Support My Blog

Tuesday, June 8, 2021

DIATOM VS DINOFLAGELATES

DIATOM
dan DINOFLAGELATES adalah jenis hidupan dalam kelas fitoplankton (Phytoplankton) dimana ia agak jarang dibincangkan dalam blog-blog lokal di Malaysia. Kedua jenis hidupan halus ini adalah sejenis alga yang bersel satu. Diatom mempunyai 'theca' yang meliputi sel iaitu ia yang berfungsi sebagai dinding sel luaran. Dinoflagellates pula mempunyai struktur khas dinamakan dengan 'bi-flagellated'. Kedua-duanya mampu melakukan proses fotosintesisnya dan mempunyai pigmen. Dinoflagellates mempunyai ciri khas seperti keupayaan untuk menghasilkan neurotoxin dan keupayaan untuk bioluminescence. Ini adalah perbezaan antara diatom dan dinoflagellate yang paling ketara didalam membincangkan kehidupan halus ini. Merujuk kepada beberapa jurnal dan laporan dimana 
Diatom adalah suatu kelompok besar dari  hidupan alga plankton yang termasuk paling sering ditemui dimana sahaja. Kebanyakan diatom adalah bersel tunggal dan walaupun ada beberapa spesis yang membentuk rantai atau koloni. Sel diatom lazimnya akan dilapiskan dengan sejenis dinding sel unik yang terbuat dari bahan silika (Si). Diatom memiliki klorofil dan mampu untuk jalankan fotosintesis. Diseluruh dunia dilaporkan ada lebih dari 200 genera diatom yang dikenalpasti dan saintis menjangka masih ada lebih 100,000 lagi yang masih belum dikenalpasti.  Diatom adalah sejenis hidupan halus yang luas terdapat dimana sahaja seperti terdapat dalam lautan, air masin, air tawar, dalam tanah dan permukaan substrat yang basah atau lembap. Diatom merupakan hidupan penting dalam laut dimana ia menyumbang 45% daripada keperluan asas rantaian planton untuk menjadi sumber makanan haiwan dilaut. Diatom hanya dapat dilihat dengan menggunakan alat mikroskop dengan ukuran sekitar 2 mm panjangnya atau lebih kecil lagi. Diatom juga mempunyai dinding sel yang mana ia mengandung selulose. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai apakah dia diatom dan perbezaannya dengan Dinoflagetates sbagai bahan bacaan dan rujukan pembaca semua.

Menyentuh mengenai persoalan apakah dia p
erbezaan pentinga diantara Diatom dan Dinoflagellates wajar dibincangkan. Apa pun dilaporkan dimana antara perbezaan utama antara diatoms dan dinoflagellates adalah bahawa diatom mempunyai dinding sel yang terdiri daripada silika manakala hidupan dinoflagellates mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa. Dinding silika pada diatom hanya dapat dilihat dibawah Mikroskop Elektron (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya Phytoplanktons adalah alga yang mana ia mempunyai sel-sel eukariotik bersel tunggal. Terdapat banyak jenis phytoplankton yang hidup didalam air tawar dan air masin diseluruh dunia dimana saintis mendapati hidupan diatom dan dinoflagellates adalah dua spesies phytoplankton yang paling biasa yang terdapat dalam air laut. Kedua mereka ini dilaporkan mampu hidup dalam habitat semulajadi dimana ianya berfungsi didalam menyumbang kepada sistem utama rangkaian pengeluaran makanan dalam persekitaran laut dan juga untuk menghasilkan oksigen. Saintis mendapati dimana hidupan diatom yang juga ia dikenali sebagai Bacillariophyta, adalah jenis fitoplankton utama. Diatom ini dilaporkan adalah termasuk hidupan pentig terutamanya daripada diatom spesis marin. Diatom yang bersel tunggal juga dikenali dengan ciri khasnya sebagai 'eukaryotic algae'. Diatoms biasanya boleh dikenalpasti melalui bentuknya dimana terdapat dua kategori iaitu Diatom Sentrik dan Diatom Pennate. Diatom sentral mempunyai bentuk simetri radial. Sebaliknya, diatom penanda menunjukkan simetri dua hala iaitu sebagai petunjuk kualiti air yang baik. Ciri unik diatoms adalah kehadiran theca iaitu merupakan dinding sel luar yang meliputi sel. Ianya terdiri daripada silikon dioksida dan merupakan struktur seperti shell yang keras. Theca mempunyai dua bahagian yang sesuai dengan satu sama lain. Diatom juga adalah epitheca dan hypotheca. Theca juga mengandungi banyak liang dimana sering dilihat seperti garis nipis di dinding sel luaran. Diatom mempunyai pigmen seperti klorofil dan fucoxanthin. Pigmen ini memberikan warna ciri kepada diatom. Terdapat lebih daripada 10,000 spesis diatom yang dikenal pasti diseluruh dunia oleh saintis seperti jenis Coscinodiscus, Ditylum dan Lauderia.

