Memang di bulan ramadan bersahur adalah satu amalan yang baik dilakukan umat islam. Bagaimana pun bukan mudah untuk mengambil makanan pada masa tersebut dan dilaporkan dimana 'Ikan masin penambat selera bersahur' adalah salah satu caranya. Portal berita astroawani.com.my menyatakan dimana seorang peniaga ikan kering iaitu Azmi Hussin menyatakan dimana ikan masin jualannya yang biasanya akan mendapat sambutan luar biasa menjelang sambutan Ramadan (Sila lihat foto disebelah). Kisah yang diambil dari Alor Setar, Kedah ini dimana seperti kelazimannya apabila menjelang bulan Ramadan maka orang ramai akan mula membuat persiapan dan memikirkan apakah juadah yang akan disediakan untuk keluarga semasa berbuka dan bersahur. Kebiasaannya juga diKedah dimana memilih makanan kering, masin dan masam sentiasa menjadi pilihan untuk santapan semasa bersahur sekeluarga. Berikutan itu maka makanan kering sering dianggap pembuka selera untuk orang ramai menikmatinya pada waktu sahur dimana ia sekali gus meningkatkan jualan peniaga sekali ganda berbanding hari biasa. Antaranya adalah termasuk ikan talang, senangin masam, gelama masin, ikan bilis dan udang kering. Beliau yang berniaga ikan kering di Pasar Kubang Rotan menyatakan antara jenis ikan kering yang sering menjadi pilihan pelanggan di bulan Ramadan ialah ikan talang dan ikan tenggiri juga ikan gelama dan ikan senangin. Memang diakui dimana permintaan barangan jualannya itu sangat luar biasa berbanding hari biasa kerana rata-rata pengguna mahu menukar selera pada bulan Ramadan. Pelanggan yang dikenali sebagai Siti Rashidah mendakwa dimana selera makan di bulan Ramadan agak berlainan dan pengambilan makanan berunsur kering menjadi pilihan bagi keluarganya setiap kali bulan Ramadan tiba. Katanya apabila ada makanan ikan masin dan telur masin memang bangkitkan selera untuk bersahur. Ikan masin pula boleh masak macam-macam resepi dan ini menjadikan ia amat sesuai sangat untuk juadah di bulan puasa juga. Kebanyakan ahli keluarganya gemar memakan ikan masin memandangkan hidangan yang berdaging seperti ayam kurang mendapat tempat di bulan Ramadan. Kalau waktu sahur tidak ada ikan masin tidak seronok dan tidak sempurnalah dirasakan dan memang ikan masin wajib ada dan disimpan stok untuk makan sepanjang sebulan berpuasa.
Teknologi baru diperkenalkanbagi 'Hasilkan ikan masin lebih mudah, pantas' memang menarik dikongsikan. Portal berita Sinarharian.com melaporkan dimana Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar yang boleh menghasilkan produk ikan masin dengan lebih mudah dan cepat adalah kejayaan inovasi di Johor. Dilaporkan dari Batu Pahat dimana Jabatan Perikanan Negeri Johor menghasilkan Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar yang dapat menghasilkan produk ikan masin dengan lebih mudah dan cepat. Pengarahnya iaitu Noraishah Hashim mendakwa mesin itu dibangunkan oleh pihak Kejuruteraan Jabatan Perikanan melibatkan kos sekitar RM45,000 bagi satu unit. Menerusi mesin ini tempoh masa pengeringan ikan masin dapat disingkatkan. Kalau sebelum ini menggunakan kaedah lama masa untuk mengeringkan ikan memakan tempoh dua hingga tiga hari namun apabila nelayan menggunakan mesin ini maka tempoh pemprosesan dapat disingkatkan kepada satu hari setengah bergantung kepada ketebalan ikan yang diproses. Majlis perasmian projek berkenaan diadakan melibatkan Komuniti Perikanan (myKP) di Pangkalan Sungai Ayam yang diserahkan sebuah Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar di Pangkalan Sungai Ayam, Batu Pahat. Didakwa dimana mesin itu juga dapat memastikan tahap kebersihan produk terjamin kerana tidak perlu terdedah dengan persekitaran seperti habuk dan debu termasuk hujan. Diantara ikan yang boleh dikeringkan dengan menggunakan mesin itu termasuk ikan pari, ikan gelama dan ikan duri. Dilaporkan setakat ini penerima mesin berkenaan hanya melibatkan komuniti tersebut yang terdiri daripada 47 ahli. Projek ini masih dalam proses percubaan dan sekiranya berjaya, jabatan berhasrat untuk mengembangkan teknologi ini kepada industri pemprosesan ikan kering di seluruh Johor. Jabatan Perikanan memperkenalkan inisiatif ini kerana mahu memastikan komuniti perikanan di Johor agar tidak ketinggalan dengan teknologi terkini yang dapat menjamin penghasilan ikan kering yang lebih berkualiti dan menjimatkan masa.
Portal berita bharian.com.my melaporkan 'Pakatan 2 IPTA hasilkan pengering makanan laut' dimana sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bekerjasama membangunkan prototaip alat pengering makanan laut yang dilengkapi ciri termaju hasil kajian mereka. Mengambil kira kebergantungan industri makanan laut kering di negara ini pada faktor lokasi dan komuniti nelayan, inovasi itu mampu membantu mengatasi masalah dihadapi pengusaha terbabit. Penyelidik utama dari UMK, Dr Hafiz Jamaludin, berkata prototaip alat pengering yang menelan kos RM10,000 itu juga boleh digunakan pada waktu malam. Kini dengan adanya elemen pemanas yang dikuasai sepenuh tenaga solar, alat ini dilengkapi penderia kelembapan bagi mengawal tahap proses pengeringan secara automatik dan konsisten. Teknik pengeringan terbuka yang diamalkan ketika ini ada beberapa kelemahan ekoran dari kebergantungan pada cahaya matahari, selain risiko kebersihan proses itu secara keseluruhan yang terdedah kepada habuk, debu dan ancaman penyakit bawaan serangga serta haiwan perosak. Inovasi dibangunkan dalam saiz kompak itu juga membuka peluang bagi pengusaha di luar kawasan pantai menghasilkan makanan kering berkenaan yang secara tradisi memerlukan tempat lapang dan luas untuk mengeringkan produk terbabit. Ia didakwa boleh menampung kapasiti 50 kilogram (kg) makanan laut pada satu-satu masa dan mampu memendekkan tempoh pengeringan kepada 24 jam sahaja. Keberkesanan prototaip itu sedang diuji di lapangan dimana ia sudah digunakan oleh komuniti nelayan di kawasan pendaratan ikan di Kampung Nelayan Pantai Sri Tujoh, Kelantan bagi mengeringkan hasil makanan laut untuk pasaran tempatan. Hasil kajian lanjut itu memungkinkan iaitu peningkatan kualiti produk tempatan berkaitan sehingga mampu menembusi pasaran luar negara dengan nilai lebih tinggi. Inovasi ini bertujuan membantu pengusaha keropok tempatan asalnya untuk menghasilkan produk keropok lebih konsisten kualitinya tetapi akhirnya inisiatif terbabit berjaya menghasilkan alat pengering ideal serba guna. Alatan ini mampu menyebarkan haba sekata terhadap keseluruhan permukaan produk yang dikeringkan sepanjang hari. Info penting Alat Pengering Makanan Laut bermula kajian sejak tahun 2015 dengan dana geran penyelidikan daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Ia dilengkapi rak bertingkat dimana ini sekali gus menjimatkan ruang kerana tidak memerlukan kawasan luas untuk mengeringkan produk. Memang ia mampu mengekalkan haba cahaya matahari untuk kegunaan pada waktu malam menggunakan elemen untuk pemanas. Juga disediakan sistem pelaras suhu berpenderia yang mampu mengawal secara automatik kadar kehilangan kelembapan bahan makanan ingin dikeringkan. Kegunaannya tidak terhad untuk makanan laut sahaja malahan ia boleh turut mengeringkan produk lain. Kebersihan produk lebih terjamin dengan adanya pintu kedap udara dan sistem pengudaraan yang menghindari pertumbuhan mikroorganisma dengan penggunalan alatan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KURANGKAN MASIN...ADA BANYAK CARA...
MASA RAMADAN...BERSAHUR SELERA...
AKIBAT COVID19... USAHAWAN MERANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(20 Rabiulawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.