UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) merupakan hidupan air tawar yang enak dimakan dimana dilaporkan menghadapi masaalah pasaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik covid-19. Udang galah adalah haiwan dalam air tawar yang sangat aktif pada waktu malam dimana kini udang galah telah sesuai diternak secara komersil oleh usahawan tempatan. Lazimnya udang galah pada kebiasaannya akan hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang jenis-jenis lain yang ada di perairan Malaysia. Harga udang galah segar biasanya akan dijual di dipasaran dimana ia kini mencecah RM 40 ringgit - RM60 sekilogram. Harga udang galah yang tinggi sebegini menjadi pemangkin kepada penternak ikan lain untuk bertukar kepada aktiviti penternakan udang galah. Walaubagaimanapun, Malaysia tetap jauh ketinggalan dalam industri udang galah ini jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, Taiwan dan Vietnam dalam beberapa aspek teknikal dan pengeluaran. Di negeri Pahang ada bandar mana ia sering menghasilan udang galah iaitu Daerah Rompin. Ini kerana banyak sungai-sungai didaerah ini merupakan 'syurga' kepada pemancing dan nelayan sungai untuk mencari udang galah. Udang galah mudah dijumpai di Sg Endau, Sg Pontian dan banyak lagi sungai yang ada habitat udang galah mengikut musi, Pengalaman penulis blog yang dulu merupakan pemancing udang galah di Sg Endau juga faham akan musim memancing udang galah paling baik iaitu sekitar Januari - Febuari (musim panas setiap tahun). Tangkapan udang galah liar di sungai-sungai didaerah ini telah menjadikan beberapa restoren dan gerai khusus memasak udang gsalah untuk peminatnya. Seekor udang galah berukuran sedang dimasak sambal dijual dengan harga RM12 - RM15 seekor. Bagaimana pun penulis leih suka saiz udang galah saiz sedernana yang masih segar. Artikel pada subuh kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai masaalah dan isu pasaran udang galah oleh penternak tempatan seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.
Akhbar Harian Metro melaporkan dari Jelebu Negeri Sembilan dimana 'Ramai tauke udang galah bakal gulung tikar' menarik dikongsi sama pembaca semua. Ini kerana pemili kolam ternakan udang galah untuk tujuan rekreasi atau 'kolam pancing udang' bakal 'gulung tikar' apabila ternakan mereka gagal dijual susulan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Salah seorang penternak bernama Wong Put Long berumur 54 tahun yang mengusahakan kolam ternakan udang galah sejak lebih 20 tahun di Kampung Renal di sini telah mengakui perniagaannya terjejas teruk. Dia dakwa dimana tiada kebenaran beroperasi bagi pengusaha kolam pancing udang galah dan ikan antara punca pendapatannya merosot mendadak. Sebelum ini dia membekalkan udang galah untuk pengusaha kolam memancing namun udang galah diternak gagal dijual sejak larangan aktiviti rekreasi (memancing) ketika PKP 3.0. Bagaimanapun saya masih perlu menampung kos selenggara kolam dan selain membeli makanan udang yang semakin mahal iaitu RM135 bagi setiap 25 kilogram. Sebahagian besar pasaran utama udang galah diternak adalah untuk kolam pancing dan sedikit sahaja dijual untuk orang ramai. Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) telah menyukarkan orang ramai bergerak ke kolam ternakannya untuk membeli udang. Put Long mempunyai 13 kolam ternakan udang dengan enam kolam berisi dua tan udang galah sudah sedia untuk dipasarkan. Dia bakal menanggung kerugian sehingga RM150,000 sekiranya udang berkenaan tidak dipasarkan. Jabatan Perikanan telah mengenal pasti masalah dihadapi ramai penternak udang galah. Kini dilapor kebanyakan penternak mahu menjual udang berkenaan kepada orang ramai namun syarat Prosedur Operasi Standard (SOP)menyukarkan usaha mereka untuk menjual hasil ternakan itu.
