Support My Blog

Thursday, January 6, 2022

BAGAIMANA KESAN BETIK DIMAKAN

BUAH BETIK (Carica papaya) atau juga dipanggil sebagai 'Papaya' atau 'gandul' merupakan salah satu jenis buah tropika dari keluarga Caricaceae yang popular ditanam dan dimakan. Tanaman betik pada tahun 2020 dilaporkan seluas 2,567 hektar dengan hasil sebanyak 61,782 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (984 ha) diikuti dengan Negeri Pahang (427 ha) dan Sabah (287 ha).  Tanaman betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu ia juga merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Pokok betik akan mula berbunga apabila berumur lebih kurang 4 bulan selepas ditanam. Penjarangan buah perlulah dijalankan untuk menjaga bentuk dan saiz buah yang seragam. Selepas lebih kurang 8 - 9 bulan ditanam dimana pokok betik jenis ini sudah mula mengeluarkan hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya. Pada peringkat ini, buahnya senang dikendalikan kerana tidak mudah rosak. Disamping itu dapat dihindarkan dari terkena serangan lalat buah dan penyakit Antraknos. Buah-buah yang dipetik di peringkat ini tahan disimpan selama seminggu. Bagi sepokok, hasilnya boleh mencapai kepada 25 kilo sepanjang hayatnya. Masa pengeluaran, hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan, bermula dari bulan ke sepuluh selepas ditanam di ladang. Tanaman betik dijalankan secara komersil oleh beberapa usahawantani untuk asaran domestik dan eksport semnata ada ramai yang menanam secara suka-suka dikawasan rumah untuk kegunaan sendiri. Pokok betik boleh menghasilkan bahagian yang boleh dimakan atau digunakan iaitu Buah Betik, Pucuk Betik, Papain (lateks betik) dan juga bahagian lainnya. Buah betik boleh dimakan segar apabila ia masak dan buah betik muda selalunya dibuat sayur. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai bagaimana hasilan daripada tanaman betik dimakan atau digunakan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Buah betik merupakan salah satu buah kegemaran penulis blog terutama dari varieti Betik Eksotika dan Betik Subang. Ini kerana betik memberikan kepuasan memakannya dan memberikan kesan pencernaan yang terbaik. Buah betik juga ada yang dimakan masak dan ada yang dipetik muda untuk pelbagai kegunaan lain. Betih yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak bersama buah-buahan lain seperti mangga, timun, kedondong dan nanas dikenali sebagai 'Rojak Petis'. Buah betik yang cukup masak perlu dibuang kulitnya sebelum dibelah dua dan dihiris panjang sebelum dihidangkan dan dimakan. Pada penulis blog selalunya akan meletakannya didalam peti sejuk sebelum dimakan untuk menambahkan keenakannya. Betik muda juga sesuai dijadikan sayuran yang enak selain daripada ia diproses menjadi halwa betik (jeruk manis). Selain rasanya yang sedap dikalangan masyarakat tradisional Melayu dimana betik juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkahwinan dengan mengukir buah yang muda kepada bentuk kelopak bunga sebelum dijeruk. Betik muda juga mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang Melayu seperti dijadikan bahan untik dipacakkan bunga manggar dicacak diatas buluh semasa perarakkan pengantin. Buah betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Kulitnya dikupas dan dipotong dengan menggunakan pisau tajam. Walau pun memang sehingga kini Betik Eksotika lebih sesuai dibelah dua dan dimakan menggunakan sudu yang dimasukkan korek isis betik tersebut dengan mudah dan amat manis. Betik masak juga boleh dijadikan jem, puree, jus minuman, perisa aiskrim dan puding. Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai sayur yang sangat lazat seperti masakan arwah ibu penulis dhulu. Dalam pada itu lazimnya pucuk daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan. Air rebusannya jika diminum berkhasiat untuk menurunkan suhu badan mereka yang demam dan mereka yang ada menghidapi malaria. Betik juga boleh digunakan untuk melembutkan daging kerbau yang liat dengan bahan papain dilaporkan membentu melembutkan dging tersebut. Satu jenis keluaran yang dihasilkan untuk tujuan ini ialah papain, sejenis enzim proteolitik dari getah buch yang hijau muda. Papain juga digunakan dalam penyediaan chewing gum. Proses-proses yang berkaitan pelembutan kulit binatang (tanning hides) juga dilaporkan ada yang masin mereka menggunakan papain.

