Support My Blog

Sunday, June 27, 2021

KENALI BUAH-BUAHAN TEMPATAN (PART 1)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN
merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut. Seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan selalunya boleh menikmati buah-buahan ini sepanjang tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar bermusim. Banyak jenis buah-buahan tempatan yang ditanam untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan juga untuk diproses menjadi pelbagai pproduk lain berasaskan kepada buah-buahan. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala bagi jenis buah-buahan bermusim pula adalah seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya.  Rakyat Malaysia memang digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar diperolehi dengan harga berpatutan. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun dimana ia sudah tentu ada khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.  Buah-buahan tempatan juga mudah didapati secara percuma (lazimnya musim durian ramai balik kampong untuk makan durian keluarga) dan membelinya di gerai buah-buahan, pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasaraya malahan kini telah ada jualan buah-buahan tempatan secara on-line. Bagi sesetengah buah bermusim memang seakan ada pesta buah-buahan terutama raja segala buah kalau bukan Durian. Ramai orang tempatan akan memburu durian premiumseperti Durian Musang King, Durian Udang Merah, Durian Duri Hitam, Durian Tekka dan beberapa lagi. Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport dimana tahukah pembaca jika ada buah-buahan import dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan dengan ramai peminat buah-buahan tempatan akan dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian. Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh merbahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu pembaca blog dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan.  Buah-buah tempatan mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis buah-buahan tempatan yang berpotensi untuk dikomersilkan dan dibuat ujirasa untuk bahnan rujukkan semua.

Di Malaysia penanaman buah-buahan dilakukan oleh pekebun kecil dan estet swasta sama ada secara kecil-kecilan atau pun secara meluas. Antara jenis buah tempatan yang telah ditaam secara estet perladangan adalah seperti Buah Nanas, Buah Durian, Buah Betik dan juga buah Nnagka. Buah nangka ini ditanam secara meluas d beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seperti di TKPM Lanchang, TKPM Kota Perdana (di Pahang), TKPM Tengaroh (Di Johor) dan beberapa lagi lokasi. Potensi buah-buahan tempatan untuk pasaran eksport membolehkan lebih ramai pengusaha yang berani menanam buah tembikai, buah nanas, buah durian, buah betik dan buah belimbing. Sebagai contoh dimana buah nanas seperti Nanas MD2 merupakan jenis buah segar yang menembusi eksport kebanyak negara seperti Singapura, China, Jepun, Negara2 Timur Tengah dan banyak lagi. BUah durian pula kini memang mempunyai potensi pasaran besar ke China. Bagi buah buahan tempatan ini memang jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk tujuan mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini. Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim yang boleh dimajukan didalam pelbagai lokasi dan kaedah pengurusan agar ia menjadi satu industri yang menguntungkan kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan Jabatan menggariskan beberapa jenis buah-buahan tempatan (19 jenis) yang sesuai dimajukan iaiitu Tembikai, Nanas, Buah Naga, Jambu Batu, Jambu Air, Mangga, Rambutan, Belimbing, Ciku, Nangka, Cempedak, Limau Bali, Limau Manis, Betik, Dokong, Durian, Manggis, Pulasan dan Pisang.  

Buah Tembikai
(Citrullus lunatus) adalah buah bebas lemak, rendah kalori dan merupakan makanan yang ideal kerana kandungan seratnya yang tinggi. Tembikai juga mempunyai kandungan tenaga yang tinggi, menjadikannya penambah tenaga yang hebat. Ia amat menyegarkan dan mampu menghilangkan dahaga dan boleh didapati sama ada berisi merah mahupun kuning cerah. Sesuai dijadikan jus segar dan diminum. Fakta nutrisi bagi 100 gram buah tembikai yang boleh dimakan terdiri daripada 
Tenaga 28 Kcal, Air 92.60 g, Protin 0.60 g, Karbohidrat 6 g, Serat 0.20 g, Kalsium 6 mg, Fosforus 11 mg, Zat Besi 0.20 mg, Sodium 4 mg, Potassium 78 mg, Kerotin 410 µg ,Persamaan Retinol 68 µg, Vitamin B1 0.04 mg, Vitamin B2 0.05 mg, Vitamin C 5.50 mg dan Niasin 0.20 mg. 
Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tembikai Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200.

