Penulis blog percaya dimana ulam raja adalah sejenis tumbuhuan yang mudah tumbuh dikawasan rumah. Pokok ulam raja dikenali juga dengan 'kenikir' atau nama botaninya Cosmos caudatus merupakan sejenis tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Apa pun ia dikatakan tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikatl, Malaysia dan negara Asean. Sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu dan berbunga kecil dan ia boleh dimakan mentah bersama nasi serta dicicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak atau cencalok. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning, tapi jarang dijadikan ulam. Apa pun penulis blog tahu berdasarkan kajian dimana ulam raja mengandungi tiga peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Ia herba semusim yang boleh mencapai ketinggian hampir dua meter. Batangnya berwarna hijau tua dan ‘keunguan’ sedikit dimana pada kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas. Pokok ulam raja senang ditanam menggunakan keratan batang dan biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang serta sesuai ditanam pada ketinggian 200 meter dari aras laut. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning ‘keunguan.’ Ulam raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Pada masa sama tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di dalam pasu sekiranya tinggal di rumah bertingkat seperti flat atau apartmen (Sila lihat foto disebelah). Daunnya digunakan secara tradisi untuk melancarkan peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya dikatakan mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) sangat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam segar mengandungi lebih 20 jenis bahan antioksida. Malah keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
Media HM melaporkan artikel bertajuk 'Jual Ulam dalam Talian' menarikk saya untuk menulisn semula. Seorang wanita berjaya manfaatkan aplikasi jualan makanan dalam talian dengan menjual lebih 30 jenis ulam-ulaman kampung. Bagi Siti Rohani Mohd Isa mendakwa dia tidak menyangka ulam-ulaman itu mendapat permintaan selepas menggunakan aplikasi online (Sila lihat foto disebelah). Pada mulanya saya agak ragu-ragu kerana belum pernah orang lain menjual ulam-ulaman kampung dalam talian, nampaknya sangkaan saya meleset apabila hari pertama sudah ada empat pelanggan membuat tempahan menerusi aplikasi ini. Kini telah ramai yang mencari ulam-ulaman kerana ia semakin sukar diperoleh akibat pembangunan, malah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai lebih selesa beli dalam talian. Antara ulam-ulaman yang dijual Siti Rohani adalah pucuk daun letup, pucuk putat, daun asin-asin, peria pantai, cekur, daun gajus, petai, bunga kantan, rebung hutan, daun selom, daun kesom, daun kaduk, belimbing buluh dan daun maman. Ibu kepada empat orang anak ini, berkata dia sudah menjual ulam-ulaman itu sejak tujuh tahun lalu di pasar pekan Kuala Nerang, tetapi perniagaan terjejas akibat PKP. Aplikasi berkenaan yang dilancarkan sebelum Ramadan memberi dimensi baharu kepada masyarakat luar bandar untuk menambah pendapatan terutama ketika PKP. kalau sebelum ini pendapatan bersih saya menerusi jualan langsung kira-kira RM50 sehari, tapi selepas jual secara dalam talian ia meningkat sedikit. Apa yang penting aplikasi ini juga akan menggalakkan masyarakat makan makanan yang lebih selamat dan sihat tanpa bahan kimia dan racun berikutan ulam-ulaman ini ditanam di tepi rumah atau tumbuh liar tanpa perlu dijaga seperti sayur-sayuran lain.