Beberapa cara makan b
etik sangat berkait dengan semasa pembaca memilih atau memakan betik dimana disyorkan membeli atau mencari buah betik yang segar dengan kulit oren yang berwarna merah yang sentuhan lembut. Proses menyediakan hidangan betik hanya perlu dipotong seperti melon, buangkan bijinya serta kulitnya dan siap untuk nikmatinya. Buah ini sebenarnya boleh diproses untuk menjadi banyak resepi. Selain dimakan segar apa yang penulis bloh tahu dimana betik boleh juga dipertimbangkan bagi menyediakan hidangan Salad buah tropika dengan bahan capuran seperti betik, nanas, dan mangga segar. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mencampurkan betik ke dalam segelas lemon, teh ais, atau air untuk pecahan rasa buah segar. Bara membuat Salsa untuk terus segar dengan betik, mangga sebaiknya bahan seperti Jalapeno, lada merah, dan lada cipotle sesuai untuk digunakan juga sebagai topping untuk ikan taco. Boleh juga ditambah beberapa keping betik beku untuk smoothies. Dalam pada itu betik boleh digabungkan dengan jus nanas, pisang beku dan yoghurt. Nilai nutrisi yang terdapat dalam buah ini dianggap mempunyai pelbagai faedah kesihatan. Ia boleh membantu melindungi daripada beberapa keadaan kesihatan. Antaranya termasuk betik akan menggalakkan pencernaan yang betul disebabkan sebatian enzim tertentu buah ini boleh membantu tubuh memecah dan menggunakan protein dengan betul. Bahan papain pula dilaporkan membantu memecahkan ikatan antara asid amino. Asid amino adalah blok bangunan protein. Papain adalah sama dengan jenis enzim lain yang dibuat di pankreas yang membantu tubuh mencerna daging, tetapi tidak seperti enzim lain dimana ia boleh berfungsi walaupun tanpa kehadiran asid. Disebabkan  kemampuannya untuk memecahkan asid amino maka enzim betik ini dapat membantu orang yang bergelut dengan asid perut yang rendah yang mungkin tidak dapat bertoleransi untuk memakan daging jenis tertentu. Ia juga boleh menggalakkan penyerapan protein kepada mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang lain. Memakan buah betik juga boleh membantu dalam mencegah sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat menambah cecair ke dalam najis dan memudahkan perkumuhan keluar dari tubuh. Sebenarnya terdapat beberapa kajian ditahun 2012 yang diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology mendapati bahawa peningkatan didalam pengambilan serat adalah berkesan meningkatkan kekerapan tisu pada orang yang mengalami sembelit.

Amalan memakan buah betik didakwa memberikan kesan kelegaan kepada kes keradangan. Secara ilmiahnya dimana kejadian k
eradangan adalah tindak balas imuniti semula jadi yang direka untuk menangkis penceroboh asing dan melindungi daripada penyakit dan jangkitan kuman atau virus. Walau bagaimanapun lazimnya kes keradangan kronik adalah punca kebanyakan penyakit. Ia dipercayai menyumbang kepada keadaan yang serius seperti penyakit jantung, kanser, diabetes dan banyak lagi. Dalam satu laporan kajian pada tahun 2011 yang telah diterbitkan dalam jurnal Molecular Nutrition and Food Research mendapati penanda keradangan menurun apabila subjek ujian diberikan betik. Saintis mendapati makan betik didakwa boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan simptom bagi orang yang mempunyai keadaan tertentu seperti kes artritis reumatoid. Walau bagaimanapun kajian ini perlu diulanglagi secara klinikal dan kajian lanjut diperlukan. Bahan papain juga telah ditunjukkan untuk membantu mengurangkan keradangan pada orang yang mempunyai penyakit seperti asma atau artritis. Perkara ini bukan sahaja dapat menurunkan tahap keradangan dan memperlambat perkembangan penyakit kronik akan tetapi juga dapat membantu mengatasi tanda-tanda penuaan secara semula jadi. Makan buah betik kesannya adalah sesuatu yang baik sebagai penguat darah untuk membantu orang yang mempunyai keadaan perubatan yang disebut trombositopenia atau platelet darah yang rendah. Perkara ini adalah keadaan perubatan yang agak berbahaya yang boleh mengurangkan keupayaan tubuh untuk membentuk bekuan darah dan berpotensi membawa kepada pendarahan dalaman. Dalam laporan kajian haiwan dari Malaysia yang dijalankan pada tikus mendapati bahawa ekstrak daun betik yang diberikan mempunyai platelet yang jauh lebih tinggi dan bilangan sel darah merah selepas 72 jam berbanding dengan kumpulan kawalan. Walaupun lebih banyak kajian masih diperlukan, penyelidik percaya bahawa ekstrak pepaya akhirnya boleh digunakan sebagai rawatan bagi orang-orang yang mengalami masalah darah dan gangguan pembekuan darah. Siapa sangka kesan makan betik mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung manusia. Buah betik dimuatkan dengan vitamin C adalah mikronutrien penting yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga melindungi daripada kesan pengoksidaan kolesterol dengan mengurangkan keupayaan kolesterol untuk membentuk plak di sepanjang dinding arteri. Ramai yang akan suka makan buah betik apabila dilaporkan buah betik adalah buah antikanser. Beberapa sebatian yang terdapat pada betik telah ditunjukkan mempunyai kesan anti-kanser yang kuat. Papain, sebagai contoh, telah terbukti menghalang pertumbuhan dan penyebaran tumor dalam kajian haiwan. Sementara itu kandungan vitamin C dan beta-karoten, yang kedua-duanya terdapat dalam betik, dikaitkan dengan risiko penurunan beberapa jenis kanser. Terdapat kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan serat pemakanan anda mungkin juga dikaitkan dengan risiko kanser kolorektal yang lebih rendah. Akhirnya kesan makan buah betik adalah didakwa ia mampu mencegah keradangan makular. Setiap hidangan pek betik mengandungi unsur beta karotena iaitu salah satu nutrien utama yang terlibat dalam memelihara penglihatan dan melindungi kesihatan mata. Ia juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua flavonoid yang dapat membantu mencegah degenerasi makula atau kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia. Bahan seperti zeaxanthin secara khusus membantu menyaring (filter) cahaya biru yang boleh membahayakan retina untuk ianya mengoptimumkan penglihatan walaupun anda semakin berusia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MAKAN BETIK... HEBAT KESANNYA...
RASA ENAK... MANIS PULA RASA...
BUAH MASAK... MENTAH PUN GUNA...
BERIKAN KESIHATAN... KEPADA ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...