Hidupan Dinoflagellates pula 
tergolong dalam filum Pyrrhophyta. Hidupan halus ini kebanyakannya adalah jenis marin (air masin), mempunyai sel tunggal dan merupakan jenis  eukaryotic algae sebagai Fitoplankton. Ia dilapor mempunyai apa yang dipanggil sebagai berstruktur 'biflagellated'. Kehadiran dua atau beberapa flagella mengehadkan mobiliti organisma ini didalam melakukan pergerakan (Sila lihat foto disebelah). Dalam habitat semulajadi biasanga dinoflagetates ini memang agak kurang mobilitinya dalam alam semula jadi.  Dinding sel dinoflagellates terdiri daripada struktur daripada jenis selulosa. Terdapat ciri-ciri khas dinoflagellates seperti keupayaannya untuk melakukan 'bioluminescence' dan juga keupayaannya untuk menghasilkan bahan iaitu neurotoxin. Dinoflagellates boleh menghasilkan bunga alga apabila populasinya berada dalam jumlah yang tinggi dalam habitat. Perkara ini jika berlaku akan membawa kepada keadaan kes pencemaran ikan yang hidup dalam persekitaran marin ini. Kehadirannya yang berlebihan akan menyebabkan ancaman dilaut seterusnya ia mengancam juga kehidupan manusia yang memakan ikan yang tercemar dan beracuk atau ikan yang toksik ini. Terdapat banyak spesies dinoflagellates diseluruh dunia seperti Ceratium, Peridinium dan juga  Dinophysis

Bagaimana pun masih terdapat beberapa persamaan diantara hudupan air Diatom dan Dinoflagellates yang masih boleh dibincangkan. 
Diatom dan Dinoflagellates merupakan jenis hidupan halus daripada kumpulan Alga Eukariotik Tunggal.
Kedua-duanya tinggal di persekitaran laut iaitu dalam air masin yang sesuai habitatnya. Hidupan ini keduanya merupakan sejenis fitoplankton dan disahkan kedua-duanya mengandungi klorofil dan pigmen lain. Ia jua melakukan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan. Diatoms dan Dinoflagellates menjana oksigen dimana ada peranan cahaya diperlukan. Kehadiran keduanya didalam air jika tinggi populasinya menentukan akan kualiti air dan juga boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran makanan. Kajian saintis mendapati dimana dua fitoplankton paling biasa yang terdapat dalam air laut adalah diatom dan dinoflagellate iaitu keduanya mendomisasi dihabitat sesuai. Seperti diatas juga dimana bagi diatom ia mempunyai dinding sel yang terdiri daripada silika manakala dinoflagellates mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa dimana fungsinya tetap sama sebagai pelindung. Keduanya mampu menjana gas Oksijen dan menyerap gas karbon dioksid menghasilkan tenaga. Hidupan dinoflagellates mampu photosynthesize dan menjana oksigen serta ia boleh menghasilkan neurotoxins dan mempunyai keupayaan bioluminescence dimana ini tidak terdapat dalam diatoms. Kewujudan kedua hidupan halus dilaut ini penting menjamin ekosistem berjalan dengan baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA DIATOM... HALUS SAIZNYA...
DINOFLAGELATES... KECIL JUGA...
ALGA EUKARIOTIK TUNGGAL... DIA...
SUDAH MEMBACA... FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Syawal 1442H)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...