Dalam media lain dilaporkan 'Berjalan sejauh 6km sehari, tolak troli jual ulam' lebih menarik kisahnya. Itulah aktivitinya dengan menaiki tangga hingga tingkat 17 dan dikejar anjing liar adalah di antara pengalaman pahit dilalui warga emas, Aminah Ahmad berumur 64 tahun ketika menjual pelbagai jenis ulam di sekitar Bangsar, flat Pahang, flat Johor dan flat Kedah di Kuala Lumpur, sejak 1970-an. Meskipun sudah berpindah ke Segamat sejak tahun lalu, Aminah tetap menjual pelbagai jenis ulam dari rumah ke rumah kerana selesa berjalan kaki untuk memastikan tubuh sihat dan pada masa sama, mencari wang tambahan bagi menyara keluarga. Dia yang ditemui wartawan HM menyatakan dia telah pun pulang ke Segamat selepas suaminya Johari Mat sudah bersara wajib daripada berkhidmat sebagai kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bangsar pada November lalu. Sejak suami bertugas di Bangsar sekitar 1970-an dia mula menjaja dan menjual pelbagai jenis ulam dan sayur secara pintu ke pintu di sekitar Bangsar, flat Pahang, flat Johor dan flat Kedah di Kuala Lumpur. Sekiranya lif rosak maka dia terpaksa menaiki tangga sehingga tingkat 17 dan meneruskan jualan selagi bekalan dalam bakul belum habis. Dia akan pergi dari pintu ke pintu dimana walaupun penat ia menyeronokkan kerana saya dapat menjalani gaya hidup sihat. Perkara paling sukar dilupakan, saya dikejar anjing liar namun alhamdulillah, saya tidak pernah digigit haiwan berkenaan dimana kini dia tinggal di rumahnya di Taman Mewah di Segamat. Semua ulam dan sayur-sayuran ditanam sendiri menggunakan bekas minuman di belakang rumahnya ketika menetap di Bangsar. Dakwanya apabila pulang ke Segamat, dia menanam markisa, daun kunyit, pegaga, cemperai, habatus sauda, beluncas, ulam raja, pucuk manis, pucuk gajus, serai, limau purut dan tenggek burung di tanah seluas tiga meter persegi. Kini disebabkan sudah tidak larat untuk membawa bakul lagi maka dia kini menggunakan troli untuk membawa pelbagai ulam dan dijual di sekitar Bukit Siput. Dia akan menolak troli yang mana menepatkan bekas untuk meletak pelbagai jenis ulam di sekitar Bukit Siput bermula 9 pagi sehingga 12 tengah hari setiap hari. Walaupun sudah berusia tetapi dia masih menjual dari rumah ke rumah kerana ia rutin harian. Jika sehari tidak keluar berjalan kaki dan menjual ulam, hari itu bagaikan tidak lengkap. Lazimnya dia akan berjalan kaki sejauh kira-kira enam kilometer setiap hari dan pada masa sama, boleh berkongsi pengalaman pemakanan serta pengambilan ulam kepada pembeli. Aminah sedar netizen memberikan pelbagai pandangan, namun tidak mahu memberikan sebarang komen kerana setiap manusia berhak memberikan pendapat masing-masing asalkan tidak mengaibkan atau berunsur fitnah. Apa yang penting dia mencari rezeki halal dan tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain. Setiap satu ikat ulam dan sayur dijual antara RM1 - RM2 kerana tujuannya juga untuk membantu suri rumah menjimatkan perbelanjaan, selain itu semua sayur dan ulam yang dijual segar serta selamat kerana saya tanam sendiri tanpa menggunakan sebarang racun.
