Support My Blog

Wednesday, June 23, 2021

MAKANAN 'LINUT' - APA DIA?

APAKAH DIA LINUT?
. Mungkin orang Malaysia lebih kenal dengan nama 'ambuyat' berbanding dengan 'linut'. Apa pun sebenarnya linut dan ambuyat adalah benda yang sama walau pun dilaporkan asal namanya dari negeri berbeza. Di Sarawak makanan ini dipanggil 'linut' manakala di Sabah dan Brunei pula ia lebih dikenali sebagai 'ambuyat'. Bagi penulis blog yang pernah bertugas di Sarawak selama 3 tahun pernah ke Mukah dan membuat ujirasa makanan linut ini. Sebenarnya dimana makanan Linut ini diperbuat daripada tepung sagu. Versi linut yang belum dimasak pula disebut lemantak yang ada dijual dalam pek-pek kecil di kedai-kedai runcit dan juga ada dual juga di supermarket. Dalam zaman e-commerce seperti sekarang dimana bekalan atau membeli lemantak juga boleh didapati di platform beli-belah atas talian seperti Shopee dan Lazada dimana pembaca blog hanya perlu taip lemantak untuk survey harganya dan membelinya secara on-line. Tunggu sahaja di rumah semasa Perintah Kawalan Perjalanan dan 'Lockdown' akibat pandemik covid-19 tetapi masih boleh menyediakan dan makan linut atau ambuyat. Bagaimankah cara untuk membuat linuy atau ambuyat ini memang mudah. Biasanya untuk memasak linut, air panas mendidih adalah syarat paling penting. Air yang mendidih dituang ke dalam bancuhan lemantak yang dah digaul dengan sedikit air pada suhu bilik cukup sekadar untuk hilangkan ketulan-ketulan tepung sagunya. Sambil air dituang sebaiknya bancuhan lemantak perlu digaul sehingga mencapai konsistensi yang diinginkan. Biasanya sehingga lemantak menjadi linut yang rupanya seperti gam pekat. Menegenai citarasa Linut atau Ambuyat dimana linut kalau dimakan kosong, ia tidak memberi rasa apa-apa. Rasanya adalah kosong dan tawar, cuma perasaan memakan sesuatu yang lembik dan kenyal. Sebab itulah di sesetengah daerah di Sarawak, linut akan dimakan bersama air asam. Air asamnya pula berbeza dengan air asam utara. Ia disedia dengan menggunakan bawang merah, bawang putih, cili besar, cili padi, ikan bilis dan sedikit belacan kemudian ditumbuk lumat semua sekali sebelum diperah air limau kasturi, ditambah sedikit air masak, gula dan garam secukup rasa. Dalam pada itu linut yang sudah siap digulung dengan penyepit makanan khas dimana ia kemudian dicicah ke dalam air asam tersebut sebelum dimakan. Untuk tujuan memakannya, tidak perlu dikunyah dan hanya perlu terus telan sahaja. Melainkan jika makan bersama hidangan lain maka barulah ianya dikunyah bersama. Sebagai contoh jika makan linut dilengkapi dengan menu sampingan ikan goreng dan sayur lemak. Sayur pucuk ubi masak lemak adalah antara padanan makanan linut yang paling sesuai dimakan. Apa pun disebabkan linut ini bahan dasarnya adalah air sebaiknya pembaca blog juga bersedia lah untuk banyak kali ke tandas selepas memakannya dalam kuantiti yang banyak. Artikel pada subuh Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan rencana ke 6,470 mengenai makanan linut yang kurang dikenali uuntuk dijadikan bahan rujukan semua.