Negeri Sembilan merupakan salah satu negeri yang ramai penternak udang galah dimana dilaporkan seramai 45 pengusaha udang galah gagal pasarkan hasil ternakan dan terkesan apabila gagal memasarkan hasil ternakan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2021. Media melaporkan mengikut Pengerusi Kluster Penternak Udang Galah Seri Menanti iaitu Mohamad Qayyum Abdul Jalil berumur 30 tahun dari Kampung Gunung Pasir Seri Menanti, Kuala Pilah berkata lebih dua tan ternakan itu yang bernilai kira-kira RM130,000 tidak berjaya dipasarkan kerana tiada pembeli. Menurutnya permintaan utama adalah adalah kalangan pengusaha kolam memancing di sekitar Negeri Sembilan selain Johor, Melaka dan Singapura. Dilapor dimana disebabkan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) maka tiada aktiviti kolam memancing yang dibenarkan beroperasi membuatkan pengusaha pusat itu tidak membeli udang galah seperti biasa. Keadaan ini dilaporkan telah menyebabkan dia dan ramai pengusaha serta penternak udang galah di negeri ini menerima kesan ketara apabila pendapatan mereka terjejas selepas udang galah tidak dapat dipasarkan apabila cukup tempoh matang (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa pengusaha menanggung beban lain termasuk kos makanan udang galah yang tinggi selain harga benih udang sekitar lapan sen seekor. Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan En Halimi Abu kini sudah terdapat 45 pengusaha dan penternak udang galah di seluruh Negeri Sembilan yang menerima kesan langsung sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini. Pengusaha kolam memancing rekreasi adalah pembeli utama udang berkenaan dan kini penternak udang galah sukar memasarkan ternakan mereka lantaran kolam memancing menutup operasi atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyekat penularan Covid-19.
Dilaporkan dari Melaka dimana akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) mendorong nelayan sungai di Lubok Cina, Alor Gajah, Melaka terpaksa menternak udang yang tidak laku dijual di kolam sementara untuk mereka memastikan hasil tangkapan tidak akan terbuang. Sepanjang PKP dilaksanakan dari 18 Mac lalu hingga sekarang dimana jumlah pelanggan yang hadir untuk membeli udang galah di Jeti Nelayan Kampung Paya Lebar, Lubok Cina boleh dibilang dengan jari. Ini juga sekali gus mendorong nelayan mencari alternatif bagi menyimpan udang galah agar sentiasa segar. Bagi Abdul Maulud yang berumur 57 tahun dia mengambil inisiatif membina kolam yang mana sudah dilengkapi sistem peredaran udara bagi memastikan udang galah ditangkap dengan menggunakan perangkap bubu dan menjala, mampu dipelihara di dalam kolam (Sila lihat foto disebelah). Jika udang galah yang didapati sudah mati ianya akan disimpan dalam peti sejuk akan tetapi ia menyebabkan bukan setakat pucat warnanya malahan sudah hilang keenakannya berbanding yang hidup dan masih segar. Biasanya udang galah yang terperangkap dalam bubunya yang diletakkan di geladak perahu yang diisi air sungai bagi memastikan ia boleh hidup sebelum saya pindahkan ke dalam kolam sementaranya di belakang rumah. Cara ini dia akan dapat mengekalkan kesegaran udang galah dan jika PKP ditamatkan diharap hasil tangkapannya itu boleh dijual pada harga RM90 sekilogram bagi udang hidup manakala udang galah yang sudah mati hanya RM70 sekilogram. Beliau kini merupakan yang giat menangkap udang di Sungai Rembau, Lubok Cina. Mereka sering menangkap udang galah dengan menjala dan memasang bubu iaitu perangkap udang galah yang diperbuat daripada jaring besi yang dipasang umpan kelapa di dalamnya. Biasanya nelayan sungai yang turun ke sungai sejak berusia 15 tahun itu mendakwa dimana sejak PKP dilaksanakan, dia menghadapi kesukaran untuk tujuan memasarkan udang galah kerana tidak ada pelanggan yang sanggup turun ke jeti berkenaan seperti sebelum kes PKP dikuatkuasakan. Bagaimanapun hasil tangkapan ikan sungai seperti siakap, kurau, duri pulut dan seumpamanya mampu dihantar kepada peraih di Pasar Kuala Sungai Baru dan ia lebih mudah dijual berbanding udang galah. Dia sentiasa berhara agar penularan wabak Covid-19 tamat segera dan jika keadaan kembali pulih seperti sedia kala memang dia yakin udang galah itu bakal mendapat permintaan pelanggan berasaskan keadaannya yang masih hidup dan segar. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.

AKIBAT PKP... PERGERAKAN TIADA...
SUKAR MENJUAL... RAMAI KECEWA...
PENJUAL PENING... PENGGUNA NANGA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Zulkaedah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.