Portal berita bharian.com dengan kisah 'Roti canai "terbang" hasil pulangan lumayan' memang boleh dijadikan bahan rujukkan. Kisah dari Rawang, Selangor ini nyatakan kemahiran menebar roti canai 'terbang' membawa Mohd Padil Omar ke beberapa negara asing dengan bayaran lumayan. bagi Mohd Padil (30 tahun) pada asalnya adalah penebar roti canai biasa sahaja dan pernah bekerja dengan orang lain akan tetapi hasil latihan dan mahu menambah baik 'persembahan', dia berjaya menguasai kemahiran yang dimiliki sekarang (Sila lihat foto disebelah). bagi Padilmsebagai anak kelahiran Johor, bukan sekadar menebar roti canai biasa tetapi dia mampu beraksi dengan memutar dan menerbangkan roti canai di udara sebelum menyambutnya kembali dimana kebolehan yang menarik minat banyak syarikat yang membawanya untuk dia membuat persembahan ke luar negara. Setiap kali memenuhi jemputan mana-mana pihak ke luar negara, Mohd Padil menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 purata seminggu bertugas dengan keperluan lain ditanggung penganjur. Namun, Mohd Padil berkata, bukan mudah mencipta kejayaan begitu dan hanya kepada mereka yang gigih berusaha selain mempunyai kemahiran tersendiri menebar roti canai. Pada mulanya dia juga tidak pernah terfikir dengan menebar roti canai boleh membawanya ke luar negara dan membuat persembahan di hadapan kenamaan. Awalnya dia berlatih menebar roti canai terbang menggunakan tuala. Dakwanya roti canai kini sudah sebati dengan dirinya kerana sejak usia 10 tahun lagi dia sudah belajar membuat dan menebar roti canai dengan bapa saudaranya namun hanya pada tahun 2008 dia mula terbabit secara serius dalam persembahan begitu. Dia yang mula tertarik dengan persembahan roti canai terbang ini sejak menonton satu video persembahan roti canai. Dia akan usaha bagaimana cara boleh melambungkan doh roti dan mampu membuat aksi menari sambil memusingkan roti canai. Kemudian dia terfikir sampai bila nak menjadi penebar roti canai biasa dimana dia perlukan perubahan dan sejak itu mula belajar aksi menebar roti canai.
Dia rajin belajar hanya menerusi video serta bertanya dengan penebar roti canai terbang yang lain melalui Facebook. Pada mulanya saya gunakan tepung untuk berlatih tapi sebab rasa rugi tepung itu tak boleh digunakan kembali, saya berlatih menggunakan tuala yang dibasahkan. Apa pun rutin kerjanya sementara menanti undangan mengadakan pertunjukan biasanya dia turut berniaga roti canai di Cafe Ana Nasi Arab bersebelahan Balai Polis Bukit Beruntung. Beliau juga turut mempromosi kemahirannya menerusi akaun Facebook dinamakan sebagai Padil Roti Terbang. Ketika awal usahanya, setiap hari Padil berlatih memutar dan melambung tuala untuk memberikan kemahiran pergerakan tangannya selain untuk memastikan tuala yang digunakan itu tidak berlipat atau bergulung di udara. Dia akan berlatih sehingga tuala itu kembang dan bila diputar ia terbuka dengan sempurna. Apa pun latihannya itu membawa perubahan kepada Padil dari hanya menjadi penebar roti canai biasa kepada penebar profesional. Kini kemahirannya itu mula dikenali dalam kalangan penebar roti canai profesional sebelum mereka mengajaknya menyertai pertunjukan di dalam dan luar negara. Dia dakwa pertama kali dijemput membuat persembahan roti canai terbang bagaikan tidak percaya ada juga pihak yang menghargai bakat penebar roti canai sepertinya. Paling manis apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di luar negara. Walaupun masih baru dalam dunia persembahan kemahiran menebar roti canai, saya sudah pergi empat negara iaitu Australia, China, Thailand dan Singapura (Sila lihat foto paling bawah). Diberitahu dimana paling banyak kali adalah ke Australia dimana dia ada membuat persembahan di beberapa tempat di sana. Setiap kali pergi saya akan tinggal selama dua minggu atau lebih. Selain membuat persembahan saya juga menyajikan roti canai. Padil dakwa kini dia juga berbangga kerana kemahirannya dihargai selain berpeluang menaikkan nama negara di luar, walaupun hanya sebagai penebar roti canai. Memberitahu masyarakat di luar negara sangat menghargai bakat dan kemahiran yang dimilikinya, sehinggakan ramai yang menyangkakan roti canai ini berasal dari Malaysia walaupun hakikatnya ia berasal dari India. Paling tidak boleh dilupakannya adalah membuat beberapa persembahan roti canai terbang di hadapan Sultan Johor dan beberapa pemimpin negara dalam satu majlis di Istana Johor. Katanya memang sangat berdebar, risau jika persembahan tidak menjadi apatah lagi di hadapan golongan kenamaan. Tapi saya jadikan itu sebagai satu semangat dan pengalaman baru untuk diri. Satu lagi perkara yang menaikkan lagi akan semangatnya adalah apabila melihat ramai anak Melayu bekerja di luar negara dan mampu menjana pendapatan yang lumayan hanya sebagai penebar roti canai. Ramai sebenarnya anak Melayu yang bekerja menebar roti canai di luar negara dan Padil berkata ia sebenarnya satu peluang yang terbuka untuk semua orang, membuktikan tidak semestinya tanpa pendidikan tinggi kita tidak boleh bekerja di luar negara.
