Support My Blog

Tuesday, June 29, 2021

KENALI BUAH-BUAHAN TEMPATAN (Part 3)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut. Seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan selalunya boleh menikmati buah-buahan ini sepanjang tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar bermusim. Banyak jenis buah-buahan tempatan yang ditanam untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan juga untuk diproses menjadi pelbagai pproduk lain berasaskan kepada buah-buahan. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala bagi jenis buah-buahan bermusim pula adalah seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya. Rakyat Malaysia memang digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar diperolehi dengan harga berpatutan. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun dimana ia sudah tentu ada khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.  Buah-buahan tempatan juga mudah didapati secara percuma (lazimnya musim durian ramai balik kampong untuk makan durian keluarga) dan membelinya di gerai buah-buahan, pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasaraya malahan kini telah ada jualan buah-buahan tempatan secara on-line. Bagi sesetengah buah bermusim memang seakan ada pesta buah-buahan terutama raja segala buah kalau bukan Durian. Ramai orang tempatan akan memburu durian premiumseperti Durian Musang King, Durian Udang Merah, Durian Duri Hitam, Durian Tekka dan beberapa lagi. Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika ianya dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport dimana tahukah pembaca jika ada buah-buahan import dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan dengan ramai peminat buah-buahan tempatan akan dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian. Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh ianya merbahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Semua dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan. Buah-buah tempatan didakwa mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology"  mengenai beberapa jenis buah-buahan tempatan yang berpotensi untuk dikomersilkan dan dibuat ujirasa untuk bahan rujukkan semua.

Di Malaysia penanaman buah-buahan dilakukan oleh pekebun kecil dan estet swasta sama ada secara kecil-kecilan atau pun secara meluas. Antara jenis buah tempatan yang telah ditaam secara estet perladangan adalah seperti Buah Nanas, Buah Durian, Buah Betik dan juga buah Nnagka. Buah nangka ini ditanam secara meluas d beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seperti di TKPM Lanchang, TKPM Kota Perdana, TKPM Tengaroh dan banyak lagi lokasi. Potensi buah-buahan tempatan untuk pasaran eksport membolehkan lebih ramai pengusaha yang berani menanam buah tembikai, buah nanas, buah durian, buah betik dan buah belimbing. Sebagai contoh dimana buah nanas seperti Nanas MD2 merupakan jenis buah segar yang menembusi eksport kebanyak negara seperti Singapura, China, Jepun, Negara2 Timur Tengah dan banyak lagi. BUah durian pula kini memang mempunyai potensi pasaran besar ke China. Bagi buah buahan tempatan ini memang jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini. Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim yang boleh dimajukan didalam pelbagai lokasi dan kaedah pengurusan agar ia menjadi satu industri yang menguntungkan kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan Jabatan menggariskan beberapa jenis buah-buahan tempatan (19 jenis) yang sesuai dimajukan iaiitu Tembikai, Nanas, Buah Naga, Jambu Batu, Jambu Air, Mangga, Rambutan, Belimbing, Ciku, Nangka, Cempedak, Limau Bali, Limau Manis, Betik, Dokong, Durian, Manggis, Pulasan dan Pisang.  

Buah Pisang (Musa sapientium) atau 'banana' sememangnya dikenali sebagai buah tropika yang terbaik dan dimakan oleh sebahagian besar penduduk dunia. Pisang adalah salah sejenis buah yang paling sihat untuk dimakan dan juga paling versatil. Terdapat beratus-ratus jenis pisang dari yang jenis pisang yang manis, keemasan, senang dikupas dan boleh dimakan begitu sahaja. Pisang yang hijau hanya digunakan untuk bahan masakan sahaja. Biasanya pisang masak dimakan segar atau sebagai pencuci mulut, hiasan dan perisa minuman. Pisang mentah pula diproses menjadi makanan ringan seperti kerepik yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Antara beberapa jenis pisang yang popular ditanam dan dijual di Malaysia adalah seperti Pisang Berangan, Pisang Mas, Pisang Tanduk, Pisang Hipah, Pisang Masak 40 hari (ada yang panggil sebagai Pisang Lemak hijau), Pisang Nangka, Pisang Cavendish dan beberapa lagi.

Buah Limau 
Bali (Citrus maxima) pula merupakan buah sitrus yang terbesar di dunia. Saiz limau bali boleh mencecah 30 cm diameter, memiliki tekstur kulit yang licin dan lembut berwarna hijau kekuningan. Isinya berulas berwarna putih ataupun merah jambu jernih. Kebiasaannya dimakan secara segar sama seperti buah limau yang lain. Rasanya manis menyenangkan dan rasa kesegaran yang tajam. Ulasnya boleh diperah untuk dijadikan jus. Cara makan dengan memotong kulit secara membujur dengan menggunakan pisau yang tajam. Potong juga bahagian yang lembut dari tangkai ke bahagian bawah. Kupas kulit yang tebal untuk mendapatkan ulasnya yang lembut. Pisahkan setiap ulas menggunakan pisau yang kecil dan kupas kulit ulas tersebut. Sajikan setiap ulas dan buang biji di dalamnya. Di Malaysia ada tiga varieti limau bali popular seperti Limau Bali Shanting (PO51), Limau Bali Tambun (PO52) dan juga Limau Bali Ledang (PO55). Limau Bali merupakan antara buah yang penting dalam perayaan kaum Cina di Malaysia.

