Support My Blog

Wednesday, June 9, 2021

MAYONIS - APA DIA?

MAYONIS
(Mayonnaise) merupakan produk yang lama juga dikenali di Malaysia sebagai salah satu jenis sos yang dibuat dari bahan utamanya adalah minyak sayuran, telur ayam dan cuka. Produk Mayonis yang ada dipasaran di negara kita pada umumnya digunakan sebagai perasa pada makanan seperti salad, burger, kentang goreng, makanan grill, sandwic dan beberapa lagi. Penulis blog memang suka dengan makanan sepertinya yang ada perisa tambahan mayonis dan memang sentiasa ada menyimpannya dalam rumah. Dilaporkan dimana ada jenis mayonis yang hanya menggunakan kuning telur saja atau menggunakan sari buah lemon atau mustard sebagai perasa. Dikebanyakan belahan dunia dimana mayonis telah digunakan di dalam pembuatan sandwic, sos kentang goreng  dan pelbagai makanan tempatan termasuk didalam pizza, okonomiyaki, yakisoba, takoyaki, ebi furai dan sebagainya. Mayonis di Perancis sering dijadikan dressing makanan seperti Aioli iaitu sejenis mayonis dari minyak zaitun yang dicampur bawang putih atau Sos Tartar iaitu jenis mayonis dengan asinan timun dalam botol dan bawang bombay dan kadang-kadang ada ditambah dengan caper, buah zaitun dan telur rebus dilumatkan. Terdapat juga 'Russian dressing' atau 'Marie Rose sauce' iaitu jenis mayonis dengan sos tomato, yogurt dan krim kental. Jenis mayonis seterusnya dikenali sebagai 'Sos Thousand Island' dan 'Mayonesa' yang kegunaannya berlainan mengikut fungsi. Artikel didalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan beberapa fakta mengenai mayonis dan perkara yang berkaitan dengannya untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Dilaporkan dimana terdapat banyak jenis mayonis dipasaran bergantung kepada cara pembuatannya dan kegunaannya. Antara jenama mayonis popular di Malaysia seperti Lady's Choice, Saji Mayo, Kimball, Mayo Best, Telly Mayo dan banyak lagi. Sebenarnya memang a
da berbagai-bagai jenis cara pembuatan mayonis. Mayonis biasanya akan dibuat dari campuran minyak, kuning telur, cuka, garam dapur dan mustard. Alat pengacau (mixer) mayonis iaitu handmixer, food processor, pengisar atau kalau buat sendiri boleh dikacau secara manual dengan memakai pengacau telur atau garpu. Biasanya Mayonis juga boleh dibuat dari putih telur saja asal dikacau dengan kecepatan tinggi menggunakan alatan food processor. Bagaimana pun tekstur dan rasa mayonis yang dihasilkan juga seakan sama dengan mayonis dari kuning telur. Ada kalanya bagi resepi tradisional Perancis mereka campurkan bahan minyak zaitun atau minyak safflower sebagai bahan utama pembuat mayonis. Mayonis buatan sendiri mengandungi kadar lemak sehingga 85% sedangkan mayonis buatan kilang mengandungi kadar lemak sekitar 70-80% untuk ianya lebih tahan lama. Mayonis rendah lemak mengandungi tepung dan bahan pengawet yang lain untuk meniru mayones yang asli. Mayones Jepun dibuat dari cuka beras dan mempunyai rasa yang berbeza dibandingkan dari mayonis barat yang dibuat dari cuka hasil dari penyulingan. Mayonis Jepun bukan dijual di dalam toples tetapi ia dijual di dalam botol plastik lutsinar yang boleh dipicit. Mayonis juga dilaporkan antara salah satu perasa dalam masakan Jepun yang popular. Ajinomoto dan Kewpie adalah antara dua buah jenama mayonis yang menguasai pasaran dalam negera Jepun dimana menjadi amalan di Jepun, penggemar mayonis akan selalu menambahkan mayonis ke dalam semua jenis makanan yang dimakan disebut 'mayora'.

Dinyatakan dimana 
Mayonis adalah salah satu makanan ringan kegemaran orang-orang daripada seluruh dunia. Sos ini akan ditambahkan ke hampir semua makanan sarapan pagi (seperti roti disebelah), makanan pembuka selera, laukpauk, makanan segera dan juga beberapa jenis hidangan utama. Makanan ini memang mempunyai populariti yang sangat luas diseluruh dunia dimana boleh dikatakan dalam masyarakat bandar hampir semua rumah ada menyimpan mayinis dirumahnya. Memang bukan sukar untuk mencari produk mayonis di premis kedai runcit, pasar dan pasaraya diseluruh Malaysia dan dikawasan yang jauh dipendalaman pun selalu ada dijual. Penulis blog yang pernah bertugas ke pendalaman seperti di Kapit, Bakun, Long Apit, Long Lellang, Bakelalan, Bario di Sarawak dan Long Pasia di Sabah pun pernah mendapatkan mayonis di kedai runcit. Ia merupakan salah satu pilihan penulis blog untuk mendapatkan makanan yang mudah, berkhasiat, mengenyangkan dan halal terutama jika membuat kerja dikawasan pendalaman seminggu atau lebih lama. Bahan makanan yang sring dibeli atau dibawa semasa travelling terdiri daripada roti potong, majerin atau mayonis, timun, telur, jem, mee maggi dan biskut serta pisang untuk menjadi bekalan makanan yang murah, mudah dibawa dan tisak menjumukan. Pengalaman bertugas di kawasan pendalaman di Sarawak, Sabah dan Pahang memberikan pengalaman terbaik kepada penulis blog semasa muda.