Buah N
anas (Ananas comosus) merupakan buah tidak bermusim yang mempunyai jambul hijau yang tajam dan mencacak. Buah nanas boleh dianggap sebagai buah yang paling eksotik dan menakjubkan. Ianya memiliki aroma yang unik, hangat dan mempesonakan. Buah ini amat versatil dan memiliki isi yang sedap. Ianya enak dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang perisa tambahan. Kini nanas MD2 merupakan varieti nanas premium yang sesuai dimakan segar dan diproses dimana mempunyai rasa manis, aroma wangi dan tahan lama sesuai untuk pasaran domestik dan eskport. Buah nanas juga sesuai untuk dijadikan jus atau ditambah ke dalam acar, kebab, kari, pencuci mulut dan sebagai hiasan makanan. Beberapa varieti nanas di daftarkan di Malaysia seperti Nanas Moris (AC1), Nanas Sarawak (AC2), Nanas Gandul (AC3), Nanas Maspine (Ac4), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), NanasMoris Gajah (AC7), Nanas N36 (AC8), Nanas MD2 (AC9), Nanas View of Sunset (AC10), Nanas Madu Kaca (AC11) dan Nanas Keningau Diamond (AC14).

Buah Naga
(Hylocerus undatus) juga dikenali sebagai buah pitaya atau dragon fruit. Terdapat tiga (3) jenis buah naga yang boleh ditanam iaitu Buah Naga Isi Putih, Buah Naga Isi Merah dan Buah Naga Kuning namun yang paling meluas ditanam dan mendapat pasaran terbaik adalah Buah Naga Merah. Ia juga memiliki bentuk seakan buah zaitun dan kebiasaannya berwarna merah dengan sisik yang menyerlah. Kulitnya nipis meliputi isi putih ataupun merah yang besar dan memiliki aroma kemanismanisan berserta dengan biji hitam yang boleh dimakan. Merupakan sumber vitamin C yang terbaik dan serat yang boleh larut bersama air. Buah naga berisi merah sangat baik untuk membantu memperbaiki penglihatan kerana kandungan beta keratin yang tinggi. Enak dimakan sejuk ataupun dijadikan sebagai jus. 
Isi buah naga putih dan merah boleh dimakan segar dan boleh dibuat kordial dan jem. Buah naga kaya dengan zat vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisme badan. Kulitnya boleh dijadikan pewarna makanan semula jadi (natural food colours), pengemulsi (emulsifier), pemekat (thickener), pentekstur (texturiser) dan penstabil (stabiliser) dalam makanan. Kajian terbaru melaporkan buah naga mengandungi pektin 20% daripada berat kering ataupun rendah kandungannya berbanding dengan epal (12%) dan limau (25%). Kajian juga mendapati ekstrak kulit buah naga merah berpotensi menghalang pertumbuhan sel tumor. Komponen bioaktif seperti enzim pada bunga dan daunnya boleh digunakan sebagai minyak wangi dan produk perawatan diri. Buahnya yang mengandungi mineral kalsium dan fosforus berfungsi untuk menguatkan tulang, mencegah osteoporosis serta zat besi yang dapat mencegah anemia. Protein, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung dalam buah naga berperanan dalam pemeliharaan, pertumbuhan dan metabolisme tubuh badan. Buah ini juga dipercayai dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan radang saraf, membantu proses detoksifikasi, mencegah infeksi mulut, mencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan buah naga dapat meningkatkan penglihatan mata dan mengawal gula. Biji buah naga pula didakwa dapat membantu mengawal kadar kandunga gula pesakit diabetis, mengurangkan perut buncit dan masalah endokrin.