Dalam penulis lain yang penulis blog rujuk lebih menyeronokan untuk dibaca kali ini. Artikel bertajuk 'Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?' dan ini sesungguhnya berbaloi ditulis semula. Dilaporkan amalan berpuasa dan juga memakan ulam-ulaman terutamanya ulam raja terbukti menyumbang kepada jangka hayat seseorang individu yang lebih panjang. Laporan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Suzana Shahar nyatakan daripada kajian serta penelitian yang dilakukan UKMdidakwa dua tabiat pemakanan berkenaan telah menyumbang kepada Penuaan Berjaya (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya dimana warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman. UKM masih belum membuat kajian khusus bagi warga emas berusia 100 tahun ke atas akan tetapi kajian ini merupakan cadangan yang baik untuk kita lihat tabiat pemakanan mereka yang menyumbang kepada Penuaan Berjaya. Bagaimana pun melalui kajian UKM dimana amalan seperti berpuasa sunat bagi Islam iaitu Isnin dan Khamis serta bagi bukan Islam seperti penganut Hindu berpuasa tidak memakan daging dan hanya memakan sayuran itu menepati saranan yang bagus untuk kesihatan mereka. Didakwa dimana Ulam raja adalah makanan paling baik untuk waga emas dimana warga emas yang mengambil ulam-ulaman terutamanya ulam raja memiliki kesihatan lebih baik berbanding yang lain. Menurutnya yang pernah membuat kajian berkaitan ulam-ulaman, ulam-ulaman tempatan terutamanya ulam raja mempunyai kandungan nutrien atau zat yang paling tinggi untuk otak dan baik untuk kesihatan warga emas. UKM buat pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas otak warga emas mendapati fungsi aktiviti otak lebih bagus bagi warga emas yang telah mengambil ulam raja berbanding mereka yang kurang makan ulam raja. Melalui dapatan kajian dimana pemakanan oat dalam kalangan warga emas mampu menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik. Bagaimanapun, corak pemakanan ini hanya kita dapati dalam kalangan warga emas yang berpendapatan tinggi sahaja dan kita masih melihat corak pemakanan warga emas berpendapatan rendah apakah jenis diet yang boleh membantu mereka untuk mendapat Penuaan Sihat.
Dekan UKM ini juga menegaskan selain pemakanan sihat, terdapat beberapa aktiviti yang menyumbang kepada jangka hayat panjang. Antara aktiviti yang mampu menjurus ke arah meningkatkan kesihatan mental seperti membaca, mendengar kuliah (masjid, surau) dan mengambil nota, permainan seperti catur sudoku amat bagus untuk Penuaan Berjaya. Selain itu beberapa aktiviti fizikal yang mudah seperti aktiviti berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit dalam seminggu atau setiap hari 6,000 ke 10,000 langkah itu juga menyumbang kepada kesihatan warga emas yang baik. Menurutnya beberapa amalan termasuk amalan bangun awal pagi sebelum waktu subuh juga menyumbang kepada kesihatan warga emas yang lebih baik. Pada waktu pagi dilaporkan hormon yang menggalakkan pembakaran lemak itu akan dirembeskan lebih tinggi. Fungsi otak pada waktu awal pagi juga berada di tahap optimum. Dia juga berkongsi, sokongan sosial menjadi antara faktor penyumbang kepada kesihatan warga emas yang lebih baik. Kini dilaporkan hanya 11 peratus warga emas capai Penuaan Berjaya hasil daripada amalan berpuasa dan makan ulam raja. Kini dilaporkan dimana UKM baru sahaja menjalankan survei Penuaan Sihat mengikut definisi antarabangsa membabitkan 2,122 warga emas di empat negeri utama iaitu di Perak, Selangor, Johor dan Kelantan. Negeri yang UKM pilih itu merupakan negeri yang mencatatkan bilangan warga emas tertinggi di negara ini. UKM lihat berapa peratus yang betul-betul mencapai Penuaan Berjaya (SA) atau sihat iaitu warga emas itu tiada langsung penyakit kronik seperti diabetis, jantung, darah tinggi dan juga kanser serta sihat dari segi mental, fizikal dan kualiti hidup bagus hanyalah sekitar 11 peratus. Hasilnya 16 peratus pula ada Kecederaan Kognitif Ringan (MCI) iaitu ada simptom-simptom lupa, fungsi kognisi berkurangan dan sekiranya tidak dijaga berisiko dimentia ataupun nyanyuk di masa akan datang. Menurut kajian dimana sekiranya tiada langkah pencegahan maka warga emas berkenaan berisiko nyanyuk dan memberi impak besar kepada tahap kesihatan mereka. Baki 73 peratus lagi adalah Penuaan Biasa (UA) iaitu tiada dimentia, tiada masalah mental semuanya dalam keadaan baik tetapi mempunyai masalah penyakit kronik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MUDAH DITANAM... HIJAU DIA...
AMAT BERKHASIAT... ENAKNYA...
AMALAN BAIL... WARGA BERUSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawal 142).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.