Tanaman Nanas (Ananas comosus) di Malaysia merupakan satu industri yang telah lama di majukan iaitu semenjak tahun 1950'an lagi sebelum tertubuhnya agensi yang menerajui nanas iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pada tahun 1957. Buah Nanas merupakan antara jenis buah-buahan tempatan yang popular di Malaysia selain daripada buah bermusim seperti durian, manggis dan lain-lainya. Nanas boleh diperolehi dalam pasaran sepanjang tahun dan tidak bermusim sama seperti buah naga, buah jambu batu dan betik. Tempoh jangka masa pengeluaran nanas adalah antara 12 hingga 18 bulan selepas penanaman bergantung kepada varieti nanas yang ditanam. Penanaman nanas kini dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara dimana dilaporkan bagi pasaran domestik sahaja ada jumlah permintaan pasaran sekitar 100,000 setiap bulan. Kini dengan pengenalan beberapa varieti baru permintaan nanas terutamanya Nanas MD2 terus meningkat dengan tinggi dimana untuk pasaran eksport ke China sahaja diperlukan sebanyak 300 kontena sebulan (satu kontenasebanyan 20 metrik tan). Namun begitu dilaporkan akibat pandemik covid19 dan bencana alam kebelakangan ini sumbangannya kian menurun terhadap pasaran domestik dan global. Selain itu dilaporkan dari beberapa negara pengeluar nanas dimana kesan penurunan ini sedikit sebanyak terkait dengan serangan serangga perosak dan penyakit termasuk serangan oleh perosak dari spesies Dysmicoccus brevipes atau mudahnya di panggil sebagai koya.
Serangga koya ini atau pun nama saintifiknya Dysmicoccus brevipes adalah dari keluarga Hemiptera iaitu Pseudococcidae atau juga dikenali sebagai Koya Nanas Merah Jambu yang merupakan antara perosak utama bagi tanaman nanas. Hasil dari banyak penyelidikan yang dijalanka dilaporkan dimana koya juga merupakan antara jenis perosak penting bagi beberapa tanaman pertanian yang lain. Beberapa kes-kes serangan koya yang serius memang akan merugikan petani di beberapa lokasi di Malaysia. Antara kepentingan serangan koya ini sebagai perosak tanaman nanas sangat terkait dengan bagaimana kemampuannya untuk menyebarkan virus yang berkaitan dengan penyakit layu koya. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati dimana terdapat kira-kira 2,000 spesies koya di seluruh dunia dimana ia juga merupakan antara serangga perosak yang utama pada kebanyakan tumbuhan dan juga tanaman makanan. Apa pun lebih baik dik=jelaskan akan beberapa ciri badan Koya Nanas iaitu sebagai serangga bertubuh lembut dengan badannya dilitupi lilin halus berwarna putih. Bentuk badannya memanjang dan bujur serta selalu ia mempunyai pembahagian badan yang jelas antara kepala, toraks dan abdomen (Sila lihat foto disebelah). Koya nanas mempunyai mulut berbentuk kon yang membantunya dalam menghisap sap tumbuhan (cecair dalam tumbuhan) untuk mendapatkan makanannya. Beberapa temuan kajian ada mendapati dimana lazimnya populasi koya lebih besar serta pembiakkannya adalah tinggi sepanjang musim panas berbanding musim sejuk. Walau bagaimanapun sama ada berlaku pada musim hujan atau sejuk dimana populasinya kekal rendah. Semasa membuat tinjauan di ladang nanas di ebberapa negeri dilaporkan dimana selalunya koya nanas jantan dan betina menjalani kitar hidup yang berbeza. Koya nanas jantan menjalani kitar hidup lengkap, bermula dari peringkat telur, nimfa (3 peringkat), pupa (1 peringkat) dan dewasa. Manakala bagi jenis koya nanas betina menjalani kitar hidup separa lengkap bermula dengan peringkat telur, nimfa (3 peringkat) dan dewasa. Kebanyakan koya nanas mempunyai kitar hayat sekitar 95 hari sahaja namun ianya juga bergantung kepada kelembapan dan cuaca persekitaran dimana dilaporkan ia boleh berubah dalam julat antara 78 hingga 111 hari. Koya nanas betina boleh menghasilkan banyak telur setiap kali pembiakan sehingga 600 biji telur dalam satu-satu masa bergantung kepada spesiesnya. Memang ia adalah sejenis serangga yang unik.