Buah Jambu Batu (Psidium guajava) memiliki aroma yang sangat harum dengan rasa aromatik manis-asid. Bersaiz sekecil bola besball, berkulit hijau nipis dengan isi putih yang mempunyai tekstur yang amat rangup dan manis. Di Malaysia terdapat 14 varieti jambu batu didaftarkan akan tetapi antara varieti buah Jambu Batu paling popular adalah Varieti Lohan (GU16) dan Varieti Kampuchea (GU8). Walau pun keduanya merupakan jambu batu yang mempunyai biji tetapi kualiti buahnya menyebabkan ia meluas ditanam untuk pasaran domestik dan sebahagian di eksport. Penanaman varieti jambu batu tanpa biji juga di lakukan di beberapa lokasi terutama di Perak dan Johor. Sesuai dimakan secara segar ataupun sejuk. Isinya yang manis sering juga digunakan sebagai perisa tambahan dalam pelbagai jenis minuman, salad buah-buahan, pencuci mulut, gula-gula dan jem. 
Jambu Batu merupakan buah yang banyak khasiat dan perlu penjagaan rapi untuk mempastikan hasilnya banyak dan berkuaiti. Selain dimakan segar, jambu batu kini diproses untuk dijadikan makanan ringan dan juga jus jambu batu. Produk jambu batu segar dipromosikan sebagai Jambu Batu 88, Jambu Batu 99 dan banyak lagi yang menjuak jambu batu segar secara franchais. Selin daripada kangungan vitamin dan mineral yang tinggi, jambu batu juga memounyai pelbagai kelebihan untuk dimakan oleh rakyat Malaysia.

Seterusnya Buah Jambu Air (Syzygium samarangense) merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang berbentuk seperti loceng dan tergolong dalam keluarga beri yang boleh dimakan. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, hijau pucat, hijau, merah, ungu, ungu seakan kemerahan ke ungu gelap atau hitam. Terkini terdapat 7 jvarieti jambu batu didaftarkan di Malaysia akan tetapi varieti Jambu Batu Asahan (E6) yang didaftarkan pada tahun 2013 (penulis blog ada terlibat dalam pendaftaran varieti ini) merupakan sejenis varieti jambu air yang meluas ditanam di Labis, Johor untuk pasaran domestik dan eksport.  Apabila matang biasanya kulit bawahnya akan terkeluar sedikit dan mempunyai lekuk di tengah. Jambu air yang segar biasanya kelihatan berkilat dan menyerupai buah epal apabila matang. Jambu air sangat kaya dengan vitamin A dan C. Enak dimakan segar.

Buah-buahan tempatan ke 6 adalah Buah Mangga (Mangifera indica) dimana ia merupakan buah yang paling popular dan mewah di dunia. Mangga Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz, tekstur, aroma, dan rasa. Memiliki isi kuning yang sangat lembut dan rasa manis dengan sentuhan masam yang amat lazat. Antara varieti mangga popular di Malaysia adalah seperti Mangga Harumanis (MA128), Mangga Chokanan (MA224), Mangga MAHA 65, Mangga Mas Mdad, Mangga Sala dan beberapa lagi. Pada kebiasaanya buah mangga akan dimakan secara segar dan isinya juga boleh digunakan untuk dijadikan jus, jem, pencuci mulut dan juga sebagai bahan perisa dalam pelbagai jenis masakan. Jeruk mangga pula kebanyakannya diperbuat daripada manga pauh atau mempelam kecil yang sangat popular seperti Jeruk Mangga Pak Ali yang di Pulau Pinang. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH TEMPATAN... 19 SEMUANYA...
BUAH BERMUSIM... IKUT BULANNYA...
DIMAKAN SEGAR... DIPROSES ADA...
KENALI BUAH INI... BUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...