Utusan Sarawak melaporkan tajuk 'Linut, makanan tradisi masih diminati' menarik dikongsi pembaca semua. Biasanya proses penyediaan linut terlihat mudah namun hakikatnya ia perlu dimasak dengan teknik menggunakan suhu air yang betul untuk memastikan adunan yang dihasilkan melekit dengan sempurna dan berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Linut atau juga dikenali sebagai Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional bagi masyarakat tempatan di Sarawak seperti kaum Melanau, Penan dan Orang Ulu malah menjadi sajian utama selepas makanan nasi. Jika dilihat suatu ketika dahulu linut merupakan makanan untuk menggantikan makanan ruji disebabkan kekurangan dari penghasilan beras suatu ketika dahulu. Suatu ketika dulu ia dihidangkan sebagai menu harian dan hidangan wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari keramaian kaum berkenaan malah hidangan ini juga menjadi santapan utama sekiranya ada jiran-jiran yang bertandang ke rumah. Hidangan yang diperbuat daripada pokok rumbia itu amat terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Bagi kaum Murut dan Dusun dimana mereka juga amat meminati makanan ini yang dipanggil Ambuyat bagi masyarakat tempatan. Bagi menghasilkan tepung sagu ada banyak proses yang perlu dilalui dimana antaranya proses mengarut yang mana memerlukan sehari perlu dilakukan. Bagaimanapun pada hari ini tepung sagu boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket dengan harga antara RM2 - RM4 sebungkus. Jika dilihat secara kasar kelihatan cara penyediaan linut terlihat mudah namun hakikatnya ia perlu dimasak dengan menggunakan suhu air yang betul untuk memastikan adunan yang dihasilkan lekit dengan betul sebelum sedia dimakan. Bagi seorang tempatan dan penggemar makanan tradisional Cecelia Lahai Wan yang berusia 51 tahun mendakwa dimana proses membuat linut bermula dengan hanya dua bahan sahaja iaitu air panas dan tepung sagu. Tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dihancurkan. Dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal. Linut hanya berwarna jernih dan sedikit melekit dan hanya ditelan sahaja. Rasanya tawar, namun ia bergantung pada sambal atau hidangan sampingan seperti sambal (masam atau pedas), ulam-ulaman, ikan bakar dan lauk pauk. Kebiasaanya linut dimakan menggunakan sejenis kayu penyepit yang dikenali sebagai candas untuk memudahkan makan linut. Daakwa dia lagi dimana linut sangat enak dimakan semasa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, sambal yang pedas dan ulam-ulaman. Pada kebiasaannya linut dimakan beramai-ramai dimana ini sekali gus akan dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan sesama keluarga mahupun sesama penduduk kampung. Linut dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi. Paling menarik semasa kita berebut-rebut mengambilnya dan dicicah dengan lauk.

Dalam kes lain makanan Ambuyat atau linut ini adalah sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya malahan menjadi sajian utama selepas nasi. Akhbar Berita HArian melaporkan dimana pada suatu ketika dulu ia dihidangkan sebagai menu harian dan hidangan wajib semasa hari-hari istimewa seperti perkahwinan serta hari keramaian kaum berkenaan. Hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia itu amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei. Kaum Kadazan, Murut, Dusun dan Bajau di Sabah juga amat meminati makanan ini yang dipanggil Linut. Di Brunei pula sagu rumbia dikenali sebagai ambulung disediakan dalam usaha menghasilkannya tepong atau bahan utama dalam memproses mengarus selama sehari perlu dilakukan. Apa pun pada hari ini ambulung boleh didapati atau dibeli di pasar atau tamu dalam bentuk paket. Menurut temubual wartawan dengan seorang Ketua Wanita Kampung Patau Patau 2 Labuan bernama Rahmah Rahmat dakwa hanya dua bahan utama diperlukan untuk membuat ambuyat iaitu tepung sagu dan air panas. Tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dihancurkan. Dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal. Ia berwarna jernih dan sedikit melekit. Tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan. Rasanya tawar, namun ia bergantung pada kuah dan lebih hebat jika kuah lebih masam atau pedas dan memang seronok dimakan beramai-ramai (Sila lihat foto disebelah). Ambuyat lebih selesa dimakan dengan cara khas menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai 'candas'. Ia enak dimakan semasa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman. Ambuyat sesuai dimakan beramai-ramai dan ini sekali gus akan dapat mengerat silaturahim dan hubungan sesama keluarga mahupun penduduk kampung. Ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi. Paling menarik semasa kita berebut-rebut mengambilnya dan dicicah dengan lauk. Sambil makan biasanya mereka akan dapat berbual-bual bagi mengeratkan hubungan. Ambuyat juga bagus dimakan bagi membantu pembuangan toksin dalam badan. AMBUYAT lebih selesa dimakan dengan menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas.