Kerosakan oleh serangan koya pada tanaman nanas memang sering berlaku di Malaysia. Apa pun dilaporkan oleh beberapa pakar nanas di Malaysia dimana serangan koya nanas ke atas tanaman nanas boleh mengurangkan hasil tanaman sehingga 20% sehektar. Secara umumnya penulis blog pernah menerima laporan dimana terdapat dua spesies utama koya nanas yang dikenal pasti sebagai perosak kepada tanaman nanas iaitu Koya Nanas Merah Jambu (Dysmicoccus brevipes) dan Koya Nanas Kelabu (Dysmicoccus neobrevipes). Kedua-dua spesies koya ini selalunya akan menyerang di semua bahagian pokok, akan tetapi Koya Nanas Merah Jambu kebiasaannya berada di bahagian pokok yang terlindung. Selain itu juga dila[porkan dimana Koya Nanas Merah Jambu ini selalunya berkumpul di bahagian pangkal pokok berada di atas permukaan tanah yang sering dilindungi oleh daun-daun nanas. Dalam masa sama serangga seperti semut (ants) selalu dikaitkan dengan kehadiran koya sebagai agen penyebar yang perlu dikawal (Sumber: LAporan Teknikal, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 2020). Ia adalah proses simbiosis dimana selalunya koya mengeluarkan cairan manisan sebagai makanan kepada semut, manakala semut pula menyediakan perlindungan dan pengangkutan kepada koya. Justeru penulis blog percaya kerjasama atau hubungan simbiosis ini menyebabkan penyebaran koya bertambah pantas dihabitat tanaman nanas. Hasil beberapa laporan kajian menunjukkan dimana kerosakan disebabkan oleh koya nanas boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara langsung dan tidak langsung. Secara langsungnya koya menyerang tanaman dengan cara menghisap cairan sel pada pangkal daun, akar dan buah. Daun pokok yang telah diserang bertukar warna menjadi merah dari hujung hingga keseluruhan pokok menjadi layu kekeringan. Selain itu juga dilaporkan dimana majoriti koya betina dewasa dan nimfa menghasilkan lebihan air dan gula sebagai manisan. Bahan ini kemudiannya jatuh pada daun dan buah serta berfungsi sebagai substrat untuk pertumbuhan kulat jelaga. Kesan kerosakan seakan 'cetakan jelaga' berkenaan selalunya boleh menghalang proses fotosintesis, kualiti dan kebolehpasaran buah nanas. Dalam pada itu penulis blog lihat dimana kes serangan secara tidak langsung oleh koya nanas pula ialah dengan bertindak sebagai vektor (penyebar) dimana dalam menyebarkan beberapa jenis virus yang boleh menyebabkan masalah kepada pokok nanas seperti penyakit layu koya dan penyakit merah nanas. Penyakit yang disebabkan oleh virus ini boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan kesan kepada pengeluaran nanas serta boleh menyebabkan kematian pada tanaman nanas. Antara beberapa langkah pengawalan koya adalah dengan menggunakan sulur nanas sebagai bahan tanaman yang bebas daripada penyakit. Kedua kawalan yang boleh dilakukan adalah dimana para pengusaha nanas juga perlu menjalankan kaedah amalan pertanian baik bermula dari fasa penyediaan kawasan. Ketiga kawalannya dengan menjalankan rawatan bahan tanaman (sulur nanas) yang akan digunakan agar ia dicelup terlebih dahulu dengan menggunakan racun serangga (malathion) dan racun kulat (benomyl) sebelum ditanam. Kawalan terakhir adalah dengan sering memantau akan kehadiran semut di kebun sebagai agen penyebaran koya dimana ia perlu dikawal selepas penanaman nanas dengan menggunakan umpan atau racun serangga sesuai. Selain daripada langkah-langkah yang disyorkan disyorkan agar penggunaan racun serangga organik juga merupakan pilihan yang baik. Penggunaan estrak daun semambu atau jatropha sebagai alternatif kawalan kepada koya mampu menggantikan racun sintetik dengan aplikasi penggunaan setiap 15 hingga 30 hari . Cara lain adalah dengan penggunaan minyak semambu juga berpotensi mengawal populasi koya di kawasan tanaman nanas di Malaysia. Semuga laporan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.

BANYAK TANAMAN... DISERANGNYA...
BAGI NANAS... DUA JENIS SPESISNYA...
PERLU DIKAWAL... PELBAGAI CARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Persimpangan Bukit Beruabg, Melaka,
Malaysia.
(7 Jamadilakhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.