Support My Blog

Wednesday, January 5, 2022

TANAMAN KELEDEK MENGUNTUNGKAN

TANAMAN KELEDEK
(Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang boleh menguntungkan petani jika mampu memberikan hasil yang berkualiti dengan kuantiti banyak. Tanaman keledek dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama sebagai tanaman monokrop atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai usaha menambah pendapatan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 3,623 hektar keledek ditanam pada 2020 dengan penghasilan sebanyak 58,034 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Negeri Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan keluasan sebanyak 1,846 hektar dan menghasilkan sebanyak 36,007 metrik tan diikuti dengan Kelantan (596 ha), Selangor (267 ha) dan bakinya di beberapa negeri lain. Penulis blog mendapati dimana keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan ia ada yang berbentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek adalah umbiisi didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Oren, Keledek Ungu, Kkeledek Lembayung (varieti baru oleh MARDI) dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter bertujuan untuk  memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanaman jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang belajar menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama.  Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan dengan anggaran hasil sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Kaedah menuai keledek dilakukan dengan cara membuang daun-daun dahulu dan umbisi di korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan beberapa kisah mengenai tanaman keledek dari media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Testimoni daripada media HM bertajuk '
Tanaman keledek menguntungkan' wajar dijadikan bahan rujukan dalam artikel kali ini. Kawasan tanah yang berpasir biasanya agak sesuai untuk tanaman ubi keledek. Media ini melaporkan dimana ketika penanaman jagung (Zea mays) kurang memberikan pulangan memberangsangkan didakwa penanaman pelbagai jenis ubi keledek pula mampu memberikan lebih keuntungan jika diusahakan. Itu yang dikongsi Nur Suria Aisyah Mohd Wahid berkenaan kisah kegigihan bapa saudaranya, Encik Osman yang menjadi inspirasi kepadanya untuk turut membantu. Penanaman ubi keledek dengan teknik yang betul mampu memberi pulangan tiga hingga empat kali ganda berbanding kos mengusahakan tanaman semusim. Selepas bersara dinyatakan dimana ibu saudaranya mengusahakan pelbagai tanaman dan menternak kambing dalam ladang di Batu Gajah, Perak. Sebelum ubi keledek dimana beliau telah mengusahakan tanaman jagung tetapi tidak begitu menguntungkan. Mereka kini beralih kepada ubi keledek atas nasihat seorang kenalan yang juga pembekal baja dan racun tanaman. Mereka disarankan menanam ubi keledek sebagai ganti kerana harganya lebih stabil selain kos tidak terlalu tinggi. Tanaman keledek dimulakan terlebih dahulu dengan satu lot iaitu kira-kira 0.135 hektar. Selepas lihat hasil tanaman ubi keledek makin memberangsangkan, kemuidan ia di kembangkan kepada plot lain. Tanaman kemudian dilakukan secara berperingkat supaya dapat keluarkan hasil dan jana pendapatan konsisten setiap bulan. Sebaiknya tanaman keledek perlu diangkat selain kerja merumput bagi memastikan ubi keledek membesar dengan baik pada batas tanah. Didakwa dimana secara kasar keuntungan penanaman ubi keledek libatkan kos menanam dengan kawasan seluas 0.404 hektar (1 ekar) adalah kira-kira RM4,000. Dimaklumkan dimana benih dibeli daripada pembekal iaitu keratan batang pucuk keledek. Selain itu dalam penanaman, keledek juga memerlukan racun perosak dan baja supaya tumbuh dengan baik. Anggaran kos ialah RM4,000 dan bahagian paling banyak menelan belanja ialah baja iaitu kira-kira RM2,000. Dari pengalaman dinyatakan biasanya pengeluaran bagi 0.404 hektar dikebunnya berjaya menghasilkan sekitar  8 - 9 ,etrik tan ubi keledek sebulan. Pada kadar harga pasaran semasa semasa harga ubi keledek yang dibeli secara borong antara RM1.80 -  RM2.20 sekilogram. Paling tinggi hasil jualan ubi keledek dari ladang ini ialah RM19,000. Itu apabila ubi keledek terjual semuanya kategori gred A. Dalam penjualan ubi keledek, gred terbahagi kepada A, B dan C. Ia dibezakan mengikut kerosakan ubi keledek menerusi bilangan lubang dihasilkan serangga pengorek.

Tanaman keledek amat berkait dengan keadaan tekstur tanah yang memainkan peranan penting dalam kesuburan dan hasil keledek. Kini kebun keledek berkeluasan kira-kira 4.86 hektar itu adalah tanah berpasir dimana tanah berkenaan antara terbaik bagi tanaman ubi keledek dari pengalaman mereka. Bagi penanaman ubi keledek lazimnya tempoh matang adalah kira-kira empat hingga empat bulan setengah selain turut mengambil kira tekstur pada kulit atau permukaan ubi sama ada masih berkedut atau licin. Didakwa jika kulit keledek itu berkedut lagi ketika masuk empat bulan maka ia belum cukup matang dan perlukan seminggu dua lagi sebelum dituai. Kebun kedek disini adalah sebahagian daripada kawasan lombong dimana tekstur tanahnya berpasir yang keledek amat sesuai sekali. Tanaman ubi keledek tidak boleh ada takungan air kerana 'ibu keledek' akan lembik dan mudah rosak. Ada laporan dimana terdapat juga penanam keledek yang mana menanam keledek pada tanah gambut menyebabkan permukaan ubi seperti 'bermisai' disebabkan akar halus tumbuh pada kulit dan tidak licin seperti keledek yang ditanam pada tanah berpasir. Teknik menanam keledek memerlukan siraman air mencukupi dengan rutin baja setiap 15 hari sekali amat penting memastikan hasil iaitu saiz ubi keledek memuaskan. Dalam semusim biasanya baja diberikan sebanyak lapan kali dan bulan pertama biasanya baja daun, bagi bulan berikutnya ialah baja buah. Racun pula penting kerana ancaman perosak seperti ulat pengorek dan tikus boleh mempengaruhi kualiti jualan gred ubi. Kalau terdapat tiga lubang saja dimana hasil keledek boleh jatuh kepada gred C atau 'direject' akan tetapi hasilnya masih boleh dijual untuk makanan ternakan seperti penternak landak raya atau mereka yang memiliki taman haiwan (Sila lihat foto disebelah). Selain ubi keledek biasanya bahagian batang dan daunnya juga boleh dijual sebagai sayuran, keratan benih dan juga untuk dijadikan makanan ternakan haiwan seperti kambing dan arnab peliharaan. Ubi keledek memang menguntungkan akan tetapi ia ada tempoh atau had tanaman. Dikebun ini mereka sebenarnya sudah masuk tiga tahun mengusahakan tanaman ubi keledek dan perlu beralih kepada tanaman lain bagi pulihkan kembali kesuburan tanah dan mencegah ancaman perosak. Mereka bercadang untuk mengusahakan projek sayur-sayuran termasuk kacang tanah dan kacang botol yang boleh mendatangkan keuntungan seperti keledek dan menyuburkan tanah untuk pusingan tanaman keledek berikutnya. 

Berita dari BH mengenai tanaman ubi keledek 'Kutip hasil ubi keledek 1,500 kg sehari' di Kampung Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh wajar dijadikan panduan petani lain. Berkat berbudi kepada tanah dilaporkan seorang petani mampu dan memperoleh hasil tanaman ubi keledek sebanyak 1,500 kilogram (kg) sehari untuk dijual kepada pemborong di seluruh negara. Beliau adalah Shamsudin Md Nor berumur 52 tahun yang sudah lapan tahun lamanya untuk mengusahakan ubi keledek dimana dia kini mampu tersenyum lebar apabila hasil tanamannya itu bukan saja dipasarkan di seluruh Kelantan, malah menjadi pilihan pemborong dari Terengganu, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur (Sila lihat foto disebelah). Dia yang sudah lebih 30 tahun menjadi petani, berkata ubi keledek memberi hasil lumayan memandangkan harga pasaran yang agak tinggi iaitu RM2.50 sekilogram. Dia yang mengusahakan tanaman ini di atas tanah milik sendiri seluas empat hektar dengan dibantu 10 pekerja yang juga saudara mara terdekat. Biasanya dalam setahun kami dapat mengutip hasil sebanyak tiga kali memandangkan ubi keledek ini mengambil masa selama tiga bulan untuk ia betul-betul matang dan boleh dijual. Kini dengan kecanggihan teknologi semasa proses mengutip lebih banyak kuantiti dikeluarkan dan cepat kerana menggunakan traktor berbanding dulu secara manual dengan kutipan hanya 400 - 500 kg sehari.Hasil ubi keledek yang ditanamnya menjadi pilihan kerana saiz yang besar selain memiliki rasa yang manis. Dia hanya ada menggunakan baja padi selain sentiasa memastikan sumber air mencukupi kerana ia sangat penting bagi memastikan hasil berkualiti. Dalam pertanian juga sebenarnya ada pasang surut dimana dia sendiri pernah mengalami kerugian hampir RM10,000 kerana musim kemarau yang panjang di samping menghadapi kekangan sumber air. Tanamannya sekarang sudah kembali baik seperti biasa apabila ubi keledek ini sebenarnya akan rosak jika berlaku musim kemarau berpanjangan dan juga musim tengkujuh. Dakwanya sektor pertanian adalah satu cara terbaik untuk anak muda hari ini mengubah hidup mereka, cuma perlu ada kerajinan untuk mendapatkan info tentang pelbagai peluang bantuan yang disediakan kerajaan dalam bidang pertanian mahupun perladangan. Semuga tulisan ini memberikan innfo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM KELEDEK... SATU USAHA...
DITANAH BERPASIR... SESUAI DIA...
LEPAS 3-4 BULAN... SESYAI TUAINYA...
HARGA BORONG....STABIL SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Muharam 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...