Dilaporkan oleh BH dari Kota Kinabalu dimana 'Ambuyat berlauk menu istimewa Ramadan' yang perlu kita kongsi infonya. Lazimnya Ambuyat dimakan bersama kuah ikan rebus kuning, ikan ampap, jeruk bambangan dan ulam-ulaman dengan sambal belacan untuk berbuka. Walau pun agak kedengaran pelik namun menu itu bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat etnik Brunei di Sabah khususnya setiap kali tibanya bulan Ramadan. Makanan Ambuyat adalah sejenis hidangan makanan yang diambil daripada bahagian dalam batang pokok sagu sebelum diproses menjadi tepung sagu dan dibancuh menggunakan air panas, sebelum dimakan bersama pelbagai lauk sampingan.  Dilaporkan dimana ambuyat ada disajikan di restoran Pak Man Resipi dimakan kangkung tumis belacan, ikan basung, ikan basung goreng, buah bambangan dan dua jenis sambal belacan. Bagaimanapun, warga bandar raya ini yang mahu mencuba atau manikmati hidangan ambuyat sebagai juadah berbuka puasa, boleh berkunjung ke Restoran Pak Man Resipi di Sadong Jaya, Jalan Karamunsing, KK. Menyajikan aneka jenis makanan tradisi Sabah, set hidangan ambuyat di restoran berkenaan sering menjadi pilihan pelanggan tempatan mahupun pelancongan luar yang mahu merasai keenakan dan keunikan makanan terbabit. Bagi pengurus Restoran Pak Man Resipi, Rusdi Alibasa, 52, berkata restoran itu biasanya dikunjungi pelanggan dari Semenanjung dan pelancong luar negara semata-mata untuk mencuba ambuyat yang disajikan setiap hari, bukan hanya pada Ramadan. Di dakwa ada antara pelanggan sanggup datang dari jauh dan menyewa kereta hanya untuk menjamu selera di restorannya.  Set ambuyat yang ditawarkan di sini memang sentiasa ada setiap hari tidak kira hari biasa mahu pun Ramadan, namun ia tidaklah dihidangkan secara buffet, sebaliknya kita hanya membuatnya jika ada permintaan daripada pelanggan. Ia sesuai disajikan secara panas bagi menjaga kesegaran, kualiti dan tekstur ambuyat apabila sampai ke meja pelanggan. Apa pun biasanya pelanggan gemar memesan set ambuyat pada waktu makan tengah hari atau makan malam tetapi menjelang Ramadan, ambuyat pastinya dimakan ketika berbuka puasa untuk hidangan utama (Sila lihat foto disebelah). Pelanggan boleh memilih sama ada hidangan ambuyat set A bagi seorang atau dua orang, mahupun set B untuk lima orang makan dengan harga RM20 dan RM30 (Sila lihat foto dibawak sekali). Set A terdiri daripada ambuyat, kangkung tumis belacan, ikan basung, ikan basung goreng, buah bambangan dan dua jenis sambal belancan, manakala set B pula ada semua makanan seperti set A namun tambahan ikan basung ampap serta ulam-ulaman. Pelanggan boleh memilih antara hidangan ambuyat set A bagi seorang atau dua orang mahupun set B untuk lima orang makan dengan harga RM20 dan RM30. Pengunjug dari Semenanjung yang ingin ujirasa makanan ambuyat datang ke Sabah bagi merasai suasana berpuasa di Negeri di Bawah Bayu sambil makan angin ketika musim cuti sekolah. Ramai yang ujirasa ambuyat kerana mahu mencari kelainan ketika berbuka puasa walaupun sesetengah orang khususnya dari Semenanjung agak sukar menerima rasa dan rupa makanan ini namun berbeza kerana akhirnya ramai yang suka dengan ambuyat. 

Perenggan ke 5 ini dikisahkan beberapa fakta mengenai makanan Linut atau Ambuyat. Dilihat dimana warna dan tekstur makanan peranan penting dalam membangkitkan selera dan keterujaan seseorang menjamah linut atau ambuyat. Bagaimanapun, bagi masyarakat tempatan seperti orang Bisaya di Sabah dimana keadaan warna tidak didakwa memainkan peranan penting. Mereka memiliki makanan tradisional yang bentuk dan teksturnya tidak menarik akan tetapi rasanya cukup enak. Ambuyat merupakan sejenis makanan berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam (pada penulis blog memang ia gam pun dan menjadi hidangan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisaya. Ada ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengah hari bagi menggantikan nasi. Bagaimana pun ada PANTANG LARANG mengenai makanan ini. Menyediakan dan makan ambuyat atau linut mempunyai pantang larangnya dimana petua ini juga adalah berdasarkan maklumat dari  beberapa kenyataan termasuk seorang ahli Persatuan Melanau Kuching dikenali sebagai Mohd Sil Abdullah dimana didakwa mmang tidak salah mematuhi pantang larang itu kerana ia bertujuan untuk mendisiplinkan diri supaya menjadi lebih lebih baik. Beliu yang memang berasal dari Daerah Mukah mendakwa pada zaman dahulu, jika ada kematian ramai ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan linut atau ambuyat ketika mayat masih di dalam rumah. Jika ahli keluarga berkeras hendak makan juga dipercayai jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti linut. Masyarakat Dalat, Sarawak juga ada mempunyai kepercayaan sama tetapi banyak diabaikan oleh generasi muda. Antaranya seperti mereka tidak boleh ketawa besar dan bercakap kasar serta kotor ketika makan ambuyat atau linut (inut dalam sebutan masyarakat Dalat) kerana ia kurang baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMANYA LINUT... AMBUYAT SAMA...
DARI LEMANTAK... AIR PANAS SAJA....
RASA TAWAR... CANDAS DI GUNANYA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia
(10 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...