Support My Blog

Thursday, June 3, 2021

AKAR TUMBUHAN - APA DIA?

AKAR TUMBUHAN (Plant Roots) merupakan satu komponen penting pada semua jenis tumbuh-tumbunan. Kedudukan akar tumbuhan kebanyakannya berada didalam tanah walau pun ada yang berada di udara dan sebagainya. Selain daripada bahagian akar, tumbuh-tumbuhan mempunyai komponen lain iaitu Daun, Batang, Bunga dan Buah. Dalam peribahasa Melayu pun banyak perkataan berkaitan akar telah digunakan seperti 'Tiada rotan, akar pun berguna' dan 'Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya'. Kita tidak nampak bagaimana rupa struktur akar didalam tanah tidak seperti struktur daun, batang, buah dan bunga yang kita boleh lihat dan sentuh dengan mudah. Para ahli sains pertanian perlu menggali kedalam tanah untuk melihat kemungkinan kerosakan akar apabila diserang oleh perosak atau penyakit akar dan baru boleh membuat pemeriksaan seterusnya di lokasi atau di makmal. Adakah kita semua faham akan sistem akar dan fungsinya kepada tumbuh-tumbuhan?. Adakah kita telah mahir untuk kenal jenis-jenis akar pada tumbuh-tumbuhan?. Bagaiman akar berfungsi sebagai satu sistem pengakaran dengan berkesan?. Pada penulis blog artikel yang ke 6,418 ini mendapati akar tumbuhan mempunyai banyak fungsi terhadap tumbuh-tumbuhan. Terdapat 5 fungsi utama akar dan 3 fungsi kegunaan yang saya belajar semasa dari sehingga belajar di universiti dahulu. Pertama sekali ialah fungsi akar tumbuhan sebagai menyokong dan memperkukuhkan pokok pada lokasi diatas tanah. Akar berada didalam tanah dan memanjang jauh kedalam tanah serta melebar untuk mempastikan bahagian atas pokok tidak tumbang terutamanya apabila ditiup angin. Kekuatan bahagian akar menyebabkan pokok hutan setinggi lebih 100 meter kukuh diatas tanah selama beratus-ratus tahun. Akar kayu ini mencengkam dan berlingkar-lingkar sehingga jauh kedalam tanah. Akar tumbuhan juga berfungsi sebagai organ untuk menyerap air dan nutrien dalam tanah untuk dihantar ke bahagian atas tumbuh-tumbuhan. Fungsi ketiga akar adalah untuk menyalurkan dan mengangkut bahan nutrien serta air untuk dihantar kebahagian-bahagian yang diperlukan. Akar juga berfungsi sebagai organ pernafasan (respiration) bagi tumbuh-tumbuhan tertentu seperti pokok bakau. Fungsi kelima akar adalah sebagai tempat untuk penyimpanan (storage) bahan-bahan makanan seperti umbisi iaitu Ubi Kayu, Keladi, Karot dan sebagainya. Akar tumbuhan juga merupakan bahan untuk makanan bagi manusia dan haiwan yang popular seperti Kentang. Selain itu peranan akar sebagai struktur mengawal hakisan tanah merupakan sesuatu perkara penting terutama ketika dibuat aktiviti pemotongan tanah. Akhir sekali akar adalah bahagian tumbuhan yang sesuai digunakan sebagai bahan untuk pembiakan tanaman (plants propogation). Artikel subuh Isnin 20 Syawal 1442H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia akar untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog ini bagi menambahkan ilmu.

Kajian mengenai akar tumbuhan telah lama dilakukan semenjak dulu dimana ia berkait dengan tumbuhan tersebut kerana ada sebanyak 
lebih dari 390 ribu spesis tumbuhan yang sudah dikenalpasti saintis. Terdapat berbagai jenis tumbuhan mempunyai jenis-jenis akar yang berbeza-beza. Bagaimana pun secara asasnya saintis mengkelaskan akar kepada dua yang utama iaitu jenis Akar Tunjang dan juga jenis Akar Serabut. Bagaimana pun bagi tujuan lebih saintifik maka saintis mengkelaskan jenis akar mengikut fungsi khususnya seperti Akar Udara, Akar Pelekat, Akar Gantung dan sebagainya. Akar tumbuhan memang unik kerana ia adalah salah satu bahagian pennting tumbuhan yang sebahagian besarnya memang berada didalam tanah. Banyak fungsi akar pada tumbuhan dimana yang utama adalah untuk menyerap nutrien dan air serta memegang pokokk teguh berada menegak diatas tanah. Pokok yang tinggi dan besar dengan kanopi yang berat seperti pokok kayu balak dalam hutan mempunyai sistem akar yang jauh kedalam bumi hingga jika berlaku ribut dan tiupan angin kencang ia tetap teguh berdiri. Akar tunjang ini akan di kelilingi dengan akar serabut yang fungsinya lebih kepada proses pengambilan air dan nutrien untuk dibawa kebahagian daun melalui batang dan dahan tumbuhan. Nutrien dan air daripada akar akan dihantar kebahagian daun untuk melalui proses fotosintesis dengan adanya cahaya matahari dan Karbon dioksid. Proses fotosintesis ini akan menghasilkan tenaga dan juga Oksijen yang melengkapkan lagi kitaran CO2:O2 dari tumbuhan. Adalah amat pentingperanan  tumbuhan didalam kelestarian kehidupan didunia.

Paling perlu untuk pembaca blog Anim Agro Technology perlu tahu mengenai akar adalah Jenis Akar Tunjang atau juga dipanggil Akar Tunggang (Versi Indonesia). Kebanyakan tumbuhan berkayu mempunyai akar tunjang yang berbagai bentuk, saiz dan juga tahap kedalamannya yang memberikan kehidupan keada tumbuhan tersebut.  Antara ciri-ciri akar tunjang adalah dimana ia berupa akar pokok atau akar besar yang banyak mempunyai cadang dikelilingnya. Cabang akar tunjang ini akan dikelilingi pula dengan akar serabut yang halus keluar daripada setiap cabangnya. Biasanya selain daripada menjadi sebahagian 
akar pokok dan akar cabang memang ada lagi bahagian rambut akar dan tudung akar (root cap). Perbezaan ukuran antara akar pokok dan akar cabang terlihat jelas jika di teliti secara marfologinya. Jenis tumbuhan yang memiliki akar tunjang adalah tumbuhan dikotil atau jenis tumbuhan dengan bijinya berkeping dua. Memang banyak tumbuuhan yang mempunyai akar tunjang di Malaysia seperti Pokok Mangga, Durian, Limau, Getah, Belimbing, Nangka, kayu Chengal, Leban dan banyak lagi. Beberapa pokok renek dan sayuran juga walau pun kecil tetap mempunyai akar tunjang seperti pokok tomato, cili, terung, bayam dan beberapa lagi. Jenis Akar Serabut atau juga dipanggil sebagai Akar Rambut (Tap root) mempunyai bentuk yang berserabut dengan bahagian hujung dan pangkal akar berukuran sama besar. Apa pun pada akar serabut hanya ada rambut akar dan serabut akar dimana semua bahagian akar keluar dari pangkal batang. Banyak jenis tumbuhan yang mana ia mempunyai jenis akar serabut dan biasanya jenis tumbuhan monokotil atau tumbuhan dengan biji berkeping satu mempunyai akar serabut. Diantara jenis tumbuhan yang mempunyai sistem akar serabut  adalah seperti Jagung, Padi, Pisang, Kelapa, Sawi, rumput kerbau dan beberapa lagi.  
 
Jenis akar tumbuhan yang dikelaskan berdasarkan kepada ciri-ciri sifat dan fungsi khususnya seperti Akar Gantung, Akar Pelekat dan Akar Udara. Jenis Akar Gantung selalunya aakan tumbuh daripada bahagian tumbuhan yang ada di atas tanah dimana ia kelihatan akan tergantung di udara (Sila lihat foto disebelah). Bila dilihat dengan teliti akar gantung ini tumbuh dari bahagian batang dan menjulur ke bawah iaitu ke arah tanah dan boleh dijadikan sebhagian dari akar ornamental (hiasan) yang agak menarik. Memang bukan mudah hendak melihat akar jenis seperti ini dimana diantara tumbuhan yang memiliki akar gantung adalah seperti Pokok Beringin, Tanaman Anggrek, Tanaman Curtain ivy dan beberapa lagi.  Akar Pelekat atau Akar Melekat pula selalunya mempunyai ciri khas untuk melekat kepada batang kayu atau tiang kayu, batang pokok lain atau pada tembok dinding bangunan atau pada konkrit pagar dengan kuat. Apa pun selalunya tumbuhan yang mempunyai akar pelekat ini juga boleh tumbuh menjalar. Penulis blog dapati diantara jenis tumbuhuan yang mempunyai akar pelekat ini termasuk pokok Sireh, Pokok Lada Hitam dan beberapa jenis pokok hoasan lain yang menghijaukan dinding bangunan. Akar Udara atau juga dipanggil Akar Pernafasan adalah agak unik kerana ia slalunya akan tumbuh tegak lurus ke atas atu ia seakan muncul dari permukaan tanah atau air. Akar ini sekali pandang dilihat seakan merupakan cabang-cabang akar. Jika diperiksa dengan teliti sebenarnya akan didapati ada banyak celah pori atau lubang-lubang pada akar tersebut sebagai laluan masuk udara didalam membantu pernafasan tumbuhan tersebut. Penulis blog dapati diantara tumbuhan yang memiliki akar jenis ini seperti Pokok Kayu Api, Pokok Bakau (banyak disepanjang pantai) dan juga Tanaman Pandan. Memang Allah Taala menjadikan berbagai jenis tumbuhan yang ada banyak ciri pertumbuhannya disesuaikan dengaan keadaan persekitaran uuntuk dimanafaatkan oleh penghuni alam. Semuga artikel subuh ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
AKAR TUMBUHAN... APA GUNA...
AKAR TUNJANG... PALING UTAMA...
AKAR SERABUT... SERAP SEMUA...
AKAR LAIN...MENGIKUT FUNGSINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Syawal 1332H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...