haiwan ternakan. Penternakan itu boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga termasuk memberi makan kepada haiwan terbabit. Apa yang lebih menyeronokkan ketika memandikan biri-biri dua hari sekali. Haiwan itu jinak bersama manusia dan tidak menakutkan kanak-kanak dimana mereka kan bergilir-gilir menjaga haiwan ternakan itu bagi mengelak kecurian berlaku. Dakwanya jika sebelum ini hanya dari hasil pengeluaran kelapa sawit menjadi fokus utama, namun kini penternakan diberi perhatian atas faktor permintaan.
Portal berita nstp.com pula melaporkan berita mengenai 'Sekat eksport' yang dikaitakan dengan industri bebiri. Berita dari Seremban ini nyatakan Kerajaan Australia menggantung eksport ternakan kambing dan biri-biri ke Malaysia selama enam minggu ketika umat Islam di negara ini membuat persediaan menyambut Aidiladha. Dalam satu notis yang dimuat naik di laman web Jabatan Pertanian dan Sumber Air negara itu, tarikh penggantungan semua aktiviti eksport yang ditetapkan adalah dari 7 Julai lalu sehingga 25 Ogos 2021. Dakwa Pengarah Cawangan Pengeksportan Haiwan Hidup, Bahagian Pengeksportan jabatan berkenaan, Erin Payne dalam notis bertarikh 3 Julai 2021 dimana eksport ternakan terbabit disambung semula seperti biasa bermula 26 Ogos 2021. Ini kerana selepas Aidiladha tahun 2020 dimana jabatan nya di Australia menerima banyak laporan mengenai tahap kebajikan haiwan yang rendah selain ternakan yang dieksport ke Malaysia tidak dapat dikawal dan dikesan. Dalam pada itu Majlis Pengeksport Ternakan Australia (ALEC) memaklumkan ahlinya bersetuju tidak mengeksport biri-biri dan kambing ke Malaysia menjelang Aidiladha kali ini berikutan kebimbangan Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (ESCAS) tidak dipatuhi. Penggantungan itu ditetapkan selepas jabatan mempertimbangkan maklumat diterima termasuk risiko peningkatan ketidakpatuhan ketika aktiviti korban, kekurangan maklum balas daripada pengeksport susulan pelanggaran ESCAS tahun lalu dan bukti sistem kawalan pengeksport dan pengesanan ternakan kurang berkesan. Sementara itu telah dilaporkan dimana Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (DVS) yang pihaknya dimaklumkan oleh ibu pejabat selain kambing dan biri-biri, pengeksportan lembu ke Malaysia turut dibekukan Australia. Ibu pejabat DVS sudah mengambil tindakan sewajarnya untuk tujuan menampung permintaan sepanjang tempoh itu termasuk memberi kebenaran pembekal tempatan mengimport lebih banyak lembu, kambing dan biri-biri dari negara sumber lain terutama Thailand. Kemudian beberapa kelonggaran turut diberi untuk membawa masuk ternakan bagi tujuan sembelihan itu, termasuk mengecualikan ujian saringan darah dan suntikan vaksin yang diwajibkan jika haiwan itu untuk dibela atau dijadikan baka.
Kisah bebiri yang menarik seterusnya adalah apabila dilaporkan 'Ramai nak beli biri-biri Black Metal' dilaporkan kepada umum. Kisah dari Pasir Mas, Kelantan ini menyatakan gara-gara berwajah bengis, seekor biri-biri malin di Kampung Atas Pinggir, di sini, menjadi rebutan ramai sehingga ditawar pada harga tidak masuk akal.
Biri-biri yang berwarna hitam keseluruhan badan itu diternak Ahmad Baihaqi Mohamad (31 tahun) sejak dua tahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Ternakan yang dipanggil Mafia itu pernah ditawarkan dengan harga sehingga RM3,500 seekor berbanding harga pasaran semasa RM1,000 hingga RM1,500 seekor. Dakwanya biri-biri malin itu diternak secara turun-temurun daripada zaman datuknya sebelum diwarisi bapa. Apa pun memandang ayah sudah berusia maka dia dan keluarganya mengambil alih menternak biri-biri malin itu. Apa pun faktur kecantikan dan keunikan yang ada pada biri-biri ini menyebabkan ia dipertandingkan dalam pertandingan biri-biri di negeri ini. Mereka kini menternak biri-biri itu bukan sebagai pedaging tetapi sebagai ternakan hiasan dipertandingkan. Kini dia mempunyai 39 ekor biri-biri malin dan memperuntukkan kos makanan sehingga RM300 sebulan selain pemberian rumput. Memang seronok ternak biri-biri itu kerana ia cantik dan bergaya seterusnya menghilangkan tekanan selepas pulang daripada kerja. Sebenarnya ramai yang tawarkan harga tinggi untuk membeli biri-biri itu tetapi saya sayang untuk menjualnya. Paling kerap ditanya dan mendapat tawaran tinggi ialah Mafia kerana rupanya memang sukar ditemui selain dikaitkan dengan Black Metal. Biasanya tujuan penternakan biri-biri malin itu untuk menyertai pertandingan biri-biri janguk di negeri ini. Setakat ini aktiviti penternakan biri-biri malin itu hanya meluas di negeri ini kerana ia ialah hobi tradisi sejak turun-menurun.

Kisah bebiri mati bergelimpangan dilaporkan di Georgia, USA dimana 'Biri-biri bergelimpangan dipanah petir' juga menarik untuk dikongsikan. Portal berita agensi melaporkan dimana sebanyak 500 ekor kambing biri-biri mati di padang Gunung Abul, Ninotsminda dekat selatan Georgia. Sebuah media dari USA menyiarkan rakaman video menunjukkan lebih 500 kambing biri-biri ditemukan mati akibat dipanah petir. Insiden itu berlaku ketika kumpulan kambing berkenaan meragut rumput di padang Gunung Abul, Ninotsminda dekat selatan Georgia. Pemilik kambing biri-biri iaitu Nikolay Levanov dari kampung Tambovka ada menerima panggilan telefon menyedihkan daripada penjaga mengenai kematian lebih seratus haiwan ternakannya. Didapatu awalnya sebanyak 400 kambing biri-biri lagi turut mati dipanah petir dan penjaganya bernasib baik kerana tidak maut dalam kejadian itu. Rakaman video yang tular di tempat kejadian menunjukkan ratusan bangkai kambing biri-biri bergelimpangan di padang rumput. Berikutan insiden itu Levanov dan pemilik kambing biri-biri lain meminta bantuan kewangan pihak berkuasa Georgia untuk mengurangkan beban kerugian mereka. Bagaimanapun, pihak berkuasa harus menentukan punca sebenar kematian kambing biri-biri itu. Ini adalah kes pertama dimana mereka memang belum mendengar bahawa akibat ribut petir boleh membunuh begitu banyak kambing biri-biri. Pejabat datuk bandar memberikan sokongan dengan cara pemilik haiwan itu mesti menyampaikan pendapat pakar untuk menentukan secara tepat penyebab kematian ternakan mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
MENGUNTUNGKAN... MUDAH JAGA...
BANYAK SISTEM... PILIH YANG MANA...
KISAH MENARIK... DIKONGSI SAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.