Media tempatan utusan.com nyatakan dimana perjuangan hampir 20 tahun Super Roti Man Malaysia Amir Hamzah Omar (36 tahun) dalam mengangkat roti canai sebagai makanan dunia sampai ke kemuncak apabila dia bersama rakan kongsinya kini dalam proses akhir membuka restoran sendiri di Sydney, Australia (Sila lihat foto disebelah). Akhirnya Restoran Jom Roti yang menyediakan roti canai dan teh tarik sebagai menu utama mula beroperasi dan pelanggan dapat menikmatinya. Anak Malaysia itu juga merancang membuka empat lagi cawangan restoran sama di bandar utama di Australia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bapa kepada empat anak itu yang popular dengan kemahirannya menyediakan roti canai ‘terbang’ memang sudah menjadi impiannya mengangkat roti canai sebagai makanan antarabangsa sama seperti piza dari Itali atau hidangan sushi di Jepun. Sebelum ini dia kerap diundang membuat persembahan roti canai terbang di seluruh dunia terutama di Australia sebelum mengambil keputusan membuka restoran pertama di negara terbabit selepas berbincang dengan rakan kongsinya, Zi Hao Chew, 36. Kalau setakat buat persembahan, ia ‘mati’ begitu saja selepas program selesai. Dia bersama Hao Chew ambil inisiatif buka restoran supaya masyarakat dunia tahu apa itu roti canai dan teh tarik. Selain menikmati hidangan popular Malaysia itu, pelanggan boleh menyaksikan kemahiran saya menyediakan roti canai terbang. Semua itu usaha menjenamakan roti canai. Dia bercadang melatih lebih ramai penebar yang boleh menyediakan roti canai terbang. Pembukaan restoran itu nanti memberikan kepuasan pada dirinya. Dia ditemui pada majlis pelancaran Restoran Jom Roti di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. Anak kelahiran Melaka itu dakwa roti canai juga diiktiraf sebagai makanan popular dunia termasuk di Chennai, India yang dikatakan negara asal makanan itu. Rakannya iaitu Hao Chew berkata, dia menggunakan pengalaman 16 tahun dalam bidang pengurusan makanan untuk bersama-sama membantu Amir mempopularkan roti canai. Niatnya untuk bersama-sama memperkenalkan roti canai sebagai makanan berasal dari Malaysia, jadi kami tidak kisah membelanjakan sehingga RM13 juta untuk semua ini. Buat permulaan mereka akan sediakan 10 menu berasaskan roti canai selain menawarkan hidangan Asia untuk tujuan bagi mempelbagaikan lagi hidangan mengikut cita rasa pelanggan yang berbeza-beza. Mereka menggunakan jenama Jom Roti kerana mahu mengekalkan identiti Malaysia walaupun sedar majoriti penduduk di Australia bertutur dalam bahasa Inggeris. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dikongsi bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DOH DICANAI... TINGGI DIUDARA...
KEMAHIRAN ... LAITIHAN SEMPURNA...
PELBAGAI KISAH... ADA CERITANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1443H).
ROTI CANAI... TERBANG PUN ADA....
DOH DICANAI... TINGGI DIUDARA...
KEMAHIRAN ... LAITIHAN SEMPURNA...
PELBAGAI KISAH... ADA CERITANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.