Walau pun Limau Manis (Citrus recticulata blanco) merupakan salah satu jenis keluarga limau akan tetai yang ditanam di Malaysia kulitnya agak mudah untuk dikupas dengan jari. Buah ini selalunya mempunyai kulit tebal meliputi lekuk di bahagian atas buah dimana setelah dkupas kulitnya makan dilihat isinya dilihat dipisahkan mengikut ulas isinya tanpa mengeluarkan jus buah tersebut. Limau manis atau juga dipanggil sebagai 'Limau Langkat' ini sebenarnya mudah untuk dimakan di mana-mana sahaja tanpa menggunakan peralatan untuk memotongnya. Di Malaysia ada beberapa limau manis yang popular ditanam seperti Varieti Limau Manis Tempatan (M32) dan varieti Limau Manis Madu (M33). Limau manis ini semakin kurang ditanam di Malaysia kerana masaalah serangan oleh Citrus Greening Disease (CGD) yang pernah memusnahkan industri ini di Sarawak, Terengganu dan Johor.

Buah Betik atau Buah Papaya (Carica papaya) merupakan sejenis buah popular ditanm di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. M
alaysia telah dikurniakan dengan buah betik yang lazat dengan rasa yang manis. Sesetengahnya akan kekal berwarna hijau setelah matang akan tetapi kebanyakannya bertukar menjadi kuning keemasan atau oren setelah matang. Betik mempunyai isi yang cantik, wangi dan berwarna merah jambu seperti ikan Salmon, dengan biji berwarna kelabu hitam yang banyak di bahagian tengah buah tersebut. Hidangkan secara kepingan atau kiub sebagai pencuci mulut yang menyelerakan dan boleh ditambah di dalam salad buah, kari, salsa atau yogurt. Cara makan betik dengan memotong buah kepada dua bahagian secara membujur dengan menggunakan pisau yang tajam. Dengan menggunakan sudu, buangkan semua biji yang berada pada bahagian tengah buah secara perlahan-lahan. Kupaskan kulit. Hidangkan sejuk secara kepingan atau kiub. Potong buah menjadi empat bahagian dan buang kulit luarnya. Antara vareti betik popular di Malaysia seperti Betik Eksotika, Betik Sekaki, Betik Subang, Betik Batu Arang dan beberapa lagi.

Seterusnya buah tempatan yang bermusim adalah Buah D
okong (Lansium domesticum) dimana apabila buahnya masak maka ia dapati secara gugusan dan memiliki kulit nipis berwarna kuning cair. Setiap isinya berulas 5 serta lutsinar. Bau isinya amat menyenangkan atau wangi di samping rasa manis serta teksturnya yang berair. Isinya terdapat biji yang pahit dan tidak boleh dimakan walau pun kualiti buah dokong yang baik selelunya tiada berbiji atau ada sebiji sahaja. Sebenarnya ada dua jenis dokong ditanam do negara kita iaitu jenis Dokong Air dan Jenis Dokong Kering. Negeri yang luas menanam dokong adalah Terengganu dan Kelantan dimana muism berbuah sekitar Ogos sehingga September.

Buah tempatan yang semakin popular kini adalah Buah Manggis (Garcinia mangostana
dimana bentuknya seakan buah epal mempunyai kulit tebal berwarna ungu gelap. Isinya terdiri daripada 5 hingga 7 ulas berwarna putih yang berair dan manis rasanya. Apa pun selalunya sebahagian ulasnya memiliki biji besar berwarna merah jambu gelap yang tersimpan di dalam empulur bagaimana pun lazimnya ia perlu dibuang terlebih dahulu sebelum dimakan. Isinya manis menyegarkan dan mempunyai aroma yang kuat seperti kuih tat. Buah manggis mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Boleh dimakan secara segar ataupun sebagai salad buah-buahan. Cara makan buah manggis dengan memotong kulit manggis yang tebal sama ada menggunakan pisau kecil yang tajam di bahagian tengah keliling buah tersebut. Keluarkan bahagian atas kulit yang dihiris supaya dapat dilihat isi yang putih dan berair. Buah ini boleh disajikan di atas piring hidangan tanpa mengeluarkan bahagian bawah kulit buah tersebut. Nikmati isi manggis dengan menggunakan garfu kecil. Buang biji jika ada. Ada 3 jenis manggis didaftarkan di Malaysia iaitu Manggis Tanpa Biji (GA1), Mesta (GA2) dan juga Manggis Tempatan (Tiada nombor rujukkan). 

Buah tempatan yang semakin mendapat perhatian di Malaysia adalah Buah Pulasan (Nephelium mutabile) dimana ia merupakan sejenis 
buah bermusim. Pulasan mempunyai kulit berduri tumpul, lembut dan berwarna merah. Isinya yang sangat manis dan enak menyerupai buah rambutan. Enak dinikmati begitu sahaja atau dijadikan salad buah-buahan, jeli atau minuman. Apa pun penulis blog dapati daripada sebanyak 18 varieti pulasan yang pernah didaftarkan di Malaysia hanya varieti Pulasan Ah Hock 94 (P66) daripada Muar, Johor yang masih ditanam secara komersil. Saya ada menulis beribu artikel mengenai semua 19 jenis buah-buahan tempatan dalam blog anim agro technology yang boleh dibaca untuk memperincikan semua buah tersebut. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH TEMPATAN... 19 SEMUANYA...
BUAH BERMUSIM..TIDAK MUSIM ADA...
DIMAKAN SEGAR... DIPROSES ADA...
MEMBELI BUAH... BUATLAH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...