Komponen mayonis adalah terdiri dari  MINYAK SAYUR
 seperti minyak zaitun atau minyak bunga matahari yang sering ditambahkan ke mayonis. Bahan ini bertanggungjawab untuk kesihatan kulit, rambut dan juga kuku kita. Minyak mempunyai kesan signifikan yang baik terhadap sistem pencernaan, melawan sembelit dan neoplasma di dalam perut. Asid lemak tidak tepu biasanya akan terkumpul di dalam minyak dimana ia memberi kesan positif kepada gerakerja jantung dan saluran darah. Apa pun dengan pengambilan mayonis buatan sendiri atau komersil yang sistematik didakwa dinding saluran darah menjadi lebih padat, kolesterol keluar dan masaalah aterosklerosis dicegah. Komponen lain adalah TELUR (ayam atau puyuh) boleh dijadikan asas komponen dalam mayonis dimana ia disediakan mengikut teknologi biasa atau klasik dimana ia akan ditambahkan ke kuning telur ayam. Apa pun peningkatkan khasiat mayonis boleh dilakukan dengan cara memasukkan protein (ayam atau puyuh) dalam resipi pembuatannya. Telur adalah sumber kolin, vitamin F, tokoferol, vitamin B dan bahan-bahan lain yang berkhasiat. Proses membuat yang sistematik menyebabkan kepada peningkatan proses metabolik. Mayonis didakwa mampu memelihara keremajaan tisu dan meningkatkan pengeluaran sel darah. Komponen seterusnya adalah CUKA dimana bahan ini bertindak sebagai pengawet semula jadi. Selalunya cuka diganti dengan jus lemon atau asid dimana citarasanya tetap tidak berubah. Bahan tambahan lain yang disenaraikan juga mempunyai kesan yang baik pada rongga mulut, mencegah penyakit gusi dan karies, memutihkan gigi dan memelihara enamel dan membunuh patogen. Digallakan mereka yang makan mayonis mesti membilas (membersihkan) mulutnya dengan ramuan herba setelah mengambil hidangan dengan mayonis. Komponen lain seperti MUSTARD juga ada kalanya digunakan kerana ia mempunyai sifat pembasmi kuman. Ada kalanya serbuk mustard dapat meningkatkan pertahanan badan dan menyumbang kepada penentangan terhadap jangkitan virus semasa wabak. Adalah digalakan agar pembaca membuat sendiri mayonis dirumah bagi mendapatkan khasiat yang optima kerana ia biasanya tidak mengandungi bahan tambahan tiruan yang mengancam kesihatan. 

Terdapat beberapa laporan mengenai bahaya makan mayonis dan potensi ancamannya yan akan dilaporkan. Secara teorinya mayonis buatan sendiri adalah lebih praktikal dan selalunya ia tidak membahayakan penmakannya tidak seperti produk mayonis komersil yang dikeluarkan oleh kolang komersil. Selalunya mereka yang membuat mayinis sendiri dirumah akan menghasilkan produk mayonis dalam kuantiti yang banyak dengan menggemulsi  lemak trans sebagai ganti minyak sayuran yang tepu dengan tokoferol. Ianya memudahkan untuk diserap oleh badan dan baik kerana enzim-enzim tersebut mula tersimpan di dalam tisu. Akhirnya bahan lemak berbahaya berfungsi untuk proses mengembangkan keabnormalan patologi. Bagi mereka yang mula mengalami masalah saluran gastrousus dan sistem kardiovaskular sebaiknya cuba menggunakan lemak berkualiti tinggi dalam penghasilan komposisi. Cara ini dilaporkan akan membantu mayonis mengekalkan struktur dan rasa yang seragam untuk jangkawaktu yang lama dimana produk itu akan sentiasa "segar". Penambah perisa yang dihasilkan oleh tindak balas kimia ditambahkan ke mayonis industri. Bahan-bahan ini bagaimana pun boleh menyebabkan ketagihan komposisi kerana ia menyebabkan gangguan pencernaan yang teruk. Jika ada bahan pengawet dalam mayonisia mampu meningkatkan jangkahayat produk dimana ia akan menekan semua aktiviti bakteria dan pelbagai kulat.  Didakwa dimana antara kelemahan ketara produk mayonis komersil  adalah bahawa tidak ada bahan semula jadi dalam produk.  Kajian menunjukkan bahawa mayonis yang dibeli sangat popular hanya dibeberapa negara seperti di Rusia semantara di Barat dan USA produk tersebut dianggap berbahaya kerana kandungan lemak tinggi. Di Malaysia para pengeluar berusaha mengurangkan kandungan lemak digantikan dengan bahan tambahan tambahan lain dibenarkan dibawah akta makanan. Sebaiknya jika ada stok mayonis periksa dahulu kualitinya sebelum dimakan untuk mengelakan sebarang kemungkinan seperti keracunan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA MAYONIS... POPULARNYA...
PENYEDAP MAKANAN... DIDUNIA...
DALAM SALAD... BURGER PUN ADA...
BUAT SENDIRI... MEMBELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior AGronommist,Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...