Support My Blog

Monday, January 31, 2022

MUDAHNYA TANAM BENDI

TANAMAN BENDI
(Hibiscus esculentus) merupakan satu aktiviti perkebunan yang mudah dan mampu memberikan pulangan yang baik. Sayuran jenis buah ini juga seringkali dipanggil sebagai 'Kacang Bendi' iaitu tumbuhan daripada keluarga Malvaceae yang mana seluas 3,283 hektar telah di tanam di Malaysia pada tahun 2021 menghasilkan sebanyak 62,796 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Penuis blog mendapati Negeri Perak paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,169 hektar menghasilkan 23,557 metrik tan diikuti dengan Negeri Johor (842 hektar) dan Sarawak seluas 395 hektar. Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Pertama sekali saya menulis mengenai tanaman bendi adalah diposting pada 29 Disember 2009 iaitu 13 tahun dahulu dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel pada subuh ini saya terus menulis sekali lagi teknologi tanaman bendi dalam blog "Anim Agro Technology" agar ianya boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Tanaman bendi memerlukan kawasan tanah yang cukup cahaya matahari dimana selalu tanaman ini sesuai dan boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik. Bagaimana pun di Negeri Perak ada terdapat petani yang menanam bendi dikawasan tanah bekas lombong dimana dilaporkan hasilya lebih baik dengan cara pengurusan dilakukan. Dikalangan petani pula ada yang menanam jenis bendi 5 segi dan sebahagian lagi menanam bendi 7 segi. Bagaimana pun kalangan pengguna mereka kurang arif semasa membali bendi jenis yang mana. Penanaman benid dikebun perlu disediakan kawasan sesuai dimana tanah perlu dibajak dan digemburkan sedalam 15 - 22 cm mengikut jenis tanahnya. Pastikan prasarana kebin seperti jalanladang, kolam pengairan. siste perparitan disediakan terlebih dahulu. Pondok Ladang sebagai pusat pengumpulan serta untuk penyimpanan bahan kimia dan input lain dalam setor dikebun sebaiknya juga disediakan jika kebun tersebut luas dan jauh dari rumah. Kerja seterusnya adalah proses pengapuran terutama bagi tanah yang berasid sedikit dan jika perlu mesti dilakukan sekitar 2 minggu sebelum kerja menanam. Tanaman bendi dikebun disyorkan ditanam diatas batas. Oleh itu perlu disediakan batas tanaman setinggi 2-4 inci dengan panjang mengikut kontour kebun dan infra jalan dikebun. Kemudian sebaiknya digaulkan ke dalam tanah input baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar sebelum ianya ditutup dengan plastik silvershine. Plastik ini akan dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai, menjaga kelembapan tanah dan juga mengurangkan kehadiran perosak dan penyakit.

Penanaman bendi dilakukan dengan menggunakan bijibenih yang dibeli dari pembekal berwibawa atau menggunakan bijibenih yang disediakan sendiri. Kalangan petani bendi komersial ada yang mampu membuat benihnya sendiri. Penulis blog dapati dimana dipasaran antara benih bendi yang mudah didapati adalah seperti GWG556 atau Green Eagle 551-555 yang mana kini ada juga dijual secara on-line (Shoppe, Lazada dsb). Bagaimana pun jika menanam sendiri dikawasan keliling rumah boleh membeli secara online sahaja. Sebaiknya menanam bendi dengan meletakkan biji benih sedalam 2.5cm di atas batas (dalam lubang ditebuk pada plastik silvershine). Kalau didalam pasu atau polibeg juga sama cara untuk  menanamnya. Pastikan dibubuh 2 biji selubang dimana jarak tanaman dikebun yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok. Lakukan penyiraman selepas menanam. Kemudian selepas 2 minggu disyorkan untuk mencabut satu pokok yang kurang subur kerana satu lubang sesuai untuk sepokok sahaja yang dijaga. Selalunya kadar benih diperlukan adalah sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 meter lebar dan 30 meter panjang. Pokok akan tumbuh dengan baik dimana penyiraman dilakukan setiap hari kalau tidak hujan dimana siraman disyorkan 
pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah. Amalan agronomi seterusnya adalah membaja dimana baja sebatian seperti NPK Blue Special (12:12:17:2) di taburkan disekeliling pokok setiap 2 minggu sekali dimana selalunya bagi keluasan sehektar bendi ianya memerlukan 1 tan baja. Jika ada rumpai maka perlu dicabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba tetapi selalunya penggunaan plastik penutup batas memudahkan kerja ini.

Tanaman bendi perlukan amalan untuk kerja pemangkasan pokok agar tidak terlalu tinggi, banyak cabang dan memudahkan proses memetik hasil. Pemangkasan ini dilakukan s
etelah semua hasil dipetik dimana pokok-pokok bendi perlu dipangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua (ratoon crop). Empat hingga lima tunas baru akan  dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan dimana ia akan memanjangkan jangkahayat tanaman bendi dikebun. Bagi kawalan musuh dan penyakit pada bendi dimana dikenalpasti musuh utamanya adaalah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan oleh serangga ini mencapai tahap serius maka sebaiknya dikawal dengan menggunakan racun serangga seperti Diazinon. Dalam pada itu lazimya antara penyakit utama tanaman bendi ialah Penyakit Bintik Daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kimia seperti racun kulat Benomyl. Pastikan dimana semasa menggunakan racun-racun hendaklah mengikut arahan label. Bagi pekebun dimana kerja meuai kacang bendi adalah kerja yang agak menyusahkan berbanding dengan sayur buah yang lain. Ini kerana buah setiap pokok bendi perlu dilawati setiap hari untuk memetik buah yang muda sahaja kerana jika terlewat maka ia sudah agak tua dan keras dimana tidak boleh dipasarkan. Penuaian dilakukan dengan memilih buah sesuai dan buah ini dipotong 2 cm tangkainya dari pangkal buah. Elakkan buah ini dari tercedera kerana kesannya adalah kemudian lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika pokok bendi berummur 50 - 55 hari selepas menanam atau sekitar 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. Lazimnya saiz buah berukuran 10 - 12 cm panjang sesuai dipetik dan periksa ia masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur. Apa pun peringkat ini buah bendi telah selalunya mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil bendi yang dijaga baik menghasilkan sekitar 10,000 - 15,000 kg sehektar. Sebaiknya hasil tuaian bendi ini dikumpulkan di tempat teduh dan ia dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja tanpa ianya dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah bendi yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 - 26 darjah Celcius dan kadar kelembapan bandingan 70 - 75 %. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM BENDI... MUDAH CARANYA....
TANAH DIBAJAK... BATAS DIBINA...
BENIH DISEMAI... PERLU DIBAJA...
SUDAH BERBUAH..PETIK SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...