Dalam akhbar khbar Sinar Harian pula melaporkan dimana 'Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran' melibatkan beberapa jenama tempatan yang semakin popular, sedap dan berkualiti untuk ditulis semula kisahnya. Dilaporkan industri makanan berperanan kini semakin penting dalam mempengaruhi ekonomi negara, malah dikatakan salah satu industri yang ‘tidak akan mati’. Peningkatan terhadap produk makanan dipengaruhi oleh permintaan pengguna. Produk makanan akan menjadi kegilaan dan popular bukan sahaja kerana jenamanya tetapi rasa dan kualiti. Rakyat Malaysia bertuah kerana dimeriahkan dengan lambakan produk makanan tempatan yang memenuhi kriteria. Dalam Kempen sokonglah barangan Malaysia dan kenali siapa di sebalik produk keluaran tempatan yang mungkin selama ini menjadi antara produk pilihan anda. Antaranya seperti produk jenama makanan Fatihah yang diasaskan oleh Fatihah Anis Ibrahim dimana dri produk pertama karipap sejukbeku sudah mampu menghasilkan produk lain termasuk Royale Paratha Durian, Royale Paratha Garlic, Roti Canai dan Roti Boom dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Fatihah Frozen Food Sdn Bhd (Fatihah) bermula dengan karipap pusar sejak lebih 30 tahun lalu kini dilaporkan telah pun berjaya mengeluarkan lebih 20 jenis makanan sejuk beku seperti roti canai sejuk beku (roti paratha), roti boom, kuih-muih tradisional dan aiskrim goreng. Produk mereka yang mana dijamin halal dan telah mempunyai pensijilan HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengiktirafan sijil Halal Jakim, Mesti dan Good Manufacturing Practice (GMP). Mengimbas kembali akan sejarahnya dimana ramai yang kenal Fatihah melalui ekspo dimana awalnya mereka pernah dilabel ‘muka ekspo’. Kini produk Fatihah boleh didapati di pasar raya terkemuka dan aktiviti promosi terus dijalankan untuk kukuhkan jenama,” kata Fatihah Anis yang juga Pengarah Urusan syarikat. Produk roti pertama Fatihah dengan menggunakan mesin ialah Royale Paratha Original dimana apa yang membanggakan dimana kini produk Fatihah turut diterima dipasaran China, Brunei dan Singapura.
Terkini dilaporkan sinarharian.com dimana 'Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) memberi impak besar' kepada hasil jualan produk tempatan dan ia diakui oleh pengurusan Risk Ezy Solutions Sdn Bhd yang telah mempertaruhkan produk sejuk beku di pasaran. Dilaporkan oleh Pengarah Urusannya, Mohamed Azman dimana jualan tiga produk sejuk beku iaitu Whole Wheat Bread Cappatti, Paratha Original dan Roti Canai Classic telah mencatatkan peningkatan sebanyak 30 peratus menerusi KBBM (Sila lihat foto disebelah). Perkembangan memberangsangkan itu kesan daripada gerakan KBBM yang turut mendapat sokongan agensi-agensi kerajaan termasuk pasar raya besar seluruh negara. Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jualannya melonjak sehingga 150 peratus dimana mereka telah berusaha memenuhi permintaan pasaran yang luar biasa ketika itu. Kini dengan adanya KBBM walaupun jualan tidak mencapai seperti ketika PKP akan tetapi ia juga masih menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus dakwanya di premis mereka di Desa Anggerik di Serendah, Selangor. Kini pihak Risk Ezy Solutions Sdn Bhd telah bertapak dalam industri perusahaan makanan negara sejak 11 tahun lalu dengan menggunakan jenama BB’s bagi tiga keluaran produknya. Walau pun ketika peringkat awal dimana BB’s mempertaruhkan produk BB’s Cappatti Fresh namun tahap pengeluaran dihentikan dan ditukar kepada produk sejuk beku pada tahun 2014 susulan beberapa masalah yang memang ada dihadapinya. Kini jenama BB’s merekodkan pengeluaran produk sebanyak 16,000 keping setiap hari dan beliau yakin jumlah itu berpotensi untuk ditingkat lagi melalui KBBM. Usaha promosi bersama yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah meningkatkan kesedaran pengguna untuk menyokong produk keluaran tempatan. Rakyat Malaysia juga semakin sedar untuk menjadikan produk-produk tempatan sebagai pilihan utama ketika membeli. Kerjasama dengan pasar raya besar untuk menawarkan harga promosi juga menjadi pencetus untuk pengguna memilih produk-produk tempatan dimana jenama BB’s tidak terkecuali menerima tempiasnya. Apa pun dengan usaha berterusan yang dilaksanakan di bawah KBBM, beliau yakin ia mampu meningkatkan permintaan pasaran tempatan secara konsisten seterusnya membantu pemulihan ekonomi negara.
Memang ada banyak kisah yang menarik mengenai makanan roti canai sejuk beku dalam lamansosial facebook. Penulis blog sempat merujuk kepada salah satu kisah bertajuk 'Roti Canai Frozen Pun Sedap Juga' yang sesuai dikongsikan. Menurut pemilik akaun fb iaitu https:// www. azhafizah. com/2020/12/ roti-canai-frozen -pun- sedap-juga.html tersabut dimana dahuu dia sangat skeptikal untuk mencuba roti canai frozen. Mungkin dulu beliau pernah cuba roti canai frozen yang tidak sedap dimana rasanya yang keras kematu bila dimasak dan dipanaskan. Sekarang dia sudah boleh terima roti canai frozen dan di dakwanya memang ia sedap juga rupanya. Roti canai adalah sejenis roti leper yang berbentuk bulat yang terkenal di negara Asia Tenggara. Dijadikan hidangan sebagai makan pagi, tengahari, petang dan juga makan malam. Dihidangkan bersama kuah kacang dal, kari ataupun sambal ikan bilis. Tambah lagi ada teh tarik. memang mavellous!. Perkataan canai adalah dari perbuatan pencanai roti, maksudnya meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Fakta lain pula, canai ni asalnya dari jenis kacang dal yang digunakan iaitu 'channal'. Lagi satu, katanya canai tu datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti berasal dari India. Di India dan Singapura, roti canai lebih dikenali dengan nama roti prata. ak. Bukan seorang yang suka makan di kedai mamak. Dia punya imagination bila mamak tu mencanai tu buat rasa kembang tekak terus. Kebersihan diutamakan. Dulu lagi lah tak boleh terima roti canai di mana mana kedai melainkan mak punya roti canai. Masa kecil dulu mak abah buka warung kedai kopi. Mak penebar roti canai handalan. Tak delah handal pun. Saja je cakap pun. Kira kedai roti canai legend lah. Lama dah pencen menebar. Rindu nak makan roti canai mak. Tak boleh nak request. Malas nak memenatkan mak. Sesekali teringin roti canai, kenalah cari kedai roti canai yang sedap dan diyakini bersih. Roti canai frozen husband beli masa balik Pilah sebelum ni. Beli dekat Melang. Dah buang pula label tu. Kalau beli lagi nanti Fiza share okay. Dalam satu bungkus ada 5 keping. Lepas dah masak, letak minyak sikit. Lepas angkat tu kena kepit dan tepuk macam kat kedai tu. Barulah sedap makan. Mak pun pernah buat macam tu dulu. Tak plan nak makan roti canai. Kuah pun tak ada. Makan roti canai kosong je lah. Pun sedap juga. Sedap roti canai dimakan panas panas dan rangup. Artikel ini dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DIPANGGIL JUGA ...ROTI CANAI SEGERA...
MUDAH DISIMPAN... SENANG DISEDIA...
RASANYA ENAK...BERPATUTAN HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(19 JamadilAkhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.