Support My Blog

Friday, June 11, 2021

APAKAH DIA HEBATNYA STEVIA?

APAKAN DIA STEVIA?. Kalangan penduduk Malaysia mungkin sudah ramai yang mendengar atau menanam atau menggunakan produk Stevia. STEVIA (Stevia rebaudiana)  yang kini popular dikalangan usahawan adalah tumbuhan dari keluarga Asteraceae yang dipercayai berasal dari Paraguay, Amerika Selatan. Tumbuhan ini adalah bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia juga dipanggil sebagai 'Sugar leaf' dan 'sweet leaf' kerana kandungan 'steviol glycocide' didalamnya. Apakah dia yang dikatakan keistimewaan tumbuhan ini?. Kini umum tahu yang tumbuhan stevia merupakan tumbuhan yang memberikan 'rasa manis' apabila ianya dimasukkan kedalam mulut dan bercampur dengan air liur seperti kemanisan gula malahan didakwa mempunyai 300 kali ganda kadar kemanisan dari gula pasir. Ramai juga para petani di Malaysia yang telah menanam stevia secara 'penanamann kontrak' atau 'contract farming' dengan beberap syarikat tempatan. Produk stevia ini didakwa sangat baik untuk mereka yang menghadapi masaalah diabetik. Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan dikeliling rumah atau pun secara komersil dikebun. Dilaporkan telah ada kalangan penduduk tempatan yang telah mengkomersilkan tanaman stevia dan memprosesnya serta menjualnya. Kepada mereka yang ingin mengetahui akan produk dan jenama serta harga stevia boleh mencarinya dalam internet malahan ada yang boleh dikirimkan melalui jualan on-line sahaja.  Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa perkara asas dan sedikit fakta berkaitan tanaman stevia berdasarkan rujukkan dibeberapa pembacaan dan tinjauan senddiri penulis kebeberpa pengusaha stevia di seluruh negara untuk ianya dijadiknan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. 

Penulis blog dapati memang telah banyak produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia didalam internet dan ada juga dijual dibeberapa premis di kompleks pasaraya dan pusat membelibelah. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan sejenis Pemanis Semulajadi yang dilaporkan mempunyai sifat 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan produk STEVIA adalah berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis hasil daribeberapa kajian ada menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Pesakit Kencing Manis (Diabetes), kesan penurunan tahap tekanan darah tinggi dan kesan terhadap penurunan berat badan untuk pesakit obesiti. Kebaikan stevia dimana pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mana ia mampu mengeluarkan manisan. Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan. Walaupun begitu dilaporkan stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif. Kajian perubatan yang telah dijalankan didakwa dan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi. Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang mana ia memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain. Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.

Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih. Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. Antara ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid.

Terlalu banyak artikel mengenai khasiat dan kebaikan produk dari tumbuhan stevia ini. Antara yang paling banyak dinyatakan adalah kerana khasiat stevia ini mampu menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia. Ia juga dilaporkn mampu untuk melawaskan pembuangan air kencing dan meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan. Stevia mampu melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda serta dapat membantu sistem penghadaman makanan dan dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah. Produk dari stevia juga membantu mereka yang mengalami masalah insomnia, berupaya mengawal berat badan (obesiti) dan dapat mengurangkan masalah keradangan dan banyak lagi. Dalam beberapa penulisan dilaporkan lebih hebat dimana ia juga mendakawa iaitu produk stevia mereka adalah 450kali ganda  lebih manis dari gula (saccharose), tahan kepada suhu 200°C (bermakna ia sesuai untuk masakan), non-fermantative (tidak akan basi) serta non-toxic, non-mutagenic, non-teratogenic dan jugaianya non-ceranogenic (tiada kesan bahaya). Dalam dunia perubatan ia berfungsi sebagai sejenis bahan  iaitu Anti-Hyperglycemia (mampu menurunkn paras gula dalam darah, Anti-Hypertensive (menurunkan tekanan darah), Anti- Inflammatory (berkesan rawat keradangan dan inflamasi), Anti-Tumor (kesan seperti  anti-oxidant), Anti-Diarrhoea (ia merawat cirit-birit akibat serangan Rotavirus) dan juga mempunyai ciri Immuno Mudulatory Effect  (meningkatkan sistem imuniti terhadap serangan kuman). Dalam beberapa testimoni oleh pengeluar dan pengguna produk stevia ada yang mendakwa dimana sebagai pengganti gula, perkara pertama yang dirasakan pengguna ada senang dapat tidur lena. Kalau sebelum mengambil stevia mereka mempunyai masalah kesukaran tidur (Insomnia) akan tetapi kini mereka sudah mendapat manafaatnya dengan minuman. Apa juga bentik makanan ambahan ini jika ada masaalah boleh berunding dengan pakar permakanan anda atau berjumpa doktor jika bermasaalah mengambil stevia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
POKOKNYA RENEK... NAMA STEVIA...
SUDAH DITANAM... DI MALAYSIA...
BANYAK PRODUK... BANYAK JENAMA...
TINGKAT KESIHATAN... UNTUK SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...