Dilaporkan dimana penggunaan tanaman lidah buaya yang cukup besar di dalam industri disebabkan oleh beberapa bahan komponen yang dimilikinya cukup lengkap dan bermanfaat. Komponen tersebut terdapat dalam cecair jernih seperti jeli dan cairan yang berwarna kekuningan. Besarnya potensi dan peluang penggunaan tanaman lidah buaya dalam industri menyebabkan tanaman lidah buaya ditetapkan sebagai produk yang unggul di Kota Pontianak, Kalimantan Barat. Pemprosesan lidah buaya di bidang industri asas tani kini diantaranya dengan membuat aneka makanan dan minuman seperti coklat, manisan, biskut, keropok, stick, selai, teh lidah buaya, serbat, tepung lidah buaya, jus lidah buaya dan nata de aloevera. Dari sudut ornamental atau tanaman hiasan dilaporkan dimana tanaman lidah buaya jumbo sebagai penghias dan juga pelengkap kepada pelbagai pilihan ytanaman hiasan yang menarik dan indah. Berdasarkan beberapa faktur tersebut makan tidak hairanlah jika lidah buaya kini menjadi pilihan beberapa pihak kalangan petani kecil, usahawan sederhana atau pun syarikat berwibawa untuk menanamnya. Ada yang menanamnya secara kecil-kecilan didalam pasu atau pot disusun sekeliling rumah semantara ada juga yang menanam secara komersil ditnah mineral atau tanah gambut. Tanaman yang mudah dijaga dan cepat berhasil ini semakin diminati sebagai salah satu daripada komositi bari yang berpotensi menjanjikan pendapatan.
Dalam pada itu dilaporkan dimana kini tanaman lidah buaya yang berasal dari kawasan Pontianak adalah bersaiz besar atau dinamakan Lidah Buaya Jumbo (Aloe chinensis) dimana ini merupakan salah satu varieti yang mempunyai keunggulan tersendiri dan pengeluaran terbaik. Tanaman ini setiap pelepahnya memiliki berat sekitar 0.8 - 1.2 kilogram dan didakwa boleh dituai sebanyak dua kali dalam sebulan sejak ia mula berhasil selepas penanaman selama 10 -12 bulan sehingga 5 tahun kemudiannya. Kualiti dan mutu pelepah lidah buaya dari kawasan ini yang dituai sebahagian besarnya adalah termasuk didalam Gred A iaitu tanpa cacat atau bebas dari serangan hama penyakit daun (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat awal dahulu dimana permintaan lidah buaya dari Pontianak dalam bentuk pelepah segar beroperasi oleh pemborong daripada Jakarta iaitu lokasi yang jauh. Lazimnya pedagang dari Jakarta bertindak dengan mengirimkan hasil lidah buaya ke Taiwan dan Jepun kerana tiada kemudahan penghantaran dari Kota Pontianak ke negara-negara tersebut. Media tempatan ada melaporkan dimana diantara syarikat terlibat dengan industri pemprosesan lidah buaya menjadi makanan adalah PT. Niramas dan PT. Keong Nusantara Abadi. Dalam pada itu syarikat pengeksport pelepah lidah buaya segar yang terkenal adalah diantaranya PT. Sumber Aloe Vera. Industri kecil pemprosesan lidah buaya di Kota Pontianak dimulakan pada tahun 2017 berjumlah 23 industri kecil atau ianya merupakan industri rumah tangga. Pembangunan industri tanaman dan pemprosesan lidah buaya merupakan langkah strategik dalam usaha menggandakan dari aspek ekonomi, mengwujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan masyarakat petani dan menjana ekonomi negara. Potensi tanaman dan pengeluaran lidah buaya di Kota Pontianak telah menjanjikan peluang baik dari segi pertumbuhan (keluasan tanaman) dan juga dari segi kualiti kandungan nutrisinya. Luas tanaman lidah buaya yang telah berhasil adalah sekitar 80 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 9,820 metrik tan. Kawasan utama penanaman lidah buaya jumbo adalah disekitar kelurahan Siantan Hilir, Siantan Tengah dan Siantan Hulu Kecamatan Pontianak Utara seluas 800 hektar sebagai kawasan Sentra Agribisnis Kota Pontianak.
Merujuk kepada satu laporan media Liputan6.com dengan tajuk 'Pontianak - Surga Lidah Buaya' ia sesuai dijadikan rujukkan. Berita daripada Pontianak, Kalimantan Barat sudah melaporkan ia sebagai surga bagi lidah buaya. Tanah gambut di wilayah ini membuat tanaman lidah buaya tumbuh subur. Benih kultur Tisu (TC) dalam penyediaan penanaman dari Aloe vera Research Center mempastikan mereka mempunyai bekalan anakbenih yang berkualiti dan mencukupi. Walau pun ada dilaporkan jangkamasa menanam sehingga menuai agak lama akan tetapi harga pelepah lidah buaya jumbo ini adalah serendah hanya berkisar Rp 1,000 - Rp 1,500 sekilogram (RM0.28 - RM0.43/kg). Demi mendapatkan pendapatan atau keuntungan lebih maka beberapa petani memproses sendiri lidah buaya menjadi produk minuman. Teknologi yang ada dilakukan dimana mereka akan membersihkan pelepah lidah buaya dan dikeluarkan isi dagingnya. Kemudian isi daging lidah buaya perlu direndam tiga hari untuk menghilangkan lendirnya. Selanjutnya lidah buaya yang dipasteurisasi ini akan dicampur air gula yang beraroma dan dicampur dengan air sebelum diminum. Apa pun didakwa minuman lidah buaya banyak khasiatnya. Di antaranya mampu melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan tenaga dan kekebalan atau imuniti badan. Ia juga mampu mengurangkan peradangan. Industri pemprosesan lidah buaya kini di Pontianak dilaporkan terus berkembang semenjak tahun 2002 dengan baik. Lidah buaya boleh diproses menjadi dodol, gula-gula, Selai, keropok dan produk lain. Tepung lidah buaya juga sesuai digunakan untuk menjadi berbagai jenis produk dan salah satunya adalah jadi keropok panggang tanpa minyak. Kulit lidah buaya dipercayai lebih berkhasiat dari dagingnya dan ia boleh dibuat teh celup. Kulitnya dihiris kecil-kecil dan kemudian dijemur kering dimana kemudian dikisar halus jadi serbuk teh dalam unchang dan digunakan sebagai teh celup. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
PONTIANAK JUMBO... BESAR SAIZNYA...
JADIKAN MINUMAN... ENAK RASANYA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